Bab 34

Humor Series 10658

Chapter 34

"DAHLAH tu. Sampai bila awak nak melekat dengan saya ni? Saya tak boleh buat kerjalah," rungutku sambil mencekak pinggang. Eh, kisah apa aku kalau gaya aku macam mak-mak ke apa.

Yang aku tak puas hati, Cikgu ni dah tak sedar-sedar ke apa? Setiap ke mana aku berjalan, pasti dia mahu ikut. Ke sana, ke mari, sampai melayan pelanggan pun! Bila pelanggan pandang pelik, mulalah dia tunjuk senyuman bajet dia tu.

Hei, sejak bila aku izinkan dia beri senyuman kepada orang lain? Especially girl! Weh, tak takut ke kalau dia sangkut pula dengan kau? Hello, memang aku rasa sangat 'terpaksa' menerima kau. Tapi, tak adalah sampai aku terima jadi janda awal!

"Ah, why not? Hari ini hari pertama kita jadi suami isteri yang sah, err secara teknikalnyalah. Jadi, tak salah kan saya nak jaga isteri saya?" Cikgu senyum. Ah, dia senyum lagi.

Boleh pula ada budak perempuan ni usha-usha suami aku. "Assalamualaikum, cik adik. Nak keluar, keluar teruslah. Tak payah duk toleh-toleh tengok abang kurang handsome ni. Okey? Dah bye-bye."

Terkejut perempuan tu. Tergopoh-gapah dia keluar dari butik. Sampaikan dia tarik lengan kawan dia. Kawan dia okey aje berjalan, yang dia tu. Haih, panas pula hati aku.

Aku pandang pula ke kiri, haih ni lagi seorang. Ketawa pula dia. "Ganaslah awak ni. Dia bukan buat apa-apa pun. Pandang saya je," masih dengan ketawa tak berhentinya dia berbicara.

"Hah tahu pun saya ganas. Siapa suruh kahwin dengan saya? Padan muka," aku berjalan menuju ke bilik stor. Dah lama sebenarnya Kak Sa'diah suruh masuk bilik tu, buat apa yang patut.

Dengan maksud yang lain, pergilah tengok stok yang baru sampai dan simpan dalam data. Yah, aku malas nak mengira dan sebab itulah baru sekarang aku masuk bilik stor ni.

Baru nak tutup pintu, ada pula manusia main tolak daun pintu tu. Mana tak tertolak ke belakang aku. Ya Allah, sabar sajalah. Mahu gugur jantung aku kalau hari-hari menghadapi situasi macam ni.

"Oh no! No jangan tutup. Jangan memandai nak tutup pintu tu," aku memberi amaran. Langkahku semakin mendekati. Tapi, langsung tak buat dia rasa takut malah dengan senang hatinya dia menutup pintu bilik stor dan tersenyum gembira.

"Nak saya tolong? Jom!" Semangat betul dia. Tanpa rasa segan-silu dia terus pergi ke satu rak yang menyimpan pelbagai jenis corak dan gaya baju untuk lelaki.

Sempat juga dia merampas fail yang sedang aku pegang. Aku mengeluh perlahan. Apa-apa sajalah. Yang penting, kerja aku akan siap juga akhirnya.

"Bahagian ini dah, cuma saya rasa kan baju jenis macam ni kena dikurangkanlah. Biasanya lelaki suka baju yang simple, ringan dan nipis. Baju ni berat, takut tak mencapai permintaan pelanggan."

Aku diam namun diselangi dengan anggukan faham. Tanpa dirancang, bibirku menguntum senyuman tipis. "Awak ni pensyarah ke image consultant?"

"Dua-dua pun boleh. Untuk awak, cakap aje semua saya boleh jadi." Dia tersengih. Yalah, elok sangatlah perangai. Aku hanya buat muka menyampah dan meneruskan menyimpan maklumat yang diterima ke dalam data.

Tiba-tiba dia menghulur tangan. Tiba-tiba okey. Terkejut aku. Aku mendongakkan kepala dari terus tertunduk. "Kenapa?"

"Saya Danial Haziq bin Ahmad Nizam. Berumur 27 tahun, haa dah tua ya tak payah kutuk. Dan saya bekerja sebagai seorang pensyarah di universiti swasta."

Dia tersenyum selepas sesi perkenalan yang berlaku secara tiba-tiba. Okey, aku diam sekejap. Tak faham. "Cepatlah, awaklah pula." Gesanya.

"Okey. Nama saya Nurul Aina Amirah. 24 tahun. Bekerja di NS Boutique. Dan ya awak memang tua pun," lantas menyambut salamnya.

Aku tergelak kecil selepas itu. Dia mengembungkan mulutnya. Alolo, comelnya dia. Puih! Nasib baiklah muka tu ada comelnya. Kalau tidak, ada juga yang kena hempuk dengan rak setinggi gunung nanti.

"Okey, nama dah. Umur dah. Profession pun sudah. Awak nak tahu apa fasal saya lagi? Cakap saja, saya jawab sejujur, seikhlas mungkin."

Aku mengetuk-ngetuk dagu. Oh soal jawablah ni? Baiklah. "Awak ada girlfriend tak sebelum ni?"

Dia geleng. Ish, takkanlah tak ada. Macam pembohong aje. "Any crush on girl takkan tak ada langsung?"

Dia senyum lalu membetulkan rambutnya yang agak kedepan sikit. Ya Allah, nasib baiklah dia ni suami aku. Berterabur iman aku kalau hari-hari nampak lelaki macam ni tapi tak ada hubungan mahram. Jatuh dosa tahu sebab zina mata.

"Awaklah. Awak sajalah perempuan pertama dan terakhir yang ada dalam hati saya," dia meletakkan kedua tangannya ke dada. Selepas itu, tutup mata. Konon menghayatilah tu.

"Penipu betullah awak ni. Kata nak jawab dengan jujur dan ikhlas. Ini menipu pula. Tolonglah, saya nak sangat tahu."

Aku membuat muka mengharap. Kelip-kelip mata sikit dan aku sudah dengar helaan nafasnya. Macam berat saja. Aku salah tanya ke?

"Ada seorang, hampir bertunang tapi dia lebih pilih kerjaya dia di luar negara. So end of the story kami dah tak ada hubungan apa-apa pun,"

Aku melihatnya seperti sangat menahan pilu di hati. Kesiannya. Sanggup 'bakal tunang tak jadi' dia tu tinggalkan dia. "Dah berapa lama awak bercinta dengan dia?"

"Kami tak pernah bercinta pun. Tapi, saya dengan dia sama U dulu. Boleh dikatakan teman tapi mesra? Lebih kuranglah. In.. haha 5 years,"

Dia gelak usai itu. 5 years. Lamanya. Lagi bertambah kesian aku kat dia. Eh sekejap, hah yalah dia lagi sedih. Aku 5 years masa sekolah menengah. Itu pun bukan bercinta. Cinta monyetlah kata budak-budak sekarang.

"Kesian awak. Maksudnya, selepas kejadian tu awak langsung tak cuba jalin hubungan lagi? Dengan perempuan tu ke, sesiapa ke?"

"Eh mestilah ada. Ini hah. Kita dah jadi suami isteri pun. Kan lagi bagus. Saya nak pegang tangan awak ke, peluk awak kat public ke, halal aje. Kalau dengan dia, bercakap pun kurang. Jadi, awak sajalah ratu hati saya."

Dia pegang tangan aku serta-merta dan letakkan di dada. Cepat aku tarik. Melebih benar dia ni. Feeling feeling pun tak payahlah angkut tangan aku sekali. "Eh tak dapat okey. Ingat, sekali awak peluk saya awak hutang 50 sen."

Dia tersengih. Aku buat kerja kembali. Karang tak fasal-fasal dia peluk aku dalam stor ni. Tak ke naya? Sengih dia tu macam ada banyak makna aje.

"Awak?"

Tiba-tiba pintu dikuak dari luar. Tanpa diketuk ya. Aduh si kembar ni. Aku siku dua-dua baru tahu. Mereka tersengih. Mesti ingat mengacau moment romantic, kononnya. Aku pandang mereka minta penjelasan.

"Itu hah kat kaunter. Encik Amirul nak jumpa kau. Assalamualaikum Encik Danial," Elisa tersenyum lalu mengangguk. Dia terus keluar apabila Wardina menarik kembarnya keluar.

Helaan nafas berat aku lepaskan. Aku memandang Cikgu di sebelah. "Inilah. Jom,"

Aku menarik tangannya untuk berdiri dari terus mencangkung. Setelah itu, aku memeluk lengannya pula. Beberapa percubaan suara aku lontarkan. Lalu, aku berjalan ditemani suami di sisi. Alolo, comel je bunyi.

"Boleh tak saya panggil awak Cikgu? Always?" Aku membuang pandang kepadanya ketika berjalan. Dah kenapa kalau dekat ni nampak dia tinggi pula ni? Aku paras bahu dia aje kut! Alah, tak adilnya.

Dia tersenyum. "Of course my sweet heart,"

Err okey. Aku pandang semula ke hadapan. Dan kami sudah pun sampai kaunter. Aku menarik nafas sebelum memberi salam kepada Amirul yang kedudukannya membelakangi aku.

"Oh Amirah. Dan.. hei kau pun ada?"

Nampak introduction dia? Sangat sopan dan sekarang memang dah tak pandai jawab salam ke? Oh mungkin jawab dalam hati, sedang bersangka baik. Aku memperkemas pelukan di lengan Cikgu.

"Kenapa nak jumpa aku?"

"Can we talk? Both of us," dia menjeling Cikgu. Ei ini yang terasa nak karate ni. Sedap dia menjeling-jeling suami aku. Aku cungkil biji mata tu baru tahu.

"Nampak tak siapa di sebelah aku ni? Suami aku tercinta tahu? Banyak hensem muka kau nak cakap berdua. Cakap, cakap ajelah. Tiga-tiga kita kena dengar,"

Aku terdengar dengusan nafas Amirul. Wajahnya cukup membawa erti kegeraman. Ah, macamlah aku kisah. "Cepat aku menunggu,"

"Aku minta kau jaga aje dia. Jangan sentuh dia, jangan buat apa-apa kat dia. Sampai masa, aku ambil balik dia dari kau. Suatu hari, dia jadi milik aku juga." Dengan angkuhnya panglima Amirul berkata.

Daa, dia ingat aku barang di pasaran ke apa? Hei aku tak semurah itu sampai-sampai senang nak kena jual di pasaran. Pandangan aku talakan kepada Cikgu. Dia tersenyum. Mengapa dia senyum? Dia rela aku pergi ke?

"Tahu satu perkara? Memang kau lebih kenal dia dulu, tapi takdir yang membawa aku bersama dengan dia sampai hujung nyawa. Inshaa Allah kalau jodoh kami panjang, datanglah seribu orang macam kau pun takkan runtuh masjid yang aku bina ni,"

Tergamam Amirul jadinya. Amirul ni tak penat-penat gamaknya. Dia datang butik semata-mata nak beri tahu hal tak guna tu saja ke? Mana pergi akal panjang dia? Macam tak ada function betul apa yang dia buat selama ni.

"Aku minta kau untuk berhenti ganggu isteri aku. Maaflah, tapi kalau sekali kau usik dia, kau usik aku juga. Terimalah realiti. Aina Amirah bukan untuk kau,"

Cikgu memeluk pinggang aku, erat. Makin membara amarah Amirul aku rasa. Tak sampai dua minit, oh tolong sikit aku tak kira, bantai aje tu. Dia keluar dari butik ni. Entah mengapa aku berharap dia tak akan datang butik ni selama-lamanya.

"Aaahh! 50 sen cepat!" Teriakku lalu melepaskan tangannya dari pinggang aku.

"Eh ala kedekutnya. Tak sampai 5 minit kut," dia menarik muncung.

"Siapa suruh main peluk-peluk orang? Mengada betul! Eee Cikgu ni!" Aku memukul-mukul lengannya. Hah, padan muka. Degil, orang cakap tak nak dengar. Dia tak mengaduh kesakitan malah tertawa gembira. Cikgu memang sukar dijangka.

SUAPAN yang entah keberapa kali aku masukkan ke dalam mulut. Restoran biasa yang berada berdekatan dengan butik sentiasa menjadi pilihan. Lagipun, Khaisara tidak kisah untuk datang sampai ke sini.

"Lama dah kau kat sini. Cikgu kau tu tak marah ke?" Tanya Khaisara tiba-tiba. Aku mendongakkan kepala lalu membuat muka menyampah. Ke mana aku pergi, tak habis-habis nak dikaitkan dengan Cikgu tu.

"Aku dah minta izinlah. Takkan dia nak marah pula. Keluar dengan kau je pun," aku menjuih bibir selepas itu.

Khaisara tergelak kecil. Ah, apalah yang lucunya. "Aku saja tanya. Hah macam mana? Okey tak kau dengan dia? Ada tak macam moment yang selalu aku tengok dalam TV?" Khaisara menaik-naikkan keningnya.

Aku menyiku lengannya. Meraung kesakitan terus dia. "Okey sorry. Jawab ajelah soalan aku. Aku nak juga tau," katanya. Adalah sikit nada merayu tu.

"Tak ada apa-apalah. Okey aje. Tak ada la bergaduh jeling-jeling, marah-marah semua. Aku redha. Jodoh aku dengan dia, aku kenalah berusaha terima. Cinta dia,"

"Wah, comelnya bunyi! Untung ah ada husband macam Encik Cikgu kau tu. Untunglah,"

Aku mengerutkan dahi. "Kenapa pula?"

"Dia tu baik, penyayang, dan semualah ciri idaman wanita. Untunglah kau kan?" Khaisara memandang aku dalam dan kembali menyedut air kesukaannya, air suam. Biasalah guru sukanlah katakan.

Aku mengangguk. Amboi, dia memuji peh macam itu abang-abang dia pula. Untung? Alhamdulillah kalau baik di mata kawan-kawan aku dan yang penting ibu bapa aku.

Aku akui, dia memang idaman wanita. Entah mengapa walau aku tak ada perasaan suka mahupun cinta dia sedikit pun, aku harap dia akan kekal dengan aku. Aku tak nak suatu hari nanti dia lepaskan aku. Sebab aku tahu hati manusia sering berubah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience