15

Other Series 41450

NILAI, NEGERI SEMBILAN.

Hari Ahad.

Balqis menghadiri majlis perkahwinan salah seorang sepupunya. Baju kurung moden berwarna peach dengan tudung senada yang dikenakan menampakkan keayuan dirinya yang selalunya berseluar sahaja. Ya lah… Naik superbike, kan? Takkan nak pakai kain pulak.

Dia sebenarnya tidak berapa suka menghadiri majlis-majlis keraian begini. Bukan kerana dia sombong, tapi dia malas nak menghadap sanak-saudara yang suka bertanya pelbagai soalan cepu emas di samping ada yang suka memandang serong kepadanya. Memandangkan ibubapanya telah meninggal dunia dan kesemua adik-beradiknya tinggal jauh di Johor, maka dia perlu mewakili ahli keluarganya untuk memenuhi undangan.

Balqis senyum menyalami tangan makcik-makcik dan saudara wanitanya sambil bertanya khabar. Walaupun dia kurang menggemari mereka dek kerana sikap negatif yang ditonjolkan mereka, tetapi adabnya tetap perlu dijaga. Orang tua tetap perlu dihormati.

“Hah, Balqis! Kau datang naik apa ni? Tak bawak motor besar kau tu??” Aunty Ros memulakan pertanyaan. Mulalah!

“Tak, Aunty. Saya datang naik kereta kawan.”

“Sape? Boyfriend ke???? Mana orangnya??” Aunty Ruby pula menyampuk.

“Eh! Tak! Saya datang sendiri. Saya pinjam kereta housemate saya.” Jawab gadis itu.

Sarah memang tak pernah lokek meminjamkan hartanya kepada Balqis sekiranya Balqis memerlukan. Dorang kan bestfriend. Dia sudah mengajak Sarah datang sekali, tapi Sarah sudah berjanji dengan tunangnya untuk ke majlis kahwin di tempat lain. Balqis terpaksa datang seorang diri.

“Tu la! Kau beli motor besar-besar buat apa? Nak pegi mana-mana kena pinjam kereta orang pulak! Kan ke susahkan orang tu? Kau beli kereta lagi bagus la, Balqis.” Aunty Ina pula bersuara. Haihhh~ kena serangan tiga penjuru nampak?

“Ha’ah la, Mama…. Apa la pompuan pakai motor pulak…. Naik kereta la selamat. Tak kena hujan, tak kena panas…. Naik motor nanti berpeluh-peluh…. Eeuuuwww~” Rita dengan baju kebaya ketat yang menonjolkan bentuk badan beserta rambut karatnya mula masuk jarum. Dia ni satu-satunya anak perempuan Aunty Ina. Ni dah bukan serangan tiga penjuru ni…. Dah berpenjuru-penjuru ni…

“Takpela…. Saya okay je. Dah saya minat motor. Nak buat macamana…. Lagipun, housemate saya tak kisah pun kalau sesekali saya pinjam kereta dia. Dia tak berkira pun dengan saya.” Dengan tenang Balqis cuba membela diri.

“Tu kau yang cakap…. Dalam hati orang tu mana kau tahu?” Aunty Ruby berbunyi lagi.

‘Eh…Eh… Makcik aku ni… Walaupun aku kenal housemate aku tu baru 4 tahun, aku lagi kenal hati budi dia dari makcik yang aku kenal dari kecik ni…’ hatinya berkata.

“Kau ni Balqis, umur dah berapa? Cepat-cepatlah cari pasangan. Kahwin. Senang ada laki boleh jaga kau. Takdela kau ke hulu, ke hilir sorang-sorang…..” Aunty Ruby berbunyi lagi.

“A’ah…. Kau tengok anak Uncle Zam, dah selamat kahwin hari ni. Dia tu sebaya kau. Dah selamat berlaki dah. Kau tu bila?” soal Aunty Ros.

‘Eh makcik aku sorang lagi ni…. Dia ingat jodoh tu di tangan manusia? Dia ingat aku petik jari je, ting! Laki aku muncul depan mata? Bukan aku tak berdoa pada Tuhan untuk kurniakan aku jodoh yang baik, bukan juga bermakna Allah tak dengar doa aku, cuma aku percaya yang Allah akan berikan tepat pada waktunya. Itu semua rahsia Tuhan!’ Ayat itu bergema dalam fikiran Balqis. Tapi dia tidak mahu melawan kata-kata orang seperti mereka. Akan ada je jawapan balas kemudiannya. Dia tahu sangat.

“Tengok si Rita ni…. Muda-muda macam gini pun ramai lelaki nak kat dia…. Lawyer la, engineer la, pilot la…. Sampai Aunty pun pening nak memilih….” Aunty Ina menambah. Rita menyengih bangga. Nampak la barisan braces di giginya dengan ligatures berwarna-warni. Seingat Balqis, tak pernah pulak dia nampak sepupunya ini bergigi ‘mancung’ atau tak rata ke, tapi dia pun tak faham kenapa perlu nak pakai braces kalau gigi dah semulajadi elok. Ikut trend? Alahai~

“Rozi pun sama. Haritu dia kenalkan I dengan kawannya, lecturer UPM. Dia baru balik dari sambung study kat UK. Tak lama lagi jadilah tu,” Aunty Ros pun taknak mengalah, menyebut perihal anak ketiganya.

“Kau tengok tu, Balqis. Sepupu-sepupu kau yang bujang semua dah ada calon. Kau tu je yang sibuk ke sana-sini dengan motor besar kau ngalahkan jantan. Jodohnya takde jugak! Aunty rasa kau kena mandi bunga la. Dengan motor-motor kau sekali kena mandi bunga agaknya.” Dan hamburan tawa kedengaran dari kumpulan itu.

Balqis hanya tersenyum walaupun hatinya pedih. Nak membalas pun tak guna. Dia hanya membiarkan sahaja makcik-makciknya dan Rita membahannya. Dia sudah biasa. Begitulah yang kerap berlaku sekiranya dia berjumpa dengan sanak-saudaranya. Tak semua berperangai begitu, ada juga yang baik-baik dan berhati mulia. Macam keluarga Uncle Zam.

Balqis kemudiannya meminta izin untuk beralih ke meja lain untuk berjumpa saudara-maranya yang lain.

*********

TASIK CYBERJAYA

Ikram merenung jauh. Dia teringat akan peristiwa semalam. Semasa perjalanan pulang dari air terjun ke check-in post, Fiz kerap mengusik dan menyakat Balqis. Balqis akan membalas dengan ketidakpuasan hati. Dan Fiz akan mengusik Balqis dengan lebih lagi. Walaupun nampak seperti mereka kerap bergaduh, tapi dia dapat merasakan chemistry antara mereka berdua agak kuat.

Dia? Dia bukan kaki mengusik macam Fiz. Fiz ada strong character, outspoken dan tidak teragak-agak. Dia pula seorang observer. Dia lebih banyak memerhati dan berfikir sebelum mengambil apa-apa langkah. Lebih tenang dan sejuk. Budiman, kata orang.

“Ahh~ Macamana ni? Aku dah lama menaruh hati dalam diam pada Balqis…. Tapi Fiz pulak muncul….” Dia meraup wajah tampannya. Dia mengurut-ngurut jambangnya yang kemas itu. Wajahnya yang putih menjadi kemerahan akibat pancaran matahari pagi yang semakin naik.

‘Ikram Fikri, kau kena berani! Kalau kau nak memenangi hati Balqis, kau kena approach dia betul-betul. Kau tahukan bukan kau sorang je yang nak tackle dia?’ suara hatinya berkata.

Dia menyuak rambut lurusnya ke belakang. Khuatir.

“Balqis…. Tolong simpan hati awak….. Untuk saya…….”

***********

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience