Bab 15

Humor Series 10658

Chapter 15

Sekarang ni aku asyik mesej aje dengan Fariz. Well, tak sangka dia ni best juga diajak bercakap. Even dalam alam maya sahaja. Dulu bukan main, asyik menangis aje.

Oh ya, ingat lagi pasal projek aku dengan Amirul? Disebabkan Ariana, terus lulus projek tu. Hm aku tak tahu sama ada nak berterima kasih ataupun.. Ah, tak perlu. Mungkin dia nak menolong Amirul juga kan.

Aku segera capai telefon pintar aku. Okey, aku tak sabar gila sekarang ni! Tekan, tekan, tekan. Call!

"Lambatnya nak angkat. Cepatla sikit makcik!" Pekikku sendirian. Nasib baik ringtone dia lagu Akim, favourite artis aku tu. Kalau tidak, mungkin aku letak balik dan berniat buat miscalled saja.

"Assalamualaikum! Hah Aina! Apahal call tak beri tahu ni? Nasib baik waktu lunch kau call aku. Kalau tidak, mahunya aku kena maki hamun dengan Kak Nab tu. Dia ingat aku bermadu kasih lettew! Sakit hati mak jemah, nyah!"

Mulut aku melopong. Finally! First, sebab dia dah angkat call aku. Second, dia berhenti membebel. Kalau dia ada depan mata aku, dah lama agaknya aku sumbat mulut dia dengan garam!

Aku mencapai cawan berisi air milo suam yang aku buat tadi. Nampaknya, ramai juga yang pergi lunch di luar. Hm nak buat macam mana. Ibu aku dah awal-awal bekalkan nasi ayam buatan dia. Siap suruh Abang Afif hantarkan! Habis aku kena bebel. Eh sekarang pun kena!

"Waalaikumsalam! Engkau ni dari dulu, perangai tak pernah nak berubah. Aku yang call mesti kau yang cakap lebih. Aku tangan baru tau! Mana ada nak call beri tahu dulu!"

Aku menampar meja kerja aku kuat. Disebabkan budak-budak office keluar, dan hanya ada beberapa orang saja yang masih disini buat kerja, alangkah baiknya aku ambil peluang ini. Nak aje buat lagak boss, letak hujung kaki atas meja. Tapi, budak-budak ofis ni cakap apa pula nanti kan.

"Ala, itu pun nak marah. Kan kau dah lama tak call aku semenjak dua menjak ni. Aku nak lepas rindu aje,"

Wah, kedengaran macam tak ada rasa bersalah langsung ya. Wah, biadab punya kawan! Kawan siapa ni? Haish, lepas rindu la kononnya. Baru dua minggu kot aku tak call.

"Yalah, aku juga yang kalah. Hm macam mana dah sedia nak holiday kat kampung aku?"

Aku menghirup air milo yang aku buat. Erm nikmat sangat! Macam beli di kedai airnya! Memang superb.

"Holiday? Oh oh. Ingat ingat. Of course. Aku dah lama sedia. Tinggal minta cuti dan confirm diluluskan!"

Aku tersenyum riang. Kalau macam ni, lagi senang kerja. Opah, I'm come back home okay!

"Okay, good. So, kau rasa bila nak pergi? Aku rasa aku free sangat-sangat sebab projek aku dah settle! Nanti aku cerita okey. Hah jadi bila?"

Aku terdengar orang menjerit. Arisya! Kalau iya pun suka, tak perlu la nak menjerit! Aduhai, nasib baik aku call aje. Kalau tidak, mana la aku nak campak muka aku ni.

"Arisya, berhenti. Kau kat mana ni?"

"Em kedai makan. Kenapa?"

Aku menepuk dahi. Lagi! Budak ni dari kecil aku kenal, attitude memang down. Suka sangat buat kerja outstanding dari fikiran orang.

"Okeylah, tak apalah. Aku redha aje. Jadi, bila?"

Haish, lambat benar makcik seorang ni! Aku nak makan nasi ayam betul-betul ni. Ini aku makan sebelah tangan aje disebabkan tangan lagi satu pegang phone. Kalau letak kat telinga, dibantu bahu.. Aduh, sakit nanti karang! Haih nasib.

"Em kau rasa bila? Aku ikut aje. Kampung kau, transport kau, dan memang semuanya kau. Hehehe," Arisya tergelak kecil, katanya. Tapi, sampai kat telinga aku, terus jadi besar. Alahai, matilah nak!

"Apa kata hari Sabtu ni, kita ambil cuti dalam 3 hari like that? Ataupun nak lebih?"

Hari Sabtu, means lagi 3 hari juga. Haih, sabar eh Aina! Kampung tak lari pun kalau kau kejar-kejar. Tapi, rindu yang amat la!

"3 hari?! Mana cukup! Lebih lebih! Haih kau ni 3 hari bukan bercuti namanya. Aduhai."

Aduh mengamuk pula. Tak tahu suara dia tu macam petir. Aku hanya mampu menggeleng perlahan dan mengiyakan apa kata Arisya. Telefon aku tutup. Nasi depan mata aku lahap.

Masa pantas berlalu hari ini. Aku dah pun beri tahu Haikal tentang hajat aku tu. Walaupun pada mulanya dia jadi pembangkang besar, kononnya banyak lagi kerja aku. Tapi, aku dapat settle kan. Hello, jangan panggil aku Aina kalau tak reti nak pujuk-menggoda ni. Ups, not that type of goda. Itu menjijikkan namanya.

"Damn! Siapa pula gatal tangan pancitkan tayar kereta aku?!" Pekikku. Nasib baik tak ada orang. Aku periksa kembali tayar kereta, empat-empat tu pancit! Gila betul orang ni. Beragaklah sikit, kalau iya pun berdendam dengan aku. Dahlah aku tak bawa tayar spare. Hish!

"Relax Aina, kita naik teksi atau bas aje okey. Kereta kau, nanti aku handle. Aku ada kawan kerja bengkel," Suzy bagi semangat. Ugh nasib baik ada Suzy.

Aku mengangguk perlahan. Kami pun pergi ke bus stop dan duduk. Alahai, aku tak suka betul duduk sini.

"Hai, cik adik. Tunggu bas ke?" Ya, ini yang aku maksudkan. Sebab itu aku tak suka duduk dekat bus stop.

"Dah aku tunggu dekat bus stop, mestilah aku tunggu bas. Apa punya soalan," Gumamku perlahan. Aku menjeling pula lelaki tadi. Tersengih-sengih pula sekarang.

"Alah cik adik ni. Orang gurau je," Dia mengusik-usik hujung selendang yang aku pakai. Wah, biadab betul!

"Cakap-cakap aje, tak payah sentuh-sentuh! Bersilat juga aku dekat sini karang," Pekikku tepat depan mata lelaki itu.

"Sabar Aina. Meh kita berdiri dekat sana," Suzy membawa aku jauh daripada orang itu. Hm tahu pun malu. Selepas itu, dia mula pergi. Orang-orang yang ada dekat situ hanya memandang aku sekejap, dan kembali membuat kerja masing-masing.

Aku menghela nafas panjang. Siapa tak bengang kan kalau orang buat macam tu. Sudahlah kenal pun tidak, main usik-usik. Ini semua sebab siapa yang pancitkan tayar aku!

Kalau Haikal ada kan bagus. Dia boleh hantar balik. Tapi, alangkah malangnya dia pula ada mesyuarat tiba-tiba. Haih, malang malang.

Tiba-tiba ada pula kereta parking tepat-tepat depan aku dengan Suzy. Cermin kereta perlahan-lahan diturunkan. Eh, siapa pula ni?

"Eh Aina! Tunggu bas ke?" Oh Fariz rupanya. Ini lagi satu. Lepas ni, kalau ada orang tanya aku soalan macam tu serius aku tembak.

"Tak adalah, aku tunggu aeroplane. Dari tadi tak sampai-sampai. Hm jam kut," Fariz pula ketawa kecil. Okey, bukan kecil suara dia garau sangat jadi tak boleh digelar kecil.

"Meh la aku tumpang kau balik rumah. Tunggu aeroplane dekat sini memang lambat sikit. Nak tak?" Aku membuat muka toya. Sengal betul!

Aku menoleh memandang Suzy. Muka dia memang nak aku terima pelawaan Fariz. Hailah, budak ni memang tak suka tunggu sikit.

"Hm yalah," Kami pun mendekati kereta Fariz. Aku duduk di bahagian hadapan manakala Suzy duduk di bahagian belakang. Masuk aje dalam perut kereta, Suzy dan pegang phone and jeng jeng jeng! Dia dah masuk dalam dunia dia sendiri.

Haih, budak-budak sekarang. Aku menggeleng-gelengkan kepala perlahan.

"Apa pasal? Air cond tak sejuk eh? Nak buka cermin?" Bertubi-tubi mamat ni tanya. Aku cuma geleng aje pun, dah kena soal macam ni.

"Kau ambil kerja part time jadi polis ke?" Aku memandang Fariz. Dia tersenyum segaris.

"Tak adalah. Aku takut kau tak selesa," Ceh! Ayat budak-budak sekarang, nak power aje.

"Hm yalah. Apa-apa ajelah Fariz oi," Dia membalas dengan senyuman meleret.

Aku masih terfikir, siapalah gatal tangan pergi pancitkan tayar kereta aku. Kalau kebetulan kena paku ke apa, hm mustahil. Kenapa masa aku nak pergi kerja tadi, okey aje. Musykil sungguh aku ha.

"Erm rumah kau kat mana ni?"

Aku memandang wajah Fariz sekilas dan kembali memandang ke hadapan. "Oh jalan terus aje nanti jumpa roundabout aku kasi tahu lagi nak pergi mana," Fariz hanya mengangguk-angguk usai aku memberi arahan.

Sampai roundabout, aku memberi arahan lagi. Dah serupa macam pakcik teksi pula aku tengok Fariz ni. Kini, aku sudah selamat sampai di rumah.

"Terima kasih hantarkan. Bye assalamualaikum, hati-hati pandu." Aku memasang muka innocent dan melambai-lambaikan tangan.

"Tak nak ajak aku masuk ke? Minum teh ke, oreo ke," Ish, aku tak pelawa tak payahlah cakap! Semak betul. Aku membuat muka agar dia faham jawapan aku bahawa tak-akan-aku-nak-bawa-kau-masuk-dalam-rumah-aku.

Dia mengangguk-angguk lalu mengangkat tangan tidak bersalah. Well, betul la kut. Dia pernah ada cita-cita nak jadi polis. Tadi, soal-soal sekarang buat gaya perompak ditangkap polis. Wah, well done.

Aku pun meminta diri untuk masuk ke rumah. Hm apa yang berlaku ada hikmahnya kan. Tayar kereta aku pancit dan tiba-tiba Fariz datang menolong. Mungkin hari ini aje aku bernasib baik sikit. Tapi, okeylah juga daripada aku asyik kena ganggu dengan mamat-mamat bus stand tu.

Tiba-tiba phone aku berbunyi. Haih, baru labuhkan punggung dekat atas katil. Dah ada pula pengacau. Aku membuka dan eh, Haikal?

Haikal: Aina kau buat apa tu?

Lagi nak tanya aku buat apa?! Meeting dia dah habis belum ni? Eh, kalau belum tak akanlah dia curi tulang mesej-mesej aku ni kan. Tapi, perlu ke kacau aku juga!

Aku: Baru sampai rumah

Aku mengambil tuala dan bersihkan diri. Setelah siap, aku solat asar dan check kembali handphone aku. Ish, tak balas pun! Jadi, motif Haikal tanya aku buat apa tu apa? Aduhai, sedih betul!

Hari menjelang malam dan aku masih tak puas hati siapa yang dengki sangat sampai pancitkan tayar kereta aku. Ergh, esok aku dengan Suzy nak naik apa pergi kerja? Ala, malas betul nak naik teksi. Dahlah mahal. Tambangnya dah sama pula dengan aku bayar minyak.

Nak suruh siapa eh nak pick up. Well, ingat aku senang-senang apa ambil teksi sebagai penyelesaian. Apa guna kawan banyak, tapi benda kecil macam ni tak boleh tolong kan. Hm Haikal! Try dulu.

Aku pun mendail nombor Haikal dan yeay dapat!

"Assalamualaikum! Haikal, nak minta tolong boleh?"

"Waalaikumsalam. Apa dia?" Wah terus tanya. Bagus bagus. Straight to the point gitu.

"Sebelum tu kenapa kau mesej aku tadi?"

"Oh yang itu. Saja. Aku baru habis meeting. Keluar dari bilik mesyuarat terus ingat kau, so aku mesej la."

Nampak tak? Betapa munasabahnya alasan dia! Haih nasib baik anak orang kaya. Nak bayar bil telefon anytime.

"Okey, so aku nak minta tolong."

Baring atas katil dan guling! Wah berbunyi-bunyi tulang. Macam patah pula rasa. Eh mulut jangan cabul sangat.

"Apa?"

Aku tersenyum. Andai dia depan mata aku, mesti dia ingat aku ada udang di sebalik batu. Muka aku jahat sangat ke?

"Besok pick up aku dengan Suzy boleh?"

Aku mengeluh perlahan. Alahai. Betul, lupa pula aku. Besok Haikal kena pergi Bandung ada urusan dekat sana. Telefon aku matikan. Rasa bersalah pula kalau nak suruh driver Haikal yang hantar. Memang taklah aku terima tawaran tu.

Aku turun ke bawah. Suzy tengok ulangan Akademi Fantasia pula. Acah-acah ikut perkembangan semasa. Karang dia pula yang jadi pengkritik bebas. Aku duduk di sebelah Suzy di atas sofa. Senyap.

"Besok siapa nak pick up kita pergi kerja?" Aku mula bertanya. Suzy memandang aku lalu menjungkit bahu. Eh bukan itu aje terus dia sebut, "Apa kata mamat yang hantar kita tadi tu? Air cond dia sejuk doh."

Aku menepuk dahi. Alahai, budak ni! Sebab air cond aje? Okey baiklah saya terima ya Suzy. Aku mengangguk dan kembali ke atas, masuk bilik. Nasib baik phone aku ada kredit yang mencukupi. Jadi aku pun call Fariz.

Hm lagu ni juga dia pakai sebagai ringtone. Disekelilingku ada dinding-dinding yang menghadangi, yang menghalangi tu. Muka ganas, lagu jenis macam ni juga pilih.

"Assalamualaikum. Kenapa Aina?"

Straight for word nampak. Bagus la juga. Aku berdehem kecil sebelum menjawab. "Waalaikumsalam. Aku nak tanya, esok kau free? Pagi?"

Hah tebalnya muka aku! Ya Allah, tolonglah jumpakan aku dengan orang gedik lagi dengki tu.

"Esok eh, free. Kenapa nak ajak date eh? Kenapa pagi? Biasanya orang buat malam lah. Haih, jarang tengok movie lah tu."

Wah, bangganya dia berkata. Nak saja aku cilikan mulut tu. "Aduhai, tak ada masa saya nak date dengan awak. Macam tak ada kerja lain,"

Aku duduk di birai katil. Actually, tadi aku berdiri. Hm penat pula. Wah, hari ni hujan. Aaa, bestnya! Hujan malam-malam ni memang best pun. Sejuk aje rasa.

"Alah dinda ni. Kanda guraulah dinda. Tak perlulah dinda masukkan sangat dalam sanubari tu. Jadi, kenapa dengan pagi esok? Dinda nak suruh kanda buat apa?"

Suzy! Aku perlukan baldi! Nak muntah! Aku memukul bantal, Ya Allah geli-geliman sungguh! Hish, ayat mana dia rembat ni? Ingat zaman dahulukala? Zaman hang tuah segala?

"Beta mahu tuan hamba jemput beta serta rakan beta untuk pergi ke kerja. Andai tidak menyusahkan, haraplah tuan hamba memenuhi permintaan beta," Makan!

Fariz gelak kecil. Nanti, tidak tidak. Makin lama, makin besar lah. Aduhai, langsung tak cover. Malang betul siapa dapat mamat ni.

"Dinda, dinda mintalah apa saja. Dengan sepenuh jiwa raga kanda, akan kanda tunaikan. Kanak-kanak kena penyakit beri-beri, untuk dinda gunung pun akan kanda beri."

Bukan setakat muntah, macam boleh keluar segala isi perut. Nasib baik aku tak record perbicaraan dia. Aku tahulah, masa sekolah menengah ambil jurusan sastera. Tapi, tak akanlah nak terbawa-bawa sampai ke tua. Dramatis sangat ni.

"Tuan hamba, sudahlah. Cukuplah. Beta sudah muak dengan kata-kata tuan hamba. Apa yang penting Beta tunggu tuan hamba esok pagi. Jam 7 pagi ya. Jangan lambat, kalau tidak kepala tuan hamba, beta pancung!"

Fariz tergelak lagi. Selepas bagi salam, terus aku tutup. Nanti aku biarkan, makin jauh dia pergi. Tiba-tiba aku teringat kereta aku, terus aku pergi koridor. Hm koridor, macamlah besar sangat rumah aku.

"Suzy! Kereta aku macam mana?" Jeritku. Suzy masih dengan rancangan Akademi Fantasia, realitinya disini. Wah, sekarang Firman lah. Tak apalah, aku dah tengok.

"Settle! Esok dah boleh ambil dah. Apalah, tayar pancit je kut!" Jerit Suzy pula tanpa memandang wajah aku. Memang tak sopan, tapi apakan daya. Nak dimarah, aku pula yang kena balik. Redha ajelah. Tayar pancit aje? Eh itu kereta kesayangan aku tau. Dia pancit, aku turut dapat rasa.

Aku masuk bilik kembali dan bersiap sedia mahu tidur. Lantaklah sekarang baru pukul berapa. Aku penat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience