Bab 30

Humor Series 10658

Chapter 30

HELAAN nafas panjang aku lepaskan. Lalu, aku mengangguk dan cuba mengukir senyuman ikhlas. Ya, aku ikhlas namun aku manusia. Kalau setitik tiada kata memberontak dalam hati, pembohonglah aku namanya.

Aku pandang wajah mereka. Mereka yang sangat gembira setelah mendengar jawapanku. Gembira. Apakah ada perasaan itu dalam diri aku? Sejujurnya, aku tak gembira. Tapi, aku lega bila mereka gembira. Jadi, aku tak kisah fasal aku.

"Opah akan dapat cucu menantulah tak lama lagi. Alhamdulillah," Opah Aisyah memeluk dan mencium wajahku. Ketara sangat kegembiraan pada wajah tua itu.

Aku membalas. Mungkin ada hikmahnya. Kalau aku dah ada suami, aku takkan kena ganggu lagi dengan Amirul. Fariz? Hm mungkin dia dengar kata ibu dia supaya tak kacau hidup aku lagi.

Pertunangan akan diadakan minggu hadapan. Tempoh pertunangan, 3 bulan. Ya, singkat. Kata orang, alam pertunangan banyak cobaannya. Jadi, ambil kata senang buatlah singkat. Aku tak kisah.

Aku menoleh ke kiri. Dia menjerit. Terpaksalah aku tutup telinga. Kenpalah ibu boleh ada idea nak jemput dia ni. Harap aje tua, tapi tak sedar-sedar gamaknya. Al-maklumlah, aku dan dia tua 2 tahun.

"Aku nak jadi pengapit!" Jeritnya. Memanglah hanya aku sahaja yang dengar. Tapi, kira kuatlah sebab dia memekik betul-betul kat telinga. Tak guna punya sepupu.

"Tengoklah. Fans aku ramai. Berebut-rebut nanti nak jadi pengapit aku," balasku lalu bangun dari sofa. Semua sudah bersurai dan hanya kami yang berada di ruang tamu menghadap TV.

Kedua pasang kaki membawa aku ke tingkat atas. Ke bilik. Aku tahu dia ikut aku. Sabar sajalah. Pintu bilik ditutup, dia masih ekori aku. Sah tak ada kerja dia ni. Dengan mulut muncungnya, dahi berkerut, ingat ada orang cair ke tengok?

"Bolehlah weh. Aku tak minta banyaklah. Jadi pengapit pun tak boleh. Ala, bolehlah!" Dia menjerit lagi, sambil melompat-lompat atas katil beberapa kali. Aku pun ikut terlompat-lompat. Gila la minah ni.

"Dahlah! Yalah yalah. Weh, dahlah. Pening!" Aku menepuk-nepuk pehanya kuat. Ya Allah, apa nak jadi dengan orang tua ni. Perangai tak padan dengan umur.

Setelah itu, dia berhenti dan tersengih. Aku hanya menjuling mata dan berbaring menghadap siling. Agak-agaknya memang ini sajalah yang aku buat bila bosan. Novel semua aku dah habis baca.

"Aku nak tanya kau satu benda, boleh?" Aku menoleh ke kiri apabila Khaisara sudah melabuhkan diri di sebelah aku. Khaisara membalas pandang.

"Apa?"

"Macam mana nak lupa orang yang kita nak benci tapi kita masih sayang orang tu. Macam mana?"

"Wah. Setahu aku kau budak sains doh dulu. Sekarang cakap macam budak sastera la pula. Fuh, ayat budak SPM."

Aku menjitak dahi Khaisara. Bengong punya sepupu! Dia tersengih dan mengusap dahinya. "Maaflah. Aku gurau je. Um.. kisah kau, kan?"

Aku mengeluh. "Hm ya. Cepatlah,"

"Kau kan nak berkahwin dah. Jadi, kau boleh mula semai kasih cinta kau pada bakal suami kau nanti. Usahlah benci, kawan kan boleh lagi."

Aku mengerutkan dahi. Cara dia cakap pun dah macam pakar motivasi. "Tapi masalahnya aku tak kenal siapa si bakal tu! Aku tanya diorang, ada aje alasan. Aku rasa dia memang nak jadi Mr. Mystery la. Sampai nama pun aku tak tahu,"

Aku mengeluh perlahan. Apa alasan dia ya? At least, bagilah nama. Satu famili aku tak tahu. Mustahil yang amat.

"Kau kena kahwin paksa ke?" Khaisara buat muka serius.

"Eh tak adalah! Mr. Mystery tu sendiri yang pinang aku. Bukan perbincangan parents ke parents." Khaisara mengangguk. Bukan kahwin paksa! Aku yang terima, jadi bukan paksalah.

"Jadi, kau risau apa? Inshaa Allah, baik kata ibu ayah kau, itulah yang terbaik untuk kau. Mungkin he's the one,"

"The one ke? Macam mana kau tahu?"

"Sebab aku tahu, aku cakap." Khaisara diam setelah itu dan memalingkan badan dari aku. Dia tidur sini malam ni. Aku hanya menjungkit bahu. He's the one ke?

REKAAN yang ke-lima aku belek lagi. Kata Cik Chong, ini rekaan terbaru yang dia buat. "Wah, cantiklah Cik Chong. Beruntung betul siapa yang bakal memakai baju ni,"

Aku tersenyum sekilas dan kembali membelek kertas seterusnya. Baju si pengantin lelaki. Baju melayu. Cuma kain yang berbeza dan rekaan yang kelihatan sangat moden. "Ini pun cantik!"

Dia tergelak kecil. "Terima kasih. I harap mereka pun suka rekaan I ni,"

Aku mengangguk-angguk. Aku ambil kembali kertas ke-lima itu. Terdedahnya baju. Mungkin orang yang memakainya non-muslim. Sedang bersangka baik ni. Tapi, bohonglah kalau aku kata tak vogue baju ni.

"Bila orang tu nak datang tengok apa yang awak buat ni? Diorang mesti suka punya!" Aku meletakkan kertas itu dan membetulkan posisi menghadap Cik Chong.

Dia menilik jam di pergelangan tangan. "Sekejap lagi rasanya. Harap-haraplah ya," dia tersenyum lagi.

"Lah, kenapa tak cakap? Dah lama pula saya kat sini," aku membuat mulut.

"Tak apa. Saja-saja. Awak pun boleh nilai kerja saya. Kalau ada salah, cepatlah saya betulkan."

Aku tersenyum. Lantas, aku bangun dan meminta diri. Berjalan menuruni tangga, aku menundukkan wajah. Tiba-tiba rasa macam ada penghalang depan ni.

"Hai Amirah..." suara itu kedengaran setelah aku mendongakkan wajah. Amirul melepaskan genggaman tangan Ariana dari tangannya. Ariana hanya mampu mendengus kasar.

Aku menunduk sekali. "Okay. I got to go. Bye. Assalamualaikum." Aku melangkah kaki ke tangga seterusnya namun terhenti apabila nama terakhirku diseru. Aku menoleh ke belakang.

"Yes?"

"Buat apa datang sini?"

"Um.. beli baju juga. Err.." aku tersenyum palsu. Tiba-tiba datanglah satu hamba Allah ni berjalan mendekati kawasan berdiri kami. Terus Amirul tahan.

"Kenal tak this girl?" Tanya Amirul menunjuk arah aku. Pekerja lelaki ni memandang aku. Aduhai, ni budak tingkat atas. Mana aku nak kamcing. Nak ajak menipu pun tak boleh ni. Muka suci doh.

"Oh ini Aina, pekerja sini. Maaf. Saya pergi dulu ya," dia meminta diri. Kecik besar kecik besar aje mamat ni. Naik takut dia masa nak turun tangga depan aku.

"Oh I see. Ingat betul nak beli baju pengantin," seloroh Amirul. Ariana pula menampar manja lengan Amirul. Haih ingat sweet ke?

"Tapi, dia memang nak kahwin la sayang. Dia sendiri bagi tahu I masa I bagi kad kahwin hari tu," Ariana berkata dengan nada peh sangat gedik.

Amirul memandang aku balik. Aku hanya menjuling mata ke atas dan terus beredar. Ingat aku takut? Tolong sikit. Ini Aina baru ya. Tak senang dah sekarang nak permainkan aku.

Aku menyusup masuk ke tepi butik. Ramai tu tak ada la. Cuma, boleh tahanlah. Tapi, si kembar ni aku tengok kemain relaks dia. "Woi! Amboi, menyembang aje kerja budak kembar ni."

Wardina dan Elisa mengurut dada serentak. Terkejut sangat mungkin. Setelah itu, barulah terlihat mereka menunjukkan muka garang. Duh, takutnya kita!

"Kau merayap sana sini, tak apa pula? Lagi pun, kita orang sambil berbual layan pelanggan juga apa." Elisa membela diri dan saudara kembarnya. Wardina bertindak mengangguk beberapa kali tanda menyokong Elisa.

Aku hanya buat muka menyampah. "Weh, nanti lunch sama-sama eh. Aku nak makan Subway la hari ni. Dah lama tak makan," ujarku lalu melipat tangan. Mereka berdua saling memandang sambil mengangguk setuju.

Aku memandang ke kiri, menghadap pintu utama. Ek! Dah kenapa ya aku pandang pintu tu? Macam pelik je. Aku segera menggelengkan kepala cepat. Ia menimbulkan tanda tanya kepada mereka tapi aku hanya membiarkan.

"Hai korang," sapa satu suara. Aku kembali menoleh ke depan atau lebih tepat agak ke kanan. Ei dia lagi. Serius ni. Aku rasa macam nak kerat 14 aje pekerja baju pengantin tu. Tak boleh ajak kompromi langsung.

Wardina dan Elisa sudah tersengih-sengih macam sedang berdepan dengan putera raja. Yeah, Amirul memang kacak hari ni. Dengan baju kemejanya, seluarnya, kemas. Mana tak cair doh? Kalau aku belum tahap cair lagi.

"Hai Amirah," sapanya lalu tersenyum. Aku tersenyum buat-buat lalu menjauhkan jarak antara aku dan dia. Dekat sangat. Terkejut aku.

Wardina dan Elisa memandang aku macam ada tanda soal di muka mereka. Aku buat muka nanti-aku-explain. Dan yeah mereka faham. Aku melilaukan bola mata. Biarlah dia tu rasa dipinggirkan ke apa. Datang tiba-tiba kenapa?

"Encik ni siapa? Kawan Aina ya?" Elisa bertindak bertanya soalan. Aku sudah mula membuat mulut. Sudahlah kalau Elisa ni bersuara dah macam Detective Conan. Budak kecil tu pun tak banyak tanya.

"Actually, lebih dari kawan. Kami dah kenal lama. Sejak sekolah lagi," Amirul menjawab dan aku perasan dia duk memandang aku dari tadi. Hoah. Panas panas! Rasa nak lari, tapi Wardina dah siap-siap peluk lengan aku.

"Boyfriend Aina ke?" Elisa tanya lagi. Aku pandang tajam je budak ni. Kalau bukan dasar kawan, dah lama dia ni aku siku.

"Mana ada la. Kawan je. Okey, Encik Amirul dah nak kena pergi kan? Your future wife sedang menunggu kat atas, tengok baju pengantin. Tak elok biarkan dia lama-lama," aku tersenyum paksa.

Fakenya! Elisa dan Wardina sudah terangguk-angguk. Wardina juga sudah melepaskan genggamannya. "Eh, tak ada la. Dia kawan saya je. Dia yang nak kahwin. Really, Cik Aina Amirah? Awak kata nak kahwin dengan saya masa kita sekolah dulu?"

Wah, main-main pula dia. Haish, ini yang baran aku sampai ni. Sejak bila pula aku kata aku nak kahwin dengan dia? Hello, cakap suka pun tidak. Ajak kahwin apatah lagi.

"Ha-ha-ha. Kelakarnya awak, Encik Amirul. Tapi, maaflah. Seingat saya, tak ada pula saya cakap macam tu. Lagi pun, saya memang akan kahwin tak lama lagi. You also right? Jadi, tak bestlah gurau macam tu."

Amirul bermundar-mandir sambil tersenyum-senyum. Selepas itu dia berhenti dan pandang aku dalam. Dengan gaya dia, lipat tangan ke dada, tangan sebelah lagi sentuh mulut. Aku tak cair la weh.

"Tak baik menipu. Hal kahwin tak boleh buat main. Eh ya ke? Awak dah janji nak kahwin dengan saya kan? Awak lupa la tu," Amirul bersuara santai.

Geramnya aku dengan mamat ni! Poyo tak habis-habis. "Tak ada la. Mana saya tipu. Betul. Saya memang nak kahwin dah. Jadi, mustahil la saya akan kahwin dengan awak." Aku ikut rentak dia. Santai dan tenang.

"Ya, memang dia akan kahwin. You've better leave kut. Tak eloklah masih ganggu orang nak kahwin and so you. Tarikh kahwin kami dah dekat ni," satu suara menyampuk.

Aku pandang mereka berdua silih berganti. Serabut! Dah kenapa pandang sesama diri macam ada laser dalam mata? Seorang biru, seorang merah. Hah sesuai sangat.

"Oh kau ke? Ha-ha. Jangan mengharap la. She's created for me, and forever be mine. Kau kut jangan nak memandai cakap dia tu bakal bini kau," Amirul berkata kasar.

Danial tersenyum. Manis masya Allah. Lesung pipit dia belah kanan saja dan boleh dikatakan dalam okey.

"What you said is for you actually. Jodoh itu ketentuan Allah. Kalau jodoh awak bukan dengan dia, how can you do? Just redha. Allah have a better plan for you. Keep patient,"

Cikgu sastera la agaknya dia ni. Ayat dia pergh menikam jiwa pula. Aku pandang dia tak berkelip. Barulah tunduk balik. Haih, zina mata satu kali. Amirul mendengus geram memandang Cikgu Danial.

Setelah itu, pandangannya teralih kepada aku dan dia pergi keluar dari butik. Tadi rasa macam banyak aje bahang. Aku hanya menghantar kepergian Amirul dengan ekoran mata. Marah ke? Tapi, apa tujuan dia nak marah?

Oh ya. Satu lagi masalah. "Eh si cikgu ni. Main cakap aje dia tu bakal suami kita. Siapa yang nak kahwin dengan awak hah?"

Aku mencekak pinggang. Mata disepetkan dan pandang dia tajam. Shoot! Aku dah tembak mata dia dua-dua. Sebaliknya, dia tersenyum lagi.

"Dah lama saya nak dengar awak panggil saya cikgu. Akhirnya, kan? Eh bukan ke? Kalau saya nak, awak dapat halang ke?" Dia buat muka mencabar.

"Mestilah. Yang nak kahwin saya. Hak saya nak kata tidak atau ya,"

"Absolutely yes. Tapi, awak pun milik Allah. Takdir awak, Allah tentukan. I'm not love to be a busybody. Tapi, sekurang-kurangnya saya dapat tolong awak lepas dari lelaki tadi. Sepatutnya, awak berterima kasih kepada saya."

Aku buat muka tak suka. Berterima kasih? Ada la sikit. Tapi, aku tak minta pun bantuannya. Aku pandang semula pintu utama butik. Kenapa perasaan ni datang lagi? Ariana ada kat atas menempah baju pengantin. Bakal pengantin lelakinya, Amirul.

So, what I waiting for? He's gonna be married! Allah, please ease my heart. Aku pun nak kahwin apa. Sepatutnya, aku dah kena lupa sejarah dulu. Yang bakal tiba, hadapilah dengan senyuman.

"Tak semestinya apa yang kita nak akan kita dapat. Tapi, apa yang kita dapat itulah yang kita perlu dan sesuai untuk kita. Allah lebih tahu hambanya-Nya,"

Aku menoleh ke arah Cikgu. Dia tersenyum lalu mengangguk sekali dan berlalu pergi. Berjumpa Kak Sa'diah barangkali. Perlahan-lahan senyuman tipis merekah di bibir. Betul, Allah lebih tahu hamba-Nya.

"Kau nak kahwin dah ke Aina?" Si kembar bertanya serentak.

"Ya. Aku nak kahwin."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience