32

Other Series 41450

"Korang plan nak ke mana lepas ni?" Soal Ikram kepada rakan-rakannya selepas masing-masing turun melawat Tan Sri Fateh di tingkat atas. Mummy Zeti masih menemankan suaminya di bilik.

"Kitorang nak jalan-jalan kat Ipoh. Nak cari makan sedap-sedap.. Pekena Nasi Ganja ke, kan?" Aizat menjawab. Mimi dan yang lain-lain mengangguk.

"Then stay Ipoh ke atau gerak balik malam ni juga?" soal Ikram sambil matanya memerhati Balqis yang senyap dari tadi.

"Err.. tak sure ar... Amoi dan Kavitha masing-masing memang dah booked hotel awal-awal. Kitorang belum book lagi. Sebab tak sure nak balik malam ni atau esok. Kalau tak balik malam ni, kitorang walk-in je la.. mesti ada je kot hotel kosong, setakat dua bilik..." Mimi tolong jawab.

"Ikram, ajak kawan-kawan dinner kat sini.. Akak dah cakap kat Mak Siti untuk prepare dinner. Then korang stay je la kat sini malam ni. Takyah ke hotel. Rumah ni pun banyak bilik kosong untuk tetamu," Kak Raudhah yang kebetulan ada di situ bersuara. Ikram tersengih. Kak Raudhah ni macam faham-faham je dia nak spend masa lebih lama dengan Balqis.

Mimi dan lain-lain dah tersengih. Sapa yang taknak woii!? Dijemput dinner dan bermalam di rumah bak mahligai ni? Ajer gilerrr nak tolak orang dah pelawa? Bila lagi nak rasa makan kat umah orang kaya-kaya, ada maids, dan dilayan seperti menginap di hotel mewah, kan? Wajah masing-masing bercahaya. Balqis je telan air liur. Ada la tu yang difikirkannya.

"Kakak aku dah ajak.... So, macamana?" soal Ikram.

Amoi dan Kavitha kelihatan berbisik-bisik sesama mereka berserta dengan pasangan masing-masing sebelum Amoi menjawab, "Ikram, we will join the dinner, tapi tak tidur sini la... We all ada program lain malam ni.. We will be staying at the hotel.. Okay?"

"Okey. No problem," jawab Ikram. Dia faham dorang nak dating la tu.. Lagipun, mereka non-Muslim, kot la nak pegi 'cucuk langit' ke, nak 'ehem-ehem' ke, sapa nak marah? Pada mereka, itu tidak berdosa.

"Habis.... Macamana dengan Nasi Ganja?" Balqis menyoal. Teringin sangat tekak dia nak rasa Nasi Ganja yang famous kat Ipoh ni. Erm... Sebenarnya dia kalau boleh nak mengelak untuk bermalam di situ. Runsing kena soal macam-macam oleh keluarga Ikram.

"Esok je la kita makan Nasi Ganja.. Lagipun, ganja tak bagus. Membahayakan kesihatan.... Hahaha!" Mimi menjawab sambil buat lawak tak berapa cerdik. Tapi semua orang gelak. Balqis rasa macam nak piat telinga kawannya itu.

"Takpe... Esok saya bawak awak dan yang lain makan nasi ganja. Saya janji... Okay?" Ikram berkata kepada Balqis sambil matanya dikenyitkan. Bulat mata Balqis, terkejut dengan tindakan Ikram. Mukanya merona merah. Mujurlah kawan-kawan yang lain tak perasan perbuatan Ikram mengenyitkan mata ke arahnya. Kalau tidak, teruk dia kena sakat dengan yang lain.

"Sembang apa lagi tu? Pegi la simpan barang-barang kat bilik tetamu. Mak Siti dah minta Sulastri sediakan bilik..." Kak Raudhah berbunyi dari arah dapur.

Lalu mereka pun bingkas bergerak mengambil beg pakaian masing-masing dari dalam kereta.
Kavitha dan Amoi beserta pasangan pula dibawa oleh Ikram bersiar-siar di taman sambil menjenguk kolam ikan yang dihuni oleh beratus-ratus ikan arowana. Fuhhhh! Kaya tak kaya la, kannn...

*******

Selesai menunaikan solat Asar, Balqis keluar dari bilik tetamu yang dihuninya di tingkat dua. Dia berkongsi bilik dengan Mimi. Aizat satu bilik lain iaitu bilik bujang. Dah macam hotel la pulak, ada single-room, ada twin-sharing. Mesti ada bilik untuk family jugak. Rumah ini, atau lebih sesuai dipanggil villa ini lengkap ada swimming pool, mini library dan mini gym. Musolla atau ruang solat sudah semestinya ada. Balqis melangkah perlahan-lahan sambil meninjau persekitaran villa itu. Mimi sudah lama turun menyertai kawan-kawan lain di bawah kerana dia 'cuti solat'.

"Balqis..." Tiba-tiba ada suara menegurnya.

Balqis agak terkejut. "Eh.. Ikram... Awak buat apa kat sini?" responnya merapu.

Apeda, Balqis...Ni rumah keluarga dia, sukati dia la nak berkeliaran kat mana pun.. Haha!

Ikram tersenyum. "Saya tunggu awak la... Nak ajak tuan puteri ni turun..."

Balqis tersengih. Dia tahu Ikram memerlinya memandangkan semua kawan-kawan dah turun ke bawah dan sakan bergelak-ketawa di laman. Dia lantas beriringan dengan Ikram menuruni tangga utama.

"Besar giler rumah awak ni, Ikram.. Macam istana..." Balqis bersuara, saja berbasa-basi.

"Pembetulan. .. Rumah abah saya... Bukan rumah saya.." Ikram menjawab.

"Okay.. Fine.. Rumah abah awak... Tan Sri Fateh..." Balqis sengaja menekankan.

Ikram tiba-tiba berhenti dan berpusing menghadap Balqis. Balqis turut berhenti. "Why?" soalnya kepada Ikram.

"Takyah la nak cakap 'Tan Sri' tu..." jawab Ikram perlahan.

"Betul apa, abah awak Tan Sri, kan?"

"Ya.. Memang la betul abah saya Tan Sri... Tapi saya tak biasa la kawan-kawan saya kenal dia sebagai Tan Sri.. Tan Sri tu pun hanya gelaran je... Awak takyah la bahasakan abah saya dengan gelaran tu.. Saya tak selesa..." ujar lelaki itu dengan jujur.

Balqis pelik. Apa yang lelaki itu tak selesa tah. Kalau anak orang kaya lain, confirm bangga diri punya jadi anak Tan Sri dan Datuk....Lagi berlagak adalah...Tapi, berlainan benar dengan sifat Ikram seorang ni. Oleh kerana Balqis menghormati permintaan pemuda low-profile itu, dia menuruti.

"Okey.. Saya tak panggil Tan Sri... Tapi bila dengan awak je... Kalau dengan orang lain, saya kena juga bahasakan dia Tan Sri... Allright?" ujarnya.

"Okey. Tapi kalau awak tersasul juga bila dengan saya, siap la awak saya kerjakan.. Haha!" Ikram mengusik sambil meneruskan langkah menuruni tangga.

"Whatt??? Awak nak buat apa je? Awak jangan nak macam-macam..." Balqis membalas sambil menuruti langkah Ikram. Walaupun dia tahu Ikram tidak akan buat benda bukan-bukan terhadapnya, tapi bimbang juga jika lelaki tersebut buat apa-apa di luar jangka. Balqis pun tidaklah dapat berjanji kalau dia tidak akan tersasul. Kadang-kadang spontan je kot bercakap.

"Ada laaaa.. Mana boleh bagitahu... Tapi saya cakap betul ni, kalau awak tersilap, memang saya akan buat benda tu.. Hahaha!" Makin kuat Ikram gelak. Seronok betul dia dapat sakat Balqis. Sejujurnya, beberapa hari ini, dia sedikit stress dengan berita kesihatan bapanya dan letih menguruskan banyak hal. Tapi, kehadiran Balqis di sisinya saat ini seolah memberikan satu semangat baru kepadanya. Dia gembira dapat berjumpa Balqis yang dapat mengembalikan ketawanya.

Balqis geram, automatik tangannya mencubit pinggang Ikram. Tak padan gentleman, tapi sekarang dah semakin kerap suka mengusiknya.

Ikram mengaduh. Takdelah sakit, cuma geli je. Sama seperti Balqis, kawasan pinggang merupakan salah satu bahagian yang sensitif. Lalu dia mahu membalas cubitan kepada Balqis tapi Balqis telah membuka langkah laju-laju sambil mentertawakan Ikram. Ikram mengejar Balqis. Nampak mesra gituuuu..

Tanpa mereka sedar, ada yang memerhati dari tingkat atas.

*******

Selepas Isyak, mereka dijemput untuk menikmati hidangan makan malam. Tan Sri Fateh sudah diberi makan seawal jam 6 petang tadi. Melopong Balqis dan kawan-kawannya apabila melangkah masuk ke ruang makan yang luas di mana menempatkan sebuah meja makan panjang yang besar. Di atasnya sudah disusun set pinggan mangkuk mahal diimport dari luar negara, diatur di setiap tempat duduk di meja makan mengikut jumlah penghuni dan tetamu yang ada pada ketika itu. Interior design ruang makan ni toksah cerita la.. Memang ada kelas yang tersendiri.

Sebuah tempat duduk di hujung dikosongkan. Mesti itu tempat duduk Tan Sri Fateh. Mereka yang lain mengambil tempat duduk masing-masing. Balqis berkira-kira hendak duduk di hujung sekali, jauh dari kerusi utama apabila Kak Raudhah memanggil namanya.

"Balqis, meh duduk sini... Sebelah akak..." ajaknya sambil menepuk kerusi di sebelah kanannya. Di depan kerusi itu, Ikram dah duduk pula. Nak taknak, Balqis duduk juga di sebelah Kak Raudhah, iaitu berhadapan dengan Ikram. Dalam hatinya berdoa agar takde la soalan-soalan cepu emas dari Kak Raudhah yang akan ke udara sebentar lagi.

Pun begitu, sempat juga dia merenung wajah jejaka berkulit putih kemerahan di hadapannya ini. 'Hmmm.. Handsome! Muka kacuk Arab. Mata cantik, of course! Bulu mata lentik. Kalah bulu mata aku.. Hidung mancung tu memanglah.. Nama pun dah kacuk Arab, kan.. Jambang nipis di wajah sudah diperkemas. Bibir? Merah semula jadi. Omaigod, Qis!! Apa ko telek muka dia pulak nihhh!' . Laju-laju dia memandang ke arah lain apabila Ikram membalas renungannya sambil tersenyum macho... Adoii... Cayaqqqqq~~

Balqis memerhati sekeliling. Dia pelik. Ada satu tempat duduk lagi masih kosong di sebelah Ikram. Untuk siapa? Semua orang yang dia jumpa tadi dah ada di meja makan.

'Whatever. Makan je la.. Maybe untuk saka kot.. Hahaha..' Fikiran merapunya aktif pula saat begini.

Mak Siti, ketua pembantu rumah masuk ke ruang makan diikuti oleh beberapa pembantu rumah yang lain beserta hidangan di tangan. Jap! Bukan dua-tiga orang pembantunya, tapi ada sebelas orang sekaligus. Masing-masing akan menghidang untuk setiap orang yang berada di ruang makan tersebut. Dahsyat!!!

Kalau tetamu ada 24 orang, agak-agak 24 orang jugaklah yang assist? Dorang ambil pekerja part-time ke? Budak-budak practical course perhotelan ke? Adoii.. Sampai ke situ Balqis fikir.

Tapi yang penting, Mimi dan yang lain-lain memang kagum gila dengan dinner pada malam ni. Mana mereka sangka akan dilayan dengan istimewa... Betul-betul macam dalam drama orang kaya-kaya.

Selepas bacaan doa makan, masing-masing memulakan makan dengan hidangan appetizer, Arabic Salads, Fattoush dan Humus lamb. Sedap! Macam masakan di restoran authentic Makanan Arab. Ada chef gamaknya kat kitchen tu? Tak mustahil.

Kemudian, Nasi Bukhara selaku main course menu pula dihidangkan. Kesemua lauk berasaskan ayam dan kambing sahaja kerana sebahagian tetamu tak makan beef. Kak Raudhah ramah menjemput kesemua tetamu makan sambil berbual mesra. Balqis dan kawan-kawan makan dengan penuh tertib dan hati-hati. Kalau boleh, sudu garpu berlaga dengan pinggan pun taknak bagi bunyi. Maklumlah, tak biasa makan dengan golongan bangsawan. Hehehe..

Tiba-tiba muncul seorang lelaki tinggi, berumur lebih kurang sebaya dengan Ikram di ruang makan. Lelaki berwajah dingin tersebut mengambil tempat duduk di sebelah Ikram. Balqis perasan yang Ikram nampak kurang selesa tetapi tetap membuat wajah bersahaja.

"Kenalkan... Ini anak sulung Mummy... Ezri.. You all belum jumpa lagi. Tadi dia ada kat dalam bilik di tingkat atas, busy dengan kerja... Dia kerja kat US. Tapi Mummy minta dia balik sekejap jenguk abah dia," Mummy Zeti memperkenalkan.

Lelaki bernama Ezri tadi tidak menjawab. Juga tidak mempedulikan orang lain yang berada situ. Dia memulakan suapan setelah membaca doa sendirian. Keadaan menjadi sedikit kaku dengan kehadiran lelaki dingin tersebut.

Balqis memerhati wajah Ezri. Wajahnya tiada mirip Ikram dan Kak Raudhah. Juga tiada mirip Tasha. Ezri berwajah lelaki Melayu tulen, tiada ciri kacukan dan mempunyai kulit sawo matang. Pun begitu masih menarik dengan badan yang fit iras-iras model, rahangnya yang terbentuk jelas, kulit muka yang bersih dan rambut panjang separas bahu yang diikat style Ben Amir. Muka dia macam familiar, cuma Balqis tak ingat di mana.

"Dah lama ke Balqis berkawan dengan Ikram?" tiba-tiba Kak Raudhah memecahkan kebuntuan. Melontarkan soalan kepada Balqis.

Balqis terkejut. Tiba-tiba je kannnn..."Err...Dah dekat tiga tahun rasanya.. Sejak Ikram join firm kitorang.." Balqis menjawab jujur. Betullah.. Dia kenal Ikram sejak Ikram lapor diri di Firma Syed Al-Attas. Tapi kenal gitu-gitu je la. Geng lunch bersama Aizat, Mimi dan yang lain-lain. Baru-baru ni je mereka agak rapat berdua.

"Eh! Lama la jugak.. Pandai Ikram sorok girlfriend dia." Kenyataan Kak Raudhah menyebabkan Balqis tersedak dan Mimi serta kawan-kawan yang lain membulat matanya. Ikram pula berdehem, membetulkan anak tekak dengan telahan kakaknya.

"Eh.... err.. Maksud saya, kenal sebagai rakan sepejabat... Kami semua, Ikram, Mimi, Aizat, Sally dan Kavitha memang close kat office...Boleh kata hari-hari la lunch sama-sama," terkulat-kulat Balqis menjawab. Ezri yang tadinya nampak seperti tiada perasaan mula tersenyum sinis.

"Hehe... Akak tahu... Saje je akak usik Balqis... Tapi kalau hari-hari jumpa kat office, boleh jadi dari mata turun ke hati... Apa salahnya...Dua-dua single, kan?" Kak Raudhah menjawab.

Balqis hanya tersengih. Panas mukanya kerana malu. Mimi di sebelah pula sudah menyiku-nyiku Balqis yang kemudian berakhir dengan cubitan dari Balqis di pehanya. Mimi mengaduh. Semua orang memandang Mimi kecuali Ezri. Dia buat bodoh je. Sejenis manusia tanpa jiwa.

"Mak ayah Balqis ada lagi? Family tinggal kat mana?" Mummy Zeti pula menyoal.

"Ibu dan babah dah meninggal. Adik-beradik saya tinggal kat Johor. Semua dah berkeluarga. Saya sorang je yang kerja dan stay kat luar Johor," Balqis menjawab sopan walaupun dia sebolehnya mahu mengelak dari disoal-jawab oleh family Ikram.

"Ooo... Erm.. Dengar kata, Balqis ni peminat superbike... Pergi kerja pun naik superbike?" Mummy Zeti menyoal lagi.

Balqis terkejut dengan soalan tu. Macamana mak tiri Ikram tahu pasal tu? Rapat sangatkah Ikram dengan Mummy Zeti sehingga semua cerita pasal Balqis dikongsikan bersama mak tirinya? Kalau Kak Raudhah mungkinlah juga. Dia memandang Ikram. Ikram mengerutkan kening dan menggelengkan kepala tanda dia tidak tahu bagaimana mak tirinya tahu berkenaan perkara itu. Balqis jadi hairan.

"Mummy tahu pun dari Ezri..." Mummy Zeti memberitahu.

Balqis dan Ikram serta yang lain dah mula hairan. Ezri???? First time jumpa harini kot? Macamana lelaki tanpa perasaan itu mengenali Balqis dan hobinya?

"Ezri pun peminat superbike. Dulu selalu ikut konvoi ke sana-sini sebelum dia kerja kat US. Dia kata dia kenal Balqis sebab Ezri dan Balqis pernah konvoi sama-sama ke Krabi... Tahun bila tah Mummy tak ingat.." Mummy Zeti menyambung.

"Oo.. ye ke? Dah lama dulu, Aunty.. Balqis pun tak ingat sangat... Lagipun ramai yang join masa tu..." Balqis menjawab sambil tersengih.

'Patutlah muka dia macam pernah tengok. Tapi sumpah aku tak ingat la... Aku bukannya kenal sangat dorang yang join konvoi tu kecuali Abang Zul, leader dia..' hati Balqis berbisik. Tapi, dalam pada tak peduli kat orang lain dan keadaan sekeliling, lelaki dingin tersebut boleh ingat pasal Balqis dan superbikenya. Pelik.

*******

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience