16

Other Series 41451

PICC, PUTRAJAYA

Malam ini merupakan majlis makan malam Kelab Sukan jabatan tempat Fiz bekerja. Tema dinner pada tahun ini adalah Superheroes. Kesemua hadirin dimestikan untuk memakai kostum atau pakaian yang melambangkan watak sebarang Superheroes seperti Superman, Ironman, Spiderman, Wonderwoman, Captain Marvel dan sebagainya.

Pelbagai jenis pakaian dan watak-watak Superheroes dapat dilihat di majlis yang diadakan setahun sekali ini. Para hadirin mempamerkan kreativiti masing-masing dalam berpakaian agar dapat mengikut tema penganjur. Ada yang menyewa kostum dan ada yang kreatif mereka sendiri pakaian. Ini semua kerana terdapat anugerah pakaian terbaik bagi lelaki dan wanita.

Asalnya Fiz malas nak join dinner ini. Sebab dia taktahu nak pilih watak apa. Tapi Fakhrul beria-ia mengajaknya menyewa kostum di KL. Dinner setahun sekali je, katanya. Apa salahnya meraikan.

Pening nak memikir ketika di butik kostum tempoh hari, Fiz memilih watak Batman, manakala Fakhrul memilih watak Ironman. Ironman ko! Gigih si Fakhrul ni nak pakai suit Ironman bagai. Tak panas ke nanti?

“Bro, apesal haritu taknak watak lain? Captain America ke? Superman ke?” soal Fakhrul.

“Gila kau. Superman pakai spender kat luar. Tanak aku…Batman je la senang…” jawabnya.

“Apesal Batman?”

“Sebab nanti kejap lagi aku senang nak makan. Mask dia cuma tutup mata je… Hahahaha!” Jawabnya sambil gelak. Makan je yang dia aim rupanya. Ish…Ish… Ishhh… Fakhrul turut ketawa mendengar jawapan sahabatnya. Mereka berdua berjalan beriringan menuju ke kaunter pendaftaran sebelum masuk ke dalam dewan utama.

Tiba-tiba…

“Hai gorgeous! You guys dah register?” Suara perempuan yang dibuat-buat manja berbunyi. Mereka berdua menoleh.

Mak aiiii!! Seksinya Alisa dengan kostum Catwomannya! Walaupun kostum itu menutupi keseluruhan tubuhnya termasuk bahagian kepala, tapi lekuk-lekuk bentuk badannya jelas kelihatan. Berani betul perempuan sorang ni!

“Wow! Encik Syafiz! Kita macam berjanji pulak ya? Encik Syafiz Batman, saya Catwoman. Romantiknyaaa~ Rrrrrrrrrr~” Alisa membuat bunyi kucing betina gatal. Dia teruja kerana lelaki pujaan hatinya mengenakan kostum yang ada kena-mengena dengan wataknya. Kan dalam filem Batman, Catwoman dan Batman ada affair.

Fiz bengang. Rasa menyesal pun ada dia memilih watak Batman. Kalau dia tahu, lebih baik dia memilih watak HULK!

“Errr….Maaf, Cik. Saya rasa Cik salah orang. Kami bukan Encik Syafiz yang Cik maksudkan tadi. Kami tak kenal pun dia tu sapa. Saya Shuib. Ini Ramlan…. Errr…. Kami gerak dulu la…. Nak cari table.” Fiz cuba melepaskan diri. Mentang-mentang mereka bertopeng, semua orang nampak lebih kurang sama je, kan?

“Eii~ Tak baik menipu tauuuu~ Saya kenal la Encik Syafiz. Orang lain Encik Syafiz boleh kelentong, tapi bukan Puteri Alisa Edora ni tauuu…. Bau perfume 1Million Paco Rabanne Encik Syafiz pun saya boleh cam…. Tu, taring tu, nak sorok kat mana?” Alisa menjawab dengan penuh yakin.

‘Shit! Kantoi! Benda lain aku boleh sorok… Tapi trademark gigi taring aku ni memang takleh nak buat apa…. Arghhh!’ Fiz stress. Dia terus melangkah laju mencari kedudukan mejanya diikuti oleh Fakhrul yang terpinga-pinga.

*******

Beep!

Notification mesej WhatsApp berbunyi.

Fiz: Assalamu’alaikum, Balqis! Awak tengah buat apa tu?

Balqis: Wa'alaikumussalam warahmatullah..Takde buat apa. Tengah belek phone.

Fiz: Tak keluar ke malam ni?

Balqis: Malas. Nak guling-guling je atas katil. Macamana majlis dinner malam ni?

Fiz: Saya jadi Batman. Hahahaha!

Dua saat kemudian dua keping gambar dihantar. Gambar Batman dengan Ironman dengan dua posing berbeza. Kedua-duanya aksi lucu.

Balqis: (Ikon ketawa sambil menangis). Lawak laaaa!

Fiz: Lawak ke? Bukan handsome ke?

Balqis: Tak nampak muka sebenar, jadi mana nak tahu handsome ke tak? (Icon jelir lidah).

Fiz: Jadi, kalau muka sebenar, kira handsome la, eh? (Icon teruja – bintang di mata)

Balqis: Perasan! (Ikon rolling eyes)

Fiz : Qis…

Balqis terhenti untuk membalas. ‘Dia panggil aku Qis! Betul lah aku tak salah dengar haritu! Kali ni bukti dengan ejaan lagi!’ Hatinya berdebar.

Fiz: Balqis…

Balqis: Ya, saya…

Fiz: Balik dinner ni saya nak jumpa awak kejap, boleh?

Balqis: Kenapa nak jumpa?

Fiz: Rindu…

Balqis terhenti sekali lagi. Debarannya makin kencang. ‘Hantu ni kenapalah pelik-pelik sangat perangainya malam ni? Ish~’

Fiz: Boleh tak?

Balqis: Merepek la awak ni… Rindu apanya? Pegi la makan sedap-sedap, kenyang-kenyang kat majlis tu. Balik kang terus tidur… Hahaha! Sampaikan salam kat Ironman. Cakap kat dia, handsome! (Ikon ketawa)

Fiz: Jangan harap! (Ikon marah)

Balqis: (Ikon gelak banyak-banyak) Nite~~~~~~~ Wassalam.

Beep! Satu mesej bergambar tiba. Gambar Batman yang bergigi taring sedang tersenyum menawan sambil tangannya memegang props di photobooth yang tertera ayat “I’M YOUR HERO!”

Balqis tersenyum sambil menggeleng kepala.

‘Ya, awak handsome juga walaupun pakai topeng, Syafiz Eiman.’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience