36

Other Series 41451

5.00 petang.

Abang Zikri dan Ikram serta yang lain-lainnya baru selesai menyusun meja dan kerusi makan di bawah khemah.

"Ikram, meh la duduk sini dulu. Sembang-sembang.." Abang Zikri memanggil Ikram yang baru selesai mencuci tangan dari pili paip di tepi rumah.

Ikram menuruti.

Orang-orang kampung dah lama balik selepas memasang khemah tadi kerana khidmat tenaga lelaki sudah mencukupi. Ada Abang Zikri, abang-abang ipar Balqis, ditambah pula bantuan dari Ikram.

Mereka berempat duduk di bangku batu yang dibina sebagai hiasan di halaman rumah sambil berborak santai.

Balqis menyiapkan minum petang. Dia menyediakan pisang goreng panas, ubi ketuk dan tempe goreng bersalut tepung beserta sambal kicap untuk dicicah. Teh O sudah siap dibancuh. Cawan-cawan sudah diatur di atas dulang.

Dia baru hendak menatang dulang untuk di hantar ke kerusi batu di halaman rumah apabila tiba-tiba Rita muncul di hadapannya sambil tersenyum manis. Mencurigakan sungguh. Mana taknya, jarang-jarang sekali sepupunya yang memakai pendakap gigi ini melayannya dengan baik.

"Erm... Balqis... Kau nak hantar makanan ni kat luar ke?" soalnya sambil tersengih. Nampak la barisan giginya yang dipagari besi tu.

"Ha'ah... Kenapa?"

"Meh aku tolong hantarkan kat Abang Zikri... Kau pun ada banyak kerja lagi kat dapur, kan? Kau pergi la siapkan kerja kau dulu.. Ni biar aku buat.." ujarnya sambil menghulurkan tangan hendak menyambut dulang.

Balqis tersenyum. Tahu sangat apa yang bermain dalam fikiran sepupunya itu.

"Apa kata, kau yang pergi tolong kerja kat dapur tu? Boleh juga, kan?" ujarnya selamba.

Rita menarik muka. "Mama!!"

"Balqis, kau bagi je la Rita dulang tu.. Biar je la dia hantar kat dorang kat depan tu. Apa yang payah sangat tah?" Aunty Ina bersuara. Aunty Ros dan Aunty Ruby tersenyum sinis.

Rita tersenyum puas. Mamanya back up dia. Haruslah! Dah tentulah mereka ada agenda tersembunyi. Mengambil hati Ikram Fikri! Tangannya pantas merampas dulang dari tangan Balqis. Balqis hanya membiarkan sahaja kerana malas hendak bergaduh. Kang kalau dulang berisi makanan dan cawan tu jatuh, lagilah naya. Dia kembali ke dapur.

Rita melangkah dengan lenggok yang disengajakan sambil tersenyum simpul menuju ke meja batu. Acah anggun la tu!

"Abang Zikri, Abang Ikram... Abang-abang yang lain, jemput minum ya... Makan la juadah minum petang yang tak seberapa Rita buat ni..." ujarnya lembut sambil menuangkan air Teh O ke dalam cawan. Sebuah cawan dihulurkan kepada Ikram.

"Wah! Betul ke Rita yang buat ni? Macam tak percaya je?" Abang Zikri sengaja menyoal. Tapi dia tahu sangat la ini bukan hasil air tangan gadis itu. Sifat sepupunya yang pemalas itu memang sudah diketahui dari dulu lagi.

"Ehh.. Mestilah.. Rita buat special untuk tetamu kita harini, Abang Ikram.. Abang Ikram, benda ni semua, Abang Ikram kena makan cicah dengan sambal kicap tauuu.. Baru ada umphh... Kalau nak lagi, panggil Rita ya.. Nanti Rita ambilkan..." tawarnya sambil tersengih menayangkan gigi berpagarnya.

Ikram kehairanan. Sudahlah dia tidak kenal siapa Rita, tapi beriya-iya sungguh gadis itu melayannya.

"Terima kasih , Rita.. Dah! Masuklah.. Kitorang lelaki nak menyembang..." Abang Zikri menghalau Rita secara halus. Kalau tak faham lagi, tak tahu lah.

Rita mencebikkan muka. Geram dengan Abang Zikri. Tapi dia sempat mengenyitkan mata kepada Ikram sebelum melangkah ke dalam rumah. Ikram terkejut. 'Berani betul pompuan ni!'

Mereka meneruskan perbualan sambil menikmati hidangan minum petang yang ringan tetapi sungguh menyelerakan sebelum suami Kak Long meminta diri untuk masuk membersihkan diri.

"Ikram, nanti kang kau mandi bersiap kat sini je la terus.. Okay, kan?" ajak Abang Zikri. Sudah ber'aku-engkau' je dengan Ikram. Nampak sudah selesa dengan lelaki itu.

"Betul ke, bang? Tak menyusahkan ke? Saya dah booked hotel pun sebenarnya. Ingat nak balik hotel, mandi siap-siap kat sana je.."

"Mana ada susah.. Kau tu tetamu kitorang.. Ni kau mandi siap-siap je kat sini. Malam kang kau balik tidur kat hotel... Tapi kalau kau tak kisah la.. Rumah kitorang ni kecik je.. Takde la macam istana atau macam hotel ke.." ujar Abang Zikri. Sengaja. Nak tengok Ikram macamana. Maklumlah... Anak orang kayalah katakan.

"Eh.. Saya okay je, bang.. Saya tak kisah. Saya lagi suka kalau tuan rumah dah izinkan..." Wajah Ikram berseri-seri kerana dialu-alukan oleh Abang Zikri selaku tuan rumah, merangkap abang kepada buah hatinya, Balqis.

Abang Zikri tersenyum.

•••••••

Ikram terjenguk-jenguk dari ruang tamu mencari Balqis. Tangannya menjinjing baju Melayu siap bergosok serta sebuah beg kecil.

"Abang Ikram cari siapa? Abang cari Rita ke?" Rita tiba-tiba datang merapati Ikram yang terkial-kial. Senyum menggoda dilemparkan. Wangian badannya seolah-olah selori minyak wangi tertumpah. Ikram automatik terbersin.

"Hachiiuu!"

"Eh? Abang Ikram kenapa? Nak kena selsema ke? Demam?" Rita cuba mendekati Ikram untuk merasai dahi lelaki itu.

Ikram mengelak. Dia terbersin sekali lagi.

"Boleh tak awak pegi jauh sikit? Saya terbersin sebab awak... Hachiuuuu!"

Rita geram. Cemberut mukanya. Punyalah dia beriya spray minyak wanginya tadi, tahu-tahu Ikram alergi dengan bau minyak wanginya pula.

Ikram cepat-cepat melarikan diri ke dapur.

"Balqis... Hachiuuuu!" Ikram terbersin sekali lagi.

"Opocot opah kau terbanggggggg!!" Kak Long yang terkejut mendengar Ikram tiba-tiba muncul dan bersin terus melatah secara spontan. Kak Long memang pelatah orangnya.

Satu dapur ketawa dengan keadaan itu, termasuk Ikram.

"Awak kenapa tiba-tiba bersin ni?" soal Balqis kehairanan. Dia mendekati Ikram dan menghulurkan tisu.

"Saya alergi sikit. Tapi takde apa la.. Ok dah ni.. " jawabnya sambil menyambut tisu yang dihulur.

Tiba-tiba suasana di dapur pegun. Balqis dan Ikram saling memandang. Mereka menoleh bersama-sama.

Kelihatan Kak Long, Kak Ngah dan Kak Syikin iaitu isteri Abang Zikri, sedang merenung mereka berdua. Baru mereka perasan yang Ikram belum diperkenalkan kepada kakak-kakaknya.

"Errr... Sorry, kakak-kakakku... Kenalkan.. Ini Ikram Fikri... Kawan Balqis kat office...Ikram, tu Kak Long, Kak Ngah dan Kak Syikin, wife Abang Zikri..." Balqis memperkenalkan.

"Assalamu'alaikum Kak Long, Kak Ngah, Kak Syikin...." ucap Ikram sambil melambai-lambai. Comel sungguh gayanya. Macam kanak-kanak ribena. Ketiga-tiga kakaknya terdiam, seolah-olah terpukau menatap wajah mix-Arabian lelaki tersebut.

"Ehemmm.. Kakkk?? Haluuu??" Balqis berbunyi.

"Yayaaa... Hai Ikram...Ingatkan model Arab mana... Handsome sangat.. Sampai hakak-hakak pun terkedu.." Kak Long berseloroh, mengundang ketawa yang lain.

"Ikram nak mandi eh? Balqis pergilah tolong Ikram.. Kat dapur ni banyak dah siap. Tinggal sikit-sikit je lagi.. Nanti kitorang settle.." Kak Ngah mengarahkan.

Balqis dan Ikram tersenyum lalu melangkah keluar dari dapur.

•••••••

"Nah! Towel.." Sehelai tuala berwarna biru dihulurkan kepada Ikram.

"Erm.. Tapi nak suruh awak tumpang bilik sape, ek? Aduii.." Balqis pening sekejap.

Rumah itu hanya mempunyai 5 bilik. Setiap adik-beradiknya masing-masing mempunyai sebuah bilik. Tidak menjadi masalah kalau hanya mereka empat beradik berkumpul di kampung bersama-sama. Cuma hari ini, mereka mengadakan kenduri tahlil. Jadi, ramai juga saudara-mara kedua keluarga ayah dan ibunya yang dijemput. Sebuah lagi bilik spare telah menempatkan saudara-maranya yang lain.

Abang Zikri pula selamba je mengajak Ikram mandi dan bersiap di situ. Apa Balqis nak buat?

"Kenapa, Balqis? Ada masalah ke? " soal Ikram.

"Err.. Takde... Semua bilik penuh.. Bilik-bilik lain dah ada anak-anak buah saya tidur.. Awak nak tumpang salin baju dan solat kat mana? Aduii.. Abang Zikri ni pun... " Balqis mengomel sendiri.

"Takpela, Balqis... Kalau susah, saya balik hotel je la.. Saya taknak susahkan awak dan family awak..."

"Bukan macam tu... Harini je penuh. Selalunya, ada je bilik spare.." jawab Balqis sambil otaknya ligat berfikir.

"Erm.. Macam ni lah...Awak tumpang la bilik saya untuk solat dan bersiap.. Tapi..."

"Tapi apa?"

"Dengan syarat, awak jangan nak selongkar apa-apa barang saya.. "

Ye la. Mestilah Balqis risau. Belum pernah ada lelaki asing yang masuk dan menggunakan biliknya setakat ini.

Ikram tersenyum. "Yes, Ma'am!"

"Bak sini baju awak, saya hantar kat bilik. Tu bilik saya tau.. Awak pegi la mandi dulu. Kang nanti ramai nak guna bilik air... Satu lagi, ni kain pelikat.. Buat tukar pakai.."

Ikram terkebil-kebil melihat kain pelikat di tangannya.

"Reti ke tak guna kain pelikat tu?" soal Balqis apabila melihat reaksi Ikram sebegitu.

"Oh! Lupa pulak.. Anak orang kaya mana reti guna kain pelikat... Haha!" Balqis menyakat. Dia baru hendak mengambil semula kain pelikat di tangan Ikram apabila lelaki tersebut cepat-cepat melarikannya dari capaian Balqis.

"Saya bukan tak reti nak pakai kain pelikat la, cuma saya tak selalu pakai je.. Tapi awak punya pasal, saya cuba jugaklah... Kalau tercabut, awak jangan gelak pulak..." Ikram menjawab. Wajahnya ditundukkan. Langkahnya perlahan menuju ke bilik air.

Balqis menyoroti belakang lelaki tersebut sambil menggeleng dalam senyuman.

'Hai lah, Muhammad Ikram Fikri Tan Sri Fateh... Ada-ada je...'

•••••••

Selepas menunaikan solat Asar, Ikram duduk sebentar di atas katil yang disaluti comforter berwarna navy blue bercorak geometri. Biliknya tidaklah begitu luas. Muatlah untuk menempatkan sebuah katil bersaiz queen, sebuah almari pakaian, sebuah meja solek dan sebuah almari kayu berlaci tingkat. Kesemua set perabot dalam bilik ini berwarna putih. Dinding bilik berwarna kelabu, manakala langsir tebal berwarna putih bersorak daun berwarna dark blue. Kesemua barangan tersusun kemas. Lantai bilik bersih dan tiada habuk pada perabot, menandakan pemilik bilik ini seorang yang kemas dan teratur orangnya.

Tiada sebarang frame gambar di dalam bilik itu. Pun begitu, di atas almari laci bertingkat tersebut terdapat senaskhah Al-Quran, deretan buku yang diatur kemas dan tersusun beberapa trofi lama pertandingan boling. Ikram membaca satu-persatu tagging trofi. 'Johan Wanita', 'Johan Berkumpulan', 'Top 10 Women Open' dan beberapa lagi yang lain. Kesemuanya ketika zaman Balqis di IPT.

'Erm.. Boleh tahan! Tak sangka terror main boling si Balqis ni.'

Matanya tertancap kepada satu album lama. Tangannya gatal mengambil album tersebut. Dibeleknya satu muka ke satu muka. Kesemuanya gambar Balqis semasa kecil dan zaman sekolah. Kebanyakan gambarnya, Balqis akan menayangkan gigi dan lesung pipit. Comel!

Tiba-tiba pintu bilik diketuk. Ikram cepat-cepat meletakkan semula album gambar ke tempatnya.

"Awak... Dah ke? Saya nak guna bilik pulak.." suara Balqis kedengaran.

"Dah.. Dah... Masuklah!" jawab Ikram.

Pintu bilik dikuak. Balqis muncul bersama Zain dan Nana, anak-anak Abang Zikri. Matanya tertumpu kepada Ikram yang berbaju Melayu coklat dan berkain pelikat petak-petak berwarna coklat gelap. Dengan kulitnya yang putih kemerahan, jambang nipis yang kemas di jawline, sepasang mata cantik di sebalik cermin mata nipis. Handsome pulak anak Pak Arab ni pakai kain pelikat.

'Helo! Balqis! Wake up!' Fikirannya menjerit.

"Err... Awak keluarlah... Saya nak masuk pulak... Kalau awak tak keluar, macamana saya nak masuk..." ujar Balqis.

"Eh? Ya jugak, kan... Hee.." jawab Ikram sambil tangannya mengurut belakang kepala. Letak cermin matanya di batang hidung mancungnya diperbetulkan.

Dia baru hendak melangkah keluar apabila dia tiba-tiba berhenti. Riak wajahnya berubah.

"Awak kenapa?" Soal Balqis kehairanan.

"Kain saya.... Err... Nak tercabut... " jawab Ikram teragak-agak.

Balqis menekup muka. Wajahnya dipalingkan.

"Ehhh...Cepat-cepat betulkan.. Awak takyah la pakai kain pelikat tu... Pakai seluar je la.. Adui.. Saya tunggu kat luar ni sampai awak siap.. Jom Nana, Zain!" Dia mengajak anak-anak buahnya menunggu di luar bilik.

'Haih... Macam-macam Ikram ni...' getus hatinya sambil tersenyum.

Seketika, Ikram pun keluar dari bilik. Kain pelikat sudah ditukarkan dengan seluar slack hitam.

"Tu la.. Lain kali kalau tak reti pakai kain pelikat, takyah cuba pakai.. Kalau terlondeh tadi macamana?" bebel Balqis.

"Kalau terlondeh, free show laaaa...Hahaha.." Tiba-tiba Zain menyampuk disusuli dengan ketawa nakal bersama Nana. Ikram tersengih malu. Budak kecil pun boleh kenakan dia. Adoih!

"Haip! Apa Zain ni.. Tak baik tau usik kawan ibu.." tegur Balqis. Senyum tersungging di bibirnya.

"Abang Zikri ajak awak pegi masjid kejap lagi. Solat Maghrib dan Isya' berjemaah kat masjid. Then terus ajak orang-orang masjid datang rumah untuk tahlil lepas Isya'..." Balqis memberitahu.

"Okay. Saya tunggu kat depan la ya.."

Balqis menganggukkan kepala lalu meloloskan diri ke dalam biliknya.

•••••••

Maghrib sudah lama melepasi waktunya. Balqis sedang bersiap-siap setelah selesai menunaikan solat Maghrib. Dia mengenakan sepasang jubah hitam yang dihadiahkan oleh ibunya yang dibeli di Mekah ketika menunaikan umrah lima tahun lalu. Masih elok dan masih muat dipakai. Selendang disarungkan di kepala.

Sementara menunggu waktu Isya' masuk, dia membelek telefon bimbitnya. Sepanjang siang tadi dia tidak sempat memegang hp langsung dek kerana sibuk membuat pelbagai kerja.

Tujuh miscalled. Kesemuanya dari Fiz.

12.30pm
12.31pm
4.01pm
4.15pm
5.03pm
5.03pm
7.15pm

"Mak aiii! Banyaknya.... Semua aku tak jawab... Alamakkk... Soriiiii..."

Aplikasi WhatsApp dibuka. Memang banyak mesej yang masuk. Dari macam-macam group. Tapi Balqis hanya memberi perhatian kepada mesej dari Fiz sahaja.

12.35pm : Assalamu'alaikum Balqis.. Saya kat KKIA ni. Flight saya dari KK delayed. Tak sure pukul berapa sampai KLIA. Tapi malam ni saya tetap akan datang majlis tahlil kat kampung awak, ya.. Wait for me..

4.16pm : Assalamu'alaikum Balqis, alhamdulillah. Saya dah sampai KLIA. I'm running late. Nak rushing balik rumah and terus gerak ke Johor. Awak tunggu saya ya.. Saya mesti sampai ke sana...

5.05pm : Baru gerak dari Putrajaya. Call you many times, tak berjawab pun... Jangan cakap awak dah lupakan saya... Sedey ni... Uhuk~
Anyway, wait for me, okay? I will make it happen..

Balqis tersenyum membaca mesej yang ini. Sempat pula Mr. Vampire nak merajuk.. Haha!

7.15pm : Singgah solat Maghrib kejap, my dear.. Wait for me, kay? Miss you~

Balqis telan air liur. Tiba-tiba berdebar dia membaca mesej dari Fiz. Dia melihat jam di hp. 8.15 malam. Satu jam lepas adalah last message dan panggilan dari jejaka itu.

Dia mendail nombor Fiz. Kali pertama tidak berjawab. Dia mendail lagi. Masih tiada jawapan. Balqis menghantar mesej WhatsApp.

Balqis : Assalamu'alaikum Fiz.. Sorry tak sempat jawab call dan mesej awak. Saya sibuk siang tadi. Tak sempat pegang phone. Awak dah sampai mana tu?

Mesej sampai. Satu tick sahaja. Bermakna sudah berjaya dihantar, tapi belum diterima oleh penerima. Offline, mungkin?

Balqis mendail lagi. Masih tiada jawapan. Hatinya resah. What happen to Mr. Vampire?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience