Bab 32

Humor Series 10658

Chapter 32

PELUH di dahi aku kesat. Ceh, macamlah kipas kat rumah ni tak pernah cukup. Aku memperelok kembali bunga hiasan yang berada di dulang hantaran. Kerja aku sebenarnya cuma mengacau saja.

"Weh dahlah tu. Dah berapa kali aku buat kau teraburkan aje tau. Ei aku tangan baru tau," komen Arisya. Suzy dan Khaisara ketawa terbahak-bahak.

Aku menarik muncung. Amboi, sukanya! Tangan aku yang masih ligat mencucuk baki bunga hiasan pada spannya. Habis rosak span hijau itu. Aku menjungkit kening. Ah, biarlah. Kata aku bakal ratu sehari?

"Okey kalau dah macam ni gayanya, baik kau tolong aku letak gula-gula ni dalam benda alah ni. Plastik ini satu," Arisya memberi aku satu paket cloud 9. "Ini satu," lalu diberi pula paket cadbury bentuk bar.

Dan seterusnya hingga membentuk lima jenis manisan. Hm sedapnya! Oh ini ke yang nak jadikan hantaran? Wah, nikmat gila kalau makan ni sensorang. Oh semestinya aku rasa dia tak makan. Kurang-kurang pun, anak buah dia ke yang lahap.

Aku pun buatlah kerja yang disuruh. Lagi tiga hari nak menuju hari yang bakal membuatkan hidup aku berubah seratus peratus. Kata penceramah masa aku sekolah menengah, kalau wanita yang sudah beristeri, tempat lelaki dalam hati akan naik sedikit berbanding ibu dan ayah.

Semestinya selepas kedudukan Allah dan Rasul. Ha, see? Mana tak berubahnya. Lepas ni kalau nak hang out dengan kawan-kawan, kena minta permission terlebih dahulu. Untung kalau dia beri, kalau tak? Redha? Hah, mampu ke aku redha?

Kalau aku melawan cakap dia, hah sebiji jatuh dosa. Dia garang tak eh? Yang penting, dia suka kucing tak? Serius ni, aku dah tekad nak bela kucing lepas kahwin. Ha ha ha. Memang dari sekolah menengah aku rancang.

Sebab kalau kat rumah, Abang Afif a.k.a angah, asma. Bulu kucing ni kadang-kadang gugur. Lagi teruklah kan asmanya nanti. Aku hanya berpeluang bermanja dengan kucing jiran, kawan atau jumpa kat pejabat je.

"Amboi, termenung apa tu?" Tegur Khaisara. Oh, tinggal aku dengan dia saja rupanya. Tak sedarnya aku. Khusyuk berangan atau buat kerja aku ni?

"Tak ada la. Mana budak dua ekor tadi? Lama sangat ke aku mengelamun sampai dua orang tu aku tak nampak mereka pergi?" Soalku. Kadang-kadang aku memanjangkan leher untuk melihat kelibat Arisya dan Suzy.

"Tolong opah kat dapur. Lama la juga sampaikan aku dah siap pula buat hantaran ni. Dah tiga dah," Khaisara menunjukkan tiga dulang hantaran yang siap dia buat. Aku cuma mencebik. Ala, nak kata aku lembap buat kerja la tu.

Tanganku masih ralit menyusun atur manisan-manisan tersebut. Wah, cantiknya kombinasinya. Warna yang terhasil sangat harmoni. Ceh, nampak tak macam aku ambil matapelajaran seni masa sekolah dulu?

"Weh kau kenal ke siapa bakal suami kau ni?" Tanya Khaisara. Tiba-tiba.

Aku cuma menggeleng. "Tak, kenapa?"

"What if kalau kau dan dia tak serasi? Atau lebih tepatnya kau tak boleh suka dia? Ya, walau dia sebaik malaikat pun boleh ke kau terima dia?"

Aku menarik nafas. Mencari kekuatan. "I'm done with istikharah. Aku rasa pilihan ibu bapa yang terbaik. Inshaa Allah aku akan berusaha suka dia, terima dia."

Khaisara mengangguk-angguk. Aku pula tersenyum tipis. Entahlah tapi aku rasa macam tak sabar nak tunggu hari itu. Aku nak jumpa sangat siapa Mr. Mystery itu. Dan apa kaitan Rafie dengan Mr. Mystery.

Sedang leka pula aku berbual dengan Khaisara, suatu tangan pula yang menepuk bahu kiri aku. Kepala aku pusing ke kiri. "Kenapa?"

"Ada orang nak jumpa,"

Spontan dahi aku mengerut. "Siapa?"

"Amirul,"

Aku diam. Pandangan Arisya kepada aku macam meminta maaf. Ya, aku pernah cakap yang jangan pernah beri tahu sesiapa sekali pun mana rumah aku. Dan sekarang Amirul tahu di mana aku tinggal. How great! Siapa yang tahu pula lepas ni? Fariz? Huh.

"Tolonglah cover aku. Cakaplah apa-apa pun yang boleh asalkan aku tak perlu jumpa dia. Weh aku serius ni. Aku tak nak jumpa dia," aku memegang tangan kanan Arisya.

Arisya mengeluh. "Dah, tapi yalah kau tahu kan Amirul macam mana? Dia tu keras kepala. Aku tak tahu nak buat apa dah. Dia ugut nak buat kacau,"

Lagi berkerutlah dahi aku dibuatnya. Buat kacau? Wah wah. Siapa dia nak buat kacau kat majlis aku ni? Siapa? Nasib baik khemah cuma ada satu ke dua macam tu. Selepas nikah pada waktu lepas zohor, sebelah malamnya ada doa selamat.

Akhirnya, dengan perasaan geram yang menggunung aku bangun juga untuk menemui si pengacau tak tahu malu itu. Tanganku meragut tudung sarung yang diletakkan di atas sofa. Lengan baju yang aku sinsing, cepat saja aku turunkan.

Aku mengatur ke arah Amirul Iqbaal. Katanya! Ingat lagi aku nama dia ya. Dia berdiri tidak menghadap aku. Matanya entah sibuk rasanya melihat orang-orang yang ditugaskan untuk menyusun atur meja dan kerusi.

"Assalamualaikum. Kenapa datang rumah ni?" Terus saja aku berkata. Tak payah feeling drama sangatlah sampai dua tiga minit baru nak tegur.

Dia berpusing dan menghadap aku. Alololo, dia senyum pula. Eh ingat aku tergoda? "Waalaikumsalam. Eh takkanlah datang rumah kawan sendiri pun salah?" Dia senyum lagi.

"Hmm ya ya ya... jadi apa tujuan kau datang sini? Majlis lagi beberapa hari. Bukan hari ni," aku membuang pandang ke arah lain. Malasnya nak bertentang mata.

"Tahu. Kenapa kau masih nak teruskan? Kau tak kenal pun kan siapa bakal suami kau? Aku tahulah weh. Kau rela kahwin paksa? Macam novel-novel yang kau selalu baca? Yakin sangat ke akan happy ever after? Weh hidup kau bukan kisah dongeng,"

Panjang sungguh dia bercakap. Kedua tangan aku ni dah membentuk penumbuk ni. Sekali aku hayun, tak bercakap kau nanti! Okey, relaks Aina. Masalah semua boleh settle.

"Ini bukan kahwin paksa la. Aku yang terima pinangan dia dengan rela hati. Faham? Apa guna pun kalau kenal lama kalau akhirnya tak bersama juga? Takdir aku Allah tentukan. Tak mustahil hidup aku akan happy ever after,"

"Yang aku tak faham tu kau. Kau tak cinta dia pun kan? Weh setakat gaji kerja pensyarah apa barang? Aku boleh bagi kau lebih dari tulah! Kau nak apa? Aku bagi! Kita get back, selesai masalah."

Aku mendengus kasar. Penat betul layan manusia yang tak faham bahasa Melayu ni. Karang aku cakap loghat Kelantan, Kedah, Perak nanti lagilah ternganga. Oh yalah kan. Johor mana ada loghat. Pft, Melaka pun tak ada.

"Gaji? Dengar ya. Aku tak hadap pun dengan gaji bakal suami aku nanti. Even kalau kau suami aku pun, aku tak hadap la. Aku tak kisah pun. Get back, get back. Senangnya kau cakap. Kau dah kahwinlah Amirul, jangan jadi lelaki tak guna boleh?"

Tergamam terus Amirul. Em menurut apa yang aku lihat wajah dialah. Huh ingat dia siapa? "Dahlah. Nak datang, datang lagi beberapa hari. Aku dah bagi pun kan kad kahwin kepada isteri kau. Jadi, pergilah balik cepat."

Aku menguntum senyuman lebar secara terpaksanya. Dapat aku tangkap yang Amirul sedang membentuk buku lima kedua tangan dia. Geram sangat kut. Satu nak cakap, ada aku kisah?

2 minit selepas itu, barulah dia pergi tanpa cakap apa-apa. 2 minit? Eh mesti. Jam aku ada kat pergelangan tangan ni. Aku hanya melambai kecil apabila dia menoleh ke belakang lagi.

"Cis, padan muka hang! Ingat aku nak sangat ke kat dia? Memang taklah." Gumamku dengan suara yang perlahan. Atau boleh dikatakan cakap sorang-sorang.

"Siapa nak dekat Aina ni?" Satu suara menyapa. Aku menoleh ke kiri lalu spontan mengukir senyuman tipis. Buat terkejut saja mak cik ni.

"Assalamualaikum Mak Cik Zubaidah," aku menghulurkan kedua tangan untuk bersalam. Dia menyambutnya lalu menjawab salamku.

"Tadi Mak Zu tengok macam ada masalah dengan lelaki tadi. Siapa tu? Boyfriend ke?" Tersengih terus mak cik seorang ni.

"Tak ada la. Kawan je. Tak mainlah boyfriend, boyfriend. Kahwin terus macam sekarang ni. Baru sweet," selorohku. Mak Zu ketawa kecil. Alahai, comelnya.

"Mak Zu nak tanya, kamu kan tak main boyfriend ni, jadi kamu pun tak bercinta ke dengan bakal suami kamu ni?" Duga Mak Zu. Wah, main-main duga-duga pula sekarang.

"Bercinta lepas kahwin ni lagi indah Mak Zu. Asalkan mak ayah saya suka, inshaa Allah bahagia juga saya nanti." Aku tersenyum kecil. Mak Zu hanya terangguk macam habis dengar ayat motivasi dari professor. Eh aku bagi motivasi?

"Oh ya. Saya tak pernah nampak anak Mak Zu. Mak Zu pernah kata anak Mak Zu lelaki. Sibuk sangat ke dia sampai tak menyempat Aina nak tengok," mataku tertinjau-tinjau juga melihat rumah Mak Zu.

Eh ramai semacam aje dalam rumah tu. Ada apa eh? Oh! Biasalah kan. Kalau jiran buat kenduri mesti jiran sebelah kena sekali. Dua-dua mesti ramai orang keluar masuk. Yalah, dah kata berjiran.

"Sibuk tu ada jugalah. Tapi jangan risaulah. Nanti bila Aina nak akad nikah nanti jumpa juga dengan anak Mak Zu. Dia datang nanti," aku hanya terangguk-angguk.

AKU melabuhkan punggung di sebelah angah a.k.a Abang Afif. Maklumlah, alongnya sudah ada. Tak salah kan aku panggil dia angah?

"Angah! Aina nak kahwin ni angah!" Jeritku lalu mencubit-cubit lengan dia. Sementara semua masih sibuk buat persiapan, angah masih boleh relaks tengok TV. Kejam.

"Ya, aku tahulah kau nak kahwin. Dah duduk diam. Aku nak tengok berita ni," matanya masih tak pandang aku malah menonton berita dunia itu. Aku menarik muncung.

"Berita Aina lagi gempaklah! Aina nak kahwin ni angah! Angah!" Panggilku lagi. Agak menjerit jugalah. Eh, suka hati akulah kan. Rumah aku pun.

"Kahwin, kahwin jelah. Tak payahlah kecoh sangat. Eee dia ni kan," sekarang barulah angah menghadap aku. Sekilas dia mencuit hidung aku dan meneruskan menonton berita. Hish!

"Angah bila lagi? Along dah, Aina pun tak lama lagi dah. Angah bila pula?" Aku menaik-naikkan kening dan tersenyum penuh makna. Makin lama, makin aku dekatkan muka dengan angah. Biar dia rimas!

"Sana-sana. Semak betul dia nilah. Carilah untuk aku. Aku nak muka macam Emma Maembong, badan macam Angelina Jolie. Boleh ke?" Kini dia pula menaik-naikkan kening dia. Tak adil.

"Memang tak akan dapatlah. Heh malaslah cakap dengan kau ni. Dahlah layan aku nak tak nak. Bagilah advice ke apa ke. Aku nak jadi isteri orang ni. Kan dah jarang jumpa nanti,"

Aku mengambil mood sedih. Mood sembilu punya. "Cakaplah apa ke. Bagi motivasi. Nampak aje orang relaks, ketawa macam ni. Hati orang tak tahu macam mana. Nervous, takut semua ada." Ujarku lagi.

Angah memandang aku dan membetulkan posisi duduknya, bersila menghadap aku. Aku pun sedang bersila menghadap dia juga. Wah, nampak sweet tak kami berdua?

"Dengar sini. Jangan ingat aku tak peduli kat kau. Kau tahu tak kau seorang aje adik perempuan yang aku ada? Even aku ramai adik angkat masa sekolah dulu, yalah siapa tak nak ada abang tampan macam aku kan."

"Angah!" Gerutuku. Ei sempat eh?

"Yalah yalah. Orang gurau je. Aku nak kau tahu yang kasih aku takkan hilang walau kau dah ada suami nanti. Aku kenal budak tu. Inshaa Allah dia boleh bimbing kau. Takkan aku nak serah adik aku kat orang tak boleh harap kan?"

Aku mengangguk-angguk. Masa ni sama macam aku nak masuk tadika dan dia yalah masuk darjah la. Tapi, feel dia bagi kat aku macam aku nak pergi jauh. Main feel dia peh mendalam sungguh.

"Jadi isteri yang baik. Kalau ada apa-apa budak tu buat kat kau, report je kat aku. Aku sound dia. Aku sayang kau tau. Nanti dah ada suami nanti, aku ajak main boling kau tolak siaplah!"

Aku tersengih. Lalu mengangguk lagi. "Mestilah. Main boling free pula tu. Siapa nak tolak? Angah... angah nak bagi apa nanti?"

Berkerut seribu terus dahi angah. "Bagi apa pula?"

"Hadiah kahwin la! Eh ingat ya walau kita adik-beradik, hadiah kena ada. Aina nak sejongkong emas asli,"

Dia menampar pipi aku perlahan. "Bengong punya adik. Kau gila nak sejongkong emas? Suami kau tu pun tak akan bagi tahu! Em aku bagi pensel 2B Faber Castle dah la kan?"

"Angah!!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience