11

Other Series 41450

FIRMA SYED AL-ATTAS & CO, CYBERJAYA

Pagi ini Ikram nampak lebih ceria. Senyuman tak lekang dari bibirnya. Pagi ini juga ramahnya luar biasa, semua orang disapanya…. Samada ucapan salam atau ‘Good Morning’ untuk non-Muslim. Mungkin kesan aura ‘berdating’ dengan Balqis malam tadi? Ini menimbulkan rasa sangsi teman baiknya, Aizat terhadapnya.

‘Apa kena mamat ni? Lain macam pulak aku tengok,’ Aizat tertanya-tanya.

“Assalamu’alaikum hero Malaya, my friend~” sapa Ikram kepada Aizat.

Aizat menjawab salam Ikram. “Kau kenapa, beb? Kena sampuk ke?” soal Aizat pula.

“Kenapa, apa? Aku okey je la…” jawab Ikram sambil tersengih.

“Ye… Kau kata kau okey. Tapi aku tak rasa kau okey, kau tak macam selalu- berat mulut….Harini, semua orang kau tegur…. Emas dalam mulut kau tu dah kena curi ke apa?” perli Aizat. Ya lah… Selalu susah bercakap, umpama ada emas berkilo-kilo dalam mulut.

Ikram tersenyum. “Bukan setakat emas je, hati aku ni pun dah kena curi.”

Aizat ternganga. “Waaaaaaa~ Biar betul kawan aku ni…. Dah jatuh cinta ke??? Dengan sapa, woii??”

Kebetulan Balqis baru tiba di pejabat, lalu melintasi mereka untuk ke biliknya. Dia tersenyum memandang mereka yang ada di situ lalu menyapa, “Assalamu’alaikum korang… Good morning!”

“Eh, Ikram… Warna kemeja awak sama lebih kurang dengan baju saya…. Kita berjanji ke ni?” sambungnya sambil ketawa. Gurauan di pagi hari.

Ikram tersengih. “Ya lah…. Kan malam tadi kita WhatsApp dah janji nak pakai baju tema yang sama – pastel ivory,” dia menyambut gurauan dari Balqis. Semua ketawa…. Kecuali seseorang….. Aizat. Wajahnya jelas berubah.

**************

RESTORAN MASAKAN KAMPUNG, CYBERJAYA.

Lunch Time.

Hari ini hanya mereka berempat sahaja yang pergi lunch bersama. Sally outstation, manakala Kavita keluar berjumpa client di Damansara. Mereka berempat makan di restoran masakan kampung yang beroperasi berhampiran dengan firma tempat mereka bekerja. Hanya berjalan kaki. Bukannya jauh sangat, seberang jalan sahaja.

Restoran masakan kampung ini menghidangkan pelbagai jenis lauk-pauk kampung. Ada gulai kawah, asam pedas, ikan patin tempoyak, pelbagai lauk masak lemak cili api, ayam kampung, pelbagai jenis ikan bakar dan goreng, pelbagai jenis sup, pelbagai jenis sayuran dan ulam-ulaman. Sambal belacan sahaja dah tiga jenis. Sambal belacan biasa, sambal tempoyak dan sambal bacang/kuini. Apatah lagi lauk-lauk yang lain. Restoran ini memang menjadi pilihan pengunjung yang gemarkan masakan kampung.

Empat rakan sepejabat itu mendapatkan nasi putih dan lauk pilihan mereka sebelum duduk di meja. Balqis memilih lauk kegemarannya iaitu daging salai masak lemak cili api, ulam-ulaman, sambal belacan dan telur masin. Mimi memilih asam pedas ikan parang, telur dadar dan sayur kangkung goreng belacan. Aizat pula mengambil ikan pari bakar cicah air asam, sayur campur dan ikan masin. Ikram kemudiannya tiba di meja bersama pinggan nasi dengan lauknya…. Eh? Daging salai masak lemak cili api jugak ke?

“Eh… Lauk sama la pulak kita ni?” Balqis menyoal Ikram.

“Eh? Awak pun suka lauk ni ke?” Ikram juga kehairanan. Kebetulan pula mereka ini banyak persamaan. Warna kenderaan sama, dua-dua suka hiking dan masuk hutan, malah lauk kegemaran juga sama. Nampak serasi benar ni? Ikram suka, manakala Aizat mencuka. Apalah yang dia tidak puas hati sangat pun tak tahulah. Seolah-olah ada yang dipendamkannya, tapi tak terluah.

Mereka berempat menikmati makan tengahari sambil berbual hal-hal kerja sebelum kembali ke pejabat.

************

Hari ini hari Jumaat. Hari terakhir bekerja bagi minggu ini. Semua orang sudah bersiap-siap nak balik ke rumah. Rata-rata tidak mahu stayback. Semua dah pasang mood hujung minggu.

Ikram tak sabar menanti hari esok. Dia dan kawan-kawan outdoor nya merancang untuk meneroka Air Terjun Sungai Chilling yang terletak di Kuala Kubu Bharu, Selangor. Kawasan Kuala Kubu Bharu memang terkenal kalangan peminat sukan lasak white water rafting kerana aliran air sungai yang deras, berliku dan mencabar. Dia sudah beberapa kali melakukan aktiviti water rafting di situ bersama team outdoornya. Tapi minggu ini, mereka hanya ingin menjelajah air terjun yang sudah lama tidak dikunjungi. Apa yang lebih mengujakannya, kali ini Balqis akan turut serta bersama.

Sebelum pulang, Ikram sempat berpesan kepada Balqis, “Balqis, jangan lupa esok ya. Barang-barang awak dah complete, kan? Mana yang takde tu, awak text saya. Nanti saya bawakkan yang saya punya untuk awak guna. Esok saya ambil awak kat rumah pukul 7 pagi, ok?”

“Okay, Bossss!” jawab Balqis.

“Saya balik dulu. Assalamu’alaikum.” Ikram bergerak pulang setelah memberi salam.

“Eh, Balqis! Esok kau nak dating dengan Ikram ke? Bila masa korang couple ni? Apesal aku taktahu apa-apa?” Laju Mimi menyoal sambil menunggu Balqis mengemas meja sebelum untuk turun ke basement bersama-sama. Hairan dia.

“Mana ada apa-apa…. Esok kitorang ada aktiviti la…. Aku join team outdoor dia pegi KKB esok…. Kau nak ikut?” Balqis mengajak Mimi. Tapi dia tahu sangat temannya itu memang tidak akan sesekali join aktiviti macam tu…. Tak sesuai dengan jiwa, katanya…. Nanti cair make up dia…. Haiyyohhhh~

“Weiii! Kau gila?? Memang takkkkk la aku nak join benda gitu…. Baik aku pegi shopping ke, tengok wayang ke…. Masuk hutan? Harung air?? Kau offer aku RM1000 pun belum tentu aku nak pegi….” Muka Mimi berkerut-kerut sambil mengeleng-geleng tanda bersungguh-sungguh menolak pelawaan sebegitu.

Balqis tersenyum melihat reaksi rakannya. Dia tahu, kebanyakan rakan wanitanya tak berapa suka aktiviti begitu. Sarah, housematenya pun sama. Sebab tu dia sudah lama tak masuk ke hutan, kerana tiada geng perempuan. Dulu dia ada juga geng outdoor perempuan, tapi kebanyakannya dah berkahwin. Dorang pun dah pencen masuk-masuk hutan ni… Sibuk jaga anak dan suami…. Maka, dia pun berhuhuhu lah seorang diri….

“Esok kau elok-elok tau, Balqis…. Jaga diri baik-baik…. Tapi mujur la kau pergi dengan Ikram…. Boleh la diharap lagi…. Sekali esok-esok dapat tahu korang couple plakkkkkk…. Dapatlah warga Firma Syed Al-Attas & Co makan nasi minyak! Hahahahahah!” Mimi gelak kuat-kuat menyakat temannya yang sudah menjerit tidak puas hati dengan usikannya.

Dalam pada masa yang sama, ada seseorang sedang memasang telinga akan perbualan mereka. Dia merengus tidak puas hati sambil mengepal penumbuk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience