8

Other Series 41450

PUTRAJAYA

Isnin. Selalunya memang kebanyakan orang tiada mood nak bekerja. Monday Blues, katanya. Tapi berbeza dengan Syafiz. Berkobar-kobar dia ke pejabat. Nampak lebih bersemangat. Selalunya dia tiba di pejabat pada pukul 8.30 pagi. Kadang-kadang hampir pukul 9.00 pagi. Mentang-mentang la peraturan penjawat awam yang terkini membenarkan Waktu Bekerja Fleksibel iaitu masuk kerja dari jam 7.30 pagi hingga 9.00 pagi dan pulang apabila sudah cukup 9 jam bekerja termasuk 1 jam waktu rehat makan tengahari. Tapi hari ini, pukul 7.45 pagi dia sudah terpacak di pejabat.

“Eh, Encik Syafiz, awal sampai hari ni? Ada meeting ke pagi ni?” soal Zikri, salah seorang staffnya.

“Takde la… Meeting dengan KP pagi ni tunda. Saya saja datang awal… Kalau takda apa petang ni, saya nak balik awal sikit,” jawabnya sambil tersenyum.

Syafiz memang pemurah dengan senyuman. Walaupun dia seorang pegawai berpangkat, tapi dia bukan seorang yang sombong. Dia selalu ingat pesan ibunya supaya selalu merendah diri walau di mana berada dan selalu bersikap baik pada orang lain tidak kira siapapun mereka. Sebab itu dia selalu disenangi oleh ramai orang di pejabatnya. Cuma dengan Cik Superbike je dia suka memuji diri… Saja nak menyakat perempuan tu…

Dia sedang membuka kunci biliknya tatkala mendengar suara seorang perempuan yang amat dikenalinya menegurnya dengan penuh ceria, “Hai Encik Syafiz Eiman, Mr. Vampire Paling Handsome!!! Wowww! You nampak segak sangat harini! Selalu pun memang dah handsome… Tapi harini nampak laaaagi handsome…” Alisa, salah seorang setiausaha pejabat merangkap peminatnya paling tegar menegurnya.

Alisa memakai sepasang baju kebaya nyonya berwarna pink dipadankan dengan kain bercorak batik – menyerlahkan bentuk badannya. Shawl ala-ala hijabister yang melilit-lilit di kepala. Rantai mutiara putih berbiji besar turut dijadikan aksesori menghiasi dadanya. Tidak dinafikan, dia memang pandai bergaya, sesuailah dengan tugasnya sebagai setiausaha pejabat yang perlu berpenampilan menarik. Make up? Jangan tanyalah.. Rasanya kalau dia tak make up, mau murung seminggu tak keluar rumah. Bau wangian Bombshell dari Victoria Secret kuat semerbak muncul bersamanya.

‘Ah! Sudah! Makcik ni ada pulak kat sini.. Ni pakai perfume ke mandi perfume ni?’ Hati Fiz berkata-kata.

“Hai Alisa.. Hehe.. Manade handsome… Encik Fakhrul lagi handsome… Muka macam artis Kpop.. Tu pun ‘oppa’ dah sampai!” Fiz menjawab sambil tersenyum bila melihat best buddy nya di pejabat, Fakhrul dengan cermin mata ala-ala artis Korea berjalan menuju ke arah mereka. Bilik Fakhrul bersebelahan dengan bilik Fiz. Pada masa yang sama, Fiz berasa lega dengan kemunculan Fakhrul di saat dia sedang nak mengelakkan diri dari Alisa.

“Encik Syafiz dah breakfast ke belum? Jom kita pergi makan sama-sama. I pun baru nak pegi cari breakfast dengan Syika. Ajak la Encik Fakhrul sekali…” ajak Alisa. Temannya, Syika sudah pun menunggu untuk bersarapan di kafe.

“Sorry lah, Alisa. Saya puasa sunat harini.. Harini kan hari Isnin…” jawab Fiz menyelamatkan diri. Kah! Kah!

“Eh! Bro, kau puasa ke, beb? Biar betul???” Fakhrul kehairanan. Fiz menjegilkan mata kepada temannya.

Fakhrul yang memahami maksud Fiz itu segera menjawab, “Ha’ah, Alisa, Syika… Harini kitorang puasa… Korang pegi la makan dulu…Sila..Sila…”

“Ala… Encik Syafiz ni ada je alasan bila I ajak pegi makan sama-sama… Merajuklah I macam ni…Bye~” jawab Alisa memuncungkan muka seraya mengajak temannya pergi bersarapan.

Bila mereka sudah hilang dari pandangan, Fakhrul yang sudah masuk ke bilik Fiz berkata, “Kau ni, Fiz… Suka tak layan Alisa… Sian dia, beb… Terang-terang awek tu suka sangat kat kau. Orang cantik macam tu pun kau taknak?”

“Cantik sebab make up je buat apa, beb? Aku tak minat la…” jawab Fiz mudah.

“Ye la.. Tapi cubalah kau bagi dia peluang… At least, sekali-sekala pergi la makan dengan dia ke… Kenal-kenal… Kau umur dah berapa… Kerjaya ada, masa depan cun, kewangan stabil, rumah dah ada. Orang rumah je kau takde..” kata Fakhrul.

“Rul, kalau kau rasa dia tu cun, cantik, cukup serba-serbi dan menepati citarasa kau, kau je la pergi ngorat dia… Kalau kau tanya aku, memang TAK laaaa..” balas Fiz.

“Hoi! Kau giler?? Tunang aku, Ustazah Aida tu nak letak mana?? Tak sanggup aku, weiii!” Tak padan juga si Fakhrul ni… Dalam Kpop-Kpopnya, bertunang dengan ustazah, kan?

“Haaa… Tau pun kauuuu~. Kalau kau tak sanggup, aku lagilah…Hahaha!” Amboi! Bergelak sakan dorang, ek?

“Eh, jap! Dari tadi aku nak tanya kau… Kau mimpi apa datang awal harini?” soal Fakhrul.

Fiz tersenyum.

“Aku mimpi bidadari naik superbike!” ujarnya.

Fakhrul tercengang. Wah! Menarik ni! “Woi! Ceritalah, beb!”

“Nantilah aku cerita. Ni dah pukul berapa ni? Aku nak buat keja… Kau sila balik bilik kau! Hahaha!” jawabnya kepada Fakhrul sambil tertawa.

***********************

CYBERJAYA

Balqis fokus membelek angka-angka yang tercatat atas kertas di hadapannya. Setiap satu item dan perincian disemak dengan penuh berhati-hati. Menyelak helaian satu-persatu. Kemudian dia menaip sesuatu pada Microsoft Surface di hadapannya. Tak toleh kiri-kanan. Tekun.

Sebagai seorang akauntan, dia sangat teliti dan sabar dalam melaksanakan dalam tugasannya kerana dia perlu menumpukan sepenuh perhatian untuk jangka waktu yang lama untuk kerja-kerja yang banyak melibatkan dokumentasi dan duduk di meja pejabat. Berjuta-juta pengguna penyata kira-kira bergantung pada perkhidmatan akauntan dan juruaudit, maka seseorang perlu memiliki standard etika yang amat tinggi serta integriti untuk menjalankan tugas ini.

Dia berhenti sebentar meregangkan badan setelah beberapa jam menghadap kerjanya. Meneguk air dari botol air bersaiz 1 liter di sebelahnya kemudian mengerling jam di tangan kanannya.

“Laaa… Dah pukul 12.30 tengahari rupanya… Patutlah perut aku berkeroncong…” katanya. Dia hanya makan sebiji karipap sardin yang dibeli dari staffnya yang rajin membuat kuih dan menjual secara sambilan di pejabat. Mencari side income, katanya. Caranya hanya dengan meletakkan bekas kuih-muih berserta tabung di pantry, jadi sesiapa yang mahu membeli hanya perlu mengambil sendiri kuih dan memasukkan duit dalam tabung yang disediakan. Polisi pihak pengurusan syarikatnya tidak menghalang jika para pekerja mahu mendapatkan pendapatan sampingan, walau bagaimanapun, ianya tertakluk kepada peraturan pejabat dan tidak mengganggu tugasan.

Dia baru hendak mendail nombor sambungan rakan sepejabatnya, Mimi sebelum rakannya itu tiba-tiba muncul di muka pintu.

“Wei, Balqis! Jom lunch. Lapar arrr…” rengeknya.

“Jom! Aku pun lapar gak ni. Naik keta kau eh?” Balqis bersiap-siap mengambil purse.

“Tak la. Naik keta Aizat. Dia ajak lunch sekali dengan Ikram dan Amoi. Kavita tak nak ikut. Dia sakit perut datang bulan,” jawab Mimi.

“Alaaa…. Malas laaa. Ada mamat tu… Kita pegi lunch tempat lain je la.” Dia memang tak berapa gemar dengan Aizat, lelaki bermulut lepas itu. Aizat suka mengutuknya. Cakap dia tak pandai make up la, macam jantan la, kasar la. Membazir beli moto besarlah… Nyampah! Suka hati dia la kalau nak beli moto besar ke apa… Bukannya guna duit lelaki itu pun!

Berbeza dengan Ikram. Walaupun Ikram dan Aizat nampak akrab di pejabat, tetapi keduanya mempunyai karektor yang berbeza. Ikram nampak lebih sopan orangnya. Tutur katanya lembut, tidak banyak bercakap dan lebih suka memerhati. Dia mempunyai jambang nipis yang kemas dan terjaga rapi di samping sepasang mata yang cantik di sebalik cermin matanya. Ikram nampak lebih gentleman.

Tak macam si lancang Aizat, kalau bercakap, semuanya pedas dan berapi. Kalah mi segera ghost pepper. Malangnya, hanya dengan Balqis sahaja si Aizat akan bersikap begitu. Kalau dengan orang lain termasuklah si Sally, gadis Cina yang gelarannya Amoi itu, elok je dilayannya. Dengan Kavita, salah seorang officemate mereka pun dia boleh cakap elok-elok. Tetapi tidak dengan Balqis. Balqis pun tak faham dengan sikap lelaki itu.

“Weii korang! Jom la.. Tunggu apa apa lagi? Tunggu puteri kayangan bersiap ke? 8 tahun la nak tunggu dia bersiap… Mau mati kebulur kita semua tau.. Cepatlah!” Laung Aizat dari jauh. Kan dah cakap, memang lancang mulut dia, kan?

Balqis menjeling geram. Sebalnya dengan sikap Aizat yang suka sangat mencari pasal dengannya. “Kau pegi je la, Mimi.. Nanti pandailah aku cari makan sendiri.. Tiba-tiba rasa kenyang pulak,” katanya dengan hati yang bengkak.

“Hek elehhhh! Nak majuk pulakkkk.. Ingat aku nak pujuk ke? Jangan haraplah!” Aizat sengaja menyakitkan hati Balqis.

“Ala Balqis… Kau bukan tak kenal dengan Aizat. Dia tu kan suka bergurau… Kau buat bodoh je la.. Jom la.. Dorang dah tunggu tu,” pujuk Mimi.

Ikram hanya memerhati sahaja apa yang berlaku. Dia tak sampai hati melihat gadis itu selalu disakiti oleh rakan baiknya. Dia rasa kelakuan Aizat terhadap gadis itu memang agak melampau. Bukan sekali dia melihat Aizat membuli Balqis. Tapi, dia tetap kagum dengan Balqis yang selalunya bertahan dan buat tidak tahu dengan sikap Aizat walaupun dia sedia maklum yang Balqis memang terasa hati.

‘Sabar ya, Balqis! Saya tahu awak kuat.’ Bisiknya dalam hati.

Malas untuk memanjangkan sengketa, Balqis pun menuruti langkah rakan-rakannya untuk keluar makan tengahari.

*****************

Mereka berlima memutuskan untuk makan tengahari di sebuah restoran nasi Arab. Masing-masing memang kelaparan agaknya kerana sibuk menyiapkan kerja yang bertimbun. Restoran ini adalah yang paling popular di kalangan pengunjung Cyberjaya. Hidangan authentic pelbagai masakan dari Timur Tengah boleh didapati di sini. Mereka memesan hidangan Chicken Mandy Rice dan Lamb Khabsa untuk 4 orang makan. Hidangan sebesar ini boleh dimakan oleh 5-6 orang kerana nasinya memang banyak.

Sedang enak menikmati hidangan sambil berborak-borak pasal kerja dan isu semasa, hp Balqis berbunyi menandakan ada mesej WhatsApp masuk. Balqis melihat mesej. Dari makhluk vampire rupanya. Dibiarkannya.

Beep! Bunyi lagi.

Beep! Dah kali ketiga.

Balqis cepat unlocked hp nya dan membuka pesanan mesej. Apalah yang urgent sangat sampai berkali-kali hantar mesej…

‘Assalamu’alaikum, Cik Superbike! (icon melambai)’

‘Khusyuk makan nasi Arab nampak? Tak toleh kiri-kanan… (icon kenyit mata)’

Dan 1 mesej bergambar dihantar. Kelihatan gambarnya bersama empat orang rakan sepejabatnya yang diambil dari jauh, mungkin daripada meja makan di bahagian luar kedai.

Balqis lantas memanjangkan lehernya mencari-cari kedudukan jejaka vampire itu. Tak nampak la pulak.

“Kau ni kalau makan, boleh tak duduk diam-diam? Apehal panjang leher macam angsa pulak? Nak ushar Pak Arab pekerja kedai ni ke?” Aizat menyergahnya.

Balqis terkejut disergah. ‘Ish! Dia ni.. Aku luku jugak kanggg.. Tak leh cakap elok-elok ke?’ bebelnya dalam hati.

“Balqis, awak cari siapa?” tanya Ikram dengan lembut. Alahai~ anak sape lah ni… sopan-santun betul.

“Kau cari dia ke?” tanya Mimi pulak sambil mulutnya dimuncungkan menghala ke arah dua orang lelaki yang sedang menoleh ke arah mereka sambil tersenyum. Salah seorangnya melambaikan tangan. Fiz.

“Erk? Sapa tu? Aku tak kenal.” Balqis berdalih. Dia meneruskan makan. Sebenarnya dia malas nak cakap banyak-banyak. Nanti si Aizat Lancang tu dapat modal baru nak bahan dia pulak.

“Kalau you tak kenal mereka, kenapa mereka wave hand pada kita?” soal Sally kehairanan.

“Taktahu la, Amoi.. Salah orang kot..” jawab Balqis ringkas. Dia mahu cepat-cepat menghabiskan makanan dan segera pulang ke pejabat. ‘Apehal pulak si hantu vampire ni boleh muncul kat sini pulak lahaiii~.. Bukan dia keja kat Putrajaya ke? Takkan la semua kedai makan kat Putrajaya tutup pulak harini?’ Balqis tak puas hati.

“Eh! Handsome guys dua orang tu datang sinilah!” Mimi tiba-tiba bersuara. Kesemua mereka serentak menoleh ke arah dua orang jejaka itu yang sedang melangkah menuju ke arah meja mereka. Balqis mula kalut. Ikram memerhatikan Balqis.

“Aduh! Sakit perut la… Makan banyak sangat. Excuse me, guys! Aku nak pegi ladies jap…” ujar Balqis kelam-kabut. Ikram terus memerhatikan reaksi Balqis. Dia tahu gadis itu sedang berselindung. Aizat pulak asyik ushar jejaka yang dikatakan tampan oleh Mimi tadi. Tampan sangat ke? Dia rasa tercabar la juga.

Belum sempat Balqis bangun dari kerusi, Fiz dan Fakhrul pun sampai di meja mereka.

“Assalamu’alaikum… Hai, Balqis!” Tegur Fiz. Sambil itu dia menghulurkan tangan bersalaman dengan Ikram dan Aizat, diikuti oleh Fakhrul. “Hai.. Saya Syafiz, kawan Balqis. Ini officemate saya, Fakhrul,” ujarnya memperkenalkan diri dan rakannya. Muka Balqis dah lain. Kantoi, beb! Kantoi! Kantoi yang sebenarnya dia kenal mamat ni..Arghhh~

“Tadi kitorang ada meeting kat LHDN. Kebetulan lunch kat sini. Tak sangka pulak jumpa Balqis dengan kawan-kawannya,” sambung Fiz lagi sambil tersenyum. Ikram yang gentleman itu mempersilakan dua jejaka itu duduk bersama. Lagipun, semua dah selesai makan. Bolehlah nak sembang-sembang kosong. Sebenarnya lebih kepada nak korek rahsia antara Balqis dengan jejaka bergigi taring itu.

“Bukan kau kata nak pegi toilet ke tadi? Tak jadi ke? Terbantut?” Aizat bersuara kepada Balqis. Dia ni memang lancang tak kira masa la… Muka je hensem tapi mulut macam puaka buat apa? Eiiii~~ Malanglah sapa berbinikan lelaki ni.

Balqis laju-laju meninggalkan meja. Ikram hanya memerhatikan Balqis pergi. Mereka yang lainnya meneruskan perbualan sementara menunggu Balqis kembali.

10 minit kemudian, Balqis kembali ke meja semula. Kesemua di meja itu sedang berbual sambil sesekali ketawa. Wah! Dah jadi geng nampak? Kemudiannya, masing-masing bertukar name card sebelum beransur pulang ke pejabat.

****************

Dalam perjalanan pulang, Si Lancang berbunyi, “Wei Balqis! Kau tak cakap pun yang kau ada kabel besar kat JPM ek?”

‘Hek eleh, mamat ni… Kabel mende tah? Aku bukannya tahu Fiz tu pegang jawatan apa. Aku tak pernah tanya. Dia pun tak pernah cakap dia apa jawatan dia…Aku cuma tahu yang dia keja kat situ je…’ dalam hati Balqis mengomel.

“Handsome la dia, Balqis! Senyuman dia…..Aduhhh~ cair aku… Gigi taring dia yang mahal tuuu…. Aku tak tahu pulak kau ada kawan lelaki handsome, tough macam tu! Diam-diam je kau, ek?” Mimi pulak bersuara penuh minat, sambil menenyeh lipstick di bibirnya.

‘Adoi~ takkanla aku nak canang satu dunia dengan sapa aku berkawan? Lagipun, aku baru je kenal dia dua hari lepas… Tu pun tak sengaja..’ Pun masih dijawab di dalam hati.

Sally tak banyak cakap. Dia sedang sibuk membelek hp nya dan tangannya laju membalas mesej.

Ikram hanya memerhatikan Balqis dari cermin sisi kereta. Dia duduk di hadapan - sebelah pemandu, manakala Balqis duduk di belakangnya hanya mendiamkan diri sambil memandang ke luar tingkap. Banyak kisah gadis itu yang belum terungkai lagi olehnya.

Sampai di pejabat, masing-masing terus menyambung tugasan yang ditinggalkan sebelum lunch tadi. Masing-masing nak kejar due date.

Dan kisah di kedai Nasi Arab tengahari tadi terkubur buat sementara waktu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience