Bab 9

Humor Series 10658

Chapter 9

Sejak tadi aku membelek-belek jam tangan di tangan. Lagi 2 minit hampir pukul 2. Mengapalah aku seperti teruja sangat mahu bertemu pemuda itu! Rasa gelisah kembali bertandang di jiwa. Ah, itulah kau Aina! Suka sangat datang awal sebelum orang nak ditemukan datang. Sedari tadi aku hanya mengeluh.

Fresh Orange di depan aku yang tadinya penuh dan terhias cantik kini tidak lagi. Airnya sudah selamat mendarat dalam perut aku. Baru satu gelas, aku dah bosan duduk bersendirian di sini. 'Eee geramnya! Aina kenapa kau excited sangat ni!'

Aku membelek jam tangan dipergelangan tangan aku lagi. Tepat jam 2 petang. Tetapi, dimanakah dia? Batang hidung pun tak nampak!

Tiba-tiba ada seseorang dengan selamba badak duduk di depan aku. Memandangkan meja tu ada 2 seats sahaja, memang tak ada pilihan lain kan nak duduk dimana? Aku mengangkat kepalaku yang tadi tertunduk menghirup Fresh Orange yang masih berbaki. Dah macam orang kempunan pula rasa!

"Assalamualaikum. Lama tunggu?" Ucap Amirul sambil tersenyum. Comelnya... Ah, mengapalah aku tak henti-henti nak puji dia? Aina, buang semua angan-angan kau!

Aku menjawab salam terlebih dahulu sebelum berdehem kesat. Kepala aku gelengkan menandakan jawapan tidak untuk soalannya.

Dia tersenyum lagi. Tak penat ke asyik senyum saja? Aku sempat menjeling namun sekejap sahaja takut Amirul perasan.

"Oh ya, Encik Bakar nak jumpa kita. I'm pretty sure you know that, right?" Tanpa berlengah masa, terus saja Amirul pergi ke topik utama. Mukanya yang tampak tenang mengkagumkan aku. Cool macam aku ni memang tak pernah kenal dia sebelum ini. Sedikit sebanyak hati aku terasa perih.

Aku mengangguk mengiyakan. Memang aku sudah diberitahu oleh Haikal semalam. Ada-ada saja orang sekarang ini. Disebabkan dengki sanggup menfitnah orang. Aku dapat agak yang menghasut Encik Bakar pasti musuh Haikal ataupun Amirul sendiri!

"Yes. Encik Bakar mahu kita jumpa dia pada Hari Rabu ni, maksudnya lusa. Apa agaknya Encik Amirul rasa dia akan suruh?"

Aku berkata tanpa ada rasa gugup. Dia boleh berlagak selamba. Mengapa aku tidak? Dia tersenyum. Hatiku cair lagi. Sudahlah, aku penat asyik hati aku saja cair. Cukuplah senyum!

"Just call me everything you want. But not Encik," Dia membalas lalu tersenyum ikhlas. Ikhlas? Ah, mungkin. Mungkin ya, mungkin tidak. Entah-entah berlakon aje ni! Aku bungkam. Ah, ada-ada sajalah mamat ni!

Lalu, dia memanggil pelayan. Mahu memesan makanan mungkin? Pelayan itu pun memberi menu kepada kami. Aku lihat semua gambar makanan yang ditunjuk. Wah, memang menaikkan nafsu makan betul! Walaupun aku dah makan tadi. Tapi, hanya sandwich sahaja. Perut aku lapar balik disebabkan tengok gambar-gambar tu. Rasa nak pesan semua pun ada!

Aku terasa ada tangan sedang melambai-lambai dihadapan muka aku. Aku mengangkat mukaku yang dari tadi menghadap menu itu. Pening mahu pilih yang mana!

"Lamanya Aina termenung. Nak makan apa? Pelayan dah lama tunggu ni,"

Aku tersengih. Tak sangka pula aku berangan pasal makanan-makanan tu. Pelayan tu pun tengok aku macam bengkek. Benganglah tu!

"Nasi goreng ayam, kasi pedas sikit," Jadi hanya itu saja aku pesan. Aku sedikit merasa menyesal. Punya banyak makanan sedap-sedap yang belum pernah aku cuba, aku tak sebut! Nasi goreng tu jugalah nak keluar dari mulut ni!

"Air?" Pelayan itu mencatit apa yang aku katakan. Walaupun mukanya macam menyampah lihat aku tadi, dia sengaja senyum. Mungkin tidak mahu bossnya nampak kalau dia bermasam muka terhadap pelangan?

"Jus epal."

Dia mengangguk lalu segera pergi dari meja kami. Mataku entah kenapa mengikut pergerakan pelayan itu. Dia kelihatan sedang berbisik-bisik dengan teman sekerjanya. Huh, mengumpat aku lah tu! Perempuan sangat! Aku menjeling menyampah.

Amirul tergelak kecil. Fikir comel apa gelak tanpa sebab? Nak aku kata gila, tidak. Aku mengerutkan dahiku dan ia memang terpampang jelas di wajahku. Dia memberhentikan tawanya.

"Okay, sorry sorry. Muka tu.. comel," Dia memuji. Wait, dia panggil aku comel? Yakin aku tak salah dengar? Seketika hatiku macam ada taman bunga. Bunga ros lagi!

Aku memandangnya dengan tersipu malu. Ah, sejak bila pula aku malu-malu kucing ni?! Segera aku tersedar lalu membuat muka selamba mungkin supaya Amirul tak dapat lagi meneka air muka aku.

"Oh ya, Aina tanya apa tadi?" Dia kembali ke topik yang tadi. Huish, Alhamdulillah. Aku berdehem sebelum membalas.

"Apa Encik.." Belum sempat aku meneruskan kata-kataku dia sudah memotong.

"Janganlah panggil aku Encik. Panggillah aku macam kita dulu-dulu. Amirul? Mirul? Rul?"

Dia sudah membahasakan dirinya 'aku'. Walaupun sedikit terkejut aku berlagak biasa. Macam dulu-dulu? Oh.

"Kita meet pun atas urusan kerja. Jadi, saya perlu hormat dengan partner saya. Kita bukan macam dulu lagi," Aku menegaskan. Ah, lantak pi lah nak cakap apa pun!

Aku dapat mendengar dia mengeluh. Ah sudah. Hati aku serba salah pula sekarang ni. Dia tersenyum segaris lalu mengangguk.

"Saya tak dapat pastikan apa yang Encik Bakar akan suruh kita. Saya ada dapat beberapa info yang mengatakan Encik Bakar amat cerewet orangnya. Dan kalau disuruh, tak dapat jangka arahannya."

Aku mengangguk perlahan. Oh, baru aku tahu Encik Bakar tu cerewet. Aku juga dapat mengesan ada gugup dalam bicara Amirul.

"Oh, jadi.." Bicara aku terpotong lagi! Ah, geram betul! Aku menoleh ke kiri, pelayan yang lain pula menjinjing sebuah dulang berisi pesanan kami berdua. Aku mengeluh perlahan. Tak apalah. Dia meletakkan pesanan itu di atas meja.

"Jemput makan." Katanya seraya berlalu pergi.

"Aina, kita makanlah dulu. Baru kita bincang balik." Pinta Amirul. Aku mengangguk setuju.

Walaupun aku sempat menyumpah pelayan tadi sebab aku memang tak suka kalau bicara aku dipotong! Tapi, aroma Nasi Goreng ayam yang tadi aku pesan melupakan aku amarah yang tak seberapa tadi.

Aku menjeling makanan Amirul. Huish, banyak betul! Nasi goreng Cina, air cendol, ditambah pula dengan Air kosong. Tidak lupa dengan roti pau 3 biji diatas pinggan kecil. Amboi, badan nampak macam six packs. Tapi, makan boleh tahan!

Amirul memandang aku lalu meletakkan kembali sudu dan garfu yang dipegang olehnya tadi. Aku pelik. Kenapa letak? Aku mengangkat kepalaku seraya tersengih. Dia perasan ke aku perhati dia dari tadi?

Amirul menyilangkan tangannya ke dada. Dia tersenyum sinis. Dia memandang aku lunak. Sekarang aku pula yang rasa seram sejuk. Segera aku ambil sudu dan garfu yang disediakan lalu kembali menundukkan kepala. Hati aku berdegup laju apabila Amirul pandang aku sebegitu.

"Kenapa tak makan? Makanlah..." Jemput aku dalam keadaan yang menunduk. Takut memandang mata bulat milik Amirul.

Dia berdehem sampai nak terbatuk-batuk pun ada. Eee, mamat ni apa pasal over sangat?!

"Mak saya kata, kalau bercakap dengan orang kena pandang muka orang yang tengah bercakap. Nanti orang cakap kurang sopan,"

Aku mengeluh kasar. Eleh, ya lah tu mak dia kata gitu! Ta akkanlah mak dia tu perhatian sangat dengan tingkah laku! Sombong macam gitu... Aku menampar perlahan mukaku. Aduh, apa pasal lah aku kutuk pula mak dia ni! Tak baik lah!

Aku mengangkat kembali mukaku. Aku rasa dah banyak kali kepala aku exercise. Sekejap tunduk, sekejap angkat.

Aku memandangnya hambar. Tak suka betul! "Makanlah. Kita boleh cepatkan pertemuan ni.." Aku berkata dengan memandangnya. Sempat bibirku menguntum senyuman segaris. "Boleh aku cepat blah dari sini..." Sambungku dalam hati.

Dia tersenyum pahit. Mungkin terasa dengan kata-kata aku. Tapi, apa boleh buat. Walaupun aku rindu lah juga nak menghadap muka kau tu, tapi tetap aku kena control.

Kami pun melanjutkan menjamu selera. Yang aku tak sangka sangat-sangat tu dia boleh habiskan semua juadah yang dia pesan tadi. Tak sikit pun yang tinggal. Sedihnya pula bila tidak diajak makan bersama. Pau tu. Perisa kaya. Tak tahu ke itu favourite aku?

Setelah itu, kami kembali berbual tentang pertemuan kami akan datang. Di tempat kawasan luas milik Encik Bakar. Datang dengan harapan yang besar agar dapat meyakinkan orang tua itu bahawa kami layak membeli.

Aku pula macam nak gelak teragak-agak apabila Amirul menjawab kita mesti sediakan fizikal dan mental yang baik. Dia pula sibuk dengan ketawanya. Ah, apa yang lucu sangat pun aku tak tahu!

Kami bercadang untuk pergi 'sekali' ke tempat projek itu pada hari rabu nanti. Jadi, kami terpaksa jalan satu kereta. Lagipun, ini bukan mahu aku. Dia kata nak Encik Bakar tahu kita serius dan memang satu team supaya Encik Bakar mahu menukar kembali fikirannya. Katanya. Wait, satu kereta?!

Jam sudah menunjukkan pukul 3. Nasib baiklah ini waktu kerja. Dan aku pun menjalankan kerja kan?

Tiba-tiba ringtone lagu Kita dari Forteen berbunyi. Yang pasti bukan milik aku. Kelihatan Amirul seperti tergesa-gesa mengambil sesuatu dalam poket seluarnya. Oh telefon dia rupanya. Dia pun mengangkat. Aku juga dapat mengesan riak mukanya berubah apabila melihat skrin telefonnya.

Kenapa eh? Ah perlu ke aku tahu?

Dia mengangguk-anggukkan kepalanya sambil memasang wajah bengkek. Mungkin kesal dengan si penelefon?

Dia menutup talian setelah 2 minit berbicara. Singkatnya! Tak macam dia, 15 minit pun itu yang paling lama.

"I've to go now. Apa-apa just call me. Jumpa disini pada hari Rabu ya. Jam 10 pagi," Amirul sengaja mengingatkan. Aku mengangguk macam burung belatuk. Lalu dia mengeluarkan wang kertas berjumlah 50 ringgit Malaysia. Diletakkan atas meja.

Aku hanya membiarkan. Belanja aku sekali lah ni ya? "See you soon, Aina." Kata Amirul sebelum melangkah pergi. Sempat dia tersenyum. Walaupun wajahnya sengaja dia ceriakan. Ada masalah ke? Aku hanya membiarkan soalan itu berlalu tanpa jawapan.

Aku segera pergi ke kaunter untuk membayar makanan.

AKU memeriksa jadual bulanan aku. Argh, padatnya! Bila masa nak balik kampung? Aku mendengus kasar.

Suzy melihatku pelik. Tapi tak pula mengeluarkan suara. Mungkin tidak mahu menggangguku. Tiba-tiba telefonku berbunyi. Lagu Just the way you are dari Bruno Mars berkumandang. Aku segera mengangkat setelah melihat nama di skrin telefon. Bibirku menguntum senyuman lebar.

"Assalamualaikum Opah," Baru saja terfikir pasal kampung halaman, penghuni rumah itu pula melefonnya. Opah Jannah, nenek angkatku menelefon. Uuu, rindu!

"Waalaikumsalam, Aina. Sihat ke kamu?" Pasti itu sajalah dialog pertama yang akan diutarakan oleh Opah Jannah. Tak pernah jemu bertanya khabarku.

"Sihat. Opah sihat? Aina rindu sangat kat Opah!" Aku hampir menjerit ketika menelefon. Tapi cepat aku sedar. Aku juga mengawal tingkah lakuku agar tidak menarik perhatian ramai.

"Sihat. Opah pun rindu dengan Aina. Ibu bapa kamu, Afif. Lama dah tak jumpa. Memang tak ada niat ke nak jumpa Opah?" Opah meratap sayu. Maklumlah dia duduk dengan Atuk saja di kampung. Berdua pula tu. Mesti sunyi. Aku sekeluarga pula semakin sibuk hari ke hari. Kesian orang tua itu.

"Ada. Memang Aina nak lawat Opah dengan Atuk pun. Tapi, busy sikitlah. Mungkin dalam bulan ni juga Aina lawat Opah. Opah tunggu je, mesti Aina datang!"

Aku memberi harapan kepada Opah. Inshaa Allah kalau tiada halangan melintang, sampai juga aku di kampung.

"Okey, baik boss! Opah tunggu tau! Nak datang beritahu dulu, boleh Opah masak sedap-sedap untuk kamu." Suara Opah semakin ceria. Lega sedikit hati aku. Ingatkan Opah sedih lagi.

Aku tergelak kecil mendengar Opah memanggil aku boss. Opah ni ada-ada sajalah. "Aina rindu sangat masakan Opah! Lagi-lagi Ayam rendang. Mmmm, sedapnya!"

Aku sudah membayangkan ayam rendang milik Opah. Huish, dah lama juga aku tak makan Ayam rendang tu. Last pun masa Hari Raya Haji.

"Haa yalah yalah. Balik jangan tak balik. Kalau tak balik, Opah merajuk dengan kamu! Tak nak buat ayam rendang lagi dah," Kata-kata Opah seperti mengugut. Huh, takut sangat cucu dia tak balik. Aku tersenyum.

"Amboi, dah pandai eh rajuk-rajuk dengan Aina. Baiklah Opah tersayang. Aina mesti balik. Okeylah, Aina ada kerja lagi ni. Aina letak ya. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam. Kirim salam dekat keluarga kamu."

"Inshaa Allah." Aku menutup talian. Tersenyum sendirian mengenangkan Opah. Al-maklumlah aku yang paling rapat dan manja dengan Opah. Confirm lah ada gedik-gedik sikit.

Aku menyambung kerjaku yang tadi terbengkalai. Akhirnya! Siap juga kerja aku. Ini dokumen yang Liza beri kepada aku untuk membaca serta membetulkan apa yang patut. Haikal yang suruh. Nampaknya, lelaki itu memang percaya pada aku.

Aku memandang ke kiri, melihat Suzy. Dia masih dengan komputernya. Makin hari, makin sibuk kawannya yang satu ini. Maklumlah dia orang yang sangat dipercayai ayah Haikal. Aku pula Haikal. Okey, ini sangat pelik. Tapi benar.

Aku berjalan menuju meja Suzy yang memang memerlukan beberapa langkah sahaja. Aku menongkat dagu memerhati gadis ini. Dia memandang aku dengan automatic aku tersenyum. Dia tersenyum segaris. Nampak sangat wajah letihnya.

"Banyak lagi ke?"

"Sikit je lagi. Dalam 5 minit Inshaa Allah siap,"

Aku menganggukkan kepala memahami. Aku kembali ke tempat dudukku lalu mengemas apa yang patut.

AKU menekan button hijau. Nama Arisya terpampang nyata. Aku lekapkan telefon touch screen itu di telinga seraya menunggu si penerima menjawab. Lagu Gilalah oleh Stacy menemani aku menunggu sekali. Bingit juga telinga aku memandangkan lagu itu agak rancak.

"Assalamualaikum."

Aku tersenyum. Akhirnya! Ingat tak jawab tadi.

"Waalaikumsalam. Dah tidur ke? Aku mengganggu tak?"

"Belum. Karang aku kata mengganggu, dia pula kecil hati. Hm, ada apa ni telefon aku?"

"Hehehe.. Saja. Rindu kau,"

Aku disini bagai nak termuntah. Memang jarang punya jarang aku ucap kata rindu. Geli aku nak sebut! Tapi, terkeluar pula masa bergayut dengan Arisya ni.

"Yalah tu! Nampak sangat lah aku percaya cakap kau. Tell me what on your mind." Suruhnya. Tahu-tahu saja aku menipu dia.

Aku pun menceritakan perihal apa yang berlaku dari A sampai Z. Selepas aku hampir 10 minit bercakap seorang diri, aku hanya dibalas dengan ketawa tak henti. Ini ke yang patut aku dapat selepas apa yang aku korbankan selama 10 minit?

Aku mencebik geram. Kalaulah Arisya tu ada depan mata aku, menangis tak berlagu kau Arisya! Selepas menunggu kira-kira 2 minit, akhirnya berhenti juga ketawa puntianak itu. Huh, sungguh nyaring! Nasib baiklah aku jauhkan dulu telefon dari telinga.

"Puas?" Tapi, sekarang aku yang tak puas hati. Arisya, kau memang dah lama tak kena penangan aku kan?

Dengan ketawa yang masih berbaki dia menjawab, "Okay, sorry. Aku ter-over pula. Kau nak aku rasa apa? Turut bergembira? Berduka cita? Ke ketawa balik?"

Arisya tergelak lagi. Aku tak pernah nampak orang selepas bercakap dan lepas tu gelak padahal punchline yang dia sampaikan macam tak kena. Aku rasa sesuai dipanggil SS. Syok Sendiri.

"Kau memang dah rindu penampar aku ke Sya?" Tanyaku sarkastik. Huh, padan muka!

"Okay, sorry Aina! Aku terlebih sudah pula. Sorry okay sorry." Dari tadi aku hanya mendengar kata sorry dari dia. Disebabkan aku baik hati, aku maafkan.

"Macam ni kau dengan aku ya..." Sengaja aku berkata. Biar dramatik sikit.

"Tak payahlah nak cakap macam tu. Menyampah aku mendengarnya. Jadi, apa perasaan kau tentang Amirul sekarang? Dari jalan cerita kau, aku dapat tengok yang dia dah semakin.. hm matang?" Dia ketawa kecil. Yalah aku tahulah kau memang hobi sangat ketawa.

Perasaan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience