35

Other Series 41450

KAMPUNG MELAYU, JOHOR

Suasana agak sibuk di rumah pusaka peninggalan ibubapa Balqis. Masing-masing fokus untuk persediaan untuk kenduri tahlil malam ini. Balqis di dapur membantu kakak-kakaknya memasak hidangan untuk kenduri. Abang Zikri dan abang-abang iparnya pula sibuk memasang khemah bersama orang kampung di laman rumah yang bersaiz sederhana besar.

"Balqis, kawan-kawan Balqis tu jadi datang ke?" soal Kak Long sambil tangannya sibuk mengacau kuah nangka masak lemak ikan masin dalam periuk besar di atas dapur.

"InsyaAllah datang, Kak Long.. "

"Hehehe.. Tak sabar Angah nak tengok bakal adik ipar Angah... " jawab Kak Ngah.

"Apa? Kau dah nak dapat adik ipar ke, Kak Ngah? Balqis dah ada calon ke? Amboiii.. Diam-diam je kau kan, Balqis... Sapa orang nya? Keja apa? Kaya ke??" salah sorang makciknya yang 'kepochi' tiba-tiba muncul. Aunty Ina.

"Wahhh!!! Dah nak kahwin ke, Balqis?? Berkesan jugak la kau mandi bunga dengan motor kau tu, ek?? Ingatkan kau nak jadi andartu sampai ke tua!" Tiba-tiba Aunty Ruby pula muncul dan menyampuk disusuli dengan hilaian yang menjengkelkan.

Balqis diam sahaja. Malas nak layan sikap makcik-makciknya yang jenis kuat membawang ni. Tapi tidak Kak Long. Geram jugalah bila adiknya dikutuk begitu. Dia baru hendak menjawab apabila si Rita kelam-kabut masuk ke dapur dengan wajah terperanjat.

"Mama! Mama! Rita rasa Rita nampak anak Tan Sri Fateh la kat luar!!!"

"Tan Sri Fateh??? Sapa tu??" soal Aunty Ina sambil berkerut-kerut.

"Alaa.... Mama nihhh... Tan Sri Fateh, billionaire Malaysia tu laaa... business imported car... Founder Yayasan Al-Fateh... Ma! Takkan mama dah lupa? Yang ada anak lelaki tunggal yang hensem tuuu!!! Yang Rita pernah cakap kat mama tu laa!" jelas Rita bersungguh-sungguh.

Balqis pula naik hairan. Macamana Rita serba tahu mengenai Tan Sri Fateh, dan anak lelakinya? Oh! Lupa pulak. Tan Sri Fateh memang seorang ahli korporat yang terkenal kerana kekayaannya dan sifat dermawannya. Tak hairanlah kalau ramai orang mengenalinya.

"Oh! Dia!!! Ya.. ya...Mama dah ingat.. Yang muka cam Arab-Arab tu kan? Kenapa dia ada kat sini????" Aunty Ina teruja. Aunty Ruby sudah melopong, lagi-lagi apabila mendengar perkataan 'billionaire' tadi.

Abang Zikri tiba-tiba muncul di muka pintu dapur.

"Qis! Kawan Qis dah sampai. Ikram, kan? Dia ada kat depan.. Pergi la jumpa dia kejap..." ujarnya sambil memandang sekilas ke wajah-wajah yang berada di ruangan dapur sambil tersenyum.

Balqis bingkas bangun. Rita dan makcik-makciknya kaku sebentar. Kemudian berbisik-berbisik sesama sendiri sambil cuit-mencuit sebelum mengekori Balqis perlahan-lahan. Nak skodeng la tu!

Kak Long dan Kak Ngah hanya menggelengkan kepala. Sepatutnya, mereka sebagai kakak la yang excited. Ni orang lain pulak yang lebih sudu dari kuah.

•••••••

Dari jauh Balqis sudah nampak kelibat Ikram di bawah khemah yang sudah siap dipasang. Lelaki itu mengenakan seluar slack hitam dengan kemeja lengan panjang hitam berjalur putih halus yang telah dilipat hingga ke siku. Nampak simple, tetapi kemas dan menarik. Dia sedang berbual dengan abang-abang ipar Balqis dan beberapa lelaki lain iaitu orang-orang kampung yang tolong memasang khemah dan menyusun meja makan.

Menyedari kedatangan Balqis, Ikram menoleh. Dia tersenyum riang menatap wajah gadis yang telah menghuni hatinya sekian lama itu melambaikan tangan ke arahnya. Balqis masih nampak menarik walaupun hanya dengan seluar track dan tshirt muslimah lengan panjang serta bertudung bawal. Macam budak sekolah menengah agama je gayanya.

"Assalamualaikum. ...." Ikram memberi salam kepada Balqis setelah mendekati gadis itu.

"Wa'alaikumussalam warahmatullah... Dah lama awak sampai?" soal Balqis.

"Baru je... Apesal comel sangat ni pakai camni? Macam budak sekolah.."

Balqis tergelak. "Comel apaaa? Comot ada la... Serabai ni... Nampaknya, awak kena tambah power kat spec awak tu... Hehe..." usik Balqis.

"Ei.. Sampainya hati dia kutuk kita.. Saya rabun sikit je la.. Saya masih nampak Cik Superbike saya yang comel ni... Cubit pipi tu kang! Ni, awak busy ke?"

"Ye.. Saya busy kat dapur... Tolong kakak-kakak saya masak untuk malam ni. Awalnya awak sampai? Majlis start malam la."

"Saja datang awal.. Tak sabar nak jumpa family awak.." Jawapan dari Ikram menyebabkan Balqis tersenyum.

"Lagipun, saya ada sebab lain datang awal.."

Balqis berkerut. "Apesal?"

"Erm.. Saya rindu kat awak...." jawab Ikram perlahan. Romantis sekali bunyinya. Wajah Balqis merona merah. Malu. Matanya melihat sekeliling, dengan harapan, tiadalah yang mendengar luahan Ikram itu. Time-time ni lah dia nak buat romantiknya pulakkk...

"Ngadelah! Awak datang awal buat apa? Takde sapa nak layan awak nanti. Semua orang sibuk. Saya nak sambung masak ni... " tingkah Balqis, menutupi debaran di hatinya.

"Takpela... Saya boleh tolong abang-abang awak buat apa-apa... Saya ada bawak baju lebih. Nanti kang saya balik hotel, mandi tukar baju untuk majlis malam kang.. Don't worry.. I'll be prepared, my dear.." jawab Ikram sambil mengenyitkan mata. Sekali lagi Balqis tersentak. Nakal punya Pak Arab!

Di sebalik langsir tingkap, tiga orang geng bawang sedang memerhati dengan perasaan tidak puas hati.

•••••••

"Eh! Tak sangka rupanya Balqis tu berkawan dengan anak orang kaya! Rita, kau tak tahu apa-apa ke pasal ni? " tanya Aunty Ruby sambil tangannya mencuit-cuit lengan Rita yang sedang khusyuk memerhatikan Ikram menyusun kerusi di bawah khemah.

"Entahnya, Rita! Takkan kau tak tahu apa-apa? Macamana lelaki handsome, pewaris harta macam tu boleh berkawan dengan Balqis yang tak semenggah tu?" soal Aunty Ina kepada anaknya.

Rita mendengus. Ketidakpuasan hati terpancar di wajahnya.

"Manalah Rita tahu! Ikram tu bukannya jenis suka tonjolkan diri. Social media bukannya ada banyak sangat cerita pasal dia pun! Pasal bapak dia banyak la.. Rita cuma tahu sikit-sikit pasal dia je.... Dia tu low-profile... Hish! Tak sangka pulak dia berkawan dengan Balqis!" jawabnya kasar. Mulutnya memuncung. Huduh betul, lagi-lagi dengan lipmatte warna coklat pekat macam orang mati.

"Kalahlah kau dengan Balqis, Rita oiii~ Boyfriend Balqis tu bukan calang-calang orang... Anak billionaire.. Cerah masa depan!" Aunty Ros yang entah bila muncul tiba-tiba menyampuk.

Aunty Ina menjeling geram. "Eh! Belum tentu lagilah dorang tu berjodoh! Baru berkawan je tu! Dia belum jumpa Rita lagi! Kalau nak dibandingkan Balqis dengan Rita, Rita jauh lagi pandai menghias diri tauuu! Silap-silap, budak lelaki tu boleh jatuh suka kat Rita!" Marah sungguh bunyinya.

Aunty Ros dan Aunty Ruby mengekek ketawa melihat kedua beranak itu ibarat cacing kepanasan.

"Hah! Apa lagi? Kau cuba la masuk line... Kot rezeki kau ke dapat anak orang kaya.." Aunty Ruby mula mencucuk jarum.

Rita tersenyum sinis. 'I will!' jawabnya dalam hati.

•••••••

KLIA

Fiz baru touched down di KLIA. Kelam-kabut dia mengambil beg di luggage compartment yang terletak di bahagian atas tempat duduknya. Mujurlah dia duduk di business class. Penumpang di business class akan dibenarkan keluar terlebih dahulu sebelum penumpang-penumpang di kelas ekonomi.

Langkahnya dilajukan. Jam di tangan dikerling. 4.00 petang. Dia mengeluh. Flightnya dari Kota Kinabalu dilewatkan penerbangannya disebabkan oleh keadaan cuaca buruk di Sabah. Kini, dia cuma ada beberapa jam sahaja sebelum majlis kenduri tahlil di rumah keluarga Balqis berlangsung.

Tangannya laju mendail nombor di hp.

"Assalamualaikum... Pak Hamid, Pak Hamid dah sampai ke? Saya baru touched down ni.. Flight delay tadi.. Pak Hamid tunggu kat mana?" soalnya laju.

Langkahnya semakin laju sambil tangan kirinya mengheret luggage kecil.

"Gate 4? Okey.. Okey... Tunggu kat situ ya... Kejap lagi saya sampai...Wassalam..."

Sesampainya di Gate 4, Fiz laju menuju ke kereta jabatannya yang sedia menunggu. Pak Hamid, salah seorang pemandu di jabatannya terus membukakan pintu kereta untuknya. Fiz laju meloloskan diri ke dalam kereta.

"Pak Hamid, maaf ya.. Saya nak kena cepat...Pak Hamid hantar saya terus ke rumah ya.. Saya kena rushing ke Johor ni.." ucapnya kalut.

Pak Hamid mengangguk faham. Kelajuan kereta dinaikkan.

"Ni ada ole-ole dari Sabah. Pak Hamid bawak balik bagi orang umah..."

"Eh? Apa tu, Encik Syafiz? Takyah susah-susah..." Pak Hamid kelihatan serba-salah.

"Eh... Takpe... Meeting saya habis awal pagi tadi, flight saya pulak delay.. Sempat la saya beli barang kat sana.. Ikan bilis dan udang kering je pun... Saya beli banyak la juga untuk mak saya. Pak Hamid amik la sikit... Buah tangan..."

"Terima kasih, Encik Syafiz. Moga Allah luaskan rezeki Encik Syafiz, dan moga cepat bertemu jodoh dengan orang yang baik hendaknya," jawab Pak Hamid. Dia kenal benar dengan Fiz, seorang pegawai yang baik hati dan pemurah. Selalu ada sahaja buah tangan yang akan diberikan kepada pemandu yang ditugaskan untuk mengambilnya apabila dia balik dari outstation.

"Terima kasih atas doa Pak Hamid... " balas Fiz sambil tersenyum dan mengaminkan dalam hati.

'Qis.... Tunggu saya ya....'

•••••••

Share this novel

Norazyah Hamid
2020-02-09 20:10:50 

lamanya br sambung. x sbr nak baca bab seterusnya


NovelPlus Premium

The best ads free experience