Bab 2

Humor Series 10658

Chapter 2

Sekarang…

"Aina! Oii Cik Aina Amirah?"

Aku tersedar dek kejutan Suzy yang memang suara macam nak sampai bangunan sebelah. Berteman wajah sugul, aku memandang muka Suzy yang memerah. Pasti geram dengan tingkahku yang tak melayani dia. Selepas itu, barulah aku menguntum senyum berharap dia cair dengan senyuman aku. Kah!

"Ada apa Cik Suzy? Ada yang boleh saya bantu? Tak payah nak bercik-cik sangatlah dengan aku. Meluat aku dengar," aku memandang Suzy seketika lalu memerhati kertas kerja yang berselerak di atas meja.

Baru aku teringat yang aku dari bilik bos sebab kena betulkan balik dokumen yang aku buat. Banyak kesalahan tatabahasa katanya. Mahu tak mahu, terpaksa jugalah aku ikut. Itu untung lagi, aku tak dimarahi. Marah? Berani nak marah? Ceh!

"Dah berkali-kali aku panggil nama kau tak berjawab. Nasib baik aku tak panggil dengan nama bapa sekali. Kau ni pun satu suka sangat mengelamun. Kau kenapa ni? Ada masalah ke? Cerita ah,"

"Tak ada apa-apalah. Aku cuma teringat cerita-cerita dulu," aku menopang dagu. Cett! Gaya macam dilema sunguh. Macam berat sangat kisah dulu tu.

"Cerita dulu? Apakah? Kau teringat seseorang ya? Betul tak? Kekasih lama ya?" Suzy tersengih memandang aku. Haish, minah celup ni ikut sedap mulut dia aje.

"Amboi, sedap sungguh Cik Suzy kita ni bergurau senda. Tak taulah pula pandai berjenaka. Serius saya tak sangka," aku tersenyum seusai itu. Haa makan dah macam pantun.

"Alah, tahulah Melayu dia power. Nak lawan aku pula. Pergilah kau. Kacau je." Eh? Dia datang tempat aku ke aku yang datang tempat dia sekarang?

"Eleh, dah kalah mengata orang pula. Pigi dah!" Balasku lagi.

Pejabat tiba-tiba saja riuh. Entah apa yang diriuhkan, tak nak pula aku nak menyertai. Rasa mengantuk pula. Menyesal aku layan tonton.com layan drama Melayu semalam. Habis mengantuk hari ni.

Oh Haikal dah sampai rupanya. Patutlah riuh semacam. "Hoi hoi! Apa bising-bising ni?" Aku segera menerjah masuk ke dalam kumpulan dengan bersempit-sempit. Ah lantak siapa jatuh, janji aku dapat masuk.

Sekarang, semua mata memandang aku. Alahai, rasa menyesal pula masuk tanpa bagi salam. Malulah, tiba-tiba senyap masa aku masuk. Aku berdeham kecil. Lalu, aku terlihat banyak piza di atas meja. Wah, siapa hari jadi ni?

"Wah, banyaknya! Hari jadi siapa ni? Banyaknya piza!" Ujarku teruja. Bukan apa, Pizza Hut ni. Bukan selalu aku boleh makan Pizza Hut percuma macam ni. Sudahlah mahal, aku lebih rela beli Domino's je. Tak, lagi rela aku makan nasi goreng mamak hujung simpang rumah aku. Lagi murah.

"Mana ada orang hari jadi. Encik Haikal belanja la." Haliza menyambut soalan aku. Aku memandang Haikal. Dia hanya tersengih-sengih membalas pandang. Eh, buang tabiat ke dia ni? Tiba-tiba aje baik hati nak belanja. Aku hanya mengangguk-angguk faham. Nak tanya lebih karang, tak dapat aku nanti piza ni.

"Eh, tunggu apa lagi? Ambil la seorang satu kotak dengan air ni," Aku melopong. Satu kotak?! Fuyo, kaya bos aku ni. Mereka pun segera mengambil piza yang digemari. Aku pun tidak terkecuali. Tak perlu berebut-rebut sebab Haikal beli memang lebih dari cukup.

Semua sudah kembali ke meja masing-masing. Namun, hanya aku dan Suzy masih setia berada di meja itu. Tempat Haikal letakkan piza di atas meja agak jauh dari meja pekerja lain.

"Huish, baik pula kau hari ni. Dapat awek baru ke?"

Suzy menganggukkan kepala menyetujui kata-kataku. Aku masih membelek kotak piza di hadapan mata yang masih panas. Terliur juga aku di sini. Air yang berada di kanan, sesekali aku ambil dan menyedutnya perlahan. Nikmat minum air sejuk kala panas menguasai bumi Malaysia ni.

“Tak adalah, apa pula cakap macam tu. Aku setia lagi dengan kau,”

Mendengar Haikal atau bos aku di sini berkata begitu cepat saja aku menjeling wajahnya. Selepas dijeling, aku mencebikkan muka pula. Nak buat aku tersentuh, tapi tak jadilah tu. Iman aku masih kuat tahu. Suzy pula terkekek-kekek di sebelahku. Haikal tersengih kerang busuk.

“Aku lagi rela kau curang dengan aku. Boleh break up terus,” sambil itu aku memandang muka Haikal yang cemberut.

Tak mahu menunggu lama, aku terus sahaja duduk di kerusi yang ada. Terus dibuka piza yang ada di hadapan muka. Ini baru menggugat iman! Punyalah sedap mata memandang, lazat bila dimakan. Apa lagi, aku ambil sekeping dan menggigitnya. Nikmat sungguh. Aku membuka mata setelah menikmati.

Ternyata kedua sahabat aku ini sedang memerhati. Aku sekadar tersenyum comel.

“Sedap makan nampak? Jemputlah bakal suami awak ni dulu, boleh makan sama-sama. Jemput si Suzy, pengapit kita nanti. Sayang ni macamlah tak biasa,”

Aku membuat muka loya mahu termuntah. Suzy tak tunggu lama dah. Dah berapa baldi dia menangis kegembiraan kerana kata-kata yang keluar dari mulut Haikal. Yalah, bagus sangatlah. Satu dapat kawan gila, satu dapat kawan kaki ayat. Indahnyalah hidup aku ni.

Lalu, mereka pun turut duduk di meja yang sama. Kami makan bersama di meja memandangkan semua pekerja di pejabat pun turut melakukan hal yang sama. Yang tak tahannya, Haikal siap tiga kotak untuk dia seorang. Tak apalah, dia bos. Dia juga yang belanja. Aku tak iri hati sangat.

“Oh ya, aku masih tertanya-tanya ni. Kenapa baik hati sangat nak belanja makan piza ni?”

Haikal tersengih menampakkan giginya. Eleh. Nak kata dia comellah tu.

“Kita kan baru menang projek dua minggu lepas tu. Aku belanja la staf. Kau orang semua kan dah macam family aku dah,” aku sekadar mengangguk-angguk. Kami pun meneruskan makan. Orang dah belanja tu, baguslah. Murah rezeki dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience