6

Other Series 41455

BINTANG HOMESTAY

Pagi itu selepas mandi dan menunaikan solat Subuh, Balqis terus bangun. Asalnya dia mahu bermalas-malasan kerana letihnya belum habis lagi akibat tidur lewat malam tadi selepas melepak di tepi pantai dengan makhluk vampire itu. Tapi bila mengenangkan dirinya di rumah orang, maka digagahkan juga dirinya bangun dan cuba mencari aktiviti pagi yang boleh dilakukannya. Ditolehnya Aishah yang kembali mengerekot dalam selimutnya setelah selesai solat. Untunglahhh.. Boleh tidur balik….

Memperkemaskan lipatan kain batik milik Aishah yang dipinjamnya, dipadankan dengan sehelai tshirt, kemudian menyarung sweater Adidas milik Fiz, dilengkapkan dengan tudung bawal, dia melangkah keluar dari bilik. Mula-mula dia turun ke dapur, ada bunyi-bunyian di bilik air. Menandakan seseorang sedang menggunakannya. Mak Mah di dapur yang sedang menjerang air menegurnya, “Awal bangun, Balqis? Makcik belum sempat buat sarapan lagi….”

“Eh! Takpe, makcik…Takpe…” Serba-salah Balqis dibuatnya. Dia bukan nak cari makan di dapur, tapi cuma nak menyegarkan mata supaya tak tidur semula selepas Subuh. Sudah Mak Mah ingat dia kelaparan pulak. Adoi..

“Makcik nak masak apa? Nak saya tolong?” Dia bertanya apabila melihat beberapa helai daun pandan, selonggok lada kering dan beberapa ulas bawang besar, bawang kecik, bawang putih dan seruas halia di dalam sebuah dulang di atas meja. ‘Macam nak masak nasi lemak je.... Favourite aku nih…’ hatinya meneka gembira.

“Makcik nak masak nasi lemak. Makanan kesukaan Fiz tu… Asal balik kampung je, mesti nak makcik masakkan nasi lemak untuk dia. Dia cakap, nasi lemak kat bandar tu takda yang sedap macam makcik masak.. Pandai je la budak bertuah tu.. Nasi lemak semua sama je la…” Mak Mah mengomel.

‘Jap… Makhluk vampire ni pun suka nasi lemak, macam aku? Sibuk laa.. Pegi la suka makanan lain… Apesal nak sama dengan aku pulak?’ hatinya berkata.

Tiba-tiba dia mendapat idea.

“Erm… Makcik, pagi ni saya tolong makcik masak nasi lemak, ya?” Balqis meminta izin.

“Laa… Takpela, Balqis.. Kamu tu mesti letih…Kamu berehat je la.. Nanti dah siap masak, makcik panggil makan,” ujar Mak Mah.

“Eh.. Takpe, makcik.. Masak nasi lemak tak susah mana pun.. Saya tolong ya..” Tangan Balqis pantas mencapai pisau memulakan kerja-kerja di dapur dimulai dengan membelah lada kering untuk dibuat sambal tumis sambil berbual dengan Mak Mah yang baik hati itu.

Tanpa dia sedari, ada sepasang mata sedang memerhatikannya membuat kerja di dapur.

************************

Bau wangi kombinasi daun pandan dan santan pada nasi lemak membangkitkan selera. Selesai menyiapkan nasi lemak lengkap dengan sambal tumis, kacang dan ikan bilis goreng berserta telur rebus serta timun, Balqis keluar ke halaman rumah untuk menikmati udara pagi yang segar di kawasan kampung itu. Waktu siang ini, barulah nampak laman rumah Mak Mah rupanya dihiasai dengan pokok-pokok bunga yang cantik. Ada pokok bunga ros, ada pokok bunga kertas, pokok bunga raya, pokok bunga melur dan beberapa jenis pokok bunga yang tidak diketahui namanya, tapi sangat cantik dan berwarna-warni dalam pelbagai bentuk bunganya. Laman rumah ini sangat bersih dan kemas. Balqis melihat signboard ‘BINTANG HOMESTAY’ terpacak di laluan masuk rumah tradisional itu. Malam tadi dia tak perasan pula kewujudan signboard ini.

Balqis berjalan ke arah pangkin di bawah pokok mangga, lantas menaiki buaian yang bergantung kukuh di salah sebuah dahannya. Fikirannya mula menerawang ke peristiwa lucu ketika mula-mula pertemuannya dengan Fiz semalam di R&R, coconut shake di Pantai Klebang, membawa ke Homestay Bintang dan melihat bintang sebenar di pantai malam tadi. Dia rasa seperti bermimpi.

Pertemuannya dengan lelaki itu bukanlah lama sangat, tapi dia rasa macam dah kenal lama.. Dia rasa selesa dengan lelaki itu, walaupun selalu tidak berpuas hati akan kenakalan Fiz yang suka menyakatkan. Yang paling dia lega adalah penerimaan Mak Mah terhadapnya. Mak Mah melayannya dengan baik dan mesra, walaupun dia mempunyai hobi yang bukan biasa-biasa… Hobi orang lelaki. Tapi Mak Mah sangat memahami, dan selalu memberi nasihat dan peringatan kepadanya untuk berhati-hati mengendalikan kenderaan beroda dua yang besar itu, sama seperti pesanan ibunya…

‘Ahh… Kalaulah ibu masih ada lagi…’ Balqis mulalah nak mengalirkan air mata setiap kali terkenangkan arwah ibunya. Ibunya meninggal dunia akibat sakit kanser sejak 4 tahun lalu. Saat ini, dia sangat rindukan ibunya.

“Assalamu’alaikum….” Salam dari Fiz mematikan lamunannya. Balqis menjawab salam sementara tangannya laju menyeka air mata yang hampir tumpah. Dia tidak mahu orang nampak dia bersedih.

“Awak buat apa sorang-sorang kat sini pagi-pagi?” soal Fiz. Bukan dia tak nampak Balqis termenung jauh. Dari tadi dia memerhatikan Balqis. Kemudian wajah Balqis nampak sugul dan hampir menangis.

“Saya ambil angin pagi. Best. Nyaman je….” Jawab Balqis.

“Mestilah… Tengoklah kampung sape?” usik Fiz. Balqis mencebik. Eleh.. Poyo… Fiz tersenyum. Suka betul dia Balqis memberi respon yang pelbagai bila disakat.

“Jom sarapan… Ibu saya masak nasi lemak… Nasi lemak ibu saya is the best in the world!” ujar Fiz dengan bangganya.

Balqis tersenyum. “Oh yeke? Patutlah ada bau nasi lemak tadi. Jom lah breakfast. Saya pun dah lapar ni. Tak sabar nak rasa ‘nasi lemak ibu awak’…” jawabnya lagi penuh makna.

Mereka berdua berjalan menuju ke rumah.

********************

“Ya Allah, sedapnya nasi lemak ibuuuu…. Nasi lemak ibu ni tak pernah berubah rasa.. Sama je dari dulu sampai sekarang..” Fiz menikmati hidangan nasi lemak di hadapannya dengan penuh selera.

Mak Mah dan Balqis hanya tersenyum. Mereka membiarkan sahaja Fiz melayan keenakkan makanan kegemarannya itu. Mak Mah menuangkan kopi O ke dalam cawan-cawan yang ada.

Syafiq kemudiannya muncul dan mengambil tempat duduk di sebelah Balqis untuk turut serta bersarapan. Riak muka Fiz nampak sedikit berubah tapi buat-buat bersahaja. Dia meneruskan kunyahan.

Setelah membaca doa makan, Syafiq menyuap nasi lemak ke dalam mulutnya. Sedap! Tidak dinafikan, nasi lemak hasil air tangan gadis bermotor besar ini tak kurang rasanya dengan masakan ibunya. Dia tahu Balqis yang memasak menu nasi lemak untuk juadah sarapan pagi ini kerana dia yang memerhatikan Balqis membuat kerja di dapur pagi tadi selepas dia mandi. Dia semakin tertarik terhadap gadis dari bandar itu. Ingatkan orang bandar, moden, hobi macam lelaki tak pandai masak.

“Makcik tak makan ke?” soal Balqis kepada Mak Mah bila dilihatnya Mak Mah hanya menghirup air kopi o panas sahaja. Malu pulak dia nak beriya-iya makan, sedangkan tuan rumah tengok sahaja. Dah lah dia sendiri yang masak nasi lemak ni...

“Makcik dah makan awal-awal tadi. Makcik kena makan awal, sebab nak makan ubat. Biasalah tua-tua macam ni, Balqis.. Macam-macam penyakit ada.. Darah tinggi, kencing manis… Tapi tak teruklah…” jawab Mak Mah.

“Adik kamu mana, Syafiq? Masih tidur lagi ke? Hai lah anak dara sorang ni…Tu lah.. Malam-malam asyik tengok drama korea je… Pagi liat nak bangun… Dia ingat elok sangat tidur semula lepas Subuh?” bebel Mak Mah.

Tiba-tiba…

“Ibu, pandai Balqis masak nasi lemak ni kan, ibu? Sama macam ibu masak,” Syafiq memuji.

Hampir tersembur nasi dari mulut Fiz bila mendengar kata-kata adik lelakinya. Tersedak-sedak dia, cepat-cepat Mak Mah menghulur cawan kopi O kepadanya. Merah muka Fiz yang cerah itu.

“Kamu kenapa? Makwe sebut?” Soal Mak Mah kepada anak sulungnya. Kali ini, Balqis pulak yang hampir nak tersedak. Dan Syafiq laju menghulurkan cawan kopi O kepada Balqis yang berada di sebelahnya. Fiz mengerling.

“Korang berdua ni dah kenapa? Dua-dua tersedak ni?” Mak Mah menyoal kehairanan, merujuk kepada Fiz dan Balqis.

“Takde apa-apa!” Kedua-duanya menjawab serentak.

Mak Mah hanya menggeleng.

**********************

Balqis bersiap-siap untuk pulang ke Bangi. Dia tidak mahu bertolak lewat sangat sebab tidak mahu menempuh jammed di highway nanti. Biasanya hujung minggu macam ni, highway di plus dari Seremban menghala ke KL akan selalu jammed. Walaupun dia menunggang motosikal, tapi dia tetap tidak boleh bawa laju dalam keadaan jammed begitu dan perlu berhati-hati kerana terdapat segelintir pemandu yang suka bertukar lorong secara tiba-tiba tanpa memberi signal terlebih dahulu. Sudah banyak kes kemalangan motosikal terjadi berpunca dari kecuaian pemandu kenderaan lain, sehingga ada yang melibatkan kematian. Jadi Balqis harus lebih berwaspada.

Sedang Balqis membelek Si Birunya, Syafiq datang merapati gadis itu.

“Awak nak balik hari ni ke?” Soalnya. “Stay la lama sikit kat sini. Boleh saya bawak awak jalan-jalan kampung ni..” sambungnya.

“Tak boleh.. Esok kerja..” Jawab Balqis ringkas. ‘Mamat ni kenapa? Dari semalam nak ushar aku…. Rimas laaaa…’ Balqis tak puas hati. Dia memanjangkan lehernya mencari kelibat Fiz. Saat kritikal macam ni, tak muncul pulak dia. Selalu ada je ala-ala hero…

“Abang saya takde la… Dia pegi pekan kejap… Ibu pesan suruh beli barang..” Syafiq bersuara.

‘Patutlah kau naik tocang.. Abang kau di luar kawasan…’ Balqis menggumam sendiri.

“Balqis, saya nak no contact awak boleh, tak? Nanti nak mesej awak... Manalah tahu rindu…” Syafiq masih mencuba nasib. Pancing guna ayat manis.

‘Eeeuuwwww~ Rindu????’ Balqis makin nak muntah.

“Syafiq… Panggil saya Kak Balqis lah… Saya lagi tua dari awak, tau…”

“Eleh… Tua tiga tahun je pun.. bukanlah banyak beza sangat…. Nabi Muhammad dengan Siti Khadijah lagi beza banyak tahun…” Pandai pulak dia menjawab. Sumbat jugak mulut tu dengan selipar kang…

“Kak Balqisssss! Semalam akak cakap nak bawak Aishah ronda-ronda naik moto besar akakkkkk?” Laungan Aishah mematikan perbualan Syafiq dengan Balqis. Lega rasanya.

“Ibu dah bagi izin… Jom la, kakkk.. Sebelum akak balik….” Pujuk Aishah lagi, anak bongsu Mak Mah, satu-satunya anak perempuan.

“Okey jom! Pakai helmet tau!” sempat dipesannya kepada gadis remaja lepasan SPM itu.

Enjin Yamaha YZF R6 biru itu dihidupkan. Bunyi ekzos yang bergema itu sungguh mengasyikkan. Setelah Aishah membonceng motosikal tersebut, Balqis pun memulas throttle Si Biru dan mereka meninggalkan Syafiq keseorangan di laman rumah. Wajahnya ternyata nampak kecewa.

**********

“Ibu, Balqis dah gerak balik Bangi ke, ibu?” Fiz yang baru pulang dari pekan bertanya kepada ibunya apabila melihat superbike biru itu sudah tiada di laman rumahnya.

“Ha’ah… Dia dah balik dalam 15 minit tadi… Dia cakap taknak gerak lambat.. Nanti jammed… Lama juga dia tunggu kamu balik dari pekan… Sempat jugak la dia bawak adik kamu pergi ronda kampung dengan motornya…” Mak Mah menjawab.

“Sapa? Balqis bawak Syafiq pergi ronda kampung naik superbike diaaa???” Fiz berdebar. Rasa cemburunya terbit secara tiba-tiba…

‘Ini tak boleh jadi ni… Aku sendiri pun belum pernah naik motor berdua dengan dia, moto besar dia pulak tu… Syafiq pulak dah potong line aku…’ Hatinya panas. Kemudian dia meraup wajahnya dan beristighfar berkali-kali. Kenapa mesti dia nak cemburu? Dia dan Balqis bukannya ada apa-apa hubungan istimewa pun, kan?

“Kamu ni kenapa, Syafiz? Ibu tengok semenjak kamu bawak Balqis balik ke rumah ni, kamu dah macam orang tak betul pun ada jugak… Takkan lah si Balqis nak bawak Syafiq tu.. Dia bawak Aishah la… Eiiii budak nihhhh…. Orang lain pun bercinta jugak… Takde la sewel macam kamu…” bebel Mak Mah spontan.

Fiz tersipu-sipu malu bila disindir ibunya sendiri… ‘Macamana boleh kantoi aku suka kat Balqis ni? Obvious sangat ke?’ bisiknya sendiri.

“Ibu dah lama makan garam, Fiz…” tiba-tiba ibunya bersuara. Macam tahu-tahu je apa yang bermain di fikiran anak sulungnya.

“Patutlah ibu ada sakit darah tinggi…” usik Fiz sambil memeluk dan mencium pipi ibunya sebelum pantas melarikan diri naik ke atas rumah.

“Eh! Eh! Budak bertuah niiiiiii!!” Mak Mah mengeleng-gelengkan kepala melihat gelagat anak bujangnya yang kemaruk mengejar hati gadis superbike itu. Dalam hati kecilnya, dia berdoa agar Allah mengurniakan jodoh yang baik untuk kesemua anak-anaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience