Bab 35

Humor Series 10658

Chapter 35

AKU mengurut dada lega. Cakap bodoh, marah. Tak nampak ke aku kat tengah-tengah jalan masa tu? Lampu merah kut! Lampu hijau untuk pejalan kaki. Tak pandai memandu, tak payah menggedik nak bawa kereta.

Menyusahkan orang saja. Aku masih berjalan ke tempat parking. Aku ke seberang saja nak ambil ubat untuk Cikgu tu, hari ni demam pula. Tak ada angin, tak ada ribut. Tiba-tiba demam. Entahlah.

Tiba-tiba aku terdengar bunyi hon kereta. Terloncat sikit aku jadinya. Sekali lagi aku mengurut dada. Ya Allah, berilah aku kesabaran. Aku menoleh ke belakang. Lah, kereta siapa pula ni? Dahlah tak kenal, sibuk nak hon-hon aku pula.

Perlahan-lahan orang dalam kereta tu menurunkan cermin kereta. Hm, perempuan. Lalu, dia buka cermin matanya pula. Lah, minah mekap tebal rupanya. Ada apa lagi ya? Urusan aku dengan dia ada lagi ke?

"Hidup lagi kau ya,"

Pergh, kasarnya bahasa. Aku mengecilkan bola mata pandang dia. Ei besar kecil besar kecil aje aku tengok minah ni. Bibir merah menyala.

"Dah, kau jalan aje. Tak payah rajin sangat nak tegur-tegur aku. Menyampah aku tengok muka kau," kataku segera lalu menekan punat di kunci kereta. Berbunyilah kereta aku menandakan kereta sudah tidak berkunci.

"Panjang juga umur kau ya. Hampir aje aku buat kau masuk ICU hari ni. Tapi, tak apalah. Rezeki tak ada kan," dia tersenyum. Kereknya minah ni.

Oh dia la bawa kereta macam orang mabuk tadi. Oh dah berniat nak langgar aku la ni? Alah, jujurnya. "Tolonglah. Bodoh tu simpan sikit. Jangan dipamerkan, orang tak bangga pun tengok. Kalau betul aku masuk ICU, tengoklah. Aku saman kau,"

Rasa nak tumbuk aje minah ni. Dia hanya ketawa kecil yang sangatlah palsu. Mengalahkan bunga palsu yang selalu si lelaki berikan kepada si perempuan atas permintaan maaf. Aku membuka pintu. Baik aku pergi dulu.

"Oi ingat! Aku tengok kau layan Amirul lagi, siap kau. Aku buat lebih teruk lagi. Kalau aku tak dapat Amirul, kau pun tak boleh dapat dia!" Dia terus menaikkan kembali cermin kereta dan terus pergi.

"Kalau aku tak boleh dapat Amirul, kau pun tak boleh dapat dia. Wuu, takutnya saya." Aku buat mimik muka sambil masuk dalam perut kereta. Apalah sangat dia boleh buat. Macamlah aku takut.

"NAH, minum ubat ni." Aku memberi ubat yang aku bawa dari klinik tadi. Tangan lagi satu memegang satu gelas air suam. Dia menelan ubat itu dan mencapai air yang aku pegang pula.

"Terima kasih. Maaflah, sepatutnya saya yang jaga awak. Ini terbalik pula," ujarnya seperti kesal. Aku tersenyum tipis. Alah, comelnya Cikgu ni.

"Normallah awak. Demam aje. Saya pun boleh urus awak. Hah dah. Saya buat bubur sekejap. Awak tunggu sini," aku mahu bangun dari katil tetapi dia terlebih dahulu memegang tangan aku.

Terduduk terus aku. Berkerut dahi aku dibuatnya. "Kenapa?"

"Temanlah saya," rengeknya. Rengeknya okey. Ya Allah, manjanya dia!

"Hm yalah," aku duduk kembali di atas katil. Mengada dia ni. Aku pun duduklah dan entah kenapa situasi jadi awkward. Jadi, aku memilih untuk diam.

Mungkin disebabkan tak ada bunyi apa-apa, Cikgu memandang aku. Serius. "Apa?" Tanyaku, curious.

"Kenapa awak tak pernah cerita kat saya yang awak dan Khaisara cousin? That I was not so important to you till your big family also I don't need to know?" Wajahnya agak berang dan aku tak suka hal itu.

"Mana ada. Dah awak tak tanya. Lagipun, perlu sangat ke saya beri tahu? Dan penting sangat ke untuk awak tahu?" Tanyaku kembali.

Dia diam. Berkerut lagi dahi aku. Selepas itu reaksi wajah aku menjadi datar. "Awak dah kenal Khaisara sebelum ni ya?" Tanyaku pantas.

Dia terkejut dan aku rasa aku tahu jawapannya. Tapi, aku tak nak bersangka buruk. Jadi, aku tunggu jugalah apa yang dia akan jawab. Dia mengeluh perlahan.

"Taklah. Saya tak kenal pun dia. Apa pula awak cakap macam tu. Okey lupakan. Hah saya nak tanya satu soalan lagi. Boleh?"

"Hm cakaplah," he spoil my mood. Aku rasa macam nak cekik hidup-hidup aje lelaki ni. Lupakan? Kau dah buat aku tertanya-tanya lepastu suruh lupakan? Hah yalah memang aku jenis suka ikut cakap orang.

"Nak tak kita pindah?" Tanyanya. Sekali lagi berkerut dahi aku. Pindah? Pindah rumah ke maksudnya?

"Pindah rumah?"

Dia mengangguk lalu tersenyum. Aku tersenyum lebar. Lupa sudah apa yang dia cakap sebelum ni. Ya, memang aku baran dengan dia tadi tapi dia kata nak pindah rumah weh. Siapa tak suka?

Eh sekejap. "Awak ada rumah? Tak cakap pun," kataku sambil memuncung bibir. Dia tersenyum kecil lalu mencubit pipi sebelah kanan aku dengan tangan kanannya. Cepat tangan aku menepuk tangannya yang semakin lama, suka mencubit pipi aku.

"Sakitlah. Aduh, tengok. Merah dah," aku mengusap pipi. Sakit pula.

"Saya memang ada rumah. Area Putrajaya. Dalam 2 bulan yang lalulah siapnya. Saya memang buat rumah tu khas untuk isteri saya bila saya dah kahwin. Dan sekarang, you are my wife." Dia mencubit belah kiri pula.

Ya Allah, memang tak padan dengan sakit! Orang demam buatlah cara demam. Ini menyakitkan hati orang lain pula. Sabar, Aina.

"Okey. Berhentilah buat pipi saya memerah. Sakit tahu? Oh ya, awak dah tanya ibu dan ayah awak ke? Diorang tak keberatan bila awak nak pindah rumah? Yalah, awak kan anak tunggal."

"Diorang tahu saya. Lagipun, besan sebelah rumah aje. Senang. Sekarang, terserah pada awak saja. Nak atau tidak?" Katanya.

Pantasku mengangguk cepat. Tiba-tiba dia bangun dari baring separuhnya. Bergerak ke arah aku. Tergamam aku sekejap. Kaku. Tak sampai satu minit berakhir, kucupan hangat terasa di dahi.

Dia tersenyum dan memegang tangan aku. "Terima kasih sebab sudi terima saya. Walau saya tahu, awak belum lagi cintakan saya. Sayangkan saya. Tapi, saya akan usaha untuk dapatkan kasih awak. Saya akan jaga awak sepenuh jiwa saya. Terima kasih cinta hati saya."

Perlahan-lahan aku menganggukkan kepala. Di samping malu ditenung begitu lama, entah kenapa terasa hangat di pipi. Titisan air mata jatuh membasahi pipi. Ya Allah, kekalkanlah aku dan dia. Jadikanlah aku seorang isteri yang solehah. Buka hati aku untuk mencintai dirinya.

"AINA!" Terangkat terus wajahku dari terus menunduk. Ya Allah, sakit jantung aku. Siapa pula panggil nama aku ni? Agak sikit. Habis lupa berapa aku kira stok tadi. Sudahlah Kak Sa'diah nak tengok hasil data hari ni.

"Ya, apa hal Rafiq? Kacaulah. Aku tengah sibuk ni." Marahku sambil bangun daripada terus mencangkung.

"Sorry sorry. Ada Datin cari kau kat dalam bilik tetamu. Cepatlah, macam urgent. Muka dia pun macam nak nangis. Cepat tau," Rafiq terus tutup pintu selepas itu.

Datin? Datin mana pula ni? Ada aku pernah buat appointment dengan mana-mana Datin ke? Aku menjungkit bahu lalu meletakkan fail di atas meja dan terus membuka pintu bilik. Langkahku lajukan agar cepat sampai ke bilik tetamu.

Pintu terkuak dari luar. Langkahku perlahankan apabila sudah masuk ke dalam bilik tetamu di mana dia duduk di kerusi solo yang membelakangkan aku. Aku segera berjalan mendekatinya.

"Assalamualaikum, Datin... Asmaniza?" Terkejut aku melihat wajah wanita ini. Ya Allah, mimpi apa aku semalam? Kenapa kena jumpa juga dengan dia ni? Urgent? Eh takkanlah sampai ke sini dia nak belasah aku?

"Aina, saya minta tolong sangat. Ikut saya ya?" Dia terus bangun dari duduknya dan memegang tangan aku secara automatik. Cepat aku lepaskan, macam kena kejutan elektrik.

"Apa Datin cakap ni? Saya tak fahamlah. Ikut ke mana? Nak culik saya ke? Nak campak saya kat Sungai Klang? Sudahlah Datin. Saya dah janji kan tak akan kacau anak Datin," getusku.

Datin Asmaniza mengusap pipinya. Air mata jatuh. Kasar sangat ke bahasa aku sampai dia nangis segala ni? "Ma.. maaf Datin. Saya tak bermaksud nak buat Datin kecil hati. Tapi betul saya tak ganggu Amirul lagi," kataku lagi.

Dia memegang tangan aku pula. "Aina.. maafkanlah saya. Jangan hukum saya melalui anak saya. Tolonglah, Amirul pengsan tak bangun-bangun sampai sekarang. Tak boleh dikatakan koma sebab tak menepati syarat. Tapi, dia asyik mengigau panggil nama Aina. Tolonglah, ikut saya ke hospital."

Terangnya. Aku terpaku. Amirul masuk hospital? Pengsan? Macam teruk saja bunyi. Aku menarik nafas sebelum memberi jawapan. "Saya isteri orang sekarang Datin. Tak manis untuk saya melawat lelaki lain malah sudah beristeri pun. Saya minta maaf, saya tak dapat bantu."

Selepas memberi salam, aku berjalan menuju ke pintu meninggalkan Datin Asmaniza. "Aina. Bantulah saya. Maafkan salah saya. Kali ini saja. Marahlah saya, pukullah saya. Tapi, jangan buat Amirul macam ni. Mungkin kalau kamu lawat dia, dia akan bangun. Tolonglah saya,"

Rayuan Datin Asmaniza membuatkan aku memberhentikan langkah. Ya Allah, jahat sangat ke aku kalau menolak permintaan wanita tua ini? Wanita yang hampir sebaya ibu aku sendiri. Aku berpusing ke belakang. Lalu menganggukkan kepala.

LANGKAH yang semakin cepat dibuat. Sampai sahaja di satu bilik khas, bilik VIP, aku terus terhenti. Betul ke apa yang aku buat ni? Cikgu! Aku belum beri tahu dia lagi aku datang sini. Ya Allah, apalah yang akan difikirkan Cikgu tu kalau dapat tahu aku pergi lawat Amirul.

"Kenapa Aina? Kamu.. tak ubah fikirankan?" Tanya Datin Asmaniza. Aku segera menggeleng.

"Beri saya masa untuk berada di luar sekejap. Saya janji akan masuk. Tolong ya Datin?"

Aku tahu dengan berat hatinya Datin Asmaniza masuk ke dalam bilik itu. Satu keluhan aku lepaskan. Tanganku terus capai telefon pintarku yang ada dalam beg tangan. Apabila nombor yang ingin dipanggil sudah ada dalam talian, aku letak ke telinga.

"Assalamualaikum, awak saya nak bagi tahu ni. Saya ada kat hospital sekarang. Kawan saya sakit,"

"Eh tak payah-payah. Saya boleh balik naik teksi nanti. Awak tak kisah kan?"

"Em... lelaki."

"Hah ya baik! Janji saya tak nakal. Okeylah assalamualaikum." Aku terus menutup talian. Seketika aku tergelak kecil. Boleh pula dia kata jangan nakal-nakal kat sana. Kalau dia jealous nanti, aku pun rasa sakit sama.

Yalah katanya aku ni tulang rusuk kiri dia. Aku menarik nafas dan menghembus. Tombol pintu aku pulas dan masuklah aku dalam bilik serba lengkap dan mewah ini. Ya Allah, tabahkanlah hati aku.

"Aina, cuba Aina panggil dia. Mungkin lepas dia dengar suara kamu, dia akan bangun." Pinta Datin Asmaniza. Aku mengangguk ragu. Lalu, aku duduk di atas kerusi yang disediakan.

"Amirul.. aku ni Amirah. Bangunlah. Mak kau dah risau ni kau dah lama tak bangun. Tak kesian kat mak kau ke? Bangunlah Amirul," panggilku dengan suara yang agak malu.

Yalah, mak dia ada kat sini kut. Gila tak malu. Aku mengangkat muka melihat wajah Datin Asmaniza. Dia seperti seakan-akan faham dan meminta diri. Aku menghembus nafas lega.

Relaks, tak payah gelabah. Memang berdua-duaan dalam bilik ni tapi ada CCTV, ada mak cik cleaner yang bila-bila boleh sergah masuk. Dan ada Allah memerhati.

"Amirul. Bangunlah.. sampai bila kau tak nak sedarkan diri macam ni? Sedarlah. Kau masih ada ibu, ayah, isteri. Kau masih ada tanggungjawab. Bangunlah. Kesian kat mak kau,"

Aku tak tahu sama ada dia dengar atau tidak. Tapi, dah itu yang mak dia suruh. Aku hanya usaha. "Amirul.. bangunlah," panggilku lagi.

Aku mengeluh berat. Lalu, aku bangun dari tempat duduk dan berjalan keliling katil hospital itu. Menunggu. Agak sampai 30 minit jugalah aku kat situ. Lalu, aku duduk balik bila dah tahu hari dah dekat nak Asar.

"Amirul, bangun tau. Aku nak balik ni. Bangunlah demi mak kau. Aku tahu kau boleh. Aku balik dulu ya. Assalamualaikum." Aku bangun dan menoleh ke belakang. Belum sempat aku nak melangkah, posisi aku jadi statik.

Amirul pegang beg tangan aku. Aku nampak dia perlahan-lahan membuka kelopak mata. Bibirnya merekah membentuk senyuman. "Duduklah,"

Aku kembali duduk. "Tolong ambilkan aku air. Aku haus," pintanya. Terus saja aku memberi segelas air kosong. Selepas dia minum, aku letakkan kembali atas meja.

"Terima kasih sebab datang. Tak sangka kau masih pentingkan aku. Aku ingat kau dah memang benci aku," kata Amirul dengan suara serak basahnya. Mungkin sebab lama tak sedarkan diri.

Kurang-kurang seminggulah. "Mana ada aku benci kau. Aku masih anggap kau kawan akulah. Sebab tu aku setuju nak jenguk kau bila mak kau minta,"

"Mak aku suruh?" Aku menganggukkan kepala apabila dia bertanyakan soalan yang pelik bagi akulah.

"Aku dah cerai dengan Ariana. Dia ada plan nak bunuh mak aku sebab dia rasa mak aku saingan bagi dia. Sebab aku lebih pentingkan mak aku dari dia. Dia marah, dia tolak aku sampai aku pengsan. Lepastu, aku tak ingat apa dah."

Aku menganggukkan kepala. "I'm sorry to hear that. Tak apa, ada hikmah di sebalik yang terjadi. Sekarang Allah bayar cash aje. Nanti dia dapat balasan juga,"

Dia turut menganggukkan kepala lalu tersenyum. "Boleh beri aku peluang?"

Berkerut dahi aku mendengar soalan dia. "Peluang apa?"

"Peluang untuk bahagiakan kau. Sudi jadi isteri aku?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience