24

Other Series 41450

PENGKALAN BALAK, MELAKA.

Fiz dan Balqis tiba di kampung halaman lelaki itu lebih kurang jam 2.30 petang. Mereka sempat singgah membeli kuih keria Antarabangsa yang popular di Melaka itu. Dapatlah juga perut Balqis terisi sementara menunggu sampai ke rumah Mak Mah. Fiz sememangnya memahami kadar kelaparan perut Cik Superbike itu walaupun gadis itu tidak memberitahunya. Tidak tahulah samada dia memang sudah membuat kajian tentang Balqis ataupun nalurinya dapat membaca apa yang ada di fikiran gadis itu, ataupun dia memang seorang lelaki yang mengambil berat dan peka terhadap sekeliling. Apa-apapun, Balqis memang seronoklah dapat mengunyah.

Sebelum tiba di rumah Mak Mah, mereka akan melalui pantai Pengkalan Balak yang permai itu. Balqis tidak melepaskan peluang merenung ke arah laut lepas yang nampak indah, dengan langit biru dihiasi kelompok awan berwarna putih. Cantik sangat! Dia tersenyum. Dia suka tengok laut, walaupun dia tidak suka panas. Tengok laut sahaja sudah boleh membuatkan dia tersenyum. Ya, dia sedang tersenyum sekarang. Dan seorang lagi yang sedang tersenyum adalah Fiz apabila dia melihat gadis di sebelahnya tersenyum. Dia suka melihat Balqis gembira. Dia suka melihat Balqis bahagia. Dia tahu gadis ini sudah tidak mempunyai ibubapa. Dia tahu Balqis selalu rindu kepada mereka berdua, terutama ibunya. Dia tahu Balqis tidak mempunyai ramai kawan rapat. Dia tahu Balqis selalu keseorangan kerana kesemua adik-beradiknya sudah berkeluarga dan mempunyai kehidupan masing-masing. Dia tahu Balqis jarang berkongsi masalah dengan orang lain, lebih suka menyimpan sendiri. Jadi, apabila Balqis nampak selesa dan bersikap agak terbuka dengannya, Fiz rasa dia lelaki yang sangat bertuah dapat mengenali gadis superbike yang unik ini. Apa yang lebih menyenangkan, Balqis mesra dengan ibunya. Itu perkara pokok yang paling dia titik beratkan. Dalam apa-apa urusan pun, Fiz tidak akan membelakangkan ibunya. Ibunya tetap menjadi keutamaan padanya. Fiz tersenyum lagi.

“Qis, kita dah nak sampai rumah,” ujarnya pada Cik Superbike yang nampak khayal melihat laut.

“Oh?” Balqis baru tersedar. “Yay! Dapat makan nasik!” sambungnya gembira. Dia sudah tak kisahlah lelaki tu nak panggil dia Qis ke, Qus ke, kuskus ke, lantaklah! Yang penting nak cepat sampai ke rumah Mak Mah yang dirinduinya. Ele… Rindu Mak Mah ke rindu masakan Mak Mah, Balqis?

“Itu je yang awak ingat? Makan nasi je? Ish..ish..ish…” Fiz tergelak kecil. Kadang-kadang terkeluar juga perangai kebudak-budakan Balqis yang selalunya nampak matang itu.

“Of course! Dah orang tu kejam tak bawak pegi makan,” jawabnya selamba. Fiz hanya tersengih, menayangkan gigi taringnya. Dia sendiri pun tak sabar nak sampai ke rumah, nak makan masakan ibu yang dirinduinya. Pergilah ke mana-manapun, masakan ibu adalah yang terbaik baginya. Oh ya! Satu lagi, dengan nasi lemak yang dimasak oleh Balqis semasa di rumah ibunya beberapa bulan lepas. Sedapnya! Dia menelan air liur.

********

“Assalamu’alaikum……” Fiz dan Balqis memberi salam.

“Masuklah Syafiz, Balqis! Ibu kat dapur ni,” Mak Mah melaung dari arah dapur.

Mereka mengangkat beg pakaian masing-masing dan meletakkan di ruang tamu sebelum melangkah ke dapur. Mak Mah sedang mengelap daun pisang di atas meja. Macam nak buat kuih je gayanya.

“Ibu apa khabar?” Fiz bertanyakan khabar ibunya sambil menyalam tangan Mak Mah, memeluk dan mencium pipi ibunya itu. “Mana semua orang?” sambungnya menyoal.

“Alhamdulillah, ibu sihat…. Masih ada kudrat lagi….” Mak Mah menjawab.

“Syafiq belum balik kerja lagi. Aishah pergi rumah Tina, anak Pak Lah kejap. Dia nak amik order keropok. Ramai kawannya nak kirim keropok Terengganu. Tina dah buat senarainya,” sambungnya lagi.

Giliran Balqis pula menyalam tangan wanita berumur lebih separuh abad itu. Belum sempat
Balqis bersuara lebih lanjut, Mak Mah sudah menegurnya, “Balqis sihat? Nampak makin susut ni? Syafiz mendera kamu ke?” Fiz tersengih. Macam tahu-tahu je.

Balqis tersenyum, menampakkan lesung pipit manisnya. “Takde la, makcik.. Saya banyak keja sangat kot…” jawabnya. Dia pun tidak perasan yang badannya susut atau tidak, dirasakannya sama sahaja. Fiz sudah menghilangkan diri ke atas rumah.

“Eh! Kamu dah makan? Makcik ada masak nasi. Lauk asam pedas. Ada dalam periuk atas dapur tu. Tadi ingat nak hidang siap, tapi Syafiz cakap korang sampai lambat. Makcik biarkan atas dapur, senang nak panaskan. Kejap, nanti makcik buat… Kamu pegi lah simpan barang-barang dalam bilik dulu. Pastu nanti turun makan ya..” arah Mak Mah.

Balqis rasa serba-salah sebab Mak Mah beriya nak hidangkan makan bagai. Dia tak anggap dirinya tetamu pun, dan dia tak kisah pun kalau makan cedok dari dalam periuk ke apa. Dia tak biasa dilayan bagai tetamu di rumah orang.

Mak Mah memahami. “Takpe…. Balqis kan baru je sampai…. Pergi bersihkan diri dulu, nak solat ke apa.. Nanti turun makan dengan Syafiz,” ujarnya sambil tersenyum. Balqis akur.

*******

Naik ke atas rumah, Balqis ingin mendapatkan beg hikingnya yang diletakkan di ruang tamu tadi. Tapi…..

“Eh? Mana hilang beg aku?” Balqis hairan. Dia mencari Fiz. Tak kelihatan di mana-mana. “Mana dia pergi ni?”

“Balqis!” suara jejaka itu kedengaran dari dalam bilik Aishah. Laju Balqis melangkah ke arah bilik dan menyelak langsir pintu.

Kelihatan beg hiking sudah diletakkan di tepi katil queen size di bilik Aishah beserta luggage pink.

“Thanks tolong bawakkan beg saya ke bilik,” Balqis mengucapkan terima kasih atas pertolongan Fiz.

“Sama-sama. Nanti awak tukar barang-barang awak masukkan dalam luggage ni…” pesan Fiz kepada Balqis.

“Eh? Kenapa pulak? Kan ini untuk Aishah?” Balqis menyoal kehairanan.

“Saya belikan beg ni untuk awak la,” jawab lelaki itu. Balqis terkejut. Fiz sudah mahu keluar bilik apabila Balqis menahannya.

“Jap! Awak …. Err… Kenapa? Saya kan dah ada…..”

“Cik Superbike, saya memang nak hadiahkan awak beg tu. Dan, kan tadi awak sendiri yang pilih beg tu, kan? Kalau awak taknak tukar barang-barang ke beg yang saya belikan tu, nanti saya sendiri yang tolong repacking segala barang-barang awak, biar saya nampak semua seluar kecik dan ‘sotong-sotong’ awak sehelai-sehelai… Haaa.. Nak?” balasnya sambil tergelak dan terus melangkah meninggalkan Balqis terpinga-pinga.

‘Ergghh… Dia ni suka tau main ugut-ugut. Lantaklah! Kalau aku tak tukar pun, apa dia boleh buat? Welkkkk!!’ bisik hatinya geram.

Beep!

Mesej masuk. Balqis membelek hp nya.

Fiz : Saya boleh tukar senyap-senyap tanpa awak perasan pun tauuuuu!! Ingatttt! Tukarrrrr!

Balqis mendengus. Cakap dalam hati pun lelaki itu boleh dengar ke?

Manakala, Fiz tersengih keriangan.

~Jahat! Budak Jahat! (Lagu Stacey)~

*******

Selesai makan tengahari, Fiz pergi ke rumah Pak Long Johar dan Mak Long Senah untuk bertanyakan perihal perjalanan ke Terengganu malam nanti, manakala Balqis membantu Mak Mah menyediakan juadah minum petang iaitu lepat pisang. Dia mencedok bahan yang telah disediakan oleh Mak Mah tadi menggunakan senduk kecil dan meletakkannya di atas daun pisang sebagai pembungkus sebelum dilipat dengan kemas dan disusun ke dalam bekas pengukus.


“Balqis, Balqis ok ke ikut rombongan keluarga Mak Long Senah pergi majlis bertunang kat Terengganu ni?” soal Mak Mah kepada gadis yang sedang khusyuk membantunya.

“Eh… Okay je, makcik. Fiz suruh temankan makcik dan Mak Long Senah. Meramaikan sikit wakil perempuan. Lagipun, saya pun dah lama tak pergi ke Terengganu….” Jawabnya ikhlas.

“Dia yang suruh kamu temankan makcik? Dia memang ada cakap nak bawak kamu sebab dia kata kamu nak temankan makcik…. Bertuah punya budak, dah pandai arah-arahkan anak dara orang…” jawab Mak Mah.

Balqis seperti mahu melompat. ‘Tak gune punya makhluk vampireeee!!!!!!!! Dia jual nama aku rupanya…. Arghhhh! Malunya akuuuu… Dah Mak Mah ingat aku yang terhegeh-hegeh nak ikut… Siap kauuuuuuu!’ Hatinya membengkak dan seperti mahu mematah-matahkan gigi taring lelaki itu.

“Tapi, makcik suka je kamu ada. Boleh temankan kami ni… Memang kami ni tak ramai wakil perempuan. Ada budak Aishah tu je. Tu pun lahai bebudak sekarang… Mana nak lekang dengan hp nya…. Macam nak terjojol mata tu kalau membelek hp….” Sambung Mak Mah lagi. Balqis tersenyum kambing. Dia seperti mahu menenyeh-nenyeh muka Fiz dengan lepat pisang yang belum dikukus lagi itu.

“Eh! Balqis, dah terlebih senduk dah kamu bubuh… Kang tak boleh lipat pula daun pisangnya…” Mak Mah menegur Balqis yang seakan hilang fokus.

“Eh!? Maaf, makcik! Balqis tak perasan…. Sorry…. Sorry….!” Balqis baru perasan yang dia telah terlebih cedok dek kerana terlalu geram. Malu dia! Ini semua lelaki bergigi taring tu punya pasal! Arghhhh~

*******

Malam itu, rombongan majlis pertunangan anak sulung Pak Long Johar dan Mak Long Senah sedang bersiap-siap untuk bertolak ke Terengganu. Mereka akan bergerak selepas Isyak menaiki tiga buah kereta dari Melaka sebelum bertemu dengan dua buah keluarga sebelah Pak Long Johar di Terengganu nanti. Pak Long Johar dan Mak Long Senah akan menaiki satu buah kereta yang dipandu oleh anak sulungnya, sebuah kereta lagi akan dinaiki oleh dua orang sepupu Fiz bersama Syafiq, manakala kereta Fiz akan diisi dengan Mak Mah, Aishah dan Balqis. Kesemua barang telah dimasukkan ke dalam kereta. Kesemua barang hantaran juga telah diisi dalam kereta Pak Long Johar dan disusun dengan kemas. Masing-masing mengambil tempat termasuk Balqis. Tapi….

‘Eh? Kenapa Aishah duduk kat belakang pulak ni? Takkan aku nak kena duduk depan dengan vampire ni pulakkkkk?’ hatinya masih bengkak dengan Fiz. Dan takda maknanya dia nak duduk dengan lelaki itu dah macam laki-bini.

“Awak kena duduk depan dengan saya,” tiba-tiba Fiz bercakap perlahan dengannya.

“Apesal pulak?? Taknak laaa! Suruh la Aishah….” Balqis menolak dengan nada yang sedikit keras walaupun perlahan, bimbang Mak Mah mendengar walaupun Mak Mah sedang berborak dengan Mak Long Senah sementara menunggu anak Mak Long Senah mengunci kesemua pintu dan tingkap rumah. Balqis menolak sebab geram pun ya juga. Tapi yang kuatnya dia menolak kerana rasa kekok pulak duduk di hadapan, sedangkan dia kan orang luar. Dan kekok juga sebab ibu Fiz berada di belakang mereka, pastinya akan memerhati nanti. Awkward!

“Awak cuba la cakap kat dia….. Kalau dia nak laaaa….. Tapi bertuahlah kalau dia nak…. Haha!” jawab Fiz selamba. Balqis menjeling.

Dia menghampiri Aishah yang sudah selesa menempatkan diri di kerusi penumpang bahagian belakang, sudah menyusun bantal strawberinya di situ. Nampak sangat dah ready nak pejam mata kejap lagi. Balqis serba-salah. Dia menoleh ke arah Fiz. Lelaki itu cuma mengangkat kening sekilas.

“Err…. Aishah…. Boleh tak Aishah duduk kat depan dengan Abang Syafiz?” Balqis memohon dengan nada yang paling sopan.

“Ala, Kak…. Aishah taknak duduk dengan Abang Syafiz….. Nanti dia tu suka arah-arah Aishah buat itu-ini…. Nak air la…. Suruh bukakkan gula-gula lak… Amikkan keropok la….Tak bagi tidur la… suruh temankan dia drive supaya tak ngantuk laa… Paksa Aishah dengar dia cerita laaaa… potpetpotpet…” Aishah masih berceloteh perihal perangai abang sulungnya itu. Balqis memejam mata sambil menggigit bibir bawahnya. Gerammnya lahaiii…Patutlah budak kecik tu tanak duduk dengan dia kat depan…..

Dia memandang Fiz. Fiz tersengih. Balqis mengecilkan mata seolah-olah ‘fire’ mata Fiz. Marah la tu.

“……tu belum dia suruh picitkan tengkuk dia la…. Suapkan dia makanan la… urut bahu dia la….” sambung Aishah lagi.

Terus bulat mata Balqis yang mengecil tadi.

‘Arghhhhhh~~ Melampauuuuu~~~’

Balqis rasa macam nak berguling-guling!

*******

P/s : Please leave a comment. Respond dari readers amat dialu-alukan. Thanks!

Share this novel

Norazyah Hamid
2019-12-10 16:44:11 

cepat la sambung x sabar nak baca best sangat ceta ni


NovelPlus Premium

The best ads free experience