23

Other Series 41450

PLUS HIGHWAY (ARAH SELATAN)

Jumaat. 8.00 pagi.

Kereta Honda putih bernombor plat Putrajaya itu bergerak dengan kelajuan sederhana membelah lebuh raya menuju ke destinasi, negeri Melaka. Kenderaan menghala ke Selatan tidak banyak pada waktu ini. Kebanyakan kenderaan menghala ke Kuala Lumpur, menuju tempat kerja bagi mereka yang tinggal di Nilai, Seremban atau Melaka.

Fiz dan Balqis meneruskan perjalanan setelah berhenti sarapan pagi di kedai roti canai terkenal di Bangi. Kedainya biasa sahaja, bukan restoran, cuma sangat terkenal kerana menu roti canainya paling meletop. Hehe… dapat juga si Balqis makan roti canai. Tadi dia mengomel pasal nak makan roti canai, tak sangka pula Mr. Vampire itu menunaikan hasrat perutnya.

50m menuju ke RnR Seremban, Fiz memberi signal untuk membelok. Balqis hairan, lapar lagi ke makhluk ni? Bukan tadi dia dah bedal roti tampal goyang dan nasi lemak bungkus daun pisang ke?

“Saya saja nak imbas kembali tempat kita mula-mula jumpa dulu,” jawab lelaki itu memahami persoalan yang berada di fikiran Balqis.

“Laaaa…. Itu pun nak…”

“Saya nak isi minyak dan top up smartag la… Eii dia ni, gurau sikit pun takleh.” Laju Fiz memotong kata-kata Balqis sebelum gadis itu mengomel lebih panjang. Balqis berkerut.

“Tapi ini memanglah tempat kita mula-mula jumpa dulu, kan? Masa tu awak sakit perut, sampai berlari-lari masuk ke toilet. Dua kali pulak tu… Kikiki!” Fiz mula nak gelak. Dia sudah mematikan enjin kereta setelah park di sebelah petrol pump, lalu terus keluar menuju ke kaunter. Balqis menunggu di dalam kereta dengan perasaan sebal.

“Kuajaqqqq… Dia leh ungkit pasal aku memerut hari tu ek? Arghhh~” Balqis geram.

Seketika, Fiz kembali ke kereta lalu menghulurkan satu aiskrim Cornetto perisa coklat kepada Balqis sebelum dia mengisi minyak kereta. Sempat dia berpesan kepada Balqis, “Makan aiskrim coklat ni… Boleh hilangkan stress…Hehe..” Stress sebab dia lah pun!

‘Cane dia tahu aku suka makan aiskrim coklat bila stress?’ Dalam persoalan, Balqis membuka pembalut aiskrim dan mula makan. Ya lah, kalau tak makan, cair la pulak. Makan je la… Dah orang bagi… Aiskrim perisa favourite dia pulak tu..Ngap je lah! Bismillah..

Selesai mengisi minyak, Fiz masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin. Ditolehnya ke arah Balqis yang sedang syok makan aiskrim.

“Nak sikit!” ujarnya dan dengan secara tiba-tiba mulutnya ditalakan ke arah aiskrim yang berada di tangan Balqis dan…

Ngap!

Balqis terkejut dengan tindakan tanpa diduga itu. Dia menoleh ke wajah Fiz yang selamba menelan tanpa rasa bersalah, tidak memandang kepadanya langsung, memasang seatbelt dan terus menekan pedal minyak bagi menyambung pemanduan.

“Makan la… Napa tak makan? Kang cair aiskrim tu.” Fiz bersuara. Balqis senyap.

“Nape? Geli eh…. Sebab saya dah makan?” soalnya lagi seolah memahami. Balqis masih tidak menjawab.

“Kalau awak geli, meh saya makan. Tapi awak kena suapkan la… Saya tengah drive…. Payah nak makan sendiri…” jawabnya sambil tersenyum. Mukanya masih menghadap jalan raya.

Balqis buat muka. ‘Arggghhhh! Dua-dua pun saling tak kena… Berkongsi makan pun dengan dia pun tak kena, nak suapkan dia pun tak kena… Bencilah aku dengan dia ni! Ada je benda dia kenakan aku!’ hati kecilnya memberontak. Perlahan-lahan dia menyuap baki aiskrim yang makin mencair itu ke dalam mulutnya sendiri.

Fiz tersenyum. Gelihati melihat gadis itu terkulat-kulat menghabiskan baki aiskrim coklat itu.

Nakal sungguh la Syafiz Eiman ni….Ish..Ish..Ish…

*******

Mereka tiba di Melaka lebih kurang jam 10.00 pagi. Santai betul pemanduan si Fiz ni. Memang nak habiskan masa berduaan dengan si Balqis. Mujurlah gadis itu tidak banyak bertanya. Dia cuma banyak menyanyi ikut lagu-lagu yang keluar di corong radio walaupun dengan suara yang perlahan. Takpela… Fiz suka dengar Balqis menyanyi. Suara dia sedap! Dan Fiz tidak mahu banyak bertanya pasal nyanyian, kang nanti confirm Balqis berhenti menyanyi dan takkan menyanyi sampai bila-bila.

“Eh? Kenapa kita pergi mall? Bukan nak balik umah ibu awak ke?” soal Balqis kehairanan apabila Fiz memasuki parking lot Dataran Pahlawan di tengah Bandaraya Melaka itu.

“Kita singgah sini kejap. Saya nak cari barang.” Fiz memberitahunya.

Balqis hanya menurut saja. Mereka berjalan beriringan masuk ke dalam mall. Baru pukul 10 lebih pagi. Masih belum ramai orang di mall. Lagipun hari ini ialah hari bekerja, mestilah tak ramai orang waktu ini. Kedai-kedainya pun ada yang baru buka. Mereka berjalan perlahan-lahan menyelusuri satu kedai ke satu kedai.

“Erm… Awak nak cari barang apa?” Balqis bertanya apabila tidak ada satu kedai pun yang mereka berhenti. Barang apa yang Fiz ni nak beli sebenarnya?

“Haa… Tu! Nak cari barang kat kedai tu,” jawab Fiz sambil menunjuk ke arah kedai yang dimaksudkan. Leather Avenue.

Balqis mengikut langkah Fiz walaupun ada rasa hairan juga. Nak beli beg ke dia ni? Rasanya dia nampak luggage warna grey di but kereta masa dia sumbat begnya tadi. Maybe nak beli yang lebih besar untuk family dia kot…

Fiz meneliti satu-persatu beg luggage yang dipamerkan dengan teliti. Kedai ini menjual pelbagai jenis barangan kulit, beg dan luggage dari jenama Mendoza, Charles Berkeley, Esfolar, Valentino Creations, Cerruti 1881, Coccinelle, The Bridge dan Lushberry. High taste betul Mr. Vampire ni. Harga? Hmmm… Riban-riban, Bhaii~ Tapi hari ini ada sale sehingga 45%. Banyak juga tu. Tapi Balqis hanya membelek sahaja. Takpela kalau Fiz nak beli… Dia pegawai besar. Elaun pun banyak. Sesekali nak reward diri sendiri atau family apa salahnya. Balqis pula, walaupun dia akauntan dan bergaji besar, tapi nak beli barang pun berkira-kira, perlu ke tidak, menguntungkan atau merugikan, buat kajian pasaran yang mana lebih value for money. Bagus juga, kan?

“Qis, yang ni okay tak?” tiba-tiba Fiz bertanya sambil menunjukkan satu luggage saiz 20” berwarna light pink - Darlington Lite 20”, harga di pricetag :RM719.00. Balqis sebenarnya terkejut dengan panggilan ‘Qis’ itu, tapi tetap memberi respond, “Pink? Untuk awak ke? Tak sesuai la…”

“Bukan untuk saya… Untuk orang….” Lelaki itu menjawab.

“Ibu? Pun tak sesuai. Dan kecil sangat kalau nak isi barang ibu dan Aishah sekali, kan?” Balqis menjawab. Fiz tersenyum.

“Ibu dah ada beg.. Dia dah siap packing barang dia pun.. Saya tanya awak ni, yang ni okay tak?” Tanyanya lagi dengan bersungguh-sungguh.

“Erm… Untuk Aishah okay la jugak. Cabin size, warna pun cantik! Lembut je,” jawab Balqis jujur.

“Okay, thanks!” Fiz membalas lalu melangkah ke kaunter untuk membayar setelah berpuas hati dengan beg yang dipilih. Kepada si Balqis, dia menghulurkan luggage yang dibelinya tadi untuk dibawa.

“Tu la! Beli warna pink! Malu la tu nak bawak. Aku jugak yang kena heret,” Balqis berkata sendirian. Manakala Fiz sibuk membelek skrin di hp nya.

“Balqis, jom kita pi tengok wayang nak?” Tiba-tiba Fiz mengajak.

‘Eh, dia ni? Tadi kata nak beli barang je…. Apahal wayang pulak? Ingat dating ke?’ Balqis pelik.

“Jom laaa… Ada movie baru…” Fiz memujuk lagi.

“Cite apa? Saya dah lama tak tengok wayang la…” jawab Balqis. Bukan beri alasan. Dia memang dah lama tak keluar tengok wayang. Sejak Sarah berkahwin, dia banyak lepak di rumah, layan drama Korea kat tv je.


“Charlie’s Angel 2019.”

‘Wah! Menarik juga ni!’ Balqis memang suka action movie yang bercirikan penyiasatan macam tu. Dan untuk Charlie’s Angel, dia tidak pernah miss tengok kesemua sequel movie tersebut.

‘WAIT! Pergi tengok wayang berdua dengan hantu Vampire ni?? Weiii! Tak pernah kotttt!’ otaknya menjerit. Kalau dengan Ikram pernah la juga dia tengok wayang sama-sama. Tapi dah lama dulu… Masa tu dorang belum rapat berdua… Tu pun tengok beramai-ramai dengan geng office. Tak pernah duduk sebelah-menyebelah dengan Ikram. Ye ar… Ikram kan pendiam. Sama macam dia... Apalah khabar jejaka tu? (Eh! Tiberr)

“Erm… Takyah la, awak. Awal lagi ni nak tengok wayang.. Hee~” Entah apa alasan dia bagi. Dia sendiri tersengih dengar alasan yang dia berikan.

“Done! Jom lah… Saya dah beli tiket online. Panggung kat tingkat atas. Jom… Dah nak start ni.” Fiz menjawab tanpa rasa bersalah. Kakinya laju melangkah.

Balqis terkejut. ‘Hoi! Laju giler dia ni buat keja…Tau-tau dah beli tiket… Tak cakap apa pulak tu….Arghhhh~’ Hatinya membebel. Dah tu, takkan la dia nak kena tunggu dua jam sampai Fiz habis tengok movie baru nak gerak balik rumah ibu lelaki itu kot? Kalaulah dia kaki shopping takpela jugak, bolehlah dia merayap di sekitar mall itu. Nak tak nak, kena la ikut apa sahaja yang lelaki tu plan.

“Beg ni macamana?” tanya Balqis.

Fiz berhenti berjalan dan menoleh.

“Bawak je. Waktu macam ni tak ramai orang pun. Nanti letak je kat sebelah,” jawabnya. “Jom la, Balqis… Movie dah nak start… Awak nak saya dukung awak dengan beg tu ke?” soalnya sambil tersenyum nakal.

“Eiiii~ Pegi la jalan sana…. Nanti saya follow la…..” Balqis rimas diusik lelaki itu. Geramnya lahai… Mujur la movie yang dipilih itu menarik minat dia. Kalau tidak, jangan harap dia nak ikut. Fiz ketawa melihat reaksi Balqis. Suka betul dia menyakat gadis itu.

*******

Memasuki panggung, skrin sudah menayangkan iklan-iklan dan trailer movie terbaru. Lampu sudah ditutup. Balqis berjalan tidak jauh di belakang Fiz dalam kadar cahaya yang minimal. Berdasarkan pemerhatian Balqis, jumlah penonton dalam lebih kurang 20 orang sahaja. Tu pun duduk jauh-jauh. Tapi barisan tempat duduk Fiz dan Balqis sudah ada beberapa penonton. Barisan paling belakang sekali. Mereka terpaksa melalui 2 pasangan untuk mengambil tempat duduk. Tapi….

‘Eh? Ape kejadahnya couple seat pulak ni?? Dia ni kannnn~~’ Balqis makin geram dengan Fiz apabila dilihatnya jenis tempat duduk yang bakal diduduki adalah jenis couple seat. Fiz duduk dengan muka tidak bersalah. Balqis rasa nak hempuk-hempuk je muka lelaki itu dengan luggage baru yang diheretnya ke sana-ke mari tadi. Takkan nak patah balik keluar pulak. Nak kena lalu lagi depan 2 couple tadi. Dah la tadi mereka dah membuat bunyi tidak puas hati kerana terpaksa memberikan ruang kepada Balqis dan Fiz yang masuk lambat ke dalam panggung, dengan mengangkut luggage. Eleh… Movie belum start pun. Tu pun nak berkira orang tumpang lalu sikit…

Balqis duduk jugalah di ‘couple seat’ itu. Beg luggage diletakkan di antara dia dan Fiz. Sempitlah pulak. Fiz mengalihkan luggage itu ke bawah, diletakkan di sebelah kaki sendiri. Makanya, kaki Fiz yang panjang itu terpaksa mengambil sedikit ruang kaki Balqis. Balqis menjeling. Fiz tahu.

“Yang gatal pegi amik couple seat ni kenapa? Banyak lagi seat kosong tu kot..” Dia berbisik dengan geram kepada Fiz.

“Sorry… Tadi saya main tekan je, nak cepat. Saya memang suka duduk seat belakang, tengah-tengah. Tak sangka la dalam panggung sini, couple seat rupanya. Patutlah masa klik tu tulis satu nombor seat je…. Sorry…. My bad…” Fiz memohon maaf. Pun dengan berbisik. Dia pun tak sempat nak memeriksa sedetails itu. Yang dia tahu, nak dapat beli tiket dengan cepat sahaja. Balqis diam.

“Awak jangan la marah…. Saya tak sengaja la… Saya kan dah minta maaf….” Bisiknya lagi. Lembut nadanya. Sayu. Meremang pula bulu roma Balqis. Cakap lembut-lembut begini, berbisik pulak tu… Adoii~

“Ya lah, ya lah…. Kaki ni sana la sikit…. Kena kaki saya la!” Suaranya masih tegang, walaupun dalam nada berbisik.

“Kaki saya panjanglah. Nak buat macamana?” balas Fiz, juga berbisik. Adoi… Main bisik-bisik je la korang berdua ni..

“Tu la… Sapa suh bawak beg tu? Eiii~” Balqis berbunyi lagi.

“Ehemmmmm!” Kedua-dua Fiz dan Balqis terus senyap apabila salah satu penonton yang duduk di sebelah mereka berdehem. Ya! Faham! Movie dah start! Sorry!

*******

Balqis fokus menonton movie dengan senyap setelah memastikan tiada apa-apa kelakuan yang mencurigakan ditonjolkan oleh Fiz di sebelahnya. Ya lah, dalam gelap, kan? Kot la dirabanya ke atau apa-apa. Dia sudah bersedia jika lelaki itu bertindak di luar kawalan. Memang dia akan keluarkan segala teknik silat, taekwondo, karate-do, judo, wushu, kuntau semua lah... Teknik betul atau tidak belakang kira, janji dia belasah je lelaki itu jika melebih-lebih. Sambil belasah, dia akan menjerit memberitahu ada pencabul dalam panggung. Lantak la! Itu rancangannya. Bukan dia nak bersangka buruk, cuma dia mengambil langkah berjaga-jaga.

Tapi nampak gaya, lelaki di sebelahnya kelihatan tenang dan bersahaja. Macam takde perasaan. Okay la kot. Mata Fiz fokus mengadap skrin sambil tangan menyuap popcorn ke mulut berulang-ulang.

“Nak?” Tiba-tiba Fiz menghulurkan bekas popcorn kepada Balqis. “Amik ar…” sambungnya lagi.

Perlahan-lahan Balqis mencekut sedikit popcorn dan menyuap ke mulut sendiri.

“Pegang je terus bekas ni,” Fiz memberikan bekas popcorn kepada Balqis untuk dipegang.

“Err.. Cukup la… Saya nak sikit je pun, buat rasa. Kalau banyak makan manis, nanti saya haus,” Balqis memberi alasan. Walhal dia suka giler makan popcorn. Lantas Fiz menghulur sebotol air mineral yang masih belum dibuka kepada Balqis.

‘Haik? Dia ni ada poket Doraemon ke? Tadi cuma nampak dia beli popcorn dan air gas je?’ hatinya berkata.

“Saya tahu awak mesti cari air mineral punya,” jawab lelaki itu sambil tersenyum tetapi matanya masih menghadap ke skrin.

“Terima kasih……” ucap Balqis. Laju dia memulas penutup botol untuk minum.

“Sama-sama kasih…” Fiz berbisik ke telinga Balqis. Berderau darahnya! Terbantut pergerakan tangannya untuk menyua air ke bibir. Dia menoleh.

Fiz mengenyit mata ke arahnya. Walaupun samar-samar, tapi dia memang nampak Fiz tersenyum sambil mengenyitkan mata. Haiiyoooo~

“Minum je lah.. Saya tak jampi pun air tu… Haha!” ujarnya sambil tergelak kecil. Balqis menjeling geram. Dia membaca Bismillah dan doa ringkas sebelum meneguk air. Precaution. Hehehe… Sian Balqis… Asyik kena sakat je dengan vampire nakal.

Sambung tengok movie best. Cuma ketenangannya tidak lama lah. Sebab tangan Fiz asyik menyeluk je…

Haaa! Korang jangan salah faham pulak! Bukan menyeluk yang bukan-bukan. Tapi menyeluk bekas popcorn yang Balqis pegang tadi.

‘Patutlah dia suruh aku pegang. Dia nak bersenang-senang layan movie. Dia ingat aku ni bini dia ke? Nak kena layan dia macam raja? Erghhh!’ Balqis bengkek. Hantu ni memang hantu la!

“Awak pegang la sendiri…Lagi senang nak makan…” Balqis memulangkan bekas popcorn kepada Fiz.

“Taknak. Nak awak pegangkan jugak,” jawabnya. Diseluknya lagi tangan ke dalam bekas popcorn dan menyuap ke mulut, kunyah-kunyah dengan enaknya sambil mata fokus pada skrin di hadapan.

“Eiiii! Manja!” marah Balqis dengan nada perlahan. Fiz hanya tersenyum. Senang hati.

*******

Selesai menonton wayang, mereka terus bergerak keluar dari mall menuju ke masjid berdekatan. Fiz perlu menunaikan solat Jumaat. Balqis menunggu di dalam kereta sementara menunggu Fiz selesai menunaikan solat Jumaat. Balqis akan solat Zuhur bila mereka tiba di rumah ibu Fiz nanti. Fiz cakap, ibunya sudah memasak makanan tengahari, lauk asam pedas Melaka. Dengar sahaja sudah terliur.

"Sabar ya, wahai perut.... Kau terima la dulu boba milk ni... Jap gi kat umah ibu, kita makan nasi banyak-banyak ya.." Balqis memujuk perutnya yang berkeroncong minta diisi.

Terbayang-bayang nasi panas dengan lauk asam pedas ikan parang siap bendi dan daun kesum, kangkung goreng belacan, telur masin dan ulam-ulaman. Nyum!

*******

*******

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience