27

Other Series 41450

BANDAR KUALA TERENGGANU

Hari ini merupakan hari bekerja di Terengganu. Walaupun begitu, ramai yang mengambil kesempatan untuk bercuti di hujung tahun begini sempena cuti sekolah.

Bandar Kuala Terengganu agak sesak dengan pertambahan jumlah pengunjung lebih-lebih lagi pengunjung dari luar seperti keluarga Mak Mah dan keluarga Pak Long Johar. Mereka memutuskan untuk berjalan-jalan di sekitar kawasan bandar Kuala Terengganu sahaja.

Selepas menikmati sarapan pagi menu tempatan Terengganu, lokasi pertama yang mereka kunjungi adalah Taman Tamadun Islam yang mengandungi replika monumen bangunan terkenal di dunia seperti Masjidil Haram, Masjid Nabawi, Kota Lama Aleppo dan Kubah As Sakhrah. Replika-replika ini dibina pada saiz yang lebih kecil tetapi berskala yang sama dengan binaan asalnya. Menarik! Mereka mengambil kesempatan merakamkan foto-foto sebagai kenang-kenangan di setiap replika monumen di situ.

Balqis yang memang tidak minat bergambar memang selalu menawarkan diri untuk menjadi fotografer tidak berbayar. Dia sejenis manusia yang tidak suka selfie, ataupun menyimpan gambar sendiri. Dalam hp nya pun hanya penuh dengan gambar superbikenya, gambar pemandangan, gambar-gambar objek, atau gambar orang lain. Gambar sendiri? Boleh dikira dengan jari. Kalau ada pun, mesti gambar beramai-ramai. Kenapa? Sebab dia tak suka exposed diri dia.

"Okey.. Senyum semuanya! Satu... Dua... Tiga!"

Klik! Klik!

Balqis merakamkan gambar mereka menggunakan hp Aishah.

"Kak Balqis! Jom kita bergambar!" Si Aishah mengajak. Balqis menggeleng-gelengkan kepala sambil mengembalikan hp Aishah kepada tuannya.

"Malu!" jawabnya pendek.

"Ala kak.... Jom la... Dari tadi takde satu pun gambar akak... Akak asyik tolong amikkan gambar je... Takkan kitorang je? Jom laaa..." pujuk Aishah lagi.

"Heee... Akak segan la, Aishah... Akak tak reti bergambar... Nanti rosak gambar Aishah... Haha!" Jawabnya sambil berseloroh. Sambil itu matanya sempat mengerling kepada Fiz. Jejaka itu pura-pura tidak mendengar, pura-pura sibuk membelek hpnya. Sejak malam tadi Fiz tidak bercakap dengannya. Pagi tadi pun sama. Takkan peti suara dia tercedera kot? Dengan orang lain, elok je peti suara dia. Pelik. Dia pun malas nak tanya. Pastu, takkanlah tiba-tiba dia sibuk nak masuk bergambar dengan lelaki yang tak kawan dengannya itu?

"Marilah, Balqis.. Meh la bergambar dengan kami.. Takyah segan-segan.. Macam tak biasa dengan makcik.. Gambar kenangan kita jalan-jalan kat sini..." Mak Mah bersuara mematikan lamunannya.

Balqis hanya mampu tersengih. Takkanlah dia nak menolak pelawaan wanita yang sudah dianggap seperti ibunya itu? Yang berperangai pelik dengan dia adalah anaknya, bukan emaknya, mahupun adiknya. Dengan berat hati, dia pun berkumpul sekali dengan semua yang ada.

Si Aishah sudah bersedia di posisi untuk wefie. Kalau bab selfie-wefie ni serahlah kat dia. BBNU lah katakan.. Pelbagai teknik selfie-wefie semua dia ada.. Cuteface la, duckface la, postur nak nampak kurus la, kaki kecik la, muka kecik la.. Ada-ada je...

"Abang Syafiz! Watpe duduk jauh tu? Tak nampak la.. tak masuk dalam frame.. Dekat sikit.." arah si pakar selfie-wefie kepada abang sulungnya.

Fiz yang asalnya sengaja menjauhkan diri itu mula bergerak sedikit mendekati kumpulan.

"Bang... Pegi diri belah kiri lah.. Kanan ni dah penuh dengan yang lain. Abang Syafiq dan Abang Iman je dah makan space. Kiri tu banyak ruang sebelah Kak Balqis! Kalau abang dok belah kanan, kepala nampak separuh je... Adoiii~" Aishah membebel lagi.

Fiz beralih tempat, berdiri di sebelah Balqis. Muka masih selamba tanpa perasaan. Balqis hanya membatukan diri bila lelaki itu berada betul-betul hampir dengannya. Dadanya rasa berdebar tiba-tiba. Takda la rapat sampai melekat pun, masih ada 'halal gap', tapi dia dapat rasakan kehangatan badan tegap lelaki itu. Jantungnya berdegup laju! Bau perfume Fiz dapat dihidunya. Hmmm... Wangi!

'Hoi! Apa kau merepek ni, Qis oii! Sempat pulak kau melalut sampai ke bau wangi badan dia pulak! Kau suka, eh? Tidakkkk!' Fikirannya berperang dengan hatinya. Dia menelan air liur bagi menghilangkan gugup.

'Dia kan tak kawan kau! Kau watlekwatpis (buat relax,buat peace) je. Dia tenang-tenang je.. Yang kau gelabah kenapa?' Perang akal-hatinya masih belum berhenti.

"Ehem!"

Tiba-tiba lelaki itu berdehem. Balqis yang sedang gabra itu terkejut, mujurlah tidak melatah. Dia buat-buat cool sambil membetulkan kedudukan shawl di kepalanya. Bukanlah selendangnya senget pun, dan kalau ya pun senget, bukannya ada cermin pun untuk dilihat bagi memperbetulkan nya. Itu semua kerana nak cover perasaan cemasnya sahaja. Kikiki...

Si ratu selfie-wefie ni pun dari tadi tak habis-habis lagi mengetik gambar. Berapa lama daa~

Sebenarnya, takdela lama sangat. Cuma Balqis je yang terasa lama dek kerana perasaan nervousnya itu. Aiiyooo, Cik Superbike niii~

Selesai sesi wefie secara berjemaah, kumpulan tersebut meneruskan lawatan ke replika monumen seterusnya. Tiba-tiba hp Balqis berbunyi, lalu dia berjalan perlahan dan agak jauh dari kumpulan family tersebut untuk menjawab panggilan.

Balqis kelihatan gembira menjawab panggilan itu. Senyum tak lekang dari bibir dan sesekali ketawa mesra menjawab panggilan entah dari siapa. Fiz yang berada di hadapan mula memperlahankan langkah. Geram la tu.. Tak pun nak menyiasat dengan siapa Balqis bergayut.

'Argghhh!! Kau ni kenapa, Fiz? Apehal kau nak jeles pulak? Dia bukan girlfriend kau pun!' Fikirannya memperingatkannya.

'Tapi aku suka dia!' Hatinya membalas.

'Kau pasti kau suka kat dia? Kau boleh je pilih orang lain. Kau hensem. Ramai je pompuan nak kat kau, kau je tak nampak.' Fikirannya mengganggunya.

'Diamlah! Sekarang ni aku nak tahu dia cakap dengan sapa, yang terkekeh-kekeh gelak ni.. Dia taktahu ke aku tengah jeles dari malam tadi?' Hatinya membalas.

Sungguh! Jiwanya kacau. Sudahlah kisah Ikram bermesej dengan Balqis malam tadi sudah menyebalkannya. Kena pulak si Balqis tak tanya-tanya kenapa dia hilang mood. Hari ini boleh pulak gelak-gelak cakap kat phone, sedangkan dengan dia tak bertegur-sapa. Aihhhh!! Geram~~~

*******

Balqis baru sahaja menamatkan panggilan. Baru dia sedar yang kesemua ahli keluarga Mak Mah dan Mak Long Senah dah jauh ke hadapan. Yang tinggal beberapa langkah di hadapannya adalah ... errrr.... Hantu Vampire!!! Merenung dia seperti nak telan...

'Ayyarkkk!! Kenapa Vampire ni je yang ada kat sini.... Adoiiii!!' Balqis cuak.

"Err... Erm... Fiz.... Awak tunggu saya ke? " tegurnya kepada jejaka tersebut.

Fiz tidak menjawab. Sebaliknya melangkah ke arah Balqis tanpa mengalihkan pandangan. Balqis semakin cuak.

Angin bertiup kuat seakan mengiringi tubuh lelaki tersebut yang sedang menuju ke arahnya dengan wajah serius. Seolah-olah turut merasai gelora di jiwa Fiz. Balqis memegang shawl yang melilit kepalanya daripada tersingkap akibat angin yang tiba-tiba kuat. Tangannya laju memperbetulkan baju kurung moden emerald green yang tersarung di badannya daripada melekap dan menampakkan bentuk tubuhnya.

Langkah Fiz terhenti. Menyaksikan Balqis terkial-kial dalam keadaan begitu menyebabkan jantungnya berdegup laju. Dia meneruskan langkahnya dan dalam beberapa saat, dia sudahpun berada betul-betul di hadapan Balqis. Balqis terkedu.

Sekali lagi angin bertiup kencang dan selendang Balqis menutupi wajahnya. Secara spontan Fiz bertindak. Perlahan-lahan tangannya menurunkan selendang yang menutupi wajah gadis itu. Matanya merenung wajah licin Balqis dengan solekan nipis. Dari alis keningnya yang terbentuk cantik secara asli, matanya yang bersaiz sederhana dengan bulu matanya yang lentik, hidungnya yang kecil sederhana mancung, dan bibirnya yang penuh berisi, tidak terlalu nipis, tidak terlalu tebal. Fiz menelan air liur. Debaran di dadanya tak usah dikenanglah. Dup dap dup dap.. Kalau letak stetoskop, confirm doktor dengar macam bunyi irama gendang Cina. Hahaha..

Balqis? Gadis itu cuma diam tak berkutik dengan tindakan spontan lelaki di hadapannya itu. Bulu romanya meremang. Mukanya blushing.Kalau tadi degupan jantung Fiz umpama bunyi gendang Cina, kini dia pula ibarat irama lagu hiphop 'Bangun' nyanyian Aman Ra.

Jeda.

"Err... Awak...." Balqis memecahkan sunyi dengan suaranya yang bergetar. Nervous. "Awak nak marah saya ke?" Sambungnya menyoal. Sebenarnya dia tak tahu samada soalannya kena atau tidak saat itu, tapi dia tanya je.

Fiz seolah-olah baru tersedar apabila mendengar soalan Balqis. Dia agak malu kerana tindakan spontannya terhadap gadis itu. Dia menjarakkan diri dari Balqis dan mula mengorak langkah. Balqis berjalan mengiringinya.

"Ya. Sapa call awak tadi?" Soalnya. Wajahnya kembali serius. Balqis tersenyum.

"Adalah. Mana boleh cakap.." jawab Balqis. Sengaja. Nak tengok reaksi Fiz.

"Pakwe semalam?" soal Fiz lagi. Tak puas hati.

"Kalau ya, kenapa?" Balqis menjawab dengan soalan.

"Saya tanya betul-betul ni..." Fiz geram.

"Awak jeles eh?" soal Balqis sambil tersengih.

Fiz diam. 'Main-main pulak dia ni.. Kita tanya dia, dia tanya kita balik!'

"Awak.... Awak tak jawab pun? Awak jeles ke kalau Ikram yang call saya tadi?" soal Balqis lagi. Sengaja dia tekankan nama Ikram.

Fiz melepaskan keluh panjang. Dia memberhentikan langkah. Tubuhnya dipusingkan menghadap Balqis.

"Qis... Saya nak tanya awak.. Awak dengan Ikram tu ada apa-apa ke?" Soalnya.

Balqis terdiam. 'Macamana aku nak jawab soalan ni?'

"Balqis... saya tanya ni.."

Balqis berkira-kira nak jawab soalan itu. Memang la dia ada apa-apa dengan Ikram. Dorang kan rakan sepejabat. Officemate la, kan?

"Balqis.... "

"Ya.. " jawabnya. Mendengar jawapan itu, Fiz memusingkan badan dan berlalu meninggalkannya.

Balqis kehairanan. Belum sempat dia habis menghabiskan ayat, lelaki itu sudah berlalu pergi. Lalu dia mempercepatkan langkah mengikuti lelaki itu.

"Fiz....!" jeritnya kecil.

Lelaki itu tidak mempedulikannya.

Balqis melangkah lebih laju untuk menyaingi Fiz.

"Fiz!" panggilnya sambil tangannya menarik hujung lengan baju polo shirt lelaki itu yang berwarna emerald green. Eh! Kebetulan sama lagi dengan warna baju kurungnya.

Lelaki itu berhenti dan menoleh.

"Yang call saya tadi tu bukan Ikram.. Tapi Sarah...Kitorang dah lama tak bersembang over the phone.. Jadi, banyak la ceritanya..." Balqis memberitahu.

"Saya saja taknak cakap kat awak sapa yang call... Nak tengok reaction awak macamana... heee~" sambungnya lagi sambil tersengih. Terus nampak lesung pipit di kedua pipinya.

Penjelasan dari gadis itu sedikit melegakan Fiz. Riak wajahnya sudah kembali cerah. Cuma hatinya masih ragu-ragu dengan jawapan Balqis mengenai hubungan dengan Ikram. Sekiranya benar Balqis mempunyai hubungan istimewa dengan lelaki itu, punahlah peluang dia untuk memiliki hati gadis tersebut.

"Jom la kita pegi kat dorang. Syafiq cakap dorang dah berkumpul kat kereta," Fiz mengajak. Mereka berjalan bersama.

"Fiz.. Saya nak tanya sikit.."

"Apa dia?" Jawab Fiz.

"Awak memang sengaja suruh saya bawak baju kurung kaler ni untuk pakai harini kan? " Balqis menyoal.

Fiz tersengih. Dia faham benar dengan soalan Balqis. Ya. Memang dia sengaja. Kan haritu dia yang pilihkan baju kurung yang perlu dibawa dan pakai pada waktu bila. (Rujuk Bab 22). Sebab dia nak pakai baju sama dengan Balqis setiap hari di sini. Dan sengaja dia suruh Balqis pakai baju kurung. Sebab dia suka melihat gadis Superbike itu berbaju kurung semenjak di kenduri Sarah haritu. Cantik!

"Sengih apa?" Balqis menjeling sambil tersenyum. Dia merasa sedikit lega kerana lelaki itu sudah mahu tersenyum dan menegurnya. Sebenarnya, dia rasa tidak selesa kalau bermasam muka dengan Fiz yang selalunya ceria itu. Rasa pelik.

"Fiz... Saya nak tanya lagi... "

Fiz mengangguk tanda setuju untuk disoal.

"Awak jeles ke saya dengan Ikram?" Balqis melontarkan soalan cepu emas. Hatinya lebih cemas untuk mendengar jawapan lelaki tu.

Fiz diam sambil meneruskan langkah. Mengambil masa untuk menjawab. Dia menarik nafas dalam sebelum menjawab, "Gila tak jeles, minah senget!"

Kemudian tangannya laju menarik hujung selendang Balqis sehinggakan terteleng leher gadis itu dibuatnya sebelum dia menjarakkan diri dari Cik Superbike. Dia ketawa dari jauh apabila melihat reaksi Balqis membebel tidak puas hati sambil memperkemaskan shawlnya yang senget-benget.

Ya. Dia tahu, Balqis pasti marah. Tapi dia suka menyakatnya. Dan dia bertekad mahu terus mendampingi Balqis.

'Aku kena fight! Best man wins!' Dia meniupkan kata-kata semangat kepada dirinya.

********

Apa tindakan Fiz seterusnya? Berjayakah dia mendapatkan hati Cik Superbikenya?

P/s : Please leave a comment. Komen, ulasan dan pandangan readers amatlah dihargai! Thankssss~

*******

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience