Bab 14

Humor Series 10658

Chapter 14

"EH, you! Amirul, tell me now ini bukan orang yang you nak jumpa sangat! Sampai sanggup nak batalkan date kita. Tolong cakap tak,"

Aku pandang muka perempuan itu. Oh minah mekap tebal tadi pagi. Oh Amirul kenal budak ni? Oh boleh pula dia bawa perempuan ni datang jumpa aku? Oh date? Oh!

Aku menjeling menyampah dan terus sahaja duduk diatas kerusi disebelah Amirul. Sejujurnya, aku tak mahu tapi tak akan pula aku nak duduk sebelah perempuan ni? Aduh, nanti habis luka muka aku kena cakar.

Dengan blouse pendek atas lutut dia, kasut berapa inci entah aku tak tahu lagi naik menyampah aku tengok budak ni. Dia menyilangkan tangan dia dan ya dia berdiri sekarang ni. Lagak dia macam marah sangat dengan Amirul. Tapi, yang peliknya aku jadi mangsa jeling tajam dia. Eh kau memang ada masalah mata ke apa?

"Riana, I kenalkan ini Aina. Nurul Aina Amirah."

Kini, Amirul pula berdiri. Oh please apahal gedik sangat nak berdiri ni? Aduhai sibuk ja nak diri-diri. Kalau semua dah berdiri tak akan aku nak duduk pula kan? Muka budak tu yang dikenali Amirul sebagai Riana membuat muka terkejut. Nak jabat tangan ke tak eh? Dalam lubuk hati aku yang paling dalam, tak nak tahu. Tapi, mak aku pernah pesan kalau berkenalan memang kena jabat tangan. Alah.

Jadi, aku pun hulur tangan untuk berjabat. Hati, awak kena cuba ikhlas. Tak baik buat sesuatu tak ikhlas lagi-lagi benda baik. Aku menguntum senyuman. Senyuman plastik.

"Aina. Hai Riana,"

1 saat

2 saat

3 saat

4 saat

5 saat

Senyum aku hilangkan, tangan aku letak bawah kembali. Dan lagi satu pesan mak aku kalau orang tu dalam 5 saat tak sambut tangan kita tak payah tunggu lama. Jatuhkan saja tangan tu. Orang macam nilah membuatkan negara tak maju. Sombong!

Aku duduk kembali. Walaupun, Amirul dan siapa ni? Oh Riana. Hah diorang tak duduk lagi. Alah, tak payah nak drama sangatlah. Duduk tak akan nak aku pula jemput heh?

Amirul pun duduk dan disertai dengan Riana. Amirul berdehem sebelum menguntum senyuman.

"Sorry. Aku terpaksa bawa dia. Nanti aku explain. Tak susahkan kalau dia ikut sekali?"

Aku memandang kembali nota kecil itu. Baru sahaja tadi Amirul beri senyap-senyap dari bawah. Ceh! Buat apa nak sembunyikan sangat ni. Oh aku bet ini girlfriend dia. And tak akanlah dah takut kut? Eh tak gempaklah rumah tangga kauorang nanti!

Aku memandang Amirul dan membuat muka hambar. Lalu, mengangguk mengiyakan. Senyum eh mestilah ada. Tapi, bukan untuk Amirul tapi untuk Riana. Hati aku panas lagi dek perbuatan dia tak sambut huluran perkenalan aku tadi. Sia-sia je tenaga aku untuk mengangkat tangan.

"So nak minum or makan apa-apa tak? No worries, aku belanja."

Amirul dah start panggil pelayan. Dan of course lah pelayan tu datang dan tak lupa senyum. Sejuk sikit mata aku. Pelayan yang dulu entah pergi ke mana. Eh aku ingat lagi tau dia pandang aku bengkek sebab lama sangat nak jawab nak order apa.

"Amirah, nak apa? Ariana, you nak apa?"

Amirul memandang aku dan Ariana secara bersilih ganti. Ceh ayat tak nak kalah! Aku membuat muka. Okeylah, rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari. Orang nak belanja, kita order je lah. Eh tapi macam aku dapat dua-dua je? Rezeki dapat, musuh pun.. dapat.

"Hot chocolate,"

Aku mengalihkan pandangan ke sekeliling cafe. Ya, cafe yang sama tapi pelanggan makin hari makin ramai nampak. Hm rezeki orang.

Aku dapat rasa Ariana ni pandang aku semacam selepas dia order jus strawberry. Never mind. Tak terbelah-belah pun badan aku dek renungan tajam dia tu. Tak apalah, tenunglah lagi. Tapi, kalau lain hari sekali pandang 50 sen okey.

Sampai sahaja minuman, aku memandang Ariana. Dia buat muka dan pandang jus strawberry tu macam jijik sangat. Oh mesti dia ingat tak sedap. Alah, orang kaya. Kalau bukan restoran mahal-mahal, mewah-mewah semua dikata tak taste.

Ariana dah mula membebel bercakap itu ini yang tidak baik pasal minuman yang diterimanya. Pengurus cafe pun dia suruh panggil. Aku kat sini dah malu orang ramai tengok. Maklumlah dia melenting tak ingat dunia.

Setelah dia maki habis pengurus cafe, dia minta jus strawberry yang baru dan mengikut cita rasanya. Aku menjeling menyampah.

Alang-alang dah malu, baik aku teruskan. Aku pergi dekat sebelah dia dan tak duduk tetapi aku ambil hot chocolate aku.

Splash! Hot chocolate aku menjunam jatuh atas kepala dia. Dah nama hot, kan kena dengan dia. Ariana kan hot juga kan? Dia menjerit-jerit ketika aku menuang air. Wah, satu saja rasa aku nak beri tahu. Rasa bahagia.

"Wei, apa pasal kau tuang air kat aku?! Sampahlah kau ni!"

Ariana dah macam orang gila berteriak. Tangan dia yang free, mahu menarik tudung aku. Hello, aku ni banyak tengok dramalah. So, tak akanlah aku semudah itu bagi kau sentuh tudung aku?

Aku kunci tangan dia kebelakang yang macam polis tangkap pencuri tu. Hah apalagi dengan peluang yang ada aku tarik rambut dia yang panjang tu. Rambut cantik, tunjuk-tunjuk kat orang! Tutuplah untuk tatapan suami kau nanti.

And yeah aku berjaya buat dia menjerit melalak macam orang gila. Orang ramai macam dah hilang dalam pandangan aku. Yang aku tahu, aku nak puaskan hati aku kerjakan budak tak matang ni cukup-cukup!

Setelah puas, aku menepuk tangan dengan gembira. Yeah, happy ending. Tirai pun ditutup.

"Aina, oh Aina. Sejuk karang hot chocolate kau tu. Duk menung apalah tu,"

Heish, suara siapa pula lah menjengah masuk dalam gegendang telinga aku ni. Oh Amirul! Alahai, aku hanya... berkhayal? Hm ingat betul tadi. Hancur berkeping-keping hati aku.

Kini, aku memandang pula Ariana. Dia menjeling aku menyampah. Cett! Dia tak maki hamun pun lah! Dah separuh jus strawberry tu dia telan. Ah, memang betul-betul bercanggah dengan apa yang aku khayalkan.

"Ah ya ya. Nak minum lah ni..,"

Aku menghirup hot chocolate itu. Yalah, dah sejuk sikit. Tak apalah, janji sedap. Setelah selesai minum air, kami pun bangun untuk pergi.

Dan semestinya hm satu kereta. Amirul sudah pun terlebih dahulu menekan button untuk membuka kunci kereta. Ariana yang tidak sedar diri pun mengambil tempat bahagian hadapan berganding dengan Amirul si driver. Ceh! Habis aku kena marah kalau cakap dia driver.

"Tak apa, aku duduk belakang."

Amirul pandang aku macam serba salah jadi aku katalah begitu. Aku pun mengorak langkah menuju ke tempat duduk belakang. Pintu aku buka dan yeah masuklah aku dalam perut kereta. Sampai sahaja aku tutup pintu, giliran Amirul masuk ke tempat duduk pemandu.

Aku terdengar dia menghela nafas kasar. Sebenarnya aku masih tertanya-tanya siapa Ariana ni kepada Amirul. Tapi, mulut aku bagai terkunci dan mungkin aku akan cari masa yang sesuai.

Kereta Amirul pun bergerak membelah jalan raya. Cett! Menyampah seketika aku membaca balik.

Jam sudah menunjukkan jam 10:30. Ada lagi masa setengah jam untuk mulakan misi. Kami diminta untuk pergi ke tapak pembinaan. Tapi aku tahu mesti driver Encik Bakar akan datang dan bawa ke tempat lain. Surprise gitu! Hm suka sangat.

Di dalam kereta. Hah ambil! Bunyi cengkerik pun tak terdengar lagikan pula suara manusia yang memang dah fasih berpetah. Kalaulah air cond berbunyi, aku yakin dia rasa kesepian kerana tak ada geng.

"Bukalah radio tu. Sunyi je,"

Aku memecah kesunyian yang ada. Amirul angguk lalu tangannya mendapatkan radionya dan memilih radio Era. Yeah, favourite stesen radio aku.

Akhirnya ada juga suara manusia berkumandang dalam kereta besar lagi mewah ni. Yalah walaupun tak nampak orangnya, setakat suara pun aku rasa dah cukup. Tak akanlah pula nak suruh Akim Ahmad tu menyanyi dekat dalam kereta ni. Eh tapi okey juga kan. Ada jugalah peneman dekat sebelah. Akim hensem apa.

15 minit pun sudah berlalu. Kami pun sudah tiba di tempat pembinaan. Kami turun dari dalam kereta. Yang anehnya, hanya aku dan Amirul saja keluar. Eh minah ni tak akan nak duduk dalam kereta pula? Em sekejap. Oh tak apalah. Tak adalah aku sakit hati dan mengumpat macam-macam.Tambah dosa saja.

"Amirul, bukalah pintu ni", Kaahh! Menyampah benor aku dengar dia cakap ala-ala manja. Hei, tergeliat semua urat-urat aku.

Amirul aku lihat macam buat muka kesal, tapi diturutkan juga permintaan mengada si Ariana ni. See, diorang macam ada apa-apalah. So tiba masanya untuk aku siasat. Eh wait.. Dia, dia hanya kawan aku aje kan sekarang? Tak lebih kan? Kenapa aku nak sibuk hal dia? Okey tak jadi siasat. Just terima dan harap tak muntah hijau if si gedik ni panggil Amirul sayang, darling, baby ke apa nanti.

Ya Allah, jagalah maruahku disini. Janganlah bagi aku muntah hijau disini. Tekakku dah terasa loyanya. Kalau ditambah perangai gedik Ariana tu, dah confirm aku akan muntah. Tolong ya Allah, aku tak nak.

Aku pun bersandar di bahagian hadapan sambil menyilangkan kaki. Wah, sejuk pula sekarang. Hari itu pergi, macam panas. Alhamdulillah lah kan. Tak payah si Amirul tu nak recommend dia punya topi. Ah, tak sanggup lagi aku nak terima lepas apa yang aku tengok pagi tadi. Ergh, ada hubungan apa dia dengan budak Ariana ni heh?!

Aku terdengar bunyi pintu tertutup. Mesti Ariana tu sudah keluar dan ya putera raja dia yang bukakan pintu. So, aku disini just sebagai dayang aje ke? Dia pemaisurinya? Tak hingin aku! Tak mahu aku ada majikan sebegini gediknya.

Selepas itu terdengar pula ketak ketuk ketak ketuk bunyi kasut tinggi dia pula. Oh aku harap kau tak jatuhlah ya. Sebab...

"Aduh!" Alamak, aku macam terdengar orang menjerit lah!

Aku pun memusingkan badan ke belakang. Pfftt! Nangka tak cukup kain jatuh lah! Okey, Aina jangan ketawa. Kalau tidak, habis bergaduh tarik rambut nanti. Jangan gelak. Mengundang masalah je nanti! Tapi, aku punya perut dah geli.

"Amirul! Tolonglah I! I jatuh ni,"

Geli-geliman aku dengar suara yang dibuat-buat manja tu. Hah itulah. Dah tahu nak pergi tapak pembinaan tak reti-reti nak sesuaikan pakaian. Dekat sinikan banyak batu. Kalau dah pakai kasut tumit tinggi 18 inci macam tu confirm jatuhlah. Alahai.

Amirul yang baru nak bersandar juga di pintu bahagian memandu mengeluh panjang. Hailah, bawa susah je perempuan ni! Tapi, yang anehnya Amirul untuk yang kedua kalinya dia menurut dan tidak membantah. Ergh, apa yang telah terjadi ni? Bumi dah terbalik? Sejak bila dia ikut-ikut cakap orang? Cakap aku pun liat sangat nak ikut. Aku memekik melalak baru nak turut itupun sebab nak berhentikan aku daripada terus membebel. Eee, geramnya aku!

Amirul pun membantu perempuan tu untuk bangkit. Dia tersengih-sengih dari Amirul nak datang dekat dengan dia sampailah dia nak berdiri sempurna. Sengih sampai ke telinga. Aku menjeling menyampah. Lagi-lagi dia tambah dengan suara-suara sakit tu. Aww, ew, aduh lah. Eh perempuan ni kan. Nak saja aku ambil dua buah pisang dan sumbat dalam mulut dia supaya berhenti mengeluh macam tu!

Tiba-tiba sampailah sebuah kereta. Aku meneliti jam di pergelangan tangan, em okey lambat 5 minit. Tak apa, daripada telinga mata aku bernanah mendengar dan melihat dua pasangan kekasih ni bermadu kasih! Ah, tolong berhentikan masa dan biarkan aku saja yang boleh bergerak. Izinkan aku untuk cekik dua merpati terlepas ni.

"Maafkan saya sebab lambat. Kalau dah sedia, bolehlah follow kereta saya dari belakang ya?"

Driver Encik Bakar macam penat sungguh, tersemput-semput dia bercakap. Aku mengalihkan pandangan kepada Amirul. Dia mengangguk lantas masuk kembali ke dalam kereta. Aku pun turut masuk, yang tak masuknya lagi hanya budak nangka tak cukup kain tu. Ergh, tak akanlah pula nak suruh Amirul bukakan pintu lagi? Hei jangan mengarut boleh tak!

"Amirul, please," Ergh dia buat muka simpati dia. Again! Ah, dan kali ketiganya Amirul turuti untuk membuka pintu untuk budak nangka jatuh tu. Walaupun dia mengeluh panjang lah, mengeluh kasar lah, apalah. Dia tetap buat. Pelik!

Setelah dia masuk, dia jeling pula aku. Okey, kau better pergi hospital pakar. Check mata kau tu mana tahu kalau tak diubati dengan segera kau akan menanggung jadi jeling selamanya. Jadilah kau Ariana Jeling! Gah! Sedap oh nama.

Amirul pun follow kereta driver Encik Bakar. Lebih kurang dalam 10 minitlah juga perjalananya. Dan eh? Kedai kek itu hari lah! Aik tak akan lah pula nak suruh buat kek pula? Tak akanlah?

"Jemput lah masuk. Encik Bakar ada di dalam menunggu kamu semua,"

Kami pun mengangguk dan terus sahaja masuk ke dalam bakery itu. Dan ya tadi Amirul lagi yang bukakan pintu untuk pemaisuri tu. Aku dah tak boleh cakap apa. Aku betul-betul macam dayang. Nak masuk, Amirul yang jalan terlebih dahulu dan si Ariana tu akan berkepit dengan Amirul. Aku jalan di belakang. Betul-betul macam dayang! Ugh, menyampah!

"Ha sampai pun. Lambat ke? Maaflah saya ada meeting tadi. Ini pun rushing datang sini."

Encik Bakar tersenyum simpul. Amirul pun mengangguk. Tetapi, Encik Bakar pula macam pandang semacam ke Ariana. Eh tak akanlah terpikat? Okey aku nak gelak besar lepas ini.

"Eh Ariana! Tengku Ariana kan? Anak Tengku Amran?"

What? Tengku? Ew! Betul ke apa yang aku dengar? And Encik Bakar kenal budak ni? Oh patutlah dia selamba dek je ikut Amirul datang sini. Kenal dengan Encik Bakar rupanya. Aku menjeling Ariana. Dia mengangguk lalu tersenyum manis.

"Ya, saya TENGKU Ariana Encik Bakar",

Dah kenapa pula dia stress kan dekat tengku tu? Ceh! Nak tunjuk lagaklah tu. Aku menjeling tajam.

"Kalau macam tu saya bagi tugas kat kamu berdua sajalah. You guys look sweet together. Em siapa nama you?"

Encik Bakar menunjuk ke aku pula. Aku macam robot ketika itu dan mengangguk berkali-kali.

"Siapa nama you, I tanya?"

Aku tersengih. Oh cakaplah tanya nama. "Aina, Encik Bakar."

"Em Aina just duduk je lah. Tak payah ikut serta. Tapi jangan risau kalau diaorang berjaya eh confirm I bagi lulus punyalah, I akan terima projek you all."

Aku terkelu. What? Habis tu apa motif aku datang sini kalau tak buat apa-apa? Aku mendengus kasar. Tapi aku hanya mengangguk perlahan. Senyum palsu terukir dibibir. Argh itu saja yang mampu aku buat. Kalau nak balik, aku tumpang Amirul. Memang secara paksanyalah kan aku akan tunggu diaorang sampai habis.

Aku disuruh duduk di atas kerusi yang berdekatan dengan meja Encik Bakar. Aku hanya terdengar sayup-sayup perbualan mereka. Pelayan-jangan risau-you berdua saja-I kena pergi dulu.

Entah betul entah tidak. Setelah itu, Amirul pula mendekat dan duduk dihadapan aku. Mestilah penghalang kami meja kan. Dia menghela nafas panjang. Ui, panjang sangat oh macam banyak tahap gaban dia punya masalah.

"Em kau kenapa ni?"

Dia mengeluh lagi.

"Aku tanya, kenapa ni? Boleh tak jawab aje tak payah nak mengeluh dulu? Eee geram tau aku dengan orang yang reti nak jawab soalan ni. Orang tanya jawab, karang kalau aku mengamuk habis bakery ni aku kerjakan. Hah baik kau cerita. Kalau kau mengeluh lagi sebagai jawapan, serius aku tolak kau dari kerusi tu biar jat-"

Dia mengeluh lagi. Ergh bukan apa keluhan dia annoying lah. Sakit pula hati aku.

"Aku nak buat dengan kau. Bukan dengan Ariana tu,"

Akhirnya dia mengadu juga dengan aku apa sebab dia asyik mengeluh. Aku memandang kerek. Eleh, entah entah suka boleh berdua-dua buat kerja dengan dia. Siapa je boleh baca isi hati kan?

"Aku serius lah. Aku nak buat dengan kau. Bukan dengan budak gedik tu!"

Aku tergelak kecil. Ceh! Lelaki. Yalah tu, fikir aku percaya ah? Huh. Aku hanya menganggukan kepala sebagai balasan.

"Jadi, apa yang Encik Bakar suruh buat?"

"Dia suruh kitaorang jadi pelayan dekat sini. Dia kata ada pelanggan yang banyak songeh tapi jangan risau tak ada apa-apa pun. Tak ada pelayan satu pun dekat bakery ni nanti maksudnya bakery ni kita jaga sekejap. Dia pun sama. Dah pergi lah tu."

Wuish panjangnya. Tapi, aku tengok Encik Bakar cakap macam sekejap je. Entah-entah Amirul sengaja nambah-nambah tak? Eh kisah apa pula aku kalau dia nak tokok tambah ke apa kan. Bukan ada kena mengena dengan aku pun. Aku dekat sini hanya memerhati.

"Oh dah dekat jam 12. Better siap-siap sebab lagi beberapa minit je bakery nak buka. Aku bantu tengok dan doa ya,"

Aku tersenyum. Kahkah, dah Encik Bakar bagi arahan macam itu. Rezeki jangan ditolak. Projek aku dapat tanpa ada satu kerja aku buat. Wah, lumayan juga ya Amirul bawa si tengku ni. Ceh, betul ke dia tengku?

Amirul mendengus geram sebelum pergi dari hadapan aku. Aku hanya mengekori langkahnya dengan sepasang mata. Aku lihat pula sekeliling. Actually tak ada yang patut tambah-tambah or kemas. Sebab semua dah tersedia. Harga makan. Duit ganti. Roti dan kek semua dah rapi tinggal ambil dan letak dalam pinggan ataupun bungkus. Dah siap.

"Kalau you tak ada apa-apa nak buat. Baik pergi ambil penyapu dan sapu sikit lantai ni. Berhabuk lah. Menguranglah sikit sakit mata I ni kan,"

Tengku ni pula bersuara. Ah, sudah sudah. Aku tak mahu panggil dia tengku lagi. Macam dia tu betul-betul permaisuri. Ugh, mana datang? Tak sanggup aku.

Aku memandang sekilas empunya suara dan segera buat-buat bodoh. Ingat kau siapa hah nak suruh-suruh aku? Pekak ke yang Encik Bakar dah cakap aku tak perlu buat apa-apa? Beginilah kalau bercakap dengan budak tak cukup matang. Semua benda tak boleh fikir panjang.

Aku dengar pula dia menghentak-hentakkan kasut tumit tingginya. Ya, baguslah. Kalau jatuh ke apa, jangan ingat aku nak tolong.

Bakery sudah pun dibuka. Aku hanya memerhati. Ada yang mula masuk sebagai pelanggan. Satu keluarga hah datang. Kira-kira dalam tujuh oranglah. Huih, ramai. Ada pula yang datang berdua and of course girl and boy lah.

Macam biasa mesti ada lah kedengaran bait-bait, kata-kata manis yang wow mungkin dikeluarkan oleh jejaka macam ni. Penggunaan kata ganti diri awak-saya juga digunakan. Ew nak muntah aku. Erm wait tak jadi. Aku dengan kawan-kawan aku dulu baru kenal pun awak-saya juga. So aku takkan nak jilat muntah aku sendiri. Kawan.. Aku pandang pula Amirul. Wah, sibuknya dia layan pelanggan. Senyum tak lepas.

"Hi cik adik. Tak makan apa-apa ke? Nak abang belanja?"

Hah pula. Aku pusing ke belakang. Eh... tunggu. Eee siapa mamat spec ni?! Muka nerd ada hati nak mengurat juga? Abang, abang. Geli pula aku dengar.

Aku pun senyap dan buat bodoh. Oh yeah aku nak dia anggap aku sombong and berhenti kacau aku.

"Eh cik adik ni. Orang tanya dia diam pula. Oi cik adik. Sembanglah sikit, kan cik adik duduk seorang,"

Aku mendengus kasar. Aduh, nak lari pun aku nak duduk mana. Tempat semua penuh. Nasib baik aku dah cop tempat ni dulu. Haih kacau je. Hah tak salah lagi. Ni mesti playboy cap kaki ayam ni. Semaknya!

"Oi Aina! Eee penat aku duk bercakap kau diamkan aku je? Kwajakk!"

Aku memandangnya pantas sambil mengubah ekspresi muka. Eh dia ni siapa? Kenapa tahu nama aku pula ni?

"Kau siapa ni? Macam mana kau boleh tahu nama aku? Kau pembunuh bersiri eh? Ya Allah, sedarlah sikit muka tu macam budak nerd tahu. Tak sesuai jadi pembunuh. Berhentilah buat kerja-kerja macam ni. Aku tahu mesti kau dah stalk aku dari dulu dan dah pasti nak aku jadi mangsa kan? Sebab itu dah tahu nama aku kan? Tolonglah, kalau kau nak apa-apakan aku ke ini public. Aku jerit semua pandang. Harap muka je hensem tapi ada hati nak muka pecah rumah. Bertaubatlah ya,"

Sekian dan terima kasih. Setelah selesai, aku memusingkan badan menghadapan ke hadapan kembali. Tak sampai 30 saat, hilaian tawa manusia terdengar. Pulak dah! Apa kena mamat belakang ni? Pembunuh bersiri tapi gelak macam pontianak misteri!

Tiba-tiba lelaki tadi duduk dengan selamba di hadapan aku. Amboi, suka hati dia aje nak duduk. Omg, aku kena bersiap sedia. Dia pembunuh bersiri. Jangan tertipu dengan wajah dia yang 'boleh tahan kacak juga ah' okey. Kalau dia cuba sentuh, cepat jerit!

"Eh kau tak ingat aku ke?"

Aku membuat mimik muka pelik. Aduhai pembunuh bersiri ni. Mesti ini salah satu cara umpan dia nak aku ikut dia. Selepas itu dia angkut aku dalam van ke lori ke dan bawa pergi satu tempat. Dibedahnya badan aku, dijual anggota, jasad yang tinggal dicampak dalam sungai. Eh tak boleh jadi ni. Aku kena bersiap sedia!

"Baik kau blah dari sini sebelum aku telefon polis,"

Aku cuba mengugut. Entah kenapa pula badan aku kaku semacam dan tak boleh gerak. Nak bangun dari kerusi tu pun tak boleh. Serius ah Encik Bakar ada letak gam ke apa kat kerusi supaya pelanggan dia sebelum pergi bayar dulu? Sebab tak nak jadi macam Encik Crab?

"Weh, aku kawan kau lah! Fariz! Kalau tak ingat juga, aku ambil ais batu letak atas kepala kau,"

Oh sekarang nak menyamar pula ya? Fariz? Eh hello pembunuh bersiri tak akan ada nama sebagus itu okey. Paling kurang pun Bob, Sani ke. Ini Fariz, fikir sesuai?

Aku pun membuat keputusan untuk bangun dari kerusi. Hah tiba-tiba ringan pula, tadi macam berat semacam. Aku mendengus geram.

Eh, ada pula tubuh badan depan aku. Pembunuh bersiri! Ah, aku kena larikan diri secepat mungkin. Amirul mana kau mirul? Aku mengalihkan pandangan ke sekeliling bakery. Hm dia sibuk layan pelanggan.

"Weh, aku kawan kau la. Kawan tadika kau, Fariz! Alah budak yang kau selalu ejek tu. Suka sangat menangis... dekat tadika,"

Pembunuh bersiri itu masih mahu menggelarkan diri dia Fariz. Menangis? Tadika? Fariz? Hm otak aku masih belum berjalan sepenuhnya. Aku pun buat keputusan untuk duduk kembali. Pembunuh bersiri itu pun duduk sekali.

Aku mengulum senyuman segaris. Tak apa, kalau dia berani buat macam-macam jerit aje la. Tapi tak kut, tak akanlah dia berani nak culik aku.

"Kalau macam tu, gaya kau pun macam dah kenal gila-gila dengan aku kan? Jadi, ceritakan serba sedikit tentang aku masa tadika dan apa aku buat dekat kau."

Hm sekarang dia tak boleh tipu dah. Sebab kalau bab tadika dan pasal diri aku sendiri memang aku ingat 100 percent. Kalau nak diingat balik rasa macam nak gelak guling-guling. Betapa jahatnya aku dahulu.

"Rambut kau pendek macam dora. Suka sangat menjerit dalam tadika. Siapa yang jadi kawan kau untung la sebab kau back up. Siapa berani kacau, kau belasah je. Lepas tu, kau selalu terlupa macam mana nak kira. Kira satu sampai sepuluh dalam seminggu pun tak lepas-lepas. Aku tahu pun sebab cikgu kasi tahu kat depan. Cikgu kan memang suka sangat cakap pasal kau, sakat kau."

Aku ternganga. Eh stalker gila! Apa yang dia cakap semua betul. Aku berlagak cover dengan mengangguk-angguk perlahan.

"Okey, teruskan."

Pembunuh bersiri a.k.a Fariz, membetulkan spec di matanya. Muka nerd macam dia pun boleh tahan hensem eh? Well, aku memang dari dulu setuju dengan pernyataan bahawa lelaki berkaca mata memang hensem. Sekarang memang tidak boleh dinafikan.

"Satu hari tu kau datang dekat dengan aku. Time tu memang aku nangis gila-gila sebab mungkin aku tak akan jumpa mak aku dalam masa tiga hari. Aku kena tinggal dekat rumah makcik angkat aku. Semua orang aku tolak dan tak nak bercakap. Belajar pun tidak mahu. Sekali kau datang, jeling-jeling aje mulanya. Aku tak ambil kisah tapi kalau kau datang dekat memang kau aku marah la sama macam aku buat pada budak lain."

Aku mengangguk faham lalu membuat muka okey-teruskan.

"Lepastu kau kata 'lelaki pun nak nangis. Aku pun tak nangis.' Memanglah kau tak pandang aku masa tu tapi yang menangisnya cuma aku je saat tu. Then aku marah kau. Marah teruk-teruk tapi kau buat derk je. Hari esoknya tak habis-habis kau ejek aku budak suka menangis sampailah akhir tahun. Akhir sekolah kau jumpa aku balik. Nak tahu tak apa jadi?"

Dia memandang aku lalu mengulum senyuman manis. Oh hati, sejak bila pula kau ni suka dekat orang muka nerd?

"Maafkan aku. Kau la suka nangis kenapa. Kan dah kena ejek hari-hari. Tapi jangan risau aku kawan kau tau. Kalau kita jumpa kau kena tegur aku dan pastikan kau tak nangis lagi."

Tiba-tiba sahaja bibir aku menutur ayat itu mengundang senyuman lelaki di depan aku makin lebar. Refleks tangan kanan aku hinggap dibibir. Em apa yang aku cakap tadi?

"See kau memang Aina yang aku cari selama ni,"

Makin lama aku tengok senyuman dia makin lebar. Seram sejuk pula tengoknya. Em Fariz? Aku mengherotkan mulut dan dahi aku berkerut-kerut menandakan aku sedang berfikir.

"Em Fariz.. Fariz Adli?!"

Dia mengangguk senang. Senyum pergh memang tak lupa. Tak akan pernah tanggal rasanya. Tapi, masih ada janggal dihati aku ni.

"Fariz yang aku kenal tak pakai spec rasanya,"

Dia senyum lagi. Ugh, aku tahu senyum itu sedekah. Kalau asyik senyum aje tanpa alasan yang munasabah memang mengundang kecurigaan juga.

"Well kau fikir kita ni dah berapa tahun tak jumpa? Dah tujuh belas sampai lapan belas tahun dah. Panjang kut masanya."

Aku mengangguk-anggukkan kepala tanda faham.

"Eh tapi macam mana kau boleh kenal muka aku? Based on apa yang kau cakap tadi, panjang right masanya. Jadi, macam mana boleh cam muka aku pula ni?"

Dia tergelak kecil pula sekarang. Hei tadi aku nampak dia macam harimau yang bersedia nak terkam. Tapi sekarang macam kucing yang sedang manja-manja dengan tuannya. Wah bezanya.

"Aku pasang spy akhir-akhir ni bila aku dah fade up cari sendiri. Sekarang aku kan dah kerja so tak ada masa sangat. Dengan gambar tadika yang aku jaga elok sampai sekarang dan nama penuh kau menjadi petunjuk jalan. Alhamdulillah rancangan Allah akhirnya dapat juga aku tahu. Muka kau pun tak banyak berubah. So mungkin sebab tu senang nak cari. But, seriously aku tak tahu okey kau kat sini."

Aku tersenyum selepas itu. Wah tak sangka kut. Sampai macam tu sekali dia cari aku. Kini dia memandang aku lunak. Okey kembali macam tadi dia pandang aku macam harimau yang bersedia nak terkam.

Lalu aku membuat muka kenapa-kau-pandang-aku-macam-tu. Dia tersenyum macam memahami saja.

"Aku gembira sangat. Gembira dapat jumpa kau balik. Walaupun kau anggap aku macam orang jahat tadi tapi tak apa. Aku faham. Kau.. Aina kau nampak cantik sekarang.."

Makin perlahan suara dia aku dengar. Namun, masih dapat aku tangkap bait perkataan itu. Aku hanya tersenyum kelat. Agak janggal menerima pujian oleh orang yang baru kita kenal. Erk, baru kenal? Kau ejek dia teruk-teruk dulu kau kata baru kenal?! Gila kau Aina!

Sedar tak sedar bermulalah kami berborak panjang pasal tadika. Cuma zaman tadika sahaja kenangan yang ada bersama. Lepastu pergi ke zaman sekarang. Kerja apa, tinggal mana apa bagai semua. Nombor telefon pun dah bertukar-tukar. Jadi memang senanglah nak contact lepas ni.

"Kau dah kahwin Aina?"

Aku membuat muka pelik. Erk! Dah kenapa tiba-tiba tanya aku soalan tu? Peliknya!

"Hello, 25 tahun pun aku tak lepas lagi tahu nak kahwin apa benda."

Dia tersengih macam kerang busuk. Tapi nasib baik muka kacak. Tak ada la aku menyampah nengoknya.

"Mana tahu. Sekarang ramai artis kahwin muda. Macam Erin Malik tu,"

Aku membuat muka toya. Gila apa nak samakan aku dengan artis tempatan tu? Erk tak perlu kut rasanya.

"Aku bukan artis sayang oi,"

Dia ketawa pula sekarang. Tiba-tiba aku pula ketawa. Entahlah, ketawa dia macam mengajak aku join sekali. So aku ikutlah kan.

Walaupun aku tak dapat join Amirul tapi okey apa aku dapat jumpa kawan lama bukan main aku. Terselit pula rasa rindu pada kawan tadika. Hm aku banyak buat salah dengan diorang. Asyik nak belasah aje.

Selepas dah berapa jam duduk situ Fariz terpaksa minta diri. Aku hanya mengangguk ketika dia mahu bangun.

"Jangan hilang lagi."

Dia pun pergi meninggalkan aku yang terpinga-pinga. 'Jangan hilang lagi'? Why so... entah tak tahu nak cakap apa. Aku pun hanya menyimpan dalam kotak fikiran. Kalau dikeluarkan melalui telinga kiri takut kena pakai balik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience