2

Other Series 41450

AYER KEROH, MELAKA.

Balqis menunggang motosikalnya keluar dari Lebuhraya PLUS melalui Exit Tol Ayer Keroh. Dia kemudiannya pantas menuju ke stesen petrol terdekat yang terletak tidak jauh dari tol tersebut untuk mengisi minyak. Dia berniat untuk berhenti berehat sebentar di situ dan juga hendak menunaikan Solat Fardhu Asar yang telah masuk setengah jam tadi.

Setelah memastikan superbike nya dikunci dengan baik, dia berjalan menuju ke bahagian surau wanita. Oh ya! Kali ini dia telah memastikan yang helmet fullface dan jaketnya telah ditanggalkan terlebih dahulu. Bimbang peristiwa awal petang tadi berlaku lagi. Mungkin juga dengan orang lain.

Fikirannya kemudian menerawang mengingati kejadian yang berlaku di tengah lebuhraya tadi. Dia tersenyum sendiri. Mana tidaknya, lima belas minit sahaja dia mampu bertahan menunggang superbike nya dengan kelajuan 110km/j, itupun kerana mengikut rentak kelajuan kereta jejaka ‘makhluk ganjil’ tadi. Takut kena AES la tu… Selepas itu, dipulasnya throttle Si Biru mengikut kelajuan yang diingininya. Jauh dia meninggalkan jejaka ‘makhluk ganjil’ itu di belakang.

Sesekali timbul juga rasa bersalah pada lelaki itu kerana meninggalkannya di highway. Sementelah lelaki itu bersungguh-sungguh ingin menemankannya dan memastikan dia selamat sampai di Melaka. Tapi, dia kuburkan rasa bersalah itu dengan mengatakan bahawa tidak rugi apa-apa sekiranya tidak berjumpa dengan lelaki itu lagi. Mereka pun baru berjumpa hari ni. Berborak pun tak sampai setengah jam.. Kemudian masing-masing meneruskan perjalanan. Walaupun menuju destinasi yang sama, Negeri Melaka, tapi dia pun tak tahu Melaka di daerah atau kawasan mana yang hendak ditujui oleh jejaka tersebut.

‘Kalau jumpa, jumpalah… Kalau tak jumpa, bermakna Allah tidak mentaqdirkan mereka untuk berjumpa lagi..’ Akalnya berkata.

Lantas dia cepat-cepat menunaikan solat Asar di surau tersebut dan berehat.

Anyway, apa cerita jejaka ‘makhluk ganjil’ yang ditinggalkan di tengah lebuhraya tadi?

*****************************************
Fiz melencong keluar dari lebuhraya PLUS melalui Exit Tol Ayer Keroh. Dia tawakkal sahaja keluar ikut exit tol ini. Dia bukannya tahu pun gadis superbike tadi menghala ke exit tol yang mana satu. Alor Gajah ke, Ayer Keroh ke, ataupun Jasin?

Perasaannya agak sebal kerana ditinggalkan oleh gadis itu semasa di highway. Sudahlah dia belum sempat tahu pun nama gadis yang baru dikenalinya, malah nombor telefon perempuan itu pun dia tak sempat minta. Sedikit kesal kerana dia tidak menyimpan nombor telefon gadis itu.

Hatinya terdetik untuk singgah di stesen petrol berhampiran plaza tol yang baru dilaluinya tadi. Niatnya mahu mengerjakan solat Asar yang semakin menginjak waktunya.

Setibanya di stesen petrol tersebut, matanya terbuka luas apabila ternampak sebiji superbike biru yang dicari-carinya sedang elok berada di kawasan parkir kenderaan. Hatinya berbunga kembali kerana tidak disangka yang dia akan menemui Cik Superbike sekali lagi.

Kali ini dia tidak mahu mensia-siakan peluang yang ada. Setelah memarkir keretanya betul-betul bersebelahan superbike biru itu, dia menunggu pemiliknya muncul.

5 minit.

10 minit.

Dia kembali menjeling jam di tangan kanannya. 5.45 petang.

‘Ish! Mana pergi Cik Superbike ni? Aku dah lambat nak solat ni…’ Soalnya dalam hati.

Kalau lagi 5 minit gadis itu tidak muncul, dia akan terus sahaja ke surau lelaki.

Tak sampai 10 saat, Balqis tiba-tiba muncul sambil menjinjing helmet di tangan kanannya dengan jaket disangkutkan di tangan kirinya. Tanpa sengaja Fiz merenung ke arah Balqis. Kali ini barulah terserlah susuk tubuh seorang wanita di hadapannya walaupun hanya dengan t-shirt lengan pendek, inner arm menutupi lengan dan seluar jeans.. Dan semestinya hijab di kepala. Walaupun simple, tapi tetap nampak menarik. Tadi kat Seremban tak berapa clear.. Kan Balqis pakai jaket..

Dan Balqis pula, terkejut. Tak disangkanya boleh berjumpa dengan jejaka ‘makhluk ganjil’ ini sekali lagi. Di petrol station yang sama juga, cuma di kawasan yang berbeza..

Tidak membuang masa, Fiz berkata,”Assalamu’alaikum Cik Superbike.. Meh sini kunci motor awak… Saya pegang.. Saya nak solat Asar kejap.. Awak tunggu saya sampai saya siap ya…”

Balqis pulak macam kena pukau. Tak sempat kata apa, Fiz sudah mencapai kunci motor dari tangannya dan cepat-cepat menuju ke surau. Hampir saja mereka bersentuhan. Mujurlah tidak..Apa yang difikirkannya? Adakah sebab terlalu terkejut berjumpa kembali dengan jejaka yang ditinggalkannya di highway tadi atau diturutkan sahaja kehendak lelaki itu kerana tidak mahu melengahkan lelaki itu dalam menunaikan kewajipan kepada Yang Maha Esa?

‘Takpelah.. Apa salahnya tunggu sekejap. Kau bukan nak rushing ke mana pun.. Kau datang Melaka pun tak plan apa-apa, kan? Lagipun memang tak boleh apa pun.. Kunci motor kau kat tangan dia…’ Balqis berkata kepada diri sendiri di dalam hati.

Dia merenung Si Biru kesayangannya. Kemudian dia membelek Honda putih di sebelahnya. Di cermin hadapan kereta itu tertampal stiker sebuah jabatan Kerajaan. Menandakan jejaka itu seorang penjawat awam. Plat nombor, PUTRAJAYA ****. Owh! Warga Putrajaya rupanya. Di atas dashboard kereta itu terdapat senaskah Tafsir Al-Quran bersaiz A5 berwarna emas. Tasbih tergantung di cermin pandang belakang.

Dia menjenguk lagi ke dalam kereta yang cerminnya tinted itu. Tidaklah terlalu gelap, tapi waktu sekarang ni dah tak berapa nak terang sangat. Cuaca pulak agak mendung. Di bahagian seat belakang pula terdapat sehelai sejadah yang berlipat kecil… Bantal kecil dua biji dan sehelai selimut yang dilipat kemas..

‘Dia ni mesti selalu kena outstation.. ataupun suka travel.. Siap ada selimut bagai..ataupun dia ni takde rumah - tido dalam kereta je? Kemudian tumpang mandi kat stesen minyak ? Hahaha!’ Balqis tergelak sendiri mengenangkan apa yang ada dalam fikirannya yang senget itu.

“Ehem!”

“Oh mak kau meletup!” Hampir gugur jantung Balqis. Tanpa sengaja dia melatah.

Fiz ketawa. “Muka je nampak ganas, tapi melatah rupanya… Haha!” Tawanya masih bersisa.

Balqis bengang. Malu sebenarnya. Dia bukanlah seorang pelatah pun. Sesekali je kalau dia dalam keadaan terlalu terkejut, spontan dia akan mengeluarkan reaksi begitu. Tapi tak pernahlah sampai melarat-larat, meleret-leret, berjela-jela macam sesetengah orang.

“Bila masa tah makhluk ni muncul. Lain kali, bagilah salam dulu..” Dia membebel perlahan. Sangat perlahan. Dia yakin lelaki itu takkan dengar.

“Assalamu’alaikum….” Fiz memberi salam sambil tersenyum. Dengar rupanya…

Diam.

“Saya dah bagi salam dah.. Wajib jawab salam tau. Tak jawab, dosa...” ujarnya lagi.

Dalam keadaan separuh terpaksa, Balqis menjawab salam dari jejaka itu.

“Awak, lepas ni awak nak pergi mana?” tanya Fiz.

“Taktahu lagi.. Saya tak plan nak pegi mana-mana pun.. Saya ikut je instinct nak pergi ke mana…” Jawab Balqis.

Fiz kehairanan. Nampak macam gadis ini bukan orang sini, sebab dia takda hala tuju yang tetap.

‘Takkan la dia ni lari rumah kot? Merajuk dengan keluarga? Lari dari seseorang? Tapi tak nampak macam dia ada masalah je?’ Mindanya laju berfikir. Pelik.

“Erm..Takpe…Macam ni lah.. Apa kata kita pergi cari tempat minum dulu.. Maybe lepas tu awak dah ada idea nak pergi ke mana… Okey tak?” Fiz cuba memancing. Sebenarnya dia nak tahu lebih banyak mengenai gadis superbike ini.

Kalau nak diikutkan, Balqis lebih suka membuat aktiviti sendiri. Lebih privacy, katanya. Sejenis lone ranger.

Tapi kalau dia menolak, nampak macam berlagak la pulak. Sudahlah kawan tu beria-ia nak temankan dia ride di highway, tapi ditinggalkannya. Lepas tu, di’skodeng’nya kereta kawan tu macam pencuri. Mujurlah dia nampak benda yang baik-baik je. Kalau dia nampak yang pelik-pelik, contohnya seluar kecik ke, boxer tergantung ke, tak ke malu? Dia pun belum minta maaf lagi walaupun rasa serba-salahnya masih ada.

“Erm… Okey lah.. Awak tunjuk jalan.. Saya follow belakang..” Balqis memberikan persetujuan.

Fiz tersenyum lebar. Dalam hati, dia mengucapkan syukur. Doanya dimakbulkan Tuhan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience