40

Other Series 41450

DERAS HATI KU BERDETAR~
DI LANGIT AKU TERLIHAT KAMU~
TERANG MALAM TEMAN KITA~
DENGAN ANGIN MENIUP SAYU~

Balqis masuk ke bilik Fiz semula ketika lagu 'LAGU KITA' nyanyian Aizat sedang dimainkan di playlist di hp Balqis.

KU PETIK GITAR AKUSTIK INI~
DENGAN HARAPAN DIA MENDENGAR~
MELODI INDAH YANG KU CIPTA~
HANYA UNTUK LUAHKAN RINDUKU PADANYA~

"Fiz... Saya dah nak kena stopkan playlist ni... Nanti kang dorang masuk, malulah saya pasang lagu-lagu romantik ni depan dorang... Ni lagu last tauuu... Awak faham, kan?" tuturnya lembut.

DAN AKU TERUS~
MENYANYI LAGU INI UNTUKMU~
WALAU BERJUTA MENDENGAR~
LAGU INI HANYA UNTUKMU~

Rangkap akhir lagu ini turut dinyanyikan oleh Balqis berhampiran telinga Fiz.. Perlahan... Tapi cukup untuk didengari lelaki itu..

ARAH HIDUP KITA~
TERKAPAI BINTANG DI ANGKASA~
BERKELIP MELUKIS CINTA~
TERCIPTALAH LAGU KITA~

"Okay! Lagu dah habis... Awak, Syafiz Eiman, tolong cepat-cepat bangun tauuuu... Saya tak sabar nak dengar suara Mr. Vampire saya yang handsome tapi nakal ni..."

"Suara siapa....?"

Balqis mengulang sekali lagi sepatah-sepatah, "S.u.a.r.a Mr. V.a.m.p.i.r.e s.a.y.a y.a.n.g h.a.n.d.s.o.m.e dan~"

EHHH????

"FIZZZZ!!!!! Awak dah sedar ke???" Balqis menjerit kecil. Buntang matanya melihat wajah lelaki yang terbaring di hadapannya sudah membuka mata.

Fiz mengukir senyum dalam kepayahan.

"Alhamdulillah awak dah sedar!! Syukur Ya Allah!! Doktor!!! Nurse!!! Eh.? Errr.. Apa Qis nih? Tekan je la button ni... Ish.. Ish.. Ishh...." Balqis membebel memarahi kalut dirinya dek kerana terlalu gembira. Semua serba tak kena. Gelagatnya mencuit hati Fiz. Tangannya sibuk nak menekan alert button untuk memanggil jururawat bertugas tapi sempat ditahan lemah oleh Fiz. Kaku terus Balqis di situ. Jantung berdetak laju apabila tangan Fiz menyentuh perlahan tangannya.

"Qis... Kejap..." Fiz mengatur nafas.

Balqis terdiam. . Dia menunggu kata dari mulut Mr. Vampire yang baru sedar.

"Jangan panggil doktor dulu... Saya...nak hayati moment ni kejap.. Berdua.. dengan orang yang rindukan saya..." sambung Fiz sepatah-sepatah sambil tersenyum. Terserlah gigi taringnya. Sempat juga dia mengusik si gadis yang dengan riak wajah terperanjat apabila mendengarkan ayatnya.

And YESS! Gigi taringnya tidak terjejas dengan kemalangan tempohari.

Balqis jatuh malu. Dia menekup muka dengan kedua-dua tangannya. Dia berasa syukur yang amat kerana Fiz sudah sedar dari koma dan pada masa yang sama, dia berasa segan kerana perkara pertama yang dibangkitkan oleh lelaki itu ialah berkenaan luahan perasaan rindu yang dinyatakan Balqis semasa Fiz masih dalam masih keadaan koma.

'Arghh!!! Malunya aku!! Mana aku nak letak muka ni?'. Terasa panas wajahnya. Merah dek malu kerana usikan Fiz.

"Qis.. Awak tak payah malu.. Saya dah dengar semuanya... Semua yang awak cakap.. Saya.. nak..Erghh!!" kata-kata Fiz terhenti tiba-tiba. Dia mengerutkan muka.

Balqis panik. Laju jarinya menekan alert button untuk memanggil nurse bertugas.

"Ya Cik?" suara dari speaker kecil di dinding berhampiran katil kedengaran.

"Errr.. Patient katil ni dah sedar.. Tapi dia macam sakit," Balqis memberitahu.

"Dah sedar? Alhamdulillah. Baik. Saya panggilkan doktor."

Fiz kelihatan masih mahu bercakap dalam kepayahan.

"Fiz... Awak baru je sedar.. Awak jangan banyak bercakap sangat. Awak kena banyakkan rehat supaya awak cepat baik.. Nanti kalau awak dah semakin pulih, kita cakap puas-puas ya?" pujuk Balqis. Dia mahu memastikan yang kesihatan Fiz sudah betul-betul baik terlebih dahulu.

Tidak lama kemudian, dua orang doktor bertugas muncul bersama beberapa jururawat untuk memeriksa keadaan Fiz. Balqis dipohon untuk menunggu di luar.

Di luar bilik, Balqis mendail nombor Syafiq.

"Assalamu'alaikum Syafiq.. Alhamdulillah... Abang awak dah sedar......"

•••••••

Balqis sedang khusyuk menaip sesuatu di Microsoft Surface di atas meja berhampiran tatkala Fiz baru terjaga dari lenanya. Bunyi pergerakan di katil pesakit menyebabkan Balqis berhenti menaip dan segera menoleh. Kelihatan Fiz sedang berusaha untuk duduk dari pembaringannya. Balqis bingkas bangun menuju ke arah katil Fiz.

"Eh.... Kejap... Kejap... Saya tolong awak... Awak nak duduk ke?"

Fiz mengangguk.

Lantas katil kedudukan katil diselaraskan oleh Balqis dengan menekan punat automatik di tepi katil sehingga Fiz selesa. Fiz hanya memerhatikan Balqis.

"Awak nak apa-apa lagi?" soal Balqis.

"Saya nak minum air...."

Mug dicapai dan dihulurkan ke tangan lelaki tersebut. Tapi Fiz tidak menyambut.

"Kenapa?" Balqis menyoal hairan.

"Kan tangan saya patah.. Mana kuat nak pegang sendiri..." jawabnya sambil tersengih menayang asetnya.

Balqis mengecilkan mata.

"Ye la.. Tapi yang patah sebelah tangan je.. Tangan sebelah lagi kan ada?" omelnya.

"Hmm.. Sian saya.. Dah la patah riuk.. Ingatkan bidadari nak tolong jaga saya, tapi kena marah pulak... Sedihnya saya... Iskk.." ujar Fiz perlahan. Muka dicebik tanda sedih. Ngade kau, Fiz eh?

"Hmm..Ye lah.. Ye lahh.. Saya tolong...." Balqis tak sampai hati nak membiarkan Fiz buat sendiri semuanya. Bukan ke dia dah berjanji dengan Mak Mah untuk bergilir dengan Aishah menjaga Fiz di wad?

Keluarga Mak Mah semua sudah beberapa hari pulang ke Melaka. Walaupun Mak Mah sendiri mahu menjaga Fiz di wad, tapi terhalang oleh faktor kesihatan wanita berusia lebih separuh abad itu. Mereka yang lain pula bekerja. Hanya tinggal Aishah sahaja yang boleh menjaga abang sulungnya. Memandangkan sekarang mereka berada di Johor, Balqis menawarkan bantuan untuk membantu Fiz dan Aishah yang menumpang di rumah keluarga Balqis buat sementara waktu.

Hari ini turn Balqis menjaga Fiz. Aishah baru sahaja dihantar pulang ke rumah untuk berehat. Balqis pula, sepanjang tempoh Fiz berada di wad, dia membuat kerja-kerja pejabatnya dari jarak jauh sahaja. Semuanya melalui e-mel dan panggilan telefon. Mujurlah kerjanya fleksibel dan majikannya memahami, bolehlah dia melangsaikan tugasan pejabat dalam pada masa yang sama menjaga Fiz di wad.

"Uhukkkk!"

Bunyi sedakan batuk Fiz menyedarkan Balqis dari lamunan. Habis basah sebahagian uniform hospital yang dipakai lelaki itu.

"Alamakkkk!!!! Sorry!! Sorry awakkkk!!!"

Kalut Balqis meminta maaf kepada Fiz kerana sedikit khayal menyuakan minuman kepada lelaki itu sehingga dia tersedak. Tisu di atas kabinet di sebelah dicapai lalu tangannya menekap perlahan air yang membasahkan bahagian dada Fiz. Berkerut muka Fiz menahan perit di dada akibat tersedak tadi.

"Ampoonnn!! Sorry. . Sorry..... Saya tak sengaja... aduihhh.. soriiii..."

Tak habis-habis Balqis meminta maaf. Tangannya spontan menepuk-nepuk perlahan belakang Fiz bagi melegakannya.

'Tu la, kau! Berangan je keja! Orang tu baru nak baik sakit!' hatinya memarahi diri sendiri. Sesekali tangan diurut perlahan di belakang lelaki itu.

Fiz sedikit menunduk. Diam. Lama.

"Eh.. Awak kenapa pulak ni? Aduhh.. Awakkk... " Balqis makin panik bila Fiz tidak memberi respond.

"Ya Allah! Apa aku dah buat ni? Ya Allah, tolonglah selamatkan Fiz.."

Bersungguh-sungguh Balqis berdoa, sampai pejam-pejam matanya. Tangannya diangkat tinggi.

Tak lama kemudian Balqis terdengar suara orang ketawa. Mula-mula perlahan. Lama-kelamaan semakin jelas. Laju dia membuka mata. Kelihatan Fiz sedang berusaha menekan perut menahan ketawa sebelum tawanya pecah. Wajahnya turut berkerut menahan sakit kerana luka di kawasan abdomennya masih belum sembuh. Dia ketawa kerana berjaya memperdayakan Balqis dengan lakonannya.

"Awak! Jahatnyaaaa!!!!" Balqis geram apabila dia sedar yang lelaki itu sedang mengusiknya. Tangannya laju mencubit lengan pejal Fiz yang berbaju hospital itu.

"Aduiiiii!!! Sakitlah, Qis sayang~ Tak baik tau cubit saya... Saya dah la terlantar sakit, awak dera saya lagi.. Awak tak sayang saya ke?"

Bulat mata Balqis mendengar ayat itu. Perasaan geram, tapi bercampur-baur rasa malu dengan kata-kata selamba Fiz.

"Apa sayang-sayang? Tak padan sakit, sempat je nak kenakan orang! Eiiii... Geram!" bebelnya.

"Hehe.. Ala...Awak janganlah marah.. Saya dah lama tak usik awak la.. Rindu tau nak tengok awak marah-marah, geram kat saya... Tapi, saya tahu... Walaupun awak marah kat saya, sebenarnya awak sayang kat saya, kannnnn? Kannnn?"

Fiz sengaja mencari wajah Balqis yang dah naik merah. Balqis menoleh ke arah lain, tak bagi Fiz tengok muka malunya. Tapi biasalah, taknak mengaku!

"Eiii.. Jangan nak perasan lah! Sapa tah sayang kat dia? Vampire senget... Tapi sekarang dah jadi mumia.. Berbalut sana-sini... Haha!"

Tada! Bila geram, macam-macam idea pulak muncul di kepala Balqis untuk menyakitkan hati Mr. Vampire.

"Eleh... Walaupun macam mumia, saya tetap handsome, kannnn? Ade la orang tu, haritu masa saya koma, dia cakap, dia rindu nak dengar suara Mr. Vampire yang handsome... Huhuu!" jawab Fiz selamba. Nada berlagak pun ya juga. Sengaja. Balas balik kat Balqis. Nak tengok apa Balqis jawab.

Balqis mendengus geram. 'Ishh! Part aku cakap dia hensem, dia ingat la pulak!'

"Tak.. Awak salah dengar.. saya cakap, doktor yang rawat awak tu yang handsome... Wellkkk!!"

"Ya lah... Dr. Ezra tu handsome... Saya tak handsome.. Cacat pulak tu... Hmm.. Apalah nasib..."

Balqis rasa serba-salah pula. Fiz nihhh!

"Apa ni.. Awak tak cacat la. Awak cuma belum pulih je.. Saya gurau je tadi.. Janganlah amik hati.. Sorry tau. And YES, saya mengaku yang haritu saya cakap awak Mr. Vampire yang handsome.."

Fiz tersengih. Mana mungkin dia nak ambil hati akan kata-kata Balqis? Dia tahu Balqis macamana orangnya. Takda maknanya nak simpan dalam hati.

Tapi... Dia ada sesuatu yang perlu dibuat sekarang, dan ianya amat memerlukan bantuan Balqis.

"Qis... Saya nak mintak tolong awak sesuatu boleh tak?" tanyanya.

"Nak mintak tolong apa?"

"Err... Nak mintak tolong awak tukarkan baju saya ni... Dah basah... Air tumpah tadi...."

Balqis terpempan.

'Alamakkk!! Takkan la aku yang nak kena tukar.. Kalau dia tu Abang Zikri ke takpela jugak!! Adoii.. Macamana niii??' getus hati Balqis.

Seolah-olah dapat membaca fikiran Balqis, Fiz berkata, "Takpe.. Awak tolong mintakkan baju tukar pada nurse kat depan tu je... Pagi tadi Aishah dan mandikan saya... I mean, dah lap dan bersihkan badan saya... Cuma ni dah basah.. Saya tak selesa... Nanti saya cuba pakai sendiri... Sorry lah susahkan awak."

Fiz ni seorang yang kemas dan pembersih. Jadi memang tak selesalah kalau baju yang dipakainya kotor. Sakit-sakit begitu pun gigih nak mandi. Tak dapat mandi sebab payah dalam keadaan begitu, lap badan dengan tuala basah pun jadilah. Janji bersih dan segar.

Balqis berfikir sejenak.

"Okay.. Kejap ya.. Saya pergi amik baju..."

Lima minit kemudian, Balqis kembali bersama sehelai baju uniform pesakit di tangannya. Baju diletakkan di atas katil bersebelahan dengan Fiz.

"Sorry la, awak... Saya tanya nurse tu, ada tak nurse lelaki atau attendan hospital bertugas ke untuk tolong awak. Nurse cakap, takde. Dorang dah bergerak ke wad lain.... Ermm... Sorry, eh?" Balqis memberitahu.

Fiz mengangguk. Tangan kirinya terus cuba membuka butang baju yang dipakainya satu-persatu. Balqis hanya memerhati. Memang payah, sebab Fiz bukan seorang kidal, dan membuka butang baju dengan satu tangan bukanlah sesuatu yang mudah.

Baru satu butang baju dapat dibuka. Balqis rasa kesian. Dah la dia yang buat baju orang tu basah tadi. Perlahan tangannya dihulur untuk membantu.

"Err.. Meh saya tolong bukakan butang.." ujarnya.

Fiz mendongak sedikit agar Balqis mudah untuk membantu membuka butang bajunya. Baru dua butang baju terbuka, Balqis sudah boleh nampak lekuk di dada Fiz. Dia menelan air liur. Cantik! Pujinya dalam hati. Kalau lekuk sahaja sudah cantik, apatah lagi dadanya yang sebenar.

"Astaghfirullah al azim..." sepatah ucapan keluar dari bibir Balqis, cuba membuang jauh khayalannya. Mata dipejam. Tapi tangannya tetap mencari butang baju yang seterusnya. Ahh.. Sudahhh.. Dah kau pejam mata, mana kau nak nampak, Balqis oiii! Dah teraba-raba.

Fiz tersengih. Dia tahu Balqis malu. Dia pun malu juga sebenarnya, tapi nak buat macamana... Dalam keadaan ini, dia terpaksa.. Dalam kesempatan ini, dia melihat wajah Balqis yang hanya berjarak beberapa inci dari wajahnya sahaja. Subhanallah! Cantik!

"Dah....Semua butang dah buka... Awak tukar la baju awak sendiri.. Nanti dah siap, awak panggil saya..." kata-kata Balqis menghentikan lamunan Fiz. Dibelek bajunya, ya.. Dah terbuka semua. Balqis pula sudah memalingkan badan membelakangkannya.

Fiz cuba menanggalkan bajunya sendiri. Bermula dengan tangannya yang tidak patah, sebelah kiri. Terkial-kial dibuatnya. Kan dah cakap, patah tangan ni payah nak buat apa-apa pun. Siannya lahai.

"Iskkkk....huhhhh..." keluhan perlahan dari Fiz masih dapat didengari Balqis.

"Awak ok tak tu?" soalnya tanpa menoleh.

"Erm... Hmm.. Saya cuba...."

Lima minit sudah berlalu. Tiada perubahan yang dapat dijayakan Fiz. Balqis nampak melalui ekor matanya.

'Balqis! Tolong je la dia cepat-cepat! Dah la kau yang tumpahkan air, pastu kau taknak tolong dia. Kejamnya kau!' hatinya memarahi diri sendiri.

Balqis menarik nafas dalam-dalam sebelum melepaskannya. Badannya dipusingkan menghadap Fiz. Terus bulat matanya!

Kelihatan Fiz sedang berusaha menanggalkan baju di bahu kirinya. Dada Fiz yang kekar terpampang di hadapan matanya. Lekuk dada yang indah dan dada yang seksi! Sebahagian dari sixpacks juga kelihatan di sebalik balutan bandage di bahagian abdomennya.

"Allah..." Hanya itu yang Balqis mampu ucapkan. Dia rasa segan yang amat. Tidak pernah dia melihat tubuh badan lelaki maskulin yang seksi di hadapan matanya sendiri secara langsung. NEVER!

"Awak ok ke?" soal Fiz.

"Errr... Ya.. Saya o...ok..."

Fiz tahu Balqis malu. Sama seperti dirinya. Dia juga tidak pernah menayangkan tubuh badannya yang fit kepada wanita selain dari ibu dan adik perempuannya. Tu pun di rumah, dia jarang berlenggeng. Tapi dia tahu Balqis hanya mahu membantunya di saat dia sukar nak menguruskan dirinya sendiri.

"Awak nak tolong saya ke?"

"Err... Ya... Eh.. Tak... Saya bukan nak sangat tolong awak... Cuma.. err.. Awak nampak susah sangat nak buat semua tu sendiri... Err.. Jadi ... saya..." jawab Balqis tergagap-gagap.

"Meh la tolong... Saya berterima kasih sangat kalau awak dapat bantu saya, Balqis.." ujar Fiz sambil tersenyum. Kacak, woii! Dah la dengan body seksi.. Hai lah, Mr. Vampire..

Perlahan Balqis datang mendekati.

"Saya minta maaf kalau tersentuh awak... Tapi sebolehnya saya elakkan dari bersentuhan.." ucap Balqis.

"Awak bukak laci tepi tu.. Ada gloves.. Saya ada suruh Aishah mintak kat nurse sebelum ni... Just in case..."

Balqis akur. Sepasang sarung tangan getah berwarna putih sudah tersarung di kedua-dua tangannya. Senang sedikit hati Balqis.

Lalu, dia pun meneruskan kerja. Dadanya kembali berdebar apabila tangannya memegang kolar baju Fiz yang berhampiran dengan dada kekar lelaki itu. Balqis menelan air liur. Tangannya terketar-ketar kerana nervous. Fiz perasan perkara itu.

"Pelan-pelan, sayang...." ujarnya.

Balqis terkejut!

"Apa awak cakap ni, Fiz?" bergetar suara Balqis.

"Saya cakap, pelan-pelan.... Nanti sakit..."

"HAAA???" Makin terperanjat Balqis.

Fiz ketawa. Comel sungguh la reaksi si Balqis ni..

"Ya la... Saya kan sakit. Lagi-lagi tangan saya yang patah ni belum baik lagi.. Jadi, awak buat la pelan-pelan, supaya tak sakit... Kalau ganas-ganas, sakitlah saya... Tu je...." terangnya.

Balqis menarik nafas lega. Itu je rupanya.. Huh!

Sejurus kemudian, baju hospital yang dipakai Fiz sudah ditanggalkan dari badannya.

Tu diaaaa!! Fit giler badan Fiz ni rupanya. Body macam model lelaki di majalah. Cukup dengan tingginya, bentuk badannya dan kekacakannya, dan kelebihan-kelebihan lain yang ada pada dirinya, sudah pasti menjadi Fiz pujaan ramai wanita di luar sana. Rugilah Balqis kalau melepaskan Fiz ni.

Dalam pada itu, Balqis sempat memerhati kesan luka di tubuh lelaki di hadapannya akibat kemalangan tempohari. Banyak juga. Kesiannya..

Baju ganti sudah selamat tersarung di badan Fiz hasil bantuan Balqis.

"Qis... Terima kasih ya sebab bantu saya.."

"Ya ok.. Sama-sama.."

"Maaf susahkan awak.."

"Takpela.. Lagipun saya yang tumpahkan air kat baju awak... Next time, saya akan pastikan yang saya takkan tumpahkan air kat awak lagi..."

"Alaa.. Kalau awak tumpahkan air hari-hari pun takpe... Boleh awak tolong gantikan baju saya lagi... Hehe!" usik Fiz.

"Haishhh! Jangan nak mengada! Jirus air panas nanti baru tahu! " marah Balqis.

"Sampainya hati awak nak jirus saya dengan air panas... Baik awak tikam je saya..." Fiz beri hati kononnya.

"Ish! Takkanlah saya nak tikam awak... Kang mati kang, sedih semua peminat awak kat luar tu..Hmm..." jawab Balqis.

"Heee.. Sayang jugak awak kat saya, kan?" usiknya lagi.

"Hish! Dah.. Jangan nak ngarut! Ni, awak ada nak apa-apa tak? Makan? Nak minum air panas? Kalau nak, saya turun pegi beli kat cafe..."

Sengaja Balqis ubah topik. Kang melarat-larat panjang usikan Mr. Vampire nakal tu. Tak senang duduk Balqis dibuatnya nanti. Ni pun memang dah tak senang duduk!

"Nak! Saya lapar.. Tadi tak lalu nak makan makanan hospital. Ni baru ada selera...Lepas tengok awak..."

Menyempat lagi kau, Fiz ya?

Balqis ketap bibir. Geram. Ingatkan dah insaf tadi.

"Awak jangan dok ketap bibir camtu... Bahaya.." pesan Fiz.

"Nape pulak? Apa yang bahayanya? Saya bukan gigit sampai luka pun?"

Ha! Menjawab kau, Balqis! Kau tunggu apa Vampire tu jawab kat kau nanti..

"Sapa kata tak bahaya? Dua sebab je kenapa perempuan gigit bibir dia sendiri. Satu, sebab dia nak menggoda. Kedua, dia terangsang... Haa... Awak yang mana satu? Hahahahah!" ujar Fiz selamba sambil melepaskan ketawa.

'Hell NO!!! Merepekkk!!!'

Bulat mata Balqis terkejut. Mukanya rasa panas.

"NONE of the above! Saya buat macam tu sebab saya geram kat awak, ok? Merepek je dia ni.. Ishhh! Cukuplah... Sakit kepala saya layan Vampire yang dah jadi Mumia ni... Saya nak turun pegi bungkus makanan kejap... Awak dok sini diam-diam sambil cuci otak awak tu.. Erghhh...!" ujarnya geram. Beg dicapai dan kaki dihayun segera.

Fiz hanya memerhatikan sahaja susuk tubuh gadis itu melangkah meninggalkan bilik wad. Masih ketawa. Seronok betul dia mengenakan Balqis dengan fakta tak sahih dia tu.

Fiz... Fiz.... Dalam sakit-sakit pun masih tak hilang perangai suka menyakat Cik Superbike tu.

Ish... Ish... Ishhh...

•••••••

"Nah.. Bubur ayam, kuih seri muka dengan karipap....Makan tau... Saya belikan teh panas sekali untuk awak..." ujar Balqis sambil membuka plastik berisi makanan yang dibeli. Sebatang sudu plastik diletakkan bersama di sebelah bekas bubur.

Fiz merenung sahaja makanan yang dihidang.

"Kenapa?" soal Balqis.

"Awak taknak suapkan saya macam selalu ke?"

"Awak dah boleh sakat orang, bermakna awak dah sihat la, kan?" Geramnya tadi masih bersisa.

Fiz tersengih. Mencari akal.

"Ala... Baru harini je saya usik awak... Semalam-semalam saya tak usik pun... Sorilah.. Awak tolong suapkan saya ya? Kesian la kat saya. Kekok la nak suap sendiri guna tangan kiri...Boleh ya, Cik Adik Manissss~" pujuk Fiz.

"Hmmm.. Ye lah! Awak usik lagi saya, siap awak! Saya taknak tolong jaga awak lagi... Pepandai la awak nak buat semuanya sendiri nanti.."

Fiz tersenyum senang. Dia tahu, Balqis tu marah-marah sayang. Ceh! Tinggi betul confident dia.

Dengan lafaz Bismillah, Balqis menyuapkan bubur ke mulut Fiz. Fiz makan dengan penuh selera. Maklumlah, buah hati yang suapkan. Mahu bermangkuk-mangkuk bubur ayam ditelan.

"Qis... Terima kasih tau.... Sebab awak susah-susah je tolong jaga saya masa saya sakit..."

"Takde apa la... Saya dah biasa jaga orang sakit kat wad.. Dulu masa Ibu ada, saya la yang akan jaga dia setiap kali dia keluar-masuk wad... Siap tidur lagi.. Hari-hari... Hospital ni macam rumah kedualah pada saya masa tu.. Don't worry.. Saya okey je.." jawab Balqis sambil tersenyum.

Tangannya menyuap lagi bubur ke mulut Fiz. Fiz tidak lepas memandang wajah dan perlakuan Balqis. Dia rasa terharu sebab Balqis sanggup bergilir menjaganya dengan Aishah. Sehingga Balqis membuat kerja pejabatnya di situ. Mesti sama macam semasa Balqis menjaga ibunya dulu.

"Kenapa awak sanggup nak jaga saya tengah sakit?" soal Fiz.

Balqis berfikir sejenak.

"Ermm... Sebab saya belum tentu dapat jaga awak masa awak sihat? Hehe.." jawab Balqis dengan selamba.

Fiz tersentak!

"Apa maksud awak?"

"Takde maksud apa-apa.... Saje je spontan nak jawab macam tu..." Balqis menjawab acuh tak acuh. Disuapnya lagi bubur ke mulut Fiz. Fiz menolak.

Fiz berasa tak sedap hati. Automatik fikirannya tertumpu kepada Ikram.

"Eh? Kenapa taknak makan? Banyak lagi ni?" soal Balqis hairan.

"Saya tak selera... "

"Tiba-tiba je? Kenapa ni?"

"Takde apa... Saya cuma tak selera je.. Hari-hari makan bubur ayam..." Sengaja Fiz mencipta alasan.

"Laaa... Apesal tak cakap awal-awal? Kalau tidak, boleh saya beli makanan lain. Saya bagi awak bubur supaya senang hadam. Buburkan lembut.. Tak pedas... Takpe.. Next time saya bawak makanan lain ya.. Ni awak makan sikit lagi... Tak elok membazir, kan?" pujuk Balqis lembut.

Fiz akur. Kena pujuk dengan awek walaupun bukan rasmi, kejap je dah cair. Dingangakan juga mulutnya. Lapar weiii.. Nak merajuk konon..

NGAP!

Sesudu bubur lagi selamat berada di dalam mulut. Tapi...

"Eiii.. Dah tua pun makan comot!" omel Balqis.

Tangannya pantas mencapai tisu dan mengelap di tepi bibir Fiz. Fiz memandang wajah Balqis dalam jarak yang dekat. Tidak pernah dia tidak berdebar bila berhadapan dengan Balqis. Tapi debaran kali ini lebih kencang. Rasa macam nak kahwin hari ni jugak!

Haihhh... Parah!

"Qis..."

"Hmmm?" Balqis yang seperti tiada perasaan itu menjawab acuh tak acuh. Tangan masih menekap tepi bibir dengan hati-hati takut jika terkena luka di wajah Fiz.

"...Kiss.....?"

"Ya saya... Nak apa?" soal Balqis lagi. Lembut. Dia hanya mendengar Fiz memanggil namanya, 'Qis' sahaja. Mata masih fokus kepada luka di wajah lelaki itu yang sedang merenungnya.

"Nak kiss..."

"HAAAA??? Awak nak apa???" Naik satu level suara Balqis.

"Err... Takde apa... Saya panggil nama awak je.. Qis.. Balqis..." laju Fiz menjawab. Cover line baek punya...

"Ish.. Ingatkan apa lah tadi.. Buat cuak saya je ingatkan awak nak benda bukan-bukan... Nah! Makan sikit lagi..."

Fiz tersengih. Mujurlah Balqis tak perasan apa yang diucapkannya tadi.. Heh!

Kalau diikutkan, tadi dia memang sengaja mahu mengusik Balqis lagi. Tapi bila teringatkan amaran Balqis tidak mahu menjaganya lagi selepas ini jika diusik sekali lagi, dibatalkan niatnya nak kenakan Balqis.

'Takpe.. Kau simpan usikan kau tu untuk hari lain! Kikiki!' getus hatinya.

Nakal sungguh la Mr. Vampire ni..

•••••••

Share this novel

esther marcus
2020-08-03 13:19:43 

bila ada sambungan ya...nak tau jg qis dgn vampire ke?

Anis Faiza Mansur
2020-05-30 06:52:10 

tk mau sambung dh ka ... nk tahu apa kesudahannya..dok teegantung lama dh...

Anis Faiza Mansur
2020-04-12 17:37:25 

waktu pkp ni boleh la baca


NovelPlus Premium

The best ads free experience