25

Other Series 41450

KUALA TERENGGANU, TERENGGANU

Rombongan mereka tiba di Terengganu lebih kurang jam 7.00 pagi setelah singgah berhenti 2 kali dalam perjalanan untuk ke bilik air, solat Subuh dan sebagainya.

Balqis menguap. Dia tidak dapat melelapkan mata. Pertama, kerana seperti yang Aishah beritahu dia sebelum bergerak malam tadi, karenah abang sulungnya itu. Jenuh tak jenuh la nak melayan kehendak lelaki itu sepanjang perjalanan. Tinggal lagi, Fiz tidak menyuruh dia menyuap makanan atau mengurut je. Yang lainnya, semua dia minta tolong Balqis. Keduanya, dia sendiri tidak sampai hati hendak membiarkan Fiz memandu seorang tanpa ditemani. Kesian. Dia tahu Fiz pasti letih juga walaupun lelaki itu sudah biasa dengan perjalanan jauh sebab selalu outstation ke sana ke mari. Bukannya dia tidak menawarkan diri untuk bersilih ganti memandu, tapi Fiz menolak. Fiz tidak mahu Balqis penat. Fiz kata, Balqis tolong temankan dia pun dia dah rasa segar. Awh! Sweet~

“Sorry la, Balqis. Kesian awak mengantuk… Semalam saya pesan juga kat awak suruh tidur, tapi awak taknak…” ujar Fiz apabila melihat gadis di sebelahnya menguap.

“Takpela… Awak tu lagi kesian drive sorang-sorang… Saya nak tukar, awak tak bagi…” jawab gadis itu.

“Takpe Syafiz, Balqis… Nanti kang dah sampai homestay, korang berdua rehat la dulu.. ada banyak masa lagi sebelum majlis tu. Bertunang lepas Zuhur. Sempat nak tidur ke apa….” Ujar Mak Mah dari belakang.

“Ok, ibu. Ni kita nak singgah sarapan pagi dulu tau. Makan menu orang Ganu.” Fiz memberitahu.

Kemudian ketiga-tiga kereta berhenti di sebuah kedai makan untuk menikmati sarapan pagi rakyat Terengganu yang terkenal iaitu nasi dagang.

*******

Selesai bersarapan, mereka bergerak ke homestay yang terletak di kawasan berhampiran Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu. Mereka menyewa dua buah homestay, satu untuk Pak Long Johar sekeluarga dan satu lagi untuk Mak Mah sekeluarga. Homestay ini telah ditempah lebih awal memandangkan hujung tahun selalunya penuh kerana cuti sekolah. Kawasannya yang sangat strategik iaitu tidak jauh dengan bandar Kuala Terengganu dan kawasan pelancongan di sekitarnya. Rumahnya pun dekat dengan Pantai Batu Burok yang terkenal dengan tarikan buaian ‘ala Lombok’ di situ.

Balqis sudah tidak sabar-sabar nak melelapkan mata yang sedia mengantuk. Fiz yang memandu sepanjang malam apatah lagi. Sesampai di homestay, laju mereka menurunkan barang masing-masing dan memilih bilik untuk dihuni. Beg Mak Mah diuruskan oleh Syafiq. Rumah ini mengandungi tiga bilik. Balqis berkongsi bilik dengan Aishah, Fiz dengan Syafiq, manakala Mak Mah diberikan bilik seorang.

“Aishah, lepas letak beg tu, jangan nak berkurung kat bilik ya.. Bagi Kak Balqis tidur dan rehat. Semalaman Kak Balqis kau tak tidur temankan Abang Syafiz kau memandu. Kalau Aishah nak baring, baring dalam bilik Mak…” pesan Mak Mah kepada anak perempuannya.

“Okay, Mak,” jawab Aishah. Dia keluar selepas meletakkan beg di dalam bilik.

Balqis mengeluarkan tualanya serta sepersalinan pakaian. Dia sudah tidak sabar untuk mandi dan melompat ke atas katil untuk melelapkan mata. Dia membawa kelengkapan untuk mandi ke bilik air tetapi bertembung dengan Fiz yang juga mempunyai tujuan yang sama. Fiz hanya mengenakan tuala separas lutut, tetapi mujurlah masih memakai baju. Walaupun aurat lelaki itu masih terjaga, tetapi Balqis tetap terkejut. Ya lah, selalunya tengok lengkap berpakaian, ini bertuala je, seluarnya dah takda.

“Awak nak masuk bilik air ke?” soal Fiz kepada Balqis yang nampak agak kekok melihat dia bertuala.

“Eh… Takdela… Saya nak ke dapur sebenarnya….” Jawab Balqis spontan. Dia cepat-cepat hendak berlalu ke bilik semula. Segan.

“Ooo.. Pegi dapur, ya…. Nak memasak dengan ni ke?” Fiz menyoal sambil menarik tuala yang bersangkut di bahu Balqis sekaligus menyebabkan gadis itu terdorong ke arahnya dan hampir melekap ke badan Fiz. Balqis panik dengan keadaan itu lalu menjerit kecil, “Fiz!”

“Abang, Balqis! Kenapa ni?” Tiba-tiba Syafiq muncul dari kawasan ruang tamu apabila mendengar kekecohan kecil itu. Dia merenung Balqis yang berada terlalu hampir dengan dada bidang abangnya, kelihatan seperti mahu berpeluk pun ya juga. Balqis cepat-cepat menolak dada Fiz.

“Takde apa, Syafiq.. Balqis ni terkejut ada lipas. Lipas kecik pun nak jerit…” jawab Fiz selamba. Balqis menjelingnya.

“Dah la… Cepat la mandi…. Lepas tu saya nak masuk pulak!” Balqis berpesan kepada Fiz dengan perasaan tak puas hati. ‘Dah la dia yang buat aku nak jatuh kat dia, pastu cakap aku takut lipas pulak…. Dah si Syafiq ni ingat kita ada buat benda tak senonoh!’ Omelnya dalam hati dan berlalu meninggalkan mereka.

“Kalau nak masuk sekali pun boleh jugak! Haha!” jawab Fiz sambil ketawa. Menyakat.

“Bang… Kau agak-agak la….” Tegur Syafiq kepada abangnya. Apa kata ibu mereka jika mendengar gurauan abangnya kepada gadis itu.

“Aku melawak je la. Takkan la aku nak buat benda tak senonoh macam tu. Aku sakat dia je..” Fiz membalas.

“Kalau aku betul nak, tunggu sah dulu….,” sambungnya sambil tersenyum sebelum melangkah masuk ke bilik air.

Syafiq hanya diam. ‘Cepat-cepatlah kau kahwin, bang oi…’ jawabnya dalam hati.

********

Pukul 12.00 tengahari, Balqis terjaga dari lenanya apabila mendengar bunyi alarm dari hp nya. Dia dapat melelapkan mata selama lebih kurang tiga jam sahaja. Bolehlah dari tak ada. Mujurlah tiada gangguan. Sedap betul dia dapat tidur selepas mandi pagi tadi.

Dia bangun terpisat-pisat, menyepit rambut panjangnya, memperkemaskannya menjadi bentuk sanggul lalu melilit shawl di kepalanya dan kemudiannya keluar dari bilik.

“Eh? Patutlah senyap je, semua orang takde….Mana semua orang pergi?” Balqis tercangak-cangak mencari Mak Mah dan yang lainnya. Tekaknya terasa haus. Dia melangkah ke dapur dan membuka peti ais, mencari air sejuk sekiranya ada. Dia menunduk untuk mengambil sebotol air mineral yang berada di bahagian bawah peti ais dan menutup kembali pintu peti ais tersebut dan…

“Omak kau meletup!” Terlepas botol mineral sejuk yang dipegangnya akibat terkejut dengan kehadiran sesusuk lembaga di sebalik pintu peti ais. Lembaga tersebut tersengih mendengar latahan Balqis, menampakkan gigi taringnya, sebiji macam vampire. Balqis mengurut dadanya sambil beristighfar panjang.

“Awak ni kenapa, ek? Dah takde keja eh?” soalnya geram. Dia menjeling Fiz lalu dia tunduk untuk mengambil botol mineral yang terlepas tadi. Tapi tangan Fiz lebih cepat bertindak. Dia mencapai botol mineral dan menghulurkannya kepada Balqis. “Sorry! Tak sangka awak terkejut sampai macam tu.” Jawabnya dengan rasa agak bersalah. Direnungnya muka Balqis yang sedang memuncung. Masih comel! Dia rasa macam nak cubit-cubit je kedua-dua pipi gadis itu.

“Tepilah!” Balqis menyuruh lelaki itu ke tepi apabila Fiz menghalang laluannya untuk ke ruang tamu.

“Kalau saya taknak?” Fiz masih mahu menyakat gadis yang sedang sakit hati itu.

“Saya cubit awak kuat-kuat!” Jawab Balqis.

“Cubitlah!” Fiz mencabar Balqis.

“Saya cubit betul-betul kangggg…” Balqis memberi amaran.

“Cubitlah! Setakat awak cubit…..” Fiz sengaja membakar perasaan gadis itu.

Lalu tangan Balqis laju mencubit perut lelaki yang memakai tshirt itu dengan sekuat hati, betul-betul lepas geram!

“Ouuuchhhhhhh! Balqisssss!!! Sakitttttt!! Aduduhhhh~” Menyeringai jejaka itu apabila terkena cubitan ketam jurus ke-5 dari Balqis. Haaaaa… Kan dah mendapat….

Balqis tidak melepaskan cubitan. Dia memang betul-betul geram dengan Fiz. Seolah-olah kegeraman ini sudah lama dikumpul sejak lelaki itu mengusiknya dari awal perkenalan mereka. Tapi Balqis sakit hati juga sebab perut lelaki itu dirasakan sungguh kental. Macam orang yang selalu workout. Itu yang menyebabkan dia mencubit dengan lebih kuat.

“Aduhhh… Aduhhh… Sakit, sayang~” Fiz berbunyi lagi.

Langsung cubitan itu terlerai secara automatik. Balqis terkedu. ‘Sayang’??? Cepat-cepat dia berlalu dari lelaki itu dan masuk ke dalam bilik. Malu.

Dalam kesakitan, Fiz tersenyum. Puas hati.

*******

Balqis sedang menggosok baju kurungnya di ruang tamu apabila Mak Mah dan Syafiq masuk ke dalam rumah sambil menjinjing satu bungkusan plastik berisi dua bungkus nasi. Mereka berdua pergi ke homestay Mak Long Senah rupanya untuk membantu menguruskan hantaran. Dua buah keluarga sebelah Pak Long Johar juga sudah tiba dan berkumpul di sana.

“Haa, Balqis….Ni ada nasi bungkus, adik Pak Long Johar bawak tadi. Nanti makan ya.. Aishah mana? Belum bangun lagi ke?” soal Mak Mah. Syafiq terus masuk ke bilik air untuk mandi.

“Ada dalam bilik depan tu, makcik. Saya tak sampai hati nak kejutkan dia… Nampak letih sangat…” jawab Balqis.

“Apa yang letih tah budak tu? Malam tadi pun tidur je sepanjang perjalanan.. Bukannya dia memandu pun…. Ish… Ish….Nak suruh dia gosokkan baju nak pakai kejap lagi ni…” Mak Mah mengomel.

Balqis meneruskan kerja menggosok sementara Mak Mah mengejutkan anak daranya. Dia fokus menggosok baju kurungnya yang berwarna light pink dengan penuh hati-hati terutama di bahagian yang mempunyai manik. Inilah lecehnya baju yang ada hiasan batu atau manik. Nak kena jaga lebih.

Tiba-tiba seseorang menghulurkan sepasang baju Melayu berwarna…. Eh? Light pink?? Dia menoleh.

“Tolong…..” Fiz tersengih kemudian mengenyit mata.

Balqis tunduk. Dahlah segannya tadi ketika lelaki itu memanggilnya ‘sayang’ itu masih belum habis lagi. Ini datang lagi malaun ni, siap kenyit-kenyit mata pula. Nak kena cubit lagi ke? ‘Eh! Taknaklah cubit. Kang dia panggil aku ‘sayang’ lagi… Adoi!’ bicara hatinya.

Dia sambung menggosok. Malas melayan vampire senget itu. Dah lah nanti akan pakai baju sedondon lagi . Haihhhh~

“Tolong gosok tauuu… Hehe!” Lelaki itu menyangkut baju Melayu tersebut berhampiran Balqis. Balqis menunjuk penumbuk kepada Fiz. “Suruhlah adik awak!” ujarnya kepada Fiz.

“Dia ingat aku ni bini dia ke asyik suruh aku buat itu-ini? Eeiiii! Geram betul laaa!” Balqis mengomel sendiri.

“Aishah lambat la…Lagipun dia nak kena gosok baju dia, baju ibu dan baju Syafiq… Banyak tu…. Kesian la kat dia. Awak tolong la saya, ya?” Fiz meminta tolong gadis itu sambil buat muka kesian.

“Ye lah…. Ye lah… Dah! Gi main jauh-jauh!” balas Balqis.

Selesai menggosok baju kurungnya, dia mencapai baju Melayu light pink milik Fiz dan mula menggosok. Dia tak sedar, sepasang mata milik lelaki itu memerhatikannya dengan penuh khusyuk.

*******

Majlis pertunangan Abang Iman, anak sulung Pak Long Johar dan Mak Long Senah berjalan dengan lancar selepas Zuhur tadi. Syukur ke hadrat Ilahi. Kesemua hadirin dijemput menikmati hidangan buffet di bawah khemah yang didirikan di halaman rumah.

Balqis mengambil tempat duduk di sebelah Aishah dan dua orang sepupunya yang kelihatan hampir sebaya dengannya, Mira dan Ayu. Mereka makan sambil berborak ringan. Dari perbualan itu, Balqis mengetahui yang Mira dan Ayu masih bersekolah dalam tingkatan lima. Mira bersekolah di MRSM Kuantan, Pahang manakala Ayu bersekolah di Kolej Tunku Kurshiah, Negeri Sembilan. Pandai-pandai semuanya. Aishah sendiri bersekolah di MRSM Jasin, Melaka - mengikut jejak langkah abang sulungnya, warga MRSM juga. Bersama-sama mereka adalah seorang budak perempuan kecil dalam lingkungan umur lima tahun. Ecah, panggilannya, iaitu adik kepada Mira. Ecah sibuk mengunyah ayam goreng drumstick dari tangannya tanpa mempedulikan orang sekeliling. Balqis tersenyum melihat gelagat anak kecil itu. Dah lah muka comel, rambutnya ditocang dua dengan hiasan cekak kepala berbulu-bulu warna pink, sedondon dengan gaun princessnya.

Tiba-tiba Fiz dan Abang Iman turut serta mereka makan di meja yang sama. Fiz mengambil tempat di sebelah Balqis, manakala Abang Iman duduk di hadapan Fiz. Abang Iman merupakan sepupu yang paling rapat dengan Fiz kerana umur mereka hanya beza setahun sahaja dan kedua-duanya merupakan anak sulung dalam keluarga masing-masing. Mereka bersekolah di sekolah rendah yang sama sehinggalah Fiz masuk ke sekolah berasrama penuh ketika di sekolah menengah, kemudian menyambung pengajian di luar negara. Abang Iman pula menyambung pelajaran di UKM. Kedua-duanya kini bergelar Pegawai Tadbir Diplomatik, bezanya Fiz bertugas di Putrajaya, manakala Abang Iman bertugas di Melaka. Tunang Abang Iman merupakan seorang guru sekolah menengah di Melaka dan mereka berkenalan ketika menghadiri sebuah seminar anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia dua tahun lalu. Dari situlah mereka bercinta dan kemudiannya mengikat tali pertunangan pada hari ini.

“Kak Balqis, Abang Syafiz ni tunang akak ke?” tiba-tiba Ecah bertanya. Balqis tersedak dengan soalan spontan dari kanak-kanak kecil itu. Merah padam mukanya menahan perit di dada. Fiz laju menghulurkan gelas kepada Balqis di sebelahnya. Balqis menyambut huluran lalu menghirup air sirap manis-manis buah itu. Tak disangkanya budak kecil yang tadinya khusyuk menikmati ayam goreng drumstick tak toleh kiri-kanan itu boleh bertanyakan soalan luar jangka. Balqis mengelap matanya yang berair akibat sedakan tadi. Dia menatap wajah budak perempuan comel yang berada di hadapannya. Ecah terkebil-kebil menanti jawapan. Tak rasa bersalah langsung. Alahai… Budak-budak… Apalah yang dia tahu, kan?

“Kenapa Ecah cakap macam tu?” soal Balqis ingin tahu. Fiz, Abang Iman, Aishah, Mira dan Ayu menunggu jawapan Ecah.

Ecah mengangkat bahu lalu sambung makan ayam. Balqis tersenyum. ‘Apa aje lah yang budak umur macam ni fikir. Biar je lah…’ fikirnya dalam hati.

“Sebab dua-dua pakai baju sama kaler. Abang Iman pun pakai baju sama kaler dengan Kak Ika….” Si Ecah menyambung tiba-tiba. Balqis menepuk dahi. Nak gelak berguling-guling pun ada. Fiz, Abang Iman serta yang lainnya semua ketawa serentak. Gelihati dengan jawapan anak kecil itu. Oh ya! Ika tu tunangan Abang Iman. Hari ini mereka sedondon mengenakan pakaian warna krim. Si kecil Ecah ni menyangkakan siapa yang pakai baju sama bermaksud mereka berpasangan.

“Ecah…. Kalau gitu, Ecah pun bertunang dengan Abang Syafiz? Ecah pun pakai baju pink….” Soal Balqis kepada anak itu sambil ketawa kecil.

Ecah menggeleng. Bulat matanya. “Mana boleh? Ecah kan kecik lagi. Abang Syafiz dah besar macam Kak Balqis. Kak Balqis la tunang Abang Syafiz…..” jawabnya bersungguh-sungguh.

Alahai~ take serious pula budak kecik ni.

“Hehe… Kak Balqis bukan tunang Abang Syafiz la, sayang….. Kebetulan je baju kami sama… Dah.. Ecah habiskan ayam goreng tu ya… Nanti lepas tu akak bawak Ecah basuh tangan ya…” Balqis menerangkan kepada kanak-kanak itu. Entah dia faham ke tidak, tapi lantaklah… Janji kisah itu tidak melarat.

Balqis kemudiannya membawa Ecah pergi mencuci tangan setelah anak itu selesai makan.

Sementara itu, Abang Iman pula seronok menggiat Fiz.

“Haa, Syafiz… Calon dah ada depan mata…. Bila lagi?” ujarnya.

Fiz tersenyum. Dia menoleh ke arah adiknya, Aishah. “Amacam Aishah? Okey ke?” soalnya spontan memohon pendapat adiknya terhadap Balqis.

“Abang tanya Aishah ke? Kalau tanya Aishah, of course la Aishah sokong! Kak Balqis baik kot. Cantik pulak tu!” jawab adiknya jujur. Sungguh! Dia suka kelaku Balqis. Serba-serbi elok je di matanya. Sporting pulak tu. Boleh ngam dengan dia. Mira dan Ayu hanya tersengih.

“Kau jangan tunggu lama sangat…. Orang macam tu ramai je lelaki nak.. Kang melepas, kau yang nganga.” Sempat Abang Iman berpesan kepada sepupu rapatnya itu sebelum bangun pergi mencuci tangan, diikuti oleh Fiz.

*******

P/s : Please leave a comment. Respond dari readers amat dialu-alukan. Thanks!

*******

Share this novel

Anis Faiza Mansur
2019-12-20 07:15:50 

sambung la cpt... tk sabar nk baca hingga ke endingnya

Norazyah Hamid
2019-12-16 23:53:55 

nanti sambung cpt x sabar nak baca best


NovelPlus Premium

The best ads free experience