Bab 26

Humor Series 10658

Chapter 26

SEKUNTUM mawar merah hati aku campakkan dalam tong sampah. Katalah aku kejam, katalah aku ni tak hargai pemberian orang, katalah apa pun. Aku tak kisah! Biar pemberi ni sedar yang aku tak perlukan semua ni.

Fail nipis di depan mata aku campak ke sudut pula. Pening! Hari-hari terima bunga mawar, hari-hari terima panggilan mengarut. Aku rasa macam nak lari saja dari semua ni. Lari? Ya, betul lari! Aku nak lari!

Aku pandang ke bilik Haikal, masih terkunci. Mana dia, ya? Kalau tak, aku boleh bincang dengan dia. Tapi, betul ke apa yang aku akan buat ni? Aku mengeluh dalam diam.

Aku mengerling Suzy yang sibuk membuang pandang ke luar tingkap kereta. Entah apalah yang dia fikirkan. Aku berdeham kecil. Grr! Dia masih termenung. Okey.

"Hujan yang turun bagaikan mutiara..." aku menyanyi dengan suara yang lantang.

Aku mengekek kecil bila melihat bahu Suzy terjungkit. Dia memandang aku macam nak makan. Aku hanya buat muka selamba dan terus menumpukan pada pemanduan.

"Kau dah kenapa? Tiba-tiba menyalak pula. Terkejut aku!" Luah Suzy, masih dengan wajah geramnya. Aku hanya tersenyum kecil. Orang gurau je.

"Aku nak tanya sikit," aku memandang Suzy sekilas. Suzy membalas pandang.

"Apa?"

"Apa pandangan kau kalau aku berhenti kerja?"

Aku mengusap tepi kepala, sakit. Apa ni! Main tunjal-tunjal kepala orang pula. Aku mendengus perlahan lalu memandang Suzy.

"Sakitlah!"

"Biar. Otak kau memang dah sakit! Gila ke nak berhenti kerja? Ingat senang nak cari kerja sekarang? Apa gaji yang kita terima tak cukup? Haikal dah sebaik-baik bos kau tahu!"

Ambik! Aku menelan liur kelat. Aduhai, ni tak suka ni. Kalau dah macam ni, Suzy dah mula serang dengan peluru torpedo dia. Aku memalingkan muka dengan tersengih.

"Err.. itu aku tahu. Tapi, aku rasa macam nak tukar profession la. Kan dari dulu aku kata, sejak aku belajar lagi aku tak suka kerja macam ni. Mak ayah aku yang suruh kerja dalam bidang perhotelan. Aku ikut sajalah.

"Aku rasa, dah tiba masanya aku berhenti. Aku nak kejar cita-cita aku balik."

Aku menekan brek secara perlahan lalu membuang pandang pada Suzy. Dia mengeluh perlahan. Aku menguntum senyuman.

"Kau serius ke ni?" Suzy mengangkat muka dari terus menunduk. Sebagai jawapan, aku hanya menganggukkan kepala yakin. Mungkin dengan cara ni saja aku boleh melepaskan diri daripada 'mereka'.

Lari daripada masalah? Aku mengaku itu yang sedang aku buat. Tak apalah, tak kisah apa orang kata. Lagipun, bukan orang akan faham apa yang aku jalani. Lagi-lagi orang asing, mereka hanya tahu bercakap tapi tidak mahu cuba memahami. Manusia.

Aku melabuhkan punggung di atas sofa. Setelah selesai solat Isyak berjemaah dengan Suzy, kami terus turun ke bawah. Aku memandang Suzy sambil memegang perut. Aku harap dia faham apa yang aku rasa.

"Asal? Mengidam?" Suzy berkata selamba. Pandangannya masih tertumpu pada rancangan televisyen. Amboi, dia ni. Masih nak lawan aku ke apa? Tak puas hati lagi fasal petang tadi?

"Agak-agaklah. Takkanlah aku mengidam. Pegang perut means lapar. Faham?" Aku mendengus kecil. Hish, dia ni.

"Jadi?"

"Hari ni kan turn kau masak! Pergilah masak sana," suruhku. Nak cakap berlapis-lapis karang dia balas lain. Menyampah pula aku.

Suzy memandang aku dalam dua saat, selepas itu dia talakan kepada kaca televisyen kembali. Dalam satu minit keadaan sunyi, aku mendengus kuat. Aku menampar bahu Suzy.

Dia tetap diam, mukanya selamba tengok TV. Amboi, balas dendamkah? Kini, aku menggoncang-goncang tubuh Suzy. Ha yang ini perlu tenaga sikit, jadi jangan harap aku akan bazirkan tenaga kalau benda tak menjadi. Dan akhirnya! Aku mengukir senyuman lebar.

"Yalah yalah," Suzy bangkit dari sofa dan terus pergi ke dapur. Aku tersengih dan menghantar kepergian Suzy dengan ekoran mata. Sesekali dia akan menoleh ke belakang. Lalu, aku mencapai remote control.

Dalam masa 30 minit, akhirnya aku terhidu bauan yang sukar benar ditemui dalam rumah anak dara ini. Suzy dah siap masak, yeay! Aku bingkas bangun dari sofa dan segera ke dapur.

"Masak apa?"

"Simple simple aje. Janji kau dah tak meraung dengan aku lagi. Dah, tebar pinggan dan senduk nasi dalam pinggan. Kita makan!"

Aku hanya mengangguk lalu mengikut kata Suzy. Setelah itu, aku terdengar telefon aku bernyanyi. Mesej! Aku segera pergi mendapatkannya dan membuka mesej yang diterima.

Aina, dah lama tak lepak dengan Aina. Jom jumpa esok nak? Time lunch ke. Kak Sa'diah ikut sekali tau.

Pesanan ringkas daripada along. Aku suka bermesej dengan orang seperti along. Cantik saja perkataan yang ditaip. Tak ada short form yang memang kadang-kadang aku tak faham. Sahabat, bahasa melambangkan bangsa tau?

Setelah membalas, along menghantar pula tempatnya. Restoran Singgah Selalu, tempat di mana sepatutnya yang indah-indah saja patut aku dapat dengan Suzy. Tapi, hancur lebur bila Amirul dan Ariana datang. Kacau!

Aku kembali ke meja makan. Suzy menunggu. Aku tahu, besar mana dia marah aku, takkan sekali aku diabaikan. Ah, untungnya aku dapat kawan macam ni.

MATA aku liarkan ke seluruh sudut restoran ini. Mencari kelibat orang yang aku kenal. Setelah dapat, bibir spontan mengukir senyuman. Rindu!

"Along!" Tanganku hinggap di bahu along yang sedang berbual mesra dengan isterinya, Kak Sa'diah. Terus aku melabuhkan punggung di hadapan mereka. Beg tangan aku letak di riba. Err... sama tak dengan selalu para wanita buat? Well, aku selalu pakai sling bag. Jadi, galas ajelah. Kalau yang ini, kena bahu aje.

"Hish, dia ni! Waalaikumsalam wahai adikku tersayang," wajah along memang ada muka minta penampar laju-laju. Bukan setakat mulut memerli, mata siap jeling! Aku tarik muncung.

"Assalamualaikum wahai abangku yang tidak sengaja saya sayang dan kakak ipar kesayangan saya," balasku lalu mengulum senyuman. Sekarang, along pula tarik muncung. Lah, dah tua bangka macam ini pun nak tarik muncung. Mujur dah ada isteri, kalau tidak... malaslah nak cakap.

"Waalaikumsalam, Aina." Kak Sa'diah membalas. Aku tak pasti antara dia senyum atau pun tidak kerana dia memakai purdah. Sejuknya hati lihat Kak Sa'diah ni. Mata sudahlah coklat hazel. Mana along tak terpikat, kan?

"Sudah-sudahlah tu pandang isteri along. Habis cair nanti, maklumlah mata kau tu ada laser." Along menutup mata Kak Sa'diah. Kak Sa'diah hanya menggeleng-geleng perlahan. Aku mencebikkan muka.

Cukup-cukuplah tu muka dah kena tutup, mata pun along nak tutup ke? Hish, kejam!

"Kalau betul ada laser, orang pertama Aina cairkan ialah along tahu." Balasku.

"Ih, jahatnya! Macam nilah kan kau dengan along. Sudahlah tak ada kata rindu along ke, miss along so much ke, haih nasib badan." Along menurunkan tangannya lalu menggelengkan kepala perlahan. Wah, dia ni. Dah pandai buat drama ya.

"Tak kuasalah Aina nak menyebutnya," aku menjulingkan mata ke atas. "Oh ya, kenapa tak order apa-apa lagi? Aina lambat 15 minit okey." Sambungku apabila perasan yang meja kosong.

"Along dengan Kak Diah puasa. Puasa sunat. Aina nak makan, order la. Tak apa, along belanja!"

"La nak belanja time along dengan Kak Diah puasa pula. Seganlah Aina. Hish, apalah. Hm tak apalah. Nasib baik Aina dah minum milo tadi. Hm ada juga pengalas perut,"

Along dan Kak Sa'diah kelihatan terangguk-angguk setelah bicaraku selesai. Aku menguntum senyum. Aku memerhati wajah along. Along sudah banyak berubah. Sekarang dah rajin puasa sunat. Dulu... haih perkara yang lepas jangan dikenang, ya tak?

"So how? Life okay? Kerja okey tak?" Along memulakan topik perbualan. Aku menganggukkan kepala tanda mengiakan. Kerja okey tak? Hm patut ke aku bagi tahu yang aku nak berhenti kerja? Hm tak sure lagi, kan. Em tak payahlah.

"Okey jer. Kerja along okey tak? Butik Kak Diah okey?" Aku membuang pandang pada pasangan ini. Mereka menganggukkan kepala lantas tersenyum. Sekali lagi, aku tak pasti antara Kak Sa'diah senyum atau tidak. Tapi, macam ya sebab kain purdahnya terangkat sedikit.

"Okey aje. Pembukaan resort kat Sabah bertambah maju. Kalau Aina nak honeymoon ke, bolehlah along sponsor. Hadiah perkahwinan la katakan," seloroh along. Hm jauhnya along pergi. Sampai perkahwinan segala.

Tapi, okey juga kan. Sweet! Alangkah bagusnya kalau dia orang yang aku cinta, bukan sekadar menjaga hati. Ceh! Well, terikut ayat-ayat novel yang aku baca. Tanpa sedar aku mengukir senyuman.

"Pulak? Dah kenapa senyum sorang-sorang ni? Nampak crush ke?" Along menoleh ke belakang. Sedang sibuk dia mencari, aku menepuk tangannya yang ada di meja. Hish, ke situ pula pergi dia! Asal nampak crush saja ke boleh tersenyum?

"Mana adalah! Hish, along ni. Kak.. tengok along. Dia main-mainkan Aina," aduku pada Kak Sa'diah. Apa lagi, Kak Sa'diah memegang hidung along lalu dicubitnya sebaik sahaja along memutarkan kepala ke hadapan. Along terkejut lalu tersenyum. Dibalasnya kembali. Comelnya mereka!

"Aina, hah kalau nak gurau dengan suami macam nilah. Cuit-cuit hidung ni salah satu cara Rasullah mengeratkan hubungan dengan isteri baginda. Tak payah iphone dalam kotak KFC, ni dah cukup sweet dah." Jelas along. Aku hanya terangguk lalu tersenyum. Ada-ada saja penambah perisa dia letak.Entah bila aku boleh buat macam tu pada suami aku. Erk! Masih lambat rasanya?

"Aina, nak tengok butik akak tak? Kita pergi sekarang. Tengok-tengok.. jomlah!" Pelawa Kak Sa'diah pula. Mataku sudah bersinar-sinar. Tak sangka Kak Sa'diah bakal mengajak aku ke butik miliknya. Aku mengangguk beberapa kali.

"Eh, mana sempat! Aina kan kena masuk pejabat jam 2, kan?" Along pula bersuara. Aku menepuk dahi! Yalah! Haih, kacau. Aku mengeluh. Oh tapi untuk sekejap saja. Aku tersenyum kembali.

Segera aku keluarkan telefon pintar dari beg tangan. Menaip sesuatu di pesanan ringkas dan hantar! Yeah, harap-harap Haikal bersetuju. Aku mengangkat muka. Oh, wajah pasangan ini memang sedang terkulat-kulat. Aku tersengih.

"Aina dah hantar mesej dekat bos minta cuti. Kerja half day ajelah," aku meletakkan telefon di atas meja.

"Amboi, macamlah tak boleh pergi hari lain. Saja nak pontenglah tu," tempelak along. Aku menarik muncung lagi. Ada pula cakap macam tu. Aku memandang Kak Sa'diah dengan pandangan kak-tengok-along-dia-kacau-Aina-lagi. Aku tak yakin Kak Sa'diah faham.

Tapi, along terjerit kecil. Aku menguntum senyuman.

"Sakitlah, sayang."

"Itulah, jangan kacau Aina lagi."

Yeah! Piala berpihak pada yang juara, aku! Aku menjelir lidah pada along. Telefon di sebelah bergetar, segera aku angkat.

"Bos Aina bagi! Jom, kita pergi!" Dengan semangat waja aku segera bangun dan menyandang beg. Along hanya tergeleng-geleng kecil apabila melihat tingkahku. Lah, macam tak biasa?

Jadi, kami pun keluar dari restoran itu. Aku tak tahulah kenapa pak cik tu tak bising. Yalah, kita orang hanya tumpang untuk berbual sekejap saja. Erm oh ya! Dalam mesej semalam, along ada kata yang anak pak cik tu kawan along. Patutlah.

Aku setia mengekori langkah along dan Kak Sa'diah. Along terus menekan punat di kuncinya dan secara automatik kereta itu berbunyi. Aku segera membuka pintu bahagian belakang penumpang.

"Eh eh. Buat apa?" Tanya along. Terhenti untuk aku masukkan sebelah kaki dalam perut kereta. Aku segera keluarkan balik dan berdiri tegak memandang along. Along buat muka pelik dia.

"Aina nak naik kereta along... ya? Alah, nanti along hantarlah Aina balik sini. Boleh ya, boleh ya?" Aku mencomelkan wajah dan mengelipkan mata beberapa kali. Kedua belah tangan bersatu.

Along mencebikkan wajah. Kak Sa'diah tergeleng-geleng kecil. Aku sekadar menayang sengih.

"Haih, yalah. Kau ni tak menyusahkan aku memang tak boleh ya?"

"Memang tak boleh!" Aku segera masuk ke dalam perut kereta dan menghempas pintu kereta. Melihat along yang masih belum berjalan, aku menghadiahkan jeliran lidah. Along membalas.

Lalu, along bergerak ke tempat hadapan penumpang. Along bukakan pintu untuk Kak Sa'diah. Memang aku akui, dulu aku tak suka lelaki buka pintu untuk perempuan, namun sekarang macam tidak. Nampak sangat comel bila along bukakan pintu untuk Kak Sa'diah. Maybe ianya perfect if hubungan halal saja yang lalukan. Siapa tahu, kan?

Menaiki kereta along ke NS Boutique iaitu milik Kak Sa'diah, dalam lingkungan 45 minit perjalanannya. Aku membuang pandang ke luar. Aku nak tolong Kak Sa'diah la. Mana tahu, kalau seronok.. aku nak cuba.

"Kak Diah," panggilku lalu memasukkan memposisikan badan di tengah-tengah perut kereta antara pemandu dan sebelah pemandu. Kak Sa'diah memandang aku.

"Ya Aina," matanya menjadi sepet. Mungkin kerana dia tersenyum di sebalik kain purdahnya. Aku menggaru-garu kepala. Aduh, muka temboknya aku.

"Kenapa Aina? Tak jadi nak pergi ke? Nak balik ke restoran tu balik?" Sampuk along.

"Eh tak! Bukan. Sebenarnya... Aina ada hajat sikit," usaiku berkata, kelihatan kerutan di dahi along. Aku lihat di cermin pandang belakang. Kak Sa'diah pun ikut memandang aku walaupun tidaklah ketara kerana dibatasi dengan tali pinggang keledar.

"Kalau Aina mohon kerja di tempat NS Boutique, agak-agaknya Kak Diah beri tak?" Aku mencuba nasib. Kak Diah kelihatan terkejut kerana bahunya sedikit terjungkit.

"Akak okey jer. Adik sendiri, kenapa tak boleh pula, kan?" Kak Diah membalas. Aku masih tidak puas hati.

"Jadi, akak berilah ya?"

"Mestilah."

Aku menjerit keriangan. Bahu along aku tepuk berkali-kali, suka punya fasal. Okey, green light. Sekarang, aku tak sabar sangat nak tengok butiknya!

WARNA pastel yang diguna amat menarik perhatian. Tenang saja rasa. Cantik, cantik. Desisku perlahan. Aku pergi ke rak-rak yang berdekatan, baju perempuan ada. Baju lelaki pun ada. Lengkap! Cantik pula tu.

"Aina, along balik kerja dulu tau. Nanti kalau dah puas, call along. Nanti along datang jemput." Along mengusap kepalaku. Aku sekadar mengangguk kecil dan mengikut along melalui ekoran mata. Keluar saja along, ada bunyi terhasil.

"Aina! Sinilah," panggil Kak Sa'diah pula sebaik sahaja aku memalingkan wajah ke hadapan kembali. Aku tersenyum lalu menuju ke Kak Sa'diah.

"Ada apa kak?"

"Tak ada apa. Kalau Aina nak rehat ke apa, masuk aje dalam. Kat dalam ada bilik khas untuk tetamu. Maklumlah, kadang ada juga orang ternama datang butik akak ni. Jadi, rekaan yang dibuat kena ikut cita rasa mereka. Di situlah tempat kami berbincang," jelas Kak Sa'diah. Aku terangguk-angguk ketika mendengar penjelasan dari Kak Sa'diah. Tangannya yang menunjuk ke arah bilik itu pun sudah diturunkan.

Selepas itu, kelihatan Kak Sa'diah memanggil beberapa pekerjanya yang berhampiran. Mereka memandang aku, senyuman manis aku berikan. Semua pekerja dalam butik ni bertudung dan bergaya. Kak Sa'diah ada beritahu yang pekerja perempuan digalakkan memakai skirt labuh daripada seluar. Lelaki pula, simple tapi kemas.

"Qila, Wardina, Elisa, Rafiq. Kenalkan ini adik ipar saya, namanya Aina. Aina kenalkan ini pekerja kat sini. Tapi, dah anggap satu keluarga dah. Dari butik ni dibangunkan lagi mereka sudah berkhidmat," Kak Sa'diah memperkenalkan mereka kepadaku. Aku hanya mengangguk dan tersenyum.

Setiap mereka menghulur tangan untuk berjabat. Dengan besar hatinya aku menyambut. Bila sampai giliran Rafiq, aku hanya mengangguk kecil.

"Cantik betui hang ni. Kot-kot bolehlah jadi model butik ni, ye dak?" Wardina bersuara. Aku hanya tersenyum. Model? Peh, kalau ditawarkan memang aku tolak mentah-mentah! Orang ajak bergambar sama pun aku tak mahu, lagi nak berposing depan kamera.

"Memanglah. Dah nama ada kaitan dengan akak. Mestilah cantik. Kan, Aina kan?" Balas Kak Sa'diah. Wardina mencebik dan membuahkan ketawa dari kami.

Aku meminta diri untuk melihat-lihat baju lagi. Cantiknya bukan main lagi! Kalau aku pelanggan, memang dah lama aku angkut semua jenis baju. Disediakan selendang lagi. Warna-warnanya semua pastel dan memang padan dengan semua jenis dan warna baju.

Leka aku membelek baju-baju, aku terdengar suara seseorang. Lelaki. Dia tidak memilih-milih. Terus sahaja ke kaunter menemui Kak Sa'diah. Agak pelik kerana baju yang dipakai tidaklah seperti orang ternama. Ternama? Okey dalam fikiran aku hanya artis saja orang ternama.

Dilihat dari belakang, macam kacak. Rambut dia tersisir rapi. Kalau ikut tinggi ini, aku rasa dalam lingkungan umur 25 hingga 27. Oh, tak tak. Aku hanya mengarang. Aku bukan ambil tahu sangat. Aku menjungkit bahu. Hish! Sibuk benar aku ni komen tentang orang.

"Nama dia Danial. Dia pensyarah tau. Boleh dikira pelanggan tetap Kak Diah la juga. Yang paling penting, dia masih solo tau Aina!" Komen Elisa. Di saat mendengar suara dia yang sekadar membisik, sudah membuatkan aku nak pukul dia dengan hanger ni! Tak pandai nak bagi salam.

"Biarlah. Bukan saya hairan pun dia solo atau tidak," ujarku acuh tak acuh. Entahlah, aku rasa hidup aku memang tak ada cinta sejati. Cinta yang datangnya dari seorang manusia berjantina lelaki. Aku dah penat pun fikir fasal ini. Lebih baik aku enjoy life yang aku ada sekarang.

"Ish kau ni! Aku bagi tahu ni sebab nak kau akui yang dia tu tersangatlah kacak! Lagi-lagi bila hari jumaat, dia akan datang sini bersongkok. Wah, dah macam imam muda aku tengok," komen Elisa lagi. Aku hanya menjuih bibir. Tersangatlah kacak? Bohonglah tu. Mana ada orang zaman sekarang, kacak tapi kuat agama. Satu dalam seribu.

"Kacak tak kacak. Syukri Yahya lagi kacak bagi saya!" Aku mengubah topik. Malas benar mendengar celoteh mak cik seorang ini. Elisa ni boleh tahan ramahnya. Orang ramah ni mulut dia tak reti berhenti. Ada saja nak cakap.

"Eh tu, tu! Dia lalu sini. Cepat nanti kau terlepas," kini Elisa sudah menepuk-nepuk bahu aku. Aku hanya membiarkan. Lantaklah. Ingat aku kisah ke?

"Aina! Cepatlah! Nanti dia keluar pula,"

"Aina! Ya Allah, awat ketegak sangat hang ni?" Elisa sudah mencekak pinggang. Aku mengubah posisi dengan menghadap dia. Aku hanya mengekek ketawa. Wajah Elisa sudah pun menjadi merah padam, marah punya fasal.

"Tu!" Elisa tolak aku ke tepi sikit agar dapat melihat lelaki bernama Danial itu. Tapi, alangkah malangnya yang keadaan dia sudah berpaling dari hadapan dan aku hanya sempat melihat belakangnya saja, seperti tadi. Lalu, dia keluar dari butik dan ada bunyi kedengaran sekali lagi.

"Hang la ni! Degil sangat. Orang suruh tengok awal-awal, hang tak mahu. Padan muka hang, tak dapat tengok muka Sir Haziq!"

Aku mengerut dahi. Lah, tadi cakap Danial, sekarang Haziq pula. Mana satu nama dia?

"Danial ke Haziq namanya? Berbelit la hang ni!" Balasku dengan loghat yang sama dengan Elisa.

"Danial Haziq namanya. Hish, hang la ni. Aina ketegak!" Elisa terus mengangkat kaki dari hadapan aku dengan menghentak-hentakkan kakinya. Aku menjuih bibir. Eleh, merajuklah tu.

Danial Haziq. Siapa dia tu? Tersangatlah kacak? Tipu! Tak ada orang lagi kacak dari ayah aku zaman muda. Kaah! Hahaha. Aku hanya menutup mulut supaya tidak terlepas ketawa. Karang disangka sakit pula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience