19

Other Series 41450

SUNGAI BULOH, SELANGOR.

Balqis memperkemaskan selendang putih berhias manik yang berada di tudung kepala Sarah. Sahabatnya nampak berseri-seri hari ini dengan sepersalinan baju kurung putih dengan hiasan renda yang menawan. Hari ini merupakan hari yang bersejarah untuk sahabatnya itu. Sarah dan pasangannya akan disatukan dengan ikatan pernikahan. Balqis turut berasa gembira untuk Sarah, tetapi pada masa yang sama, juga berasa sedih kerana sahabat susah-senangnya itu akan meninggalkannya untuk menjalani kehidupan berumahtangga.

“Sarah, kau tak nervous ke?” soalnya.

“Gila kau tak nervous? Kejap aku rasa nak muntah, kejap aku rasa nak buang air…. Macam-macam benda aku fikir..….” Sarah menjawab.

“Kau kena bertenang, beb…. Kau doa la agar semua urusan berjalan lancar….Tak lama lagi kau dah nak jadi isteri orang. Status kau akan bertukar kepada ‘Puan’…. Aku kena panggi kau ‘Puan Sarah’ la lepas ni….Hehe…” Balqis cuba berseloroh bagi menghiburkan sahabatnya yang sedang cemas.

“Kau jangan nak mengada panggil aku ‘puan’, eh? Takde maknanya….” Balas Sarah.

“Nanti lepas ni kau dah ada suami, kau jangan lupakan aku pulak…. Sedih la aku nanti…. Aku dah la tinggal nanti sorang-sorang kat umah tu…. Haaa…. Nak nangis dah ni…” Balqis buat ucapan sedih.

“Balqis, walaupun aku nanti dah jadi isteri orang, dah ada life sendiri, kau tetap sahabat baik aku, Balqis. Aku tetap akan cuba bantu kau kalau kau perlukan pertolongan aku. Kita tetap boleh share cerita sama-sama macam dulu dan sekarang ni…. Kecuali hal rumahtangga aku je la… Hahaha…” Sarah memujuk.

“Ala… Kalau kau dengan suci hati nak share ‘experience’ kau nanti, aku tadah je telinga… Kikiki!” Balqis mengusik.

“Hoi! Jangan harap! Mana boleh! Tu rehsiaaaa… Kalau kau nak tahu, kau kena la kawen dulu…. Dah ada calon pun kannnnn?” Sarah membalas. Bulat mata Balqis! Calon? Sapa??

“Sarah, angkat tangan berdoa. Dah selesai dah! Alhamdulillah!” Emak Sarah bersuara dari tepi pintu bilik pengantin.

“Eh? Dah selesai lafaz akad nikah ke?? Kau dah selamat jadi isteri orang! Tahniah, sahabat!!” bisik Balqis kepada Sarah sambil mengaminkan doa dari Tok Kadi. Sarah menitiskan air mata sambil memanjatkan rasa syukur atas kelancaran majlis akadnya.

*******

Balqis sedang menceduk makanan di pinggan apabila ada suara menegurnya.

“Manisnya Cik Superbike kita ni pakai baju kurung…. Nampak ayu, sopan… Sedondon pulak kita harini….”

Balqis menoleh ke sisi. Lelaki bertaring tersengih di sebelahnya. Segak berbaju Melayu berwarna baby blue, lengkap bersampin dan bersongkok. Handsome!

“Awak pun ada kat sini ke?” soal Balqis.

“Ya lah….. Awak ingat Sarah jemput awak sorang je ke? Dia jemput saya jugaklah.” Fiz menjawab sambil tersenyum.

“Awak datang dengan sapa?”

“Saya datang sorang je la….. Dah orang tu tak sudi nak datang dengan kita…” ujar jejaka itu seolah-olah merajuk.

“Mana saya tahu awak nak datang sini?” jawab gadis itu.

“Kalau awak tahu, awak nak la datang dengan saya?” soal Fiz pula.

“Entah. Saya cakap je…..Hehe…” Selamba Balqis menjawab sambil menatang pinggannya ke meja makan yang kosong. Lapar! Pagi tadi cuma menjamah secawan teh O dan 2 ketul cekodok pisang semasa bersarapan pagi di rumah Sarah. Tak sabar perutnya nak diisi dengan nasi minyak. Fiz mengekorinya dengan membawa pinggan makan. Malam tadi Balqis tidur di sini menemani sahabatnya. Tapi kejap lagi dia dah kena balik ke Bangi. Sarahkan dah ada suami, mestilah tidur dengan suami dia.

“Balqis, awak datang sini naik apa?” Fiz menyoal Balqis yang sedang khusyuk menikmati hidangan nasi minyak dengan lauk ayam masak merah, daging masak hitam, dalca, jelatah dan keropok papedom. Lapar benar gamaknya…. Makan tak toleh kiri-kanan…

“Sarah suruh adik dia singgah amik saya kat Bangi malam tadi. Adik dia keja kat Seremban, jadi on the way balik ke Sungai Buloh, dia suruh ambil saya sekali.” Jawab Balqis, kemudian sambung mengunyah.

“Erm…. Nanti awak baliklah dengan saya….” Cadang Fiz.

Balqis memberhentikan suapan dan melihat Fiz. Berfikir barangkali.

“Nanti awak takyah la susahkan adik Sarah untuk hantar awak balik Bangi…. Kita kan menghala jalan yang sama,” sambung Fiz lagi.

Balqis sambung menghadap pinggannya. Disuapkan nasi ke mulutnya.

'Eiiiii pompuan ni... Takde perasaan betul.. Jawab la nak ke tak nak? Nasib baik comel pakai baju kurung harini... Mujur kita ni bukan mahram. Kalau tidak, aku dah cubit-cubit pipi kau yang ada lesung pipit tu... Haha!' Fiz berbunyi di dalam hati.

“Okay.” Jawab Balqis sejurus setelah selesai mengunyah. Fiz tersenyum puas hati. Kemudian barulah dia mula makan hidangan di hadapannya.

*******

Balqis bersalam-salaman dengan emak Sarah dan saudara-mara sahabatnya itu sebelum pulang. Banyak sungguh kiriman bekalan oleh emak Sarah. Dengan goodies bags, dengan bungkusan nasi minyak beserta lauk-pauk. Kesemuanya telah selamat dimasukkan ke dalam perut kereta Fiz.

“Baik-baik balik tu, Balqis… Nanti dah sampai sana bagitahu kat Sarah ya,” pesan emak Sarah kepadanya.

“Terima kasih banyak-banyak, makcik…. Banyak makcik bagi saya buah tangan… Terima kasih ya… Nanti makcik datang la rumah saya, ya? Ajak Sarah dan suaminya bawak makcik ke sana,” ucap Balqis.

“Balqis jaga diri elok-elok tinggal sorang kat umah. Makcik jauh nak tengok-tengokkan. Sarah pun dah tak tinggal kat sana. Nanti Balqis cari la penyewa baru, ada la jugak peneman.” Pesan emak Sarah lagi.

“Tu ‘calon’ dah ada dah…. Bila lagi? Baju elok dah sedondon harini…” Sempat emak Sarah menggiatnya.

Fiz tersenyum lebar.

Balqis segan dengan usikan emak Sarah. “Sedondon tu cuma kebetulan, makcik…Tak janji pun... Dan kami cuma berkawan je.….” jawabnya.

“Ya la…. Mula-mula berkawan, lama-lama berkahwin!” Dengan bersahaja emak sahabatnya itu melontarkan usikan. Balqis rasa seolah-olah darah menyerbu ke mukanya. Fiz pula sudah menyengih. Suka la tu!

“Kita doa yang baik-baik kan, Mak? InsyaAllah, jodoh tak lama lagi la tu… Amin~” Sarah menyambung kata-kata emaknya. Laju Balqis mencubit lengan sahabatnya kerana mengusiknya.

“Sakitlah, weii! Abang~ tengok Balqis ni, dia cubit Sayang~” Sarah cuba mengadu kepada suaminya. Suaminya tersenyum. Untunglah dah ada suami….

“Ngada-ngada kau eh? Aku cubit kau lagi kuat baru padan muka. Weh…. Aku gerak dulu tau…. Paper roger. Thank you tauuuuu, sebab menjadi sahabat yang baik untuk aku. Aku doakan kau bahagia dengan suami dan seluruh keluarga kau. Hisham, jaga sahabat yang saya sayang ni baik-baik, ya… Nanti sesekali, bagilah pinjam Sarah kat saya, buat lepas rindu… Hehe…” pesan Balqis sambil memeluk erat Sarah. Sebak rasanya.

“Kau jangan sedih-sedih tauuuu… Ingat, kita tetap akan bersahabat sampai bila-bila. Do keep in touch! Kau jangan malas sangat nak balas WhatsApp aku. Lagi satu, nanti kemudian baru aku amik barang-barang aku kat umah sewa kita. Kasi chance aku pegi honeymoon dulu…” Sarah cuba menghiburkan hati sahabatnya. Dia tahu Balqis sedih.

Pelukan dileraikan. Balqis memasuki kereta. Fiz bersalaman dengan suami Sarah dan kemudiannya masuk ke dalam kereta.

Kereta Honda Civic VTEC putih itu mula bergerak perlahan-lahan meninggalkan perkarangan rumah keluarga Sarah.

*******

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience