12

Other Series 41450

Balqis menyelongkar barang-barang lama dalam simpanannya. Mula-mula dalam biliknya, kemudian beralih ke dalam stor pula.

“Oi Cik Kak…. Kau cari apa dari tadi menyelongkar sana-sini?” soal Sarah.

“Aku tak jumpa kasut getah aku yang dulu aku guna masa buat aktiviti sukan air…. Kau ada nampak tak?” Balqis bertanya kepada housematenya.

“Tak nampak la pulak. Lagipun kau kan dah lama buat aktiviti macam tu sejak kau sibuk ride sana-sini? Nak buat apa dengan kasut tu?” Sarah bertanya.

“Esok aku nak pegi Sungai Chilling dengan officemate aku. Takkan nak pakai but pulak? Haha!” Sempat pula dia buat lawak.

“Haik? Kau nak pegi dengan sapa? Selama hidup ni, tak pernah pulak aku nampak kau gi outdoor dengan budak opis kau? Kau ada geng baru eh?” Sarah cuba menyiasat.

“Takde la. Dia dah lama keja dengan aku. Dah 2 tahun. Tapi selama ni aku taktahu la pulak dia rajin masuk hutan dengan team dia, sebab dia tu pendiam sangat kat office…. Muka jenis macam baca buku tebal-tebal….Hihihi…. Kalau aku tahu, dah lama aku join dorang sekali-sekala ke kan?” Jawab Balqis.

“Oh! Kau penah cakap pasal dia. Ikram kot nama dia kalau tak silap…. Muka handsome, kulit putih, pakai spec tu, kan? Eh… Dia tu single lagi ke? Apesal dia ajak kau pulak? Entah-entah dia nak tackle kau tak?” Giat si Sarah.

“Ish! Merepek je la…. Orang smart macam dia tu takkan la nak kat pompuan sememeh macam aku ni? Agak-agak la…. Taste dia mesti la high kot…. Jenis-jenis stok pakai heels…. Aku ni pakai but je kot…. Gi keja naik moto je….. Sedih!” Balqis buat cerita sedih.

“Eleh…. Motor pun, superbike! Sedih hapa? Lagi mahal dari keta aku!” Balas Sarah. Kemudian mereka pun ketawa. Gitulah sahabat kalau bergurau.

Tiba-tiba bunyi siren polis. Ringtone hp Balqis la tu. Pemanggilnya dari ‘Mr. Vampire Senget’. Oh ya! Balqis dah tukar nama contact lelaki itu daripada ‘ABG FIZ MR. VAMPIRE YANG MACHO DAN BAIK HATI’ kepada nama ‘Mr. Vampire Senget’. Ciss! Ada hati Fiz nak save nama macam tu. Balqis menjawab panggilan itu.

“Hello, Assalamu’alaikum….” Dia memberi salam.

“Wa’alaikumussalam warahmatullah, Cik Superbike. Awak tengah buat tu? Dah makan?” soal si pemanggil.

“Ya, Mr. Vampire…. Saya dah makan. Dan saya tengah kemas-kemas barang sambil borak dengan Sarah. Kenapa call saya?” soal Balqis pula.

“Call pun tak boleh ke? Saya call sebab rindu la…. Hahaha!” Fiz menyakat Balqis. Dia tahu Balqis mesti marah punya.

“Eiii~ Main-mainlah dia ni…. Cakap la betul-betul…. Kang saya letak je kang….” Balqis geram.

Tawa lelaki itu masih bersisa. Kemudian dia menyambung, “Balqis, esok awak free tak? Kita keluar nak? Gi lepak-lepak. Makan kat Seoul Garden ke. Ajak la Sarah dan tunang dia sekali.”

‘Alaaaa dia ni…. Kenapalah dia pegi sebut Seoul Garden la pulakkkkk…. Kan aku dah terliur…. Lain kali la jawabnya,’ Balqis berkata dalam hati.

Teringat dia akan juadah stimbot di restoran Korea yang famous itu. Pelbagai pilihan makanan dengan sos pencicah berjenis-jenis, juga berpuluh pilihan makanan grill yang disediakan….. Dessert dia lagi…. Ni jenis makan time perut betul-betul tengah kosong…. Baru boleh sumbat banyak-banyak….Adoi~ Buruk lantak betul perempuan sorang ni….

“Sorry lah, awak…. Esok saya dah ada program la sepanjang hari. Pagi-pagi esok kitorang dah nak kena gerak,” jawabnya.

“Eh? Awak nak pergi mana?” Fiz ingin tahu.

“Saya nak pergi Sungai Chilling dengan team outdoor officemate saya. Pukul 7 pagi Ikram ambil saya kat rumah….Kita…….”

“Saya nak ikut!” Belum sempat Balqis menghabiskan ayat, tiba-tiba Fiz memotong.

“Eh?......”

“Lagipun, dah lama saya tak join aktiviti macam gini. Selalu sibuk dengan kerja. Elok la juga ada kawan nak pergi. Boleh saya join. Esok saya pegi sekali. Awak tunggu kat rumah, nanti saya ambil awak,” sambungnya lagi.

“Err…. Tapi saya dah janji dengan Ikram. Nanti dia cakap apa pulak?” Balqis serba-salah. Dia dah janji lebih awal dengan Ikram untuk ambil dia di rumah terlebih dahulu dan kemudiannya kesemua ahli team berkumpul di stesen petrol di Sungai Besi sebelum bergerak ke Kuala Kubu Bharu. Lagipun, ini kan rancangan team Ikram. Bukan dia. Takkanlah dia nak memandai-mandai mengatur.

“Erm….. Takpe…. Macam ni lah… Awak tunggu je la di rumah, tengok la siapa yang sampai dulu pagi esok. Nanti saya inform kat Ikram yang saya akan join korang. Dia mesti okey punyalah.” Yakin benar nampak bunyinya.

Balqis bingung, dan dia malas nak fikir. “Ikut awaklah, Fiz…. Yang penting esok saya selamat sampai ke sana, dan selamat balik ke rumah. Tu je.”

“Okey! Jumpa esok pagi ya, Cik Superbike! Nite & wassalam~” Jawab lelaki itu lalu menamatkan panggilan.

Balqis sambung mengemas. Beg waterproof Hypergear saiz 10L berwarna kuning itu diisi dengan barang-barang asas untuk explorasi esok. Mana yang penting sahaja. Sepersalinan baju dan tudung yang dilipat kecil, kain batik untuk tukar baju nanti, quick dry towel, set pisau outdoor serbaguna, mini torchlight, headlamp (just in case), bateri spare, lighter, wisel, coklat snickers mini pack dan beberapa barangan lain termasuk mini emergency kit. Ada sebab dia menyediakan segala barang-barang tersebut, kerana setiap barangan itu ada fungsinya. Dia membelek lagi. Oh ya! Glove. Buat spare je…. Kadang-kadang berguna juga bila waktu nak pegang tali yang merentasi sungai yang deras atau memegang dahan-dahan pokok yang kadang-kadang tajam. Tetapi dia tidaklah membawa kelengkapan untuk berkhemah atau barang-barang lain kerana Ikram memaklumkan yang semuanya telah disediakan oleh teamnya.

Okay, packing is done! Boleh la tidur~

********************

Fiz menyiapkan bagpack untuk program yang tiada dalam rancangannya esok. Program spontan.

Sambil itu, otaknya ligat berputar. Ikram nampaknya semakin ke depan mendahuluinya. Ikram sudah berani mengajak Balqis keluar bersama, buat aktiviti bersama. Dan advantage untuk lelaki itu ialah mereka kerja sepejabat. Lebih kerap berjumpa setiap hari. Itu yang membimbangkan Fiz.

Kalau hari-hari berjumpa, spend masa sama-sama, mungkin boleh saja gadis itu boleh jatuh hati kepada jejaka smart berkaca mata itu. Dia tahu, Ikram mempunyai auranya yang tersendiri dan boleh mencairkan hati mana-mana gadis dengan mudah jika kena caranya. Dia tidak mahu itu terjadi. Lagi-lagi dia mengetahui yang Ikram cuba merapati Balqis.

Dia pula jarang dapat berjumpa dengan gadis superbike itu. Tugasannya yang perlu berhadapan dengan pelbagai delegasi dari luar negara menghadkan waktunya untuk diluangkan bersama Balqis, atau aktiviti lain. Dia juga sering outstation, kadang-kadang perlu ke luar negara. Ada takda, gadis itu dihubungi melalui WhatsApp. Mujurlah juga Balqis tidak pernah tidak membalas mesejnya, walaupun kadang-kadang ambil masa.

Dia tahu, dia perlu mempercepatkan langkahnya. MESTI! Tidak boleh tidak!

Maka sebab itu jugalah, dia tekad mahu mengikuti program Ikram dan team outdoornya ke Kuala Kubu Bharu esok. Hanya kerana Balqis….

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience