41

Other Series 41450

MELAKA

Fiz merenung ke luar jendela. Hujan lebat membasahi bumi Melaka. Bau tanah dan rumput yang dibasahi hujan terhidu olehnya. Nyaman.

Sudah dua minggu dia kembali ke Melaka. Itupun setelah dia memohon untuk fail kesnya dipindahkan ke Hospital Melaka. Tempoh tiga minggu dia terlantar di Hospital Johor dirasakan cukup lama. Dia rindu ibunya, keluarganya, kampungnya. Dan point yang paling penting adalah, sepanjang tiga minggu itu juga Balqis menjaganya di wad. Dia tidak mahu menyusahkan gadis itu lebih lama. Dia tahu Balqis juga perlu kembali ke pejabat. Meskipun Balqis tidak keberatan untuk menjaganya.

Cuma sekarang ini, dia rindukan gadis itu. Sudah dua minggu dia tidak dapat menatap wajah gadis kesayangannya. Mereka hanya dihubungkan dengan mesej sahaja. Itu pun hanya sekali-sekala. Call pun jarang. Dia tahu Balqis sibuk di pejabat. Jadi Fiz memutuskan untuk tidak mahu kerap mengganggu Balqis, walaupun keinginannya meronta-ronta. Lagipun dia sedar, keadaannya sudah tidak seperti dulu lagi.

"Balqis takde telefon lagi ke, Syafiz?"

Suara Mak Mah menghentikan lamunan Fiz. Sebuah dulang berisi seteko air kopi O, beberapa buah cawan dan sepiring ubi rebus dengan sambal tumis siap diletakkan di meja berhampiran.

"Takde, ibu.." jawabnya sambil tersenyum pahit. Pandangannya kemudian beralih ke arah wajah ibunya dan minum petang yang sedia terhidang.

"Wahhh!!! Kopi O dengan ubi rebusss!!! Syoknya makan time hujan macam ni," ujarnya teruja.

Cawan yang dihulurkan Mak Mah disambut. Kopi O sederhana panas dicicipnya.

"Hmmm... Sedap!"

Mak Mah tersenyum. Dia tahu anaknya cuba menutupi perasaan gundah.

"Syafiz... Ibu nak cakap ni.."

"Apa dia ibu?" Tangan sudah menyuapkan ubi rebus yang dicicah sambal tumis ke dalam mulut. Superb!

"Syafiz toksah la fikirkan sangat pasal Balqis tu... Dia sibuk dengan kerja la tu.. Haritu kan lama dia jaga Syafiz kat wad di Johor... Jadi, lepas dia masuk pejabat, mesti banyak juga keja dia nak kena selesaikan.."

Fiz diam. Mulutnya mengunyah perlahan.

"Sekarang ni, Syafiz kena fikirkan pasal diri Syafiz.. Cepat sihat.. Cepat kembali macam dulu.."

"Ya, ibu..."

"Balqis tu, biarlah masa yang menentukan.. Syafiz jangan paksa-paksa, kacau-kacau dia.. Nanti kalau ada jodoh, dia akan datang balik kat anak ibu ni.."

Fiz hanya menunduk akur. Dalam hatinya, sangat mengharapkan yang Balqis akan menghubunginya atau datang melawatnya.

•••••••

OSAKA, JEPUN

Sudah dua minggu Balqis berada di negara Matahari Terbit itu. Kursusnya masih berbaki lagi dua minggu. Dia dan seorang lagi wakil dari Firma Syed Al-Attas telah terpilih untuk menghadiri kursus anjuran sebuah firma antarabangsa yang berpangkalan di Jepun.

Jadual waktunya sungguh padat. Pagi hingga ke tengahari, peserta kursus akan menghadiri taklimat-taklimat yang telah diatur, dan sebelah petangnya mereka akan melawat ke syarikat-syarikat yang telah dipilih berdasarkan lokasi untuk tujuan pemerhatian dan kaji selidik. Peserta kursus perlu menyediakan laporan yang akan dibentangkan kepada panel di akhir kursus nanti. Selalunya, kumpulan peserta akan berbincang sehingga malam hari untuk mengumpul data dan maklumat yang diperoleh sebelum laporan dibuat.

Penat. Memang penat. Tiada masa untuk diri-sendiri. Budaya bekerja bermati-matian di sini. Habis masa perbincangan pun hampir ke tengah malam. Esok awal-awal pagi sudah kena bangun. Sementelah, tempat penginapan dan tempat berkursus jauh pula. Pagi-pagi lagi dah nak kena kejar tren. Dengan jumlah pengguna pengangkutan awam tersebut yang mencecah ribuan orang dalam satu-satu masa setiap hari.

Kalau di Malaysia, bolehlah kau merempit ke tempat kerja naik superbike kau... Kat Jepun ni, pakat naik pengangkutan awam je la. Mujurlah sistem pengangkutan awamnya efisien.

Balqis sudah berada di atas katil dan bersedia untuk melelapkan mata setelah keletihan memerah otak sepanjang hari. Bila otak penat bekerja, badan automatik jadi penat juga.

"Apalah khabar Si Biru aku tu ya?"

Sempat juga dia memikirkan Superbikenya di Malaysia.

"InsyaAllah okey tu. Orang yang jaga tu pun bukan orang lain... Orang yang aku dah kenal lama... Orang yang aku percaya."

Sambil berbaring untuk melayan mata yang mengantuk, dia menelek telefon bimbitnya. Terdapat banyak mesej-mesej yang yang belum sempat dibacanya. Yang banyaknya adalah mesej-mesej dari pelbagai group sembang WhatsApp yang sememangnya jarang dibaca.

Laju tangannya skrol skrin telefon lalu berhenti di mesej daripada orang yang diamanahkan untuk menjaga Si Biru kesayangannya. Beberapa keping gambar superbike miliknya dihantar dalam hantaran tersebut dengan mesej berbunyi:

'Assalamu'alaikum Cik Superbike, harini saya mandikan Si Biru. Nampak berseri, kan? Dah mandi wangi-wangi dah... Siap pakai bedak!'

Mesej berbaur gurauan dari jejaka tersebut menyebabkan Balqis tersenyum sendiri. Ada ke superbike dipakaikan bedak?

'Ada-ada je la awak ni, Ikram....' hatinya berkata.

Setelah membalas beberapa hantaran mesej dari pemuda berwajah kacukan Arab itu, Balqis pun melelapkan mata yang memang sudah bersedia untuk dipejam. Penat.

•••••••

JOHOR, MALAYSIA

"Qis cuti lama ke?" Kak Long bertanya kepada Balqis sambil menyediakan hidangan sarapan pagi kepada adiknya. Suaminya telah bersarapan awal pagi sebelum keluar pergi ke kerja.

"Seminggu je, Kak Long.. Tapi cuti seminggu macam tak cukup je. Qis plan nak pegi banyak tempat ni..." jawabnya sambil menghirup teh tarik yang dibancuh oleh kakak sulungnya itu. Sedap!

"Qis takyah la nak meronda sangat. Badan tu tak habis penat lagi. Balik dari Jepun tu Qis terus naik kerja, kan? Rehat la kat rumah ni lama sikit..." ujar Kak Long. Faham benar kesibukan masa adik bongsunya itu. Dan faham benar perangai adiknya yang tak kira penat kalau bab superbikenya.

Balqis tersengih. Dia tahu kakaknya pasti tidak bersetuju sekiranya dia sibuk bermotosikal ke sana-sini . Tapi dia belum puas lagi mengulit Si Birunya. Sekembalinya ke Malaysia setelah berkursus sebulan di Jepun, dia tidak sempat bercuti. Firmanya telah mengaturkan program sepanjang dua minggu yang memerlukan Balqis menjadi Fasilitator kepada peserta kursus untuk menurunkan ilmu dan berkongsi pengalaman yang ditimbanya di Jepun. Penat sangat. Tapi memandangkan itu merupakan tanggungjawabnya terhadap organisasi, Balqis akur. Lagipun, Balqis telah diberikan cuti seminggu selepas program berakhir. Masa yang ada ini perlu dimanfaatkan sebaiknya untuk bermanja dengan superbikenya.

"Qis stay dua hari je kat sini, Kak Long. Kejap lagi Qis nak ziarah kubur Ibu dan Babah. Then, Qis lepak kat rumah je la layan budak-budak kecik ni. Esok Qis nak singgah rumah Angah kejap sebelum gerak ke rumah Abang Zikri."

Kak Long tahu, walaupun adiknya ini memang suka ke sana-ke sini dengan motosikal, keluarga tetap diutamakan. Balqis biasanya akan menyinggah sebentar ke rumah kakak dan abangnya sekiranya dia balik ke Johor.

"Hmm... Elok-elok je la.. Kak Long nak kirim buah rambutan dari pokok yang Babah tanam tu kat dorang. Tapi Qis naik motor la pulak... Nak bawak macamana?" Kak Long menggaru-garu kepalanya.

"Kirim gambar je la kat dorang... Hehe..." jawab Balqis sambil tersengih.

Kak Long menggeleng-gelengkan kepala mendengar jawapan adiknya itu. Ada ke kirim gambar je?

"Nanti pesan kat dorang suh balik kampung kalau nak makan rambutan atau durian pokok Babah... sementara buah masih ada ni..." pesan kakaknya lagi.

"Yes, Ma'am!"

•••••••

JOHOR BAHRU, JOHOR

"Qis, Abang Zikri cakap malam ni kita semua makan kat luar la, ya... Kak Syikin tak sempat nak prepare dinner la. Hari ni akak balik lambat ada program kat sekolah."

Kakak ipar Balqis yang bertugas sebagai seorang guru baru pulang dari sekolah. Balqis pun baru tiba di rumah abangnya lebih kurang 10 minit tadi. Agak lewat juga kerana dia singgah di rumah kakak keduanya terlebih dahulu sebelum bertolak ke rumah abangnya.

"Boleh, kak. Takde masalah. Sorry la susahkan akak dengan Abang Zikri. Qis pun datang sini weekdays. Semua orang bekerja.... Qis je yang cuti..." ujar Balqis. Rasa bersalah juga bertandang ke rumah abangnya di kala semua orang bekerja, anak-anak abangnya bersekolah. Dia seorang sahaja yang sedang cuti seminggu.

"Takpelah... Dah company Qis bagi cuti time ni.. Mujur la dapat cuti jugak.. Dapat la balik kampung, lawat adik-beradik.. Ni semua bersiap-siap. Lepas Maghrib kita keluar.. Makan seafood.." Kedengaran suara Abang Zikri menyampuk.

"Makan seafood? Yeayyy!"

Anak-anak Abang Zikri yang seramai tiga orang itu bersorak keriangan.

"Eh, budak-budak ni... Macam tak pernah makan seafood je gayanya!" Kak Syikin sempat berbunyi sambil menghambat anak-anaknya untuk mandi dan bersiap.

"Haaa... Cepat semua bersiap! Siapa malas mandi nanti tak dapat souvenir Ibu beli dari Jepun..." Balqis sempat mengusik anak-anak buahnya.

"Ibuuuuu~ nakkkkk!" Budak-budak tiga ketul tu berbunyi serentak.

"Kalau nak, cepat mandi!"

Bergegas ketiga-tiganya mencari bilik air.

Balqis tersenyum. Alahai... Budak-budak..

•••••••

Mereka tiba di rumah menjangkau jam 10.30 malam selepas menikmati makan malam di salah sebuah restoran makanan laut yang menghadap Selat Tebrau. Sudah lama Balqis tidak menjejakkan kaki ke sana. Hampir lima tahun. Banyak yang sudah berubah. Lebih banyak bangunan kedai-kedai baharu yang didirikan dan kawasan perumahan yang sudah semakin bertambah.

Malam itu, Balqis berhasrat untuk tidur awal. Letih badannya masih belum hilang. Tapi matanya tidak dapat dilelapkan. Dia ke dapur untuk mengambil minuman. Lampu dapur masih menyala.

"Eh? Abang Zikri.... Tak tidur lagi ke?"

Rumah abangnya telah lama senyap dan bergelap. Disangkanya kesemua isi rumah sudah lena diulit mimpi. Sementelah esok semuanya akan bekerja dan anak-anak akan bersekolah.

"Abang tengah tidur la ni... Tak nampak ke?" Jawab Abang Zikri dengan selamba sambil tangannya membancuh mug berisi air panas. Bau Nescafe yang wangi menembusi hidung Balqis.

"Eiii Abang ni... Loyar buruk pulak...Lepuk, kang!" jawab Balqis geram. Zikri tersengih.

"Nak?" Pelawanya.

"Boleh jugak," jawab Balqis.

Zikri mengambil satu mug dari dalam kabinet dan mula membancuh lagi. Mug berisi Nescafe panas dihulur.

"Thanks..."

"Jom lepak kat luar. Amik angin malam," ajak Zikri. Saja nak ajak adiknya berbual.

Balqis menurut.

Satu jam masa mereka berbual terisi dengan perkara berkenaan kerja dan hal ehwal semasa. Sesekali terdengar bunyi pecahan ketawa dari kedua adik-beradik itu. Mesti ada perkongsian cerita-cerita yang mencuit hati mereka.

"Qis, abang nak tanya ni..."

"Apa dia? Tanya je la, abang ni... Nak mintak-mintak izin pulak.." jawab Balqis.

"Ye ar... Abang tanya la dulu. Kang nanti Qis sensitif pulak pasal benda yang Abang nak tanya ni.." balas Zikri berhati-hati. Bersedia. Ini soal hati dan perasaan adiknya.

Balqis diam. Dia seperti dapat membaca apa yang bermain di fikiran abang kandungnya itu.

"Apesal senyap pulak? Tadi cakap takyah mintak izin bagai.." sela Zikri.

"Hmmm... Apa dia?" Jawabnya acuh tak acuh. Tangannya mengetik-ngetik skrin telefon bimbit. Buat-buat sibuk.

"Ko ni kan, Qis.. Tadi elok je hp tu atas meja, tak disentuh. Takde pulak Qis nak belek-belek. Ni tiba-tiba main hp pulak.." Zikri geram. Dia pasti adiknya sengaja mahu mengelak soalan yang bakal keluar dari mulutnya.

"Ye lah... Qis dah letak tepi.... Ye... Nak apa, wahai abangku yang macho ini?"

"Eleh... Takyah nak bodek Abang la... Ni Abang tanya direct je ni... Takde konar-konar... Qis dah pilih ke nak kahwin dengan siapa.. Antara dua tu?"

GEDEBUK!

Kepala Balqis rasa seperti dihempap sebiji kelapa. Terkejut dengan soalan direct dari abangnya.

"Haa...Jawab la..." ujar Zikri lagi. Matanya merenung Balqis yang mengerutkan wajah.

"Ish... Orang lelaki ni memang macam ni ke? Main hembuss jek..." gumam Balqis perlahan.

"Abang dengar, Qis... Belum pekak lagi.."

Balqis tersengih.

"Haa.. Jawab ler...." sambung Zikri lagi.

"Huwarghhh~ Ngantuk la, bang... Dah pukul 12 tengah malam ni. Mata pun dah tak boleh bukak dah... Qis masuk tidur dulu la, bang.... Tataaa~"

Laju Balqis mengangkat punggung dan mug kosongnya. Bersedia untuk beredar. Lebih kepada nak mengelak daripada menjawab soalan Abang Zikri sebenarnya.

"You owe me, dik.... Qis tak boleh nak elak hal ni selama-lamanya. Nah! bawak masuk sekali mug Abang ni... Basuh sekali, ye... Sekian.." ujar Zikri yang geram kerana Balqis mengelak untuk menjawab pertanyaannya.

"Nite, brother. Sleep tight~"

Tangan Balqis mencapai mug kosong di hadapan Zikri dan pantas mengatur langkah meninggalkan abangnya yang sedang tidak berpuas hati. Dia tahu, Zikri akan terus-menerus mengorek jawapannya sekiranya dia masih berada di situ.

Sesungguhnya, dia masih belum bersedia untuk menjawab soalan abangnya itu.

•••••••

p/s: Korang rasa, apa yang ada dalam fikiran Cik Superbike kita ni?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience