Bab 33

Humor Series 10658

Chapter 33

SUDAH 7 kali aku mundar-mandir depan katil bersaiz king ini. Ya, aku kira. Jangan tanya kenapa. Sambil itu sempat aku acah-acah menggigit kuku. Okey itu sebenarnya reaksi yang aku kaji bila tengok drama. Kalau gelisah mesti gigit jari.

Aduh mak ai. Kalau aku tidur dulu pun, ini katil dia! Dah cantik pula tu ada bunga mawar segala. Karang aku tebar balik katil ni habis berterabur semua bunga mawar ni. Okey, relaks.

Klak! Ceh, itu sebenarnya bunyi tombol pintu ya. Maksudnya, dia dah nak masuk! Dia! Dia masuk bilik ni. Okey relaks Aina. Buat muka biasa. Setelah itu muncullah segaris senyuman.

"Assalamualaikum," katanya. Perlahan-lahan aku jawab. Masih belum hadap dia ni. Setelah itu, aku rasa macam ada orang muncul di hadapan. Ah, kenapa bilik ni kecil sangat? Kenapa tak besar bangunan sekolah! Biar lama sikit dia berjalan.

"Kenapa tak tukar baju lagi ni? Ingat masuk bilik awal, dah siap semua. Tunggu saya ke?" Suara itu berbunyi lagi. Dia mengulum senyuman. Lelaki berbaju Melayu, bersamping warna krim ini ialah suami aku sekarang.

Aku mendongak sedikit. Helaan nafas keluar. "Ini rumah awak. Mana boleh suka hati saya aje nak redah,"

"Rumah saya, rumah awak juga sayang. Mandi jelah. Awak tu isteri saya,"

"Kenapa awak bohong saya selama ni?" Aku mula bangun daripada katil apabila dia berlabuh di sebelah aku. Haish betul-betul rapat pula tu.

"Bohong apa? Apa saya cakap? Mana ada saya bohong awak," dia menafikan. Sabar Aina.

"Kenapa Cikgu tak cakap saya ni tunang awak? Kenapa? Sengaja nak rahsiakan. Sampai satu keluarga saya pakat cakap tak tahu bila saya tanya siapa bakal suami saya," aku meluahkan rasa isi hati.

"Sebab saya tahu kalau saya tak rahsiakan mesti awak jauhkan diri dari saya. Awak tak akan ikhlas terima saya sebagai suami awak. Awak terima saya sebab ibu bapa awak suruh,"

Aku diam. Ah, betul juga. Senang betul dia menjangka semua ni. "Kenapa awak pilih saya? Awak cintakan saya ke?"

"Takdir Allah untuk saya pilih awak. Hm cinta," dia tersenyum. Eee tak serius la dia ni!

"Betul-betullah. Saya tanya, awak cintakan saya tak?"

"Awak cintakan saya?"

Aku pula diam. Orang tanya dia, dia tanya kita balik. "Saya tak cinta awak," jujurku. Aku mula duduk di atas tempat duduk bagi meja solek.

"Samalah," balasnya. Hah?! Dia tak cintakan aku, oh okey memang tak nampak pun. Tengok muka pun tahu. Jadi, kenapa dia pinang aku? Ya Allah, kalau macam ni boleh ke aku terima qadak dan qadar ini?

"Tapi, bila saya lafaz akad, saya yakin awak memang untuk saya. Cinta saya lahir bila akad itu terlafaz dari bibir saya,"

Terpegun aku dibuatnya. Tiba-tiba dia hulur tisu pada aku. Heh fungsinya apa?

"Mana tahu air mata awak jatuh nanti. Ayat saya menyentuh hati kan?" Dia tersengih. Ek eleh Cikgu ni! Mengada betul.

"Tak adanya. Dahlah tidur. Awak mandi dulu ke saya dulu?" Aku bangun dari tempat duduk itu.

"Mandi sama-samalah. Jimat masa. Hari dah malam ni," selama badak dia bercakap. Sakit aje hati aku bila bercakap dengan orang macam ni.

Aku hanya membuat muka menyampah dan terhasillah ledakan tawa lagi dari Cikgu ini. Dia ni mudah terhibur ke apa? Senangnya gelak!

Setelah selesai aku dan dia mandi, berasingan ya. Tak payah fikir ke laut sangat. Darat pun kau agak-agak nak lemas. Aku melabuhkan punggung di atas katil empuk itu. Helaan nafas dilepaskan.

Sebelah rumah. Suami aku sebelah rumah! Orang yang aku mengendap dari dulu, suami aku sendiri. Yang balas pandangan aku. Ya Allah, kecilnya dunia. Punyalah ramai lelaki nak dijadikan pilihan, jodoh aku dengan Cikgu tu juga.

Dia... jodoh aku? Betul ke? Tiba-tiba terasa tempat sebelah diduduki orang. "Lain kali, bagi salam ya cik abang. Kalaulah saya ada lemah jantung, nak ke awak tanggung?" Aku membuat mulut sekejap.

Dia tersenyum. Hai, murahnya senyum dia. Murah senyum yalah baik. Tapi, mesti dah ramai perempuan tumbang tengok senyuman dia. Lagi-lagi, student dia. Untunglah ada pensyarah kacak! Aku dulu, hm seangkatan dengan ayah aku aje.

"Mestilah saya akan tanggung. Awak dah jadi tulang rusuk kiri saya tau?"

Aku menjungkit kening. Yakinnya akulah pemilik tulang rusuk kiri dia tu. "Pernah terfikir tak?"

Berkerut dahi Cikgu. "Fikir apa?"

"Perkahwinan ni takkan lama? Saya tak tahu apa sebab awak nikah dengan saya, tapi awak tak pernah cintakan saya. At least, kenal saya dulu, itu pun tak!"

Dia angkat kedua kakinya ke atas katil, bersila. Aku juga mengikut rentaknya. "Kita merancang, tapi Allah tentukan. Kata-kata itu doa. Kalau kita kata buruk-buruk, buruklah jadinya. Saya nak kita sama-sama berusaha saling ada perasaan yang sama,"

"Awak tak kenal saya. Awak tak tahu baik, buruk saya. Macam mana nak ada perasaan yang sama kalau macam tu?"

"Awak ni kan. Okey, saya beri satu contohlah. Banyak dah kes couple 4, 5 tahun. Bila dah kahwin, bila dua hari, tiga hari berpisah. Sebab apa? Manisnya dah hilang sayang. Semua dah buat, apa yang tinggal? Sebab tu saya pilih untuk bercinta selepas nikah,"

Dia tersenyum. Aku mengangguk. Eh?! Kenapa lagak aku macam faham? Tak, aku masih belum puas hati. "Hm.. tapi.."

"Awak ni banyak tanyalah. Ke awak memang tak nak kahwin dengan saya?"

Aku menggeleng laju. "Eh mana ada! Saya nak kahwin dengan awak. Nak sangat!" Aku menutup mulut pula. Ah, pulak! Dah kenapa sebut aku nak sangat kahwin dengan dia?

"Oh ya?" Dia mendekatkan dirinya dekat dengan muka aku. Alamak! Aku ke belakang. Belakang lagi. Belakang lagi. Ah, sudah. Dah sampai dinding pula.

"Jomlah," katanya lagi.

"Ke mana? Eee tak naklah. Tak nak, saya suci dalam debu lagi. Haa tak nak," aku menggeleng kepala beberapa kali sambil mengerut-ngerutkan muka.

"Haish, ke situ pula. Jom tidurlah. Awak kat sebelah kiri, saya kanan. Dah jom, jom. Isyak dah kan?"

Aku menghembus nafas lega. Sambil itu, aku mengangguk kecil bagi soalannya. Eh sekejap? Satu katil? "Eh? Laa awak tidurlah sofa! Saya tidur atas katil. Pergilah," aku menolak-nolak badannya. Eh so what? Aku dengan dia halal.

"Tak payah acah-acah sangat. Tidur aje atas katil. Mengada suruh saya tidur atas sofa. Ingat sedap ke? Jangan risaulah. Bukan saya nak buat pun,"

"Awak mana boleh dipercayai! Ala sanalah. Katil saya punya,"

"Siapa kata? Ini katil saya tahu. Dah tidur, tidur. Ke nak saya 'makan' awak? Nak?"

Aku menggeleng cepat. Ah, jangan main gila Cikgu oi! Ada juga kena WWE dengan aku ni. Makan, makan. Ingat aku makanan ke?

Aku pun baringlah di sebelah kiri. Jarak dia dengan aku dibatasi bantal peluk. Siap diberitahu, kiri sempadan aku, kanan sempadan dia.

"Kenapa pakai tudung? Eh saya boleh tengok aurat awak okey," Cikgu menghadap aku. Aku pun sedang menghadap dia. Alala, kalau dalam drama ni dah confirm, confirm aku kata sweet. Tak sangka ia terjadi pada aku sendiri. Ini sweet ke sour?

"Suka hati oranglah. Dah, tidur. Saya mengantuk ni,"

"Selamat malam. Mimpi indah, mimpikan saya pun boleh. Assalamualaikum,"

Aku mengelip-ngelipkan mata. Salamnya dijawab dalam hati. Mimpikan kau ya? Jangan nightmare sudah.

"Sana, sana, sana! Eee sanalah!" Aku memukul-mukul lengannya.

"Sakitlah. Hish kata mengantuk tadi. Pukul tadi macam banyak aje tenaganya," Cikgu menarik muncung. Alah, kenapa boleh comel pula ni!

"Suka hati aje nak peluk orang. Awak peluk saya lagi, denda 50 sen."

"Eh, macam tu pula. Okey. Kalau awak peluk saya, awak hutang satu ciuman pada saya! Boleh?"

"Eee apa ni? Saya kenakan denda 50 sen, awak suruh satu ciuman. Mana adil,"

"Oh yakinlah ni awak akan peluk saya? Alah nikmatnya hidup,"

Aku menampar lagi lengannya. Dia tergelak-gelak. Mashaa Allah. Lagi aku tampar, lagi dia gelak. Ada something wrong ke dengan urat saraf badan dia? Ada tersalah sambung?

"Awak comel!" Jeritnya ke telingaku. Why I'm blushing right now?!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience