42

Other Series 41455

PUTRAJAYA

Berbulan telah berlalu. Fiz telah kembali bertugas ke pejabat setelah pulih daripada kemalangan.

"Bos, ini draf memorandum kelulusan bagi permohonan pertambahan jawatan daripada agensi-agensi di bawah JPM. Ada beberapa agensi bawah kita yang buat re-org, tapi tak banyak la jumlah perjawatan tambahan yang dipohon. Saya ada letak syor. Nanti bos semaklah dulu. Kalau ada pindaan, bos inform kat saya. Nanti saya betulkan balik.." Humaira, salah seorang pegawai seliaan Fiz menyerahkan tugasan yang diberikan kepadanya.

"Ok, Humaira. Terima kasih. Untuk meeting petang ni macamana? Semua jemputan dah confirm kan kehadiran ke? Siapa wakil dari EPU dan MAMPU? Haritu En. Jeff bagitahu saya yang dia akan attend meeting petang ni," jawab Fiz kepada anak buahnya.

"Oh.. Ya. En. Jeff akan hadir. EPU belum confirm kan lagi, bos. Nanti saya akan call EPU semula. Agensi lain semua dah sahkan kehadiran. List ada pada Suraya," jawab Humaira.

"Baik. Nanti tolong pass pada saya list kehadiran. Folder mesyuarat Datuk Yusuff dah hantar kat pejabat dia?" soal Fiz lagi.

"Dah, bos. Tadi Suraya dah hantar kepada PA Datuk. PA Datuk maklumkan yang Datuk maybe lambat sikit sebab dia ada adhock meeting tengahari ni kat Pejabat PM," balas pegawai tersebut.

"Takpela. Nanti kita inform ahli mesyuarat yang Chairman akan lewat sikit. Harap meeting kat Pejabat PM tu tak drag lama sangat la. Kang jenuh meeting kita nak kena tunda ke date lain pulak.." Fiz membalas.

"Noted, bos. Ada apa-apa lagi tak, bos?"

"Dua paperwork yang saya bagi awak haritu dah siap ke belum?" Soal Fiz.

"Belum lagi, bos. Satu tu tunggu maklum balas daripada NADMA. Satu lagi tu saya baru siap separuh, bos... Sorry... Banyak sangat tasks in hand... Tray saya dah penuh dah.. Nak pengsan dah ni..." jawab Humaira sambil buat muka kesian, memohon ihsan bosnya. Mana tak pening kepalanya, salah seorang collegue nya baru sahaja bertukar jabatan. Seorang lagi cuti bersalin. Tinggal dia sahaja pegawai yang tinggal, itupun dia menanggung tugas pegawai yang sedang cuti bersalin. Memang tak menang tangan.

Fiz amat memahami bebanan tugasan unitnya. Salah satu unit utama dan penting di jabatan ini, melibatkan tugasan membuat dan melaksanakan dasar Kerajaan. Semua benda nak urgent, tapi jumlah perjawatan yang terhad menjadikan mereka kadang-kadang tak cukup nafas. Siapa kata penjawat awam ni tak banyak kerja?

"Saya faham, Humaira.. Takpe.. Minggu ni ada pegawai baru masuk lapor diri. Salah sorang tu akan isi post kosong kat unit kita ni.. Awak dah boleh tarik nafas lega dah..." jawab Fiz.

"Ye ke, bos? Yeahhh! Boleh la saya berjimba, bos!" Humaira keseronokan.

"Banyak la awak punya berjimba! Dah! Pergi balik bilik awak. Paperwork yang saya nak tu jangan lupa ye...." sempat dipesan kepada anak buahnya yang berperangai gila-gila tu.

"Alaa bos ni.. Gurau sikit pun tak boleh... Pffttt~" omel gadis kacukan anak Mami itu sambil melangkah keluar bilik bosnya.

Fiz hanya tersenyum. Tak ambil hati pun dengan kelakuan anak buahnya itu. Gelihati melihat perangai pegawainya yang seorang ini. Sempoi, tapi rajin dan boleh diharap bila diberikan tugasan. Selama dua tahun Humaira ditempatkan di bawah seliaannya, memang tidak dinafikan yang pegawai tersebut memang sangat berdedikasi banyak memudahkan kerjanya dan menyumbang kepada jabatan mereka.

Humaira manis orangnya. Muka kacukan anak Mami. Tapi dia bukan berasal dari Penang pun. Berhidung mancung. Kulitnya putih kemerah-merahan. Kena dengan namanya. Masih single and available setakat ini.

"Oi, bang.... Sengih apa tu? Jauh berangan?"

Fiz tersedar dari lamunan apabila Fakhrul tiba-tiba muncul.

"Apa oi-oi? Mana salam kau?" balas Fiz.

Fakhrul tersengih.

"Assalamu'alaikum bosssssssssssss.... Jauh menung... Tahulah baru lepas jumpa anak Mami comeyyy.." usiknya.

"Ish! Kau ni... Tak elok la cakap macam tu. Anak buah aku tu... Tak elok la kalau orang dengar, boleh mendatangkan fitnah tau.." balas Fiz. Geram juga dengan sahabatnya yang seorang itu.

"Hahaha.. Sorry... Weh! Jom... Lapar ni... Nasi dah memanggil-manggil..." Fakhrul mengajak Fiz untuk makan tengahari.

"Mana?" soal Fiz.

"Cyber."

Bersinar mata Fiz!

•••••••

Balqis mengemas dokumen mesyuarat dan memasukkan Microsoft Surface ke dalam begnya. Dia mengetik skrin telefon bimbit yang berada di atas meja. Pukul 12.45 tengahari. Mesyuarat hari ini berjalan lancar. Suhu sejuk di dalam bilik mesyuarat menyebabkan tekak Balqis terasa kering.

"Cik Balqis, join us for lunch?" Suara Tuan Fedri menyapa. Senyum mesra diberikan clientnya itu.

"Oh! It's okay, Sir. I'm fasting today..." jawab Balqis.

"Owh! I baru nak belanja you lunch. Sayang betul..." luah Tuan Fedri sedikit kesal.

Balqis hanya tersenyum. Dalam hati berasa lega yang amat. Mujur dia berpuasa pada hari ini. Kalau tidak, terpaksa lunch dengan lelaki yang sudah beristeri tiga ini. Miangnya boleh tahan.

Balqis masih teringat lagi suatu ketika dahulu semasa dia baru mula-mula berurusan dengan syarikat Tuan Fedri yang menggunakan khidmat Firma Syed Al-Attas. Ketika itu, Balqis tahu yang Tuan Fedri sudah berkeluarga, tetapi masih belum mengetahui bahawa Tuan Fedri sudah memiliki tiga isteri. Semasa pertemuan pertama, Tuan Fedri suka sangat menempel dengannya. Pandangan mata Tuan Fedri yang selalu meliar itu menyebabkan Balqis berasa sangat tidak selesa. Kalau berurusan pasal kerja sahaja, tidak mengapa. Ini bertanya soalan peribadi dan lain-lain. Selepas-selepas itu, pernah juga Tuan Fedri menghubunginya di luar waktu kerja dan mengajaknya keluar. Merimaskan!

"Lepas ni you terus balik office ke?" soalnya terus-menerus. Masih cuba bermesra.

"Yes, Tuan Fedri. Saya balik terus. Nak lunch pun tak boleh, kan? Lagipun, ada banyak lagi kerja yang nak diselesaikan," jawabnya masih bersopan.

"Oleh kerana hari ini I belanja semua ahli mesyuarat ni, next time, I belanja you, okay, Cik Balqis. Kita makan sedap-sedap kat hotel. Kita dating berdua je... Tak payah ajak dorang yang lain...Hehe..." ujarnya lagi di hadapan ahli mesyuarat yang sudah mula beredar untuk menikmati makan tengahari yang ditaja oleh syarikat Tuan Fedri di sebuah hotel terkemuka. Mereka yang lainnya hanya ketawa mendengar kata-kata Tuan Fedri yang disangka gurauan itu.

"I really mean it, Cik Balqis..." sempat Tuan Fedri bercakap dengan nada perlahan berhampiran Balqis. Balqis menyembunyikan wajahnya yang hampir muntah hijau itu dengan senyuman yang paling tidak ikhlas di abad ini. Geli!

"Saya balik dulu ya, guys... Enjoy your lunch! Assalamu'alaikum..." ucapnya sekadar berbasa-basi sebelum langkah kakinya dihayun laju menuju ke lif.

'Euwww! Kalau aku tak puasa pun, tak hinginnya aku lunch dengan kau la, lelaki miang!' Seranahnya di dalam hati. Dia hanya mengenangkan syarikat Tuan Fedri adalah salah satu client paling lama firmanya dan kenalan baik majikannya sahaja. Jika bukan, memang tidak hingin dia berurusan dengan Tuan Fedri.

Sedang hatinya panas dengan kelakuan lelaki miang tersebut, bunyi notifikasi mesej WhatsApp diterimanya.

Mr. Vampire: Assalamu'alaikum, Qis.. Awak kat mana tu? Jom keluar lunch. Saya ada kat Cyber dengan Fakhrul ni.

'Hmm... Mujur ada penyejuk...'

Tangannya lincah membalas mesej.

Qis: Wa'alaikumussalam warahmatullah. Sorry, awak.. Saya kat KL ni. Ada meeting dengan client.

Mr. Vampire: Alaaa... Baru nak lunch dengan awak harini...

Qis: Siapa suruh datang lunch kat Cyber tak bagitahu? Padan muka.

Dia membalas sambil tersenyum.

Mr. Vampire: Kalau saya bagitahu, awak nak la lunchdate dengan saya, eh? Heeeee...

Qis: Eee.... Perasan! Kalau ye pun awak bagitahu nak lunch dengan saya, dan kalau la saya takda meeting kat KL pun, saya tetap tak boleh lunch dengan awak harini.

Mr. Vampire: Kenapa? Awak dah janji nak lunch dengan Pak Arab awak tu ke? (Emoji 'Unamused Face')

Qis: Kalau ye pun kenapa?

Saja mengusik. Ingat Mr. Vampire je boleh sakat dia, dan dia tak boleh balas?

Mr. Vampire: Sampai hati awakkkkk... (Emoji 'Broken Hearts' banyak-banyak)

Balqis makin tersenyum. Comel la Mr. Vampire ni bila jealous.

Qis: Hehe... Takdelah... Dengan Ikram pun saya tak boleh lunch juga. Sebab harini saya puasa...

Beberapa ketika tiada balas mesej dari Fiz. Balqis baru sahaja mahu menyimpan telefon bimbitnya ke dalam beg, tiba-tiba bunyi notifikasi mesej diterima.

Mr. Vampire: Puasa GANTI ke tewwww~? Tanye je... (Emoji Face with Stuck-Out Tongue and Tightly-Closed Eyes)

"Ergggghhh! Dia ni kannnnnn... Kalau tak menyakat tak boleh agaknya..." Balqis tidak membalas. Geram! Sebab memang betul pun dia sedang puasa ganti pada hari ini.

Kikiki! Sian Cik Superbike...

•••••••

Dah mula dah Mr. Vampire ni korang nihh.. Mentang-mentang dah sihat. Kerja nak menyakat Balqis je.

Share this novel

Muhd Farid
2022-10-18 00:57:43 

ke ade sambungan lagi?

Muhd Farid
2022-10-18 00:57:26 

cite ni tergantung macam ni ke?


NovelPlus Premium

The best ads free experience