Bab 28

Humor Series 10658

Chapter 28

ALONG kelihatan sangat gembira usai bertemu ibu. Aku di situ dipinggirkan terus. Hanya tinggal ayah dan Abang Afif sahaja. Aku tersenyum. Tiba-tiba telefon bimbit telefonku berbunyi. Segera aku angkat setelah mengetahui siapa pemanggilnya.

"Waalaikumsalam. Kau nak apa lagi?" Ujarku dengan suara seakan berbisik. Along dan ibu masih berbual. Aku tak mahu mengganggu mereka.

"Tak nak!" Teriakku sedikit kencang. Aku mengangkat muka dan melihat along dan ibu memandang aku serentak. Aku hanya tersengih. "Kawan..." aku terus berkata walau tidak ditanya soalan. Mereka hanya mengangguk lalu meneruskan perbualan. Aku menarik nafas lega.

Tanganku yang menutup speaker telefon, aku buka kembali. "Dahlah. Aku tak ada masa nak layan kau. Assalamualaikum." Aku terus menutup talian. Telefon aku hempaskan di atas meja secara kuat. Geram!

"Ish dia ni. Mengacau betul. Siapa call? Ada masalah ke?" Tanya along. Aku segera menggelengkan kepala, takut salah faham pula. Aku tersengih kecil.

"Tak adalah. Kawan buat hal. Apa yang bualkan tu? Rancak sangat sampai tak nak diganggu," aku mencebikkan muka. Along bertindak mencubit pipi aku. Peh, tahulah dah lama tak bergurau. Tapi, kuat ni! Aku hanya mengusap pipi dengan rungutan kecil.

Ibu menggeleng-gelengkan kepalanya. Aku menunjuk ke arah along tanda dia yang mula dahulu. Along sekadar menayang wajah selamba. Cis, jahat betul!

"Hah bila kamu nak kenalkan ibu dengan Sa'diah? Nak juga ibu tengok menantu ibu tu," pinta ibu separuh mengharap. Aku mengangkat kening memandang along. Itulah, sudah disuruh bawalah Kak Diah sekali. Tak mahu. Takut ibu melentinglah, apalah. Alasan!

"Hah apa kata ibu ikut kami pergi butik? Mesti Kak Sa'diah sibuk layan pelanggan," kataku separuh teruja. Aku kemas peralatan yang di atas meja. Waktu lunch bagi aku dan seangkatan dengan aku sudah habis. Maklumlah, kerja macam ni kenalah gilir-gilir makan tengah hari.

Kak Sa'diah pula ambil keputusan untuk stay di butik sahaja. Sudah ada spare roti dalam beg. Jarang Kak Diah makan luar, kata alonglah. Si kembar tu pun mungkin sudah masuk kerja.

Ibu yang sibuk berfikir dari tadi terus mengangguk suka. Lalu, kami pun bergerak menuju ke kereta along. Kereta aku tinggal di butik.

"Kak Diah baik ke dengan kamu, Aina?"

Aku mengalihkan pandangan kepada ibu. Sibuk betul melihat ke luar. Aku hanya menganggukkan kepala apabila ibu memusing ke belakang. Ibu pula ber-oh ria.

Aku memeluk lengan ibu. Pintu butik sekali lagi berbunyi. Aku bawa ibu kepada si kembar Elisa dan Wardina terlebih dahulu. Mereka bukan main ramah! Semua tindak-tanduk aku di butik semua dicerita. Aku segera menamatkan perbualan apabila seorang pekerja memberitahu bahawa Kak Sa'diah berada di bilik tetamu.

Aku segera mengetuk pintu. Kami pun bergerak masuk ke dalam. Along masih mengikuti kami. Dia bilang ayah mertuanya sudah beri keizinan untuk cuti setengah hari. Aku mengangkat muka, kerana tadi sibuk memandang kain. Aku pakai high heel. Takut jatuh.

Cikgu! Aku menepuk dahi dalam imaginasi. Aku terdengar Kak Sa'diah menyuruh pembantu peribadinya untuk beredar. Aku membuat wajah selamba. Kenapalah dalam banyak-banyak pelanggan, harus dia lagi yang aku kena jumpa?

Di dalam bilik tetamu lengkap sofanya. Jadi aku memilih untuk duduk di sofa yang ada tiga tempat duduk. Duduk bersama ibu. Kak Sa'diah dan along duduk berdua. Si Cikgu tu duduk di sofa solo. Dah macam bos!

Wajahnya tenang namun aku dapat rasa dia ni sangatlah menjengkelkan orangnya. Banyaknya masa dia sampai boleh lepak kat sini. Lepak? Okey aku salah. Mungkin dia ada urusan dengan Kak Sa'diah.

Si Cikgu bersalaman dengan along dan ibu. Sampai aku, dia beri kenyitan mata. Okey, betul-betul ni aku rasa macam nak cucuk. Selamba dia aje kenyit mata pada anak dara orang, depan ibu pula tu. Ya Allah, apalah dalam kepala dia.

"Kak, saya balik dululah. Nanti kita bincang lagi," si Cikgu itu pun mahu meminta diri. Kak Sa'diah hanya mengangguk dan mungkin tersenyum di sebalik purdahnya.

"Aina.. tolong hantar Encik Danial ke pintu utama boleh?" Pinta Kak Sa'diah lembut. Aku memandang dengan wajah terkejut. Why always me?! Ibu menepuk peha aku setelah lama aku diam melayan perasaan geram sendirian. Akhirnya aku mengangguk juga.

Si Cikgu itu pun memberi salam dan bangun. Setelah dia melepasi batas sofa aku, barulah aku bangun. Aku mengikutinya dari belakang. Lantas aku membuka pintu untuknya. Wait, pintu utama? Lah, sampai ke depan ke?

Disebabkan aku rasa macam penghuni bilik tetamu ni duk jeling-jeling apa yang aku buat, terpaksalah aku hantar dia. Kalau aku tarik diri di luar dan menutup pintu, orang dalam tak akan tahu. Tunggulah dalam 5 minit ke, baru masuk balik. Boleh pakai sebenarnya, tapi serba salah pula.

"Mak awak ya?" Tanya Cikgu apabila aku diam membisu. Aku hanya mengangguk tanpa mengukir senyum.

"Abang awak ya tadi?" Soalnya lagi. Aku mengangguk lagi. Aku menjeling ke kiri dan kanan. Alhamdulillah! Si kembar sedang melayan pelanggan. Maksudnya, mereka tak akan nampak aku berjalan dengan Cikgu sebelah ni.

"Baru kerja sini ya?" Aku mengangguk lagi bagi soalan ketiganya.

"Baru habis belajar ke?"

Aku berhenti dan menghadap dia. Dia terpinga-pinga dan turut berhenti dan menghadap aku juga. Semestinya, jurang kami tersangatlah jauh. Boleh muat dua orang lalu lintas.

"Kenapa awak banyak tanya?"

"Kenapa saya tak boleh banyak tanya?"

"Sebab saya tak suka,"

"Tapi saya suka tanya awak."

OMG! Aku rasa macam nak hempas badan si Cikgu ni dengan mana-mana batulah. Menyakitkan hati aku saja. Okey, tak apa. I will never give you win. Once I said no, it means no.

"Encik Danial Haziq, awak ni seorang pensyarah. Tak bolehkah awak bersikap professional dengan saya seperti awak dengan students awak?"

Cikgu tersenyum riang. Mungkin sebelum ni, aku boleh cair dengan senyuman dia. Tapi, sekarang aku tak akan biarkan. Aku akan kuat menahan godaan. Kaah! Aku terlalu terikut novel yang sering aku baca.

"Cik Aina, mereka pelajar saya. Kalau saya main-main, mana mereka nak hormat saya. Awak bukan. Macam mana saya nak samakan awak dengan mereka?"

Aku mendengus geram. Tak nak kalah si Cikgu ni.

"Bayangkan saja saya ni students awak," balasku. Itu membuahkan ketawa dari Cikgu. Aku mengerutkan dahi. Ada yang lucu?

"Awak dengan mereka lain. Awak kawan saya."

"Saya tak cakap saya nak jadi kawan awak,"

"Saya tetap nak,"

Geramnya aku! Memang tak makan saman. Okey relaks. Jangan sampai membahang ke muka. Nanti Cikgu ni perasan. Cool.

"Tak kisah. Dah sampai pun pintu utamanya. Selamat tinggal, Encik Danial." Aku melambaikan tangan kepadanya beberapa kali dengan senyuman paling plastik pernah aku guna.

"Call me Cikgu like what you said before. No Encik Danial. Awak nak tahu, tak ada pernah ada seorang manusia pun panggil saya 'cikgu'. Even budak-budak mereka akan panggil saya Sir juga,"

Erk! Jadi, dia rasa dia special untuk aku ke apa? Hello! Itu tak sengaja, serius. "Okey, betul ni saya tak sengaja panggil awak cikgu. So, i will keep call you Encik Danial. What ever it is, i never will call you cikgu again! Dah sampai. Silakan, assalamualaikum."

Aku berpusing ke belakang dan mengangkat kaki. Terdengar sayup suaranya membalas salamku. Terdengar bunyi lagi, pintu butik terbuka. Maksudnya, cikgu itu telah pergi. Tanpa sedar, mulutku membuahkan senyuman kecil.

TUBUH Suzy aku peluk erat. Rindu menggunung di jiwa akhirnya dapat ditebus. Suzy sudah berkereta sekarang. Rumahnya pun sudah ada roommate yang baharu. Sekarang, sudah lebih sebulan aku hidup sebagai seorang pekerja di butik. Sebulan meninggalkan Suzy. Mana tak rindu!

"Janganlah nangis. Aku dah datang pun nak nangis lagi," usikku. Suzy menampar bahuku perlahan. Dia tergelak kecil sambil mengusap kedua matanya. Betul kan dia nangis?

"Mana ada aku nangis. Hah tak ada. Bersih aje," nafi Suzy. Aku hanya mencebik menyampah. Dari dulu tak pernah nak kalah. Mengaku sajalah. Bukan aku ni orang asing sangat pada dia.

"Haa tapi aku rindu kau la Aina! Ah, rindu sangat! Sebulan lebih baru nak jumpa aku. Kejam betul," luah Suzy sambil memelukku lagi. Aku hanya tergelak apabila melihat tingkahnya yang seperti berjumpa artis kegemaran. Well, I could be a actor if I want to pick up the chance given!

"Yalah yalah. Maaflah. Aku sibuk sikit. Maklumlah, saya ni budak baru." Aku tersengih. Suzy pula mencebik. Baiklah, aku sedar bahawa perangai aku memang gedik kalau di hadapan orang tertentu.

Aku menyelesakan posisi untuk melihat tayangan. Wah, astro first dia langgan! Layan seorang saja ke? Hm tak patut. Jadi, biar aku teman ya?

Tiba-tiba telefon aku berbunyi. Fariz lagi. Dah sebulan berlalu, namun aku masih berdiam diri dengan Fariz. Panggilan Fariz aku tak hiraukan. Hadiahnya juga aku tak guna. Ya, dia tahu rumah aku di mana.

Tapi, yang aku tak pasti dia tahu atau tidak tempat kerja aku. Alhamdulillah, keadaan aku okey di sana. Tak kena ganggu. Oh Cikgu tu pun dah lama tak datang butik. Hm bagus. Sibuk kut urus pelajar dia.

Aku ada depan rumah sewa kau.

Serta merta telefon itu aku campak. Depan rumah? Biar betul? Suzy pun sudah memandang aku aneh. Segera aku paut lengannya cepat, kuat. Biarlah dia sakit sekalipun. Berkorbanlah sedikit untuk sahabatmu ini.

"Kenapa kau ni? Campak-campak phone pula. Ada apa?" Tanya Suzy memberi perhatian kepada aku sepenuhnya. Aku meneguk liur payah. Tangan aku sudah sejuk tapi belum menggigil.

"Fariz.... dia ada depan rumah!" Aku rasa macam nak ambil selimut dan masuk dalam tu. Kepala pun masuk. Biarlah aku rasa panas sekalipun. Aku nak jadi kura-kura sekarang!

Suzy bangun daripada sofa dan terus ke pintu. Oh salah. Ke tingkap sebelah pintu. Aku hanya diam di situ menyaksikan Suzy. Apa dia buat? Aku mencapai telefonku kembali. Fariz bergurau, kan?

"Betullah dia ada kat depan," kata Suzy sebaik sahaja sampai di hadapanku. Aku segera bangun. Mundar-mandir beberapa kali tetap tidak mujarab bagi menghilangkan rasa resah dalam diri. Aku menarik nafas panjang.

"Jom! Kita lari guna pintu belakang. Aku tak nak jumpa dia," beritahuku bersungguh-sungguh. Aku memegang tangan Suzy. Berkerut dahi Suzy. Tak, tak ada masa nak bergurau!

"Kenapa? At least, jumpalah dia. Dia ada kat depan. Tetamu tu, Aina." Suzy menoleh ke belakang sekilas lalu. Aku menarik muncung. Yalah mak aku pun ada ajar untuk hormat tetamu. Tetapi, dia tu tetamu sangat tidak diundang.

"Lah, tak payahlah. Aku takutlah," aku memaut lengan Suzy pula dan mula menariknya untuk bergerak. Tapi, dia masih berdiri kukuh.

"No. Jom, aku teman. Kalau dia nak buat apa-apa, kita jerit je." Ujar Suzy terlampau berani. Dia ni tak tahu Si Fariz tu macam mana! Aku menggeleng pantas, muktamad. Tak mahu aku jumpa lelaki tu.

"Kenapa? Jom," sekarang Suzy pula yang menarik aku mendekati daun pintu. Dengan terpaksa aku mengikut saja jejak langkah Suzy. Aduhai, apalah nak jadi nanti.

Yup! Tepat sekali! Dia kat depan sedang bersandar di kereta dia dan sekarang mula menangalkan kaca mata hitamnya. Wuu~ aku tak melting langsunglah. Aku menjulingkan mata ke atas.

"Ada apa datang rumah orang ni? Dan macam mana kau tahu aku ada kat sini?" Aku terus tembak dia dengan soalan-soalan. Lantak. Aku tak kisah pun jiran-jiran keluar rumah semata-mata nak tengok siapa yang terjerit-jerit. Biarlah, bekas jiran je pun.

"In 5, masuk kereta aku then aku hantar kau jumpa mak aku." Fariz berkata selamba. Tiada ton marah, mengamuk atau sebagainya. Okey, itu bagus. Tapi, dah kenapa pula aku kena ikut cakap dia?!

"Kalau aku tak nak?"

Suzy mencubit peha aku. Aku memandang Suzy dengan pandangan apa-pasal-kau-cubit-peha-aku-pula-ni. Aku mendengus perlahan apabila faham dengan tajaman mata dia.

"Please. Aku minta tolong sangat. Aku minta maaf sebelum-sebelum ni aku kasar dengan kau. Aku mengaku yang memang aku dari dulu spy kau. Kau pergi mana, semua aku tahu. Even kau balik kampung pun aku ikut. Tapi... itu sebab aku sayangkan kau,"

Ini lagi buat aku tercengang! Good to be honest. But, this is too much! Aku menarik nafas dan menghembus cepat. Sabar. Aku memandang Suzy sekilas apabila tangannya sibuk mengusap belakangku.

"Okey, boleh. Aku ikut. Tapi, dengan satu syarat. Suzy kena ikut," aku memandang Suzy dan dia mengerutkan dahi. Terpaksa Suzy. Aku minta maaf sangat.

Aku mengalihkan pandangan kepada Fariz pula. Dia mengangguk lantas tersenyum. Segera kami angkat kaki dan menuju masuk ke dalam rumah kembali. Boom! Suzy bagi peluru terpedo dia pada aku. Dia tak nak ikutlah, apalah. Can I say, kisah apa aku?

Kami dibawa ke satu kafe. Mewah engkau! Jadi, kami ikut sajalah. Oh no. Fariz dah larikan Suzy dulu! Jadi, aku kena layan mak Fariz seorang diri? Okey, itu sangat jahat dan kejam.

"Err.. assalamualaikum mak cik," aku tersenyum paksa dan menyalam tangan wanita sebaya ibuku itu. Dia tersenyum juga. Ah, tenang sedikit. Aku mengambil tempat di hadapannya. Dah memang ada dua saja tempat duduk.

"Aina ya? Saya Puan Zaidah. Panggil saja Mak Zai," wanita yang dikenali sebagai Puan Zaidah itu berkata. Senyuman belum luntur dari bibirnya. Aku hanya menganggukkan kepala. Okey, agak janggal di sini.

Sunyi. Ini kafe jadi, angin penghawa dingin mula bertiup sepoi-sepoi bahasa. Disebabkan jarak antara meja ke meja adalah tak jauh, dapatlah dengar bunyi-bunyi manusia berkata. Aku meliarkan pandangan. Kot-kot ternampak kelibat penculik Si Suzy.

"Fariz sukakan Aina," Mak Zai bersuara setelah agak lama berdiam diri. Aku membuang pandang kepada Mak Zai. Acah-acah muka terkejut lalu mengangguk-angguk. Apa agaknya respon perempuan lain terhadap mak mertua kononnya kalau hadapi situasi macam ni?

"Mak Zai tahu yang pasti Fariz dah tunjuk perilaku tak siuman dia.. tapi Mak Zai tak boleh buat apa. Aina, terimalah Fariz. Dia perlukan orang seperti Aina supaya dia boleh sembuh,"

Perilaku tak siuman? That's the biggest weird! Aku mencari riak wajah 'tak betul' di wajah Mak Zai. Elok sahaja. Jadi, macam mana Si Fariz tu boleh dapat penyakit tak siuman tu? Oh lagi satu. Betul ke Fariz sakit?

"Mak Zai... sebenarnya Fariz tu kenapa? Kenapa Mak Zai cakap saya boleh sembuhkan dia?" Aku berkata sedikit sangsi. Ya, aku sangat perlukan penjelasan. Nak cerita dekat aku sampai dua tiga jam pun aku sanggup.

Sampai kiamat sekalipun, Fariz tu tetap kawan aku. Takkan sekali aku nak biarkan kawan aku sendiri dalam kesusahan. Wajah Mak Zai bertukar riak. Sedih mungkin?

"Fariz ada trauma masa kecil. Ayahnya kahwin dua dan dia selalu dipukul oleh mak tiri dia bila ketiadaan Mak Zai. Kami tinggal satu rumah. Bila Mak Zai bawa jumpa doktor, dia kata Fariz ada masalah jiwa. Jiwanya sakit."

Aku mengangguk. Sungguh, ini kenyataan yang sangat memedihkan. Kalau aku pun sudah sedih macam ini, apa lagi ibu kandung dia. Ya Allah, dugaanMu terlalu berat pada Fariz.

"Bila dia masuk tadika, dia pendiam. Suka menangis bila Mak Zai tinggalkan. Cuma Aina yang berani tegur dia. Sejak itu dia jatuh hati pada Aina. Separuh mati dia cari Aina sampailah sekarang. Percayalah nak, dia cintakan kamu."

Aku meneguk liur kasar. Itu berat, mak cik. Aku mengeluh dalam diam. Aku bersimpati namun perkahwinan atas dasar begini, tidak adil juga bagi aku. Lagipun, sejujurnya aku tak ada perasaan pada Fariz.

"Maafkan saya, Mak Zai. I also feel sad about Fariz. But, I can't. Saya tak boleh terima dia. Saya tak cintakan dia, Mak Zai." Aku berkata lembut. Tidak mahu mengguris perasaan wanita di hadapanku. Dia kelihatan bersedih lagi. Haih, ini yang aku lemah.

"Tapi... doktor ada cakap. Mungkin kalau sebab cintanya pada seseorang akan mempengaruhi hidupnya. Harapan Fariz nak sembuh adalah 50 peratus. Tolonglah, nak. Mak Zai mohon," rayu Mak Zai lagi membuatkan aku menjadi beribu-beribu serba salah.

"Saya pasti Mak Zai orang berada. Kenapa tak bawa Fariz pergi luar negara untuk berubat? At least, get him a special doctor. He need it. Sampai bila Fariz nak macam tu saja? Takkan mengharap pada cinta saja, Mak Zai?" Aku memberanikan diri untuk bertanya. "Maafkan saya kalau saya lancang. Tapi, niat saya baik agar Fariz dapat jadi manusia normal," sambungku.

Mak Zai mengangguk lalu tersenyum tawar. Bersalahnya aku. Tak patut aku tanya macam tu. Ton suara sudahlah dah macam cakap dengan member.

"Fariz tak mahu. Lagi-lagi bila dia.. dia dah bunuh ayah dia sendiri. Tiada siapa yang tahu. Kalau dibawa ke hospital, pasti kes semakin panjang. Ayah Fariz pun satu! Pergi cakap anak dia gila! Mana Fariz tak naik angin," Mak Zai meluah perasaan. Aku tak tahu nak support pihak mana.

"Tapi, dia memang sakit Mak Zai. Dia perlu berubat. Sedarkanlah dia. Jangan bergantung harap pada Aina. Aina tak boleh. Saya minta maaf sangat-sangat. Saya akan sentiasa doakan agar Fariz dapat sembuh." Aku menggenggam erat tangan kanan Mak Zai yang diletakkan di atas meja. Senyuman tipis aku berikan. Mak Zai tersenyum lalu mengangguk. Alhamdulillah, untung saja Mak Zai dapat memahami. Kalau tidak, okey aku tak nak fikir sebenarnya.

"Mak Zai, saya nak minta tolong boleh?"

"Apa?"

"Pujuk Fariz, suruh dia berhenti kejar saya."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience