Bab 41

Humor Series 10740

Chapter 41

JARI jemari tangan kananku, aku cuba gerakkan. Payah sekali. Baru saja aku nak kerut dahi, kepala aku sakit. Sempatku mengaduh perlahan. Lalu, aku perlahan-lahan membuka kelopak mata.

Usah diberitahu juga, aku tahu di mana aku sekarang. Dengan bau ubatnya lagi. Hospitallah jawabnya. Setelah itu, baru aku perasan yang tangan aku digenggam tangan. Aku meliarkan bola mata ke arah kanan.

Senyuman tipis aku tampal di bibir. Pasti penat menjaga aku. Rambutnya aku elus perlahan. Lembut. Rambut inilah yang menjadi tarikan suatu masa dahulu. Dan sampai sekarang, rambut ini jugalah yang aku minat.

Well, bagi aku penampilan rambut sangat bagi impak kepada diri. Melalui rambutlah boleh kata dia boleh-bolehlah, atau memang kacak. Dan Cikgu aku di dalam kategori kedua, kacak. Well, I'm proud of that.

"Eh dah bangun. Nak apa-apa tak? Nak air tak?" Dia terbangun dan terus saja menyergah aku dengan tujahan soalan tersebut. Aku tersenyum tipis kerana keprihatinannya. "Boleh,"

Dia mencapai jag kecil di tepi katil hospital dan menuangkan di gelas yang sangat aku kenal. Gelas yang sering aku pakai di rumah, cawan kesukaan aku. Aku pun ada kesukaan cawan tersendiri. Yang tak aku sangka, dia tahu.

Setelah dia bangunkan aku sedikit barulah dia memberi aku minum. Ah, lega. Dia meletakkan cawan itu kembali di atas meja. "Dah berapa lama saya tidur?"

"Dalam semalamanlah juga. Awak tak sedar langsung! Takut saya. Kalau lebih 48 jam, lagilah saya risau. Awak ni... haih. Awak tahu tak, kehilangan awak ni sesuatu yang saya tak nak dengar?"

Aku tersenyum tipis. "Terima kasih," dahinya langsung berkerut. Aku tersenyum kecil pula. "Tak ada apalah. Awak ke yang jaga saya?" Tanyaku, sengaja.

"Eh tak adalah. Pak guard kat luar tu saya upah. Tengok macam dia dah bosan duduk sini, saya gantikanlah kejap. Nanti tukar shift la ni," jawabnya, sungguh sarkastik.

"Laa. Kenapa tak cakap? Hm sebelum balik nanti saya jumpa pak guard tulah. Ajak minum ke. Kesian dia jaga saya sampai bosan," aku menjawab pula.

"Saya tak?"

"Em, bolehlah. Awak upah kan? Bolehlah, angkutlah sekali." Aku mengangguk-angguk ria.

"Ya Allah! Dia ni kan. Sayalah yang jaga awak sayang! Suka betul buat orang macam tu," muncungnya sedikit kelihatan. Aku tergelak kecil. Comel betul pak cik ni!

"Siapa yang mula?" Aku menaikkan alis kening.

"Okey, baiklah. Awaklah menang, Cik Aina Amirah. Saya sajalah yang kalah," dia mengangkat tangan tanda, mengalah. Lagi kuat sedikit tawaku dibuatnya.

"Saya dah puan sekarang. Cik-cik ni dah lama berlalu,"

"Oh ya ke? Siapa pula gerangan yang menjadikan Puan Aina Amirah ni sebagai puan? Adakah dia kacak orangnya? Penyayang, baik hati? Seorang yang kelakar dan peramah? Adakah sebegitu orangnya?"

Aku meletakkan jari telunjuk di mulut, gaya seperti berfikir. "Hm, maaf. Semua pernyataan yang anda sebutkan adalah bertentangan dengan dirinya yang sebenar. Maaf sekali lagi,"

Kini, dia mencubit kedua pipiku. Auch! Menjerit kesakitan aku dibuatnya. Terus dia gelabah. "Eh sakit ke? Aduh, maaf maaf. Saya tak sengaja. Awak, sakit ke? Nak saya ambil apa-apa tak?" Soalnya dengan rasa yang risau yang amat.

Aku tergelak besar. Cepat aku menutup mulut. Terlebih pula. "Relaks! Saya okeylah. Kenapa risau sangat ni?"

"Manalah tak risau. Hidung awak berdarah tahu masa tu. Sudahlah saya anti sikit fasal darah-darah ni. Tak apa. Demi awak, lautan darah pun saya sanggup renangi!" Dia mendabik dada. Huh, ingat sado ke cik abang?

"Ew seramnya!" Aku membuat muka. Dia tergelak gecil. "Dah, rehat sekejap. Banyak pula awak bercakap lepas bangun dari tidur lama ni. Saya nak bagi tahu keluarga awak ni. Mama dengan papa pun belum tahu lagi. Awak tunggu sekejap kat sini ya? Saya keluar ke taman sekejap. Tak elok bercakap kat sini,"

Aku hanya mengangguk seraya tersenyum. Dia bangun dari tempat duduknya untuk berlalu dari bilik. "Awak!" Panggilku. Terhenti langkahnya. "Salam," dia berdiri tegak dan mendekati aku.

Senyumannya terukir dan menghulurkan tangannya. "Terima kasih, abang." Aku mencium tangannya. Tanpa aku duga dia memegang kepala aku dengan tangannya. Setelah itu, barulah dia keluar.

Aku tersenyum. Tanganku memegang tudung sarung yang terlekat di kepala. Dia masih respect pada aku. Selama aku menjadi isteri dia, tak pernah sekali pun aku buka tudung. Apatah lagi memanggilnya abang.

Ya Rabbi, panjangkanlah hayat perkahwinanku. Redhailah hubungan kami. Tempatkanlah kami di Jannah-Mu. Pilihan Allah tak pernah salah. Aku bersyukur dia yang jadi jodoh aku. Dialah orang yang akan mewarnai hari-hari aku sampailah aku tua.

TIGA hari aku di bilik serba putih ini. Akhirnya aku keluar juga. Dengan pakaian hospitalnya. Rimas benar aku dibuatnya. Aku duduk di atas katil sebentar. Penat pula aku mengemas baju-baju.

"Dah siap Aina? Nak pergi sekarang tak?" Mama menyoal aku. Aku memandangnya sambil tersenyum tipis. "Dah mama. Tapi, kenapa abang tak boleh jemput Aina?" Soalku pula. Sedih di hati makin merebak.

Mana tak datang sedihnya. Kita nak balik dari hospital, dia pula ada kelas masa ni. Alasannya, exam dah nak dekat. Nasib baiklah dia memberi ilmu yang bermanfaat untuk pelajar nusa dan bangsa tu.

Kalau tak jadi doktor, arkitek, akauntan budak-budak tu, rasa nak sekeh aku nanti. Sir mereka tu sanggup tinggalkan isteri kesayangan dia tahu semata-mata nak mengajar.

"Eleh. Dah tahu kan dia sibuk sikit. Dia ni, manja sangat. Baru tinggal sekejap dah merengek macam bayi hilang puting. Mengada," aku melihat angah sudah pun menjuih bibir.

Aku menjelir lidah sekejap. Sibuk! "Kahwinlah cepat kalau nak tahu rasa kena tinggal tu macam mana! Lagi-lagi dapat bini workaholic. Lagi selalu kena tinggal," aku membalas.

Dia mencebik. "Tak kisahlah. Janji aku takkan mengada-ngada macam kau ni. Sikit-sikit merengek bila kena tinggal," angah sudah menjelir lidah kepada aku, balas dendam.

Aku hanya mampu menumbuk dia kuat. Kalau aku lawan lagi, sampai ke sudah tak habis. Baik aku yang mengalah. Kami pun keluar dari bilik itu seterusnya pergi ke tapak kereta.

Aku mengikut kereta angah. Lebih tepatnya yang berada di dalam kereta tersebut ialah angah, along, Kak Sa'diah dan aku. Well, brotherhood sangat kuat kan. Aku memegang kepala dengan sebelah tangan. Merenung ke luar jendela.

Sesekali aku urut dahi. Rasa pening-pening masih ada. Dahi aku pun dah ada calar-calar sesidikit disebabkan jatuh di atas jalan tar. Bila ingat balik, mesti sakit. Malangnya, aku dah lupa sakitnya macam mana.

"Pening ke Aina?" Tanya Kak Sa'diah. Aku memandangnya sambil tersenyum tipis. "Sikit je kak. Nanti okeylah bila turun kereta nanti," jawabku.

"Rindu Abang Danial ke?" Perli along. Aku tergelak kecil. "Kalau kata rindu, kenapa?" Aku menjawab kepada along yang duduk di kerusi hadapan. "Gatal!" Jerit angah pula. Eh eh dia ni. Pandu ajelah kereta ni.

Sibuk pula kata orang gatal. "Gatal dengan suami sendiri apa salahnya. Cepatlah kahwin. Baru tahu rasa nikmat bahagia perkahwinan tu macam mana," aku mengenakan dia kembali.

Memang sejak dari tadi dia asyik kena dengan aku. Haa itulah siapa suruh tak kahwin lagi? Padan muka kena bahan! "Okey itu memang gedik, Aina." Kata along. Aku hanya tersengih.

"Eh kak. Bila lagi ni Aina nak dapat anak buah? Macam seronok saja ada bayi comel-comel ni," aku berkata selamba. Sekarang, aku dan Kak Sa'diah tak seformal dahulu. Kami menjadi lebih kasual sekarang. Kalau dulu, aku pun ada ragu-ragu nak bersembang.

"2 minggu dah," dia tersenyum. Ha? Wait. 2 minggu?!

"OMG. Akak pregnant ke?" Ujarku.

Dia mengangguk sambil tersenyum lebar. Nampaklah pancaran kebahagian dia tu. Aku memeluk erat tubuh kecilnya. Saat ini dia tidak memakai purdah. Jadi, memang aku nampak sangat wajah gembira dia.

Setelah pelukan terlepas, aku menampar bahu along kuat. "Woi, sakitlah! Tangan sudahlah serupa rotan. Ei ganas betul perempuan ni," along mengusap bahu yang ke arah kepada bicepnya. Aku tergelak kecil.

"Aina nak cakap congratulations je! Along dah nak jadi ayah dah! Wah, tua dah abang aku seorang ni. Bilalah agaknya nak buang sifat budak-budak tu ya?"

"Hello, ini bukan sifat budak-budak ya. Ini namanya sifat comel. Kau tak tahu diamlah. Tahulah diri tu tak comel, kesian." Dia menggeleng-gelengkan kepala. Aku menampar bahunya lagi dan ini makin kuat.

Bersembang-sembang dalam kereta, tak sedar sudah sampai di rumah. Hm, rumah kosong. Cuma ada kereta aku saja. Kereta Cikgu? Mestilah tiada. Dah pergi kelas kan.

Seperti biasa, tidak perlu dijemput keluarga aku dan Cikgu untuk masuk ke dalam rumah. Buat macam rumah sendiri. Angah dah capai remote TV, selamba dia saja. Aku duduk di atas sofa sambil memicit kepala lagi.

"Aina rehatlah dalam bilik. Ibu dengan besan Ibu ni nanti ada kat rumah aje sampailah suami kamu tu balik," kata ibu. Aku hanya tersenyum tipis dan menganggukkan kepala.

Lalu, dengan kudrat yang sedikit ini aku mencuba untuk menaiki tangga. Menuju ke bilik aku. Baru saja nak jejak satu anak tangga, tubuh aku macam terhuyung-hayang dan aku rasa macam nak jatuh.

Aku memejam mata rapat. Dalam fikiran aku, satu saja. Mesti sakit jatuh dari tangga! Tapi, berlainan pula yang aku rasa. Badan aku terasa ringan. Ada yang memeluk pinggang aku kemas. Jantung yang berdegup pantas tadi setia melagukan irama lebih rancak.

"Sayang ni kalau rasa lemah sangat boleh tak minta tolong orang pangku sampai ke atas? Ingat diri tu bukan sihat sangat," dia mencuit hidung aku. Perlahan-lahan aku membuka mata. Cepat aku melepaskan pelukan.

"Bila ada kat sini?" Soalan yang tidak berapa betul aku tanyakan. Dia tertawa kecil, dia kelihatan gembira.

"Baru saja. Saya minta izin keluar awal kelas untuk jenguk isteri saya yang baru keluar hospital ni. Eh tapi dia pula lebih buat saya risau. Kalaulah saya tak tangkap tadi, tak ke lebih teruk nanti?"

Aku tersengih. Aku menoleh ke belakang. Untung tiada siapa yang melihat adegan tak sepatutnya itu. "Manalah saya tahu, saya jatuh tadi. Malang tidak berbau, bukan?" Aku menaikkan alis.

Dia mencubit pipi aku pula. Sakit! "Tahu pun. Degil tahu dia ni. Dah, jom saya pimpin sampai ke atas. Buatnya ada yang jadi nangka busuk nanti, saya tak bertanggungjawab." Dia memegang tangan aku.

Aku memandang genggaman tangannya yang bersatu dengan tangan aku. Bila sedang mendaki anak tangga. Aku berkata, "Awak kena bertanggungjawab. Saya isteri awak,"

Dia tersenyum dan tidak semena-mena, pipiku dikucup hangat. "Saya pula suami awak." Dia tersenyum lebar selepas itu.

AKU menundukkan separa badan kepada pelanggan lalu mengucapkan terima kasih. Setelah itu, aku membetulkan tudung yang terlekat di kepala. Saat aku berpusing ke belakang, satu senyuman menyapa aku.

"Hish! Buat orang terkejut saja," aku memuncungkan mulut lalu bergerak ke arah rak baju yang lain. Hari ini aku bekerja di seksyen baju pengantin.

Dia tergelak kecil dan mengikut ke mana aku melangkah. Apabila aku rasa macam dah lama, aku berpusing ke belakang. Aku buat muka pelik. "Dah kenapa ikut orang ni?"

"Dah kau tak berhenti nak buat macam mana. Terpaksalah aku ikut," dia menjungkitkan bahu. Nak tahu sesuatu? Aku sangatlah anti pada orang yang suka sangat jungkit bahu. Rasa sangat menjengkelkan.

"Kau tahu aku tak suka kan?"

"Sorry sorry! Lupa weh," dia menepuk kedua-dua bahunya. Comel saja perangai, ya.

"Kau datang sini kenapa?" Aku melipat tangan ke dada. Kaki aku disilangkan.

"Guess," dia bermain tarik tali dan masih mengekalkan kepoyoan dia yang dari dahulu tak pernah hilang. Apabila pelanggan lalu berdekatan kami, aku memberi senyuman. Tak mahulah orang kata pekerja butik ni sombong pula.

"No way. Just tell. Is it so hard huh?" Aku mendengus kecil.

"Okay, calm down. I will get married!"

"What?!" Jeritku. Pelanggan-pelanggan sudah memandang aku aneh. Ini sangat memalukan. Aku tersengih dan meminta maaf secara tangan.

"Seriously, Amirul Iqbaal? You want to get married? How fast! Who's the unlucky girl?" Aku bertanya. Dia tersenyum gembira. Memang terpancar dari tadi sebenarnya riak gembira dia.

Dia menyepak kasut aku. "Jahat tau. She's the luckiest girl ever since she one of mine. Guess la who is she. Takkan semua aku nak beri tahu?"

Aku memandangnya kerek. Ceh, acah-acahlah dia ni. Guess la who is she konon. Manalah aku tahu salah satu daripada hak milik dia tu. "I have no idea. Sekarang dah boleh bagi tahu siapa perempuan tu?"

"She have her own restaurant. I met her about two months ago, err actually before I divorced with Ariana.."

"Maksudnya, kau agak-agak dah suka orang lain semasa menjadi suami kepada Tengku Ariana? Wow! Curang eh..." aku terus memotong percakapannya. Aku buat gaya budak-budak menangkap basah kawannya yang membuat kesalahan.

"Eh taklah! Aku jenis setialah. Tapi masa tu kami hanya pelanggan dan pemilik restoran. Tak sangka sampai ke sini jodoh kami. Alhamdulillah, mungkin lagi 2 minggu akan berlangsung akad nikahnya," dia tersenyum bahagia.

"Wah, cinta berputik di restoranlah ni kiranya? Alah manisnya," aku tergelak dengan kata-kata sendiri. "Tak tunang ke? Terus kahwin ke macam mana?" Soalku.

"Dah tunang tapi cuma jemput jiran kiri, kanan dengan saudara dekat je. Tak besar-besaran sangat. Yalah, tunang saja kan. Nanti aku bagi eh kad kahwin. Datang dengan suami kau tu. Mana tahu masa tu aku dapat tengok kau berbadan dua?" Dia menaik turunkan keningnya. Terus aku memijak kasut dia sekilas.

"Banyaklah kau,"

"Eh satu bulan okey. Takkan tak cukup?" Dia tersengih lantas tergelak gembira. Alhamdulillah, Amirul akan mendirikan rumah tangga sekali lagi. Kalau dahulunya roboh, mungkin kali ini utuh. Aku hanya mampu berdoa.

HENTAKAN keras yang berasal dari pintu utama menyentak perbuatan aku. Aku meletakkan senduk ke atas pinggan lalu mencapai tudung yang sentiasa berada di sisi. Abang ke?

"Abang.. abang ke tu?" Tanyaku sambil-sambil berjalan ke ruang tamu. Bunyi kuat itu macam menunjukkan si pembuatnya sangat marah. Takut juga aku mendengarnya. "Abang?"

"Apa abang-abang? Bodohlah! Kenapa kau hidup lagi?" Dia mencapai sesuatu dari poketnya. Pistol.

"Weh, weh. Relaks. Benda boleh bawa berbincang. Put that thing down!" Jeritku sambil mengangkat tangan.

"Ah, diamlah kau. Nak tahu tak, hanya dengan satu tarikan daripada picu ni boleh buatkan seseorang mati terus? Lagi cepat bila kena dekat jantung. Wah, menakjubkan!" Dia mengelus-elus pistol yang dia pegang.

Dia menghalakan pistolnya ke arah aku. Aku tergamam, badan aku jadi kaku. Suasana rumah menjadi senyap sunyi. Tengku Ariana mula menarik picu, Allah. Allah. Allah. Aku memejam mata rapat dan aku tak nak tahu apa jadi selepas itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience