Bab 18

Humor Series 10658

Chapter 18

"OPAH betul tak nak ikut? Ala, jomlah Opah. Ajak aje Atuk sekali. Aina dah nak balik sana ni, jomlah Opah. Tak kesian Aina ke?" Pujukku. Opah masih tak termakan pujukan aku. Aku membuat muka comel. Ceh! Kalau ada cermin, entah-entah retak.

Opah tersenyum tipis dan aku tahu jawapannya. "Tak apalah, nanti siapa nak beri Bobo makan? Kesian dia tak ada orang nak layan dia nanti." Opah memberi alasan. Opah lebih pentingkan Bobo daripada aku. Alah, Bobo tu. Pandai-pandai dia la hidup. Tak pun pergi cari bini sana. Hidup dah setahun tapi masih tak ada bini.

Aku membuat muka monyok. Roti-roti sudah ada dalam beg galas. Kalau dah puas main air, boleh makan. Tak mahulah aku mandi, cuma celup-celup kaki sudahlah. Arisya juga begitu. Tapi, dari semalam dia suruh aku mandi sama. Mana tidaknya, katanya rugi kalau balik kampung jumpa air terjun tapi tak mandi. Rugi? Oh malangnya aku langsung tak rasa rugi.

Arisya memandang aku dan masih membuat muka jomlah-aku-nak-mandi-air-terjun. Mahu tergelak juga aku melihat ekspresi muka dia. Kelakar. Tiba-tiba pintu diketuk. Mesti Rafie.

"Opah betul tak nak ikut ni? Aina mogok makan nanti?" Aku masih sedaya upaya untuk memujuk seraya mengugut. Mogok makan.. huish bahaya tu.

Opah tergelak kecil, menampakkan kedutan di wajahnya. Opah selalu memakai anak tudung untuk menutup rambutnya yang hampir memutih. "Bagus juga tu. Kurang sikit perbelanjaan Opah," Aku mendepa muncung. Tak berjaya buat kesekian kalinya.

"Opah, kami pergi dulu ya." Arisya menyalam tangan Opah dan disusuli dengan aku. Kami pun menuju ke daun pintu dan seperti yang dijangka, Rafie bersama Danish. Haish, asyik melekat aje diaorang ni.

"Eh, Opah tak ikut ke?" Tanya Rafie sambil menurunkan Danish dari dukungannya. Danish merengek sedikit kerana diletakkan di bawah namun tak lama. Opah tersenyum tipis.

"Malaslah Opah nak pergi. Kesian Bobo kena tinggal," Opah memberi alasan yang sama. Ceh, kucing tompok-tompok tu juga Opah kenang!

Rafie mengangguk lalu kami pun segera keluar dan menuju ke kereta milik Rafie. Wah, cantik la serius. Ya Allah, kereta apa ni? Ah, tak kisah. Janji memang ada gaya. Untung la jadi orang kaya.

Sekitar 15 minit, kami pun sampai di air terjun hujung kampung. Dulu-dulu aku pun sering ke sini mandi-manda dengan budak-budak kampung. Macam-macam jenis terjunan diaorang buat. Nasib baik tak ada yang cedera terkena batu ke apa. Maklumlah, makin jauh air terjun, dalamnya bukan main.

Kak Lia membawa bekalan dan membentang tikar. Ala-ala berkelah gitu. Hanya ada Kak Lia, Danish, Rafie, Arisya dan juga aku. Mak Sal, tidak mahu ikut. Katanya dia ada perjumpaan dengan kawan-kawan. Aktif juga Mak Sal ni.

Danish sudah terlebih dahulu memasukkan dirinya ke dalam air jernih air terjun. Jernih tidak terkata. Cuaca yang memang tidak panas dan sedang-sedang ini memang nikmat sangatlah kalau merasa sejuknya air terjun. Aku mengambil kamera Conan milik aku lalu menangkap gambar Danish yang bermain air dengan gembiranya.

Bukan selalu aku balik kampung, jadi memang tidaklah aku lepaskan peluang ini. Biar kenangan ini tersemat ketat dalam hati aku. Tak kira, indah atau pahit. Memang semua kena telan, lumrah hidup.

Beberapa gambar sudah aku tangkap panorama semulajadi depan mata aku. Sungguh cantik. Aku meletakkan kamera itu kembali ke tempatnya. Aku membuka selipar dan duduk di atas batu. Kaki aku celupkan, sejuk mencengkam sampai ke tulang. Peduli apa aku. Nikmat itu yang penting.

Arisya turut melabuhkan punggung di sebelah aku dan mengikut jejak langkah aku. "Eh serius kau tak nak mandi? Aku bawa dua pasang baju tau. Spare, mana tahu aku boleh pujuk kau mandi.."

Aku menjengkilkan mata tepat kepada Arisya. Arisya menaikkan kedua belah tangannya lalu menayang sengihan meleret. Ingat comel la buat macam tu?

"Okay, fine. Fine. Aku gurau aje pun. Tapi kalau nak mandi cakap tau.. Aku segan kalau aku seorang aje yang mandi," Arisya masih tidak berputus semangat. Tangannya diturunkan namun mukanya sekarang seperti meminta belas kasihan. Alahai, aku tak lemah pun.

"Mandi jer lah. Itu hah Rafie dengan Danish okey aje mandi. Kau join aje lah,"

Arisya menarik muka, tak suka. Sekarang aku pula yang menayang gigi. Hm, tahu pun. Jadi kami buat keputusan untuk duduk di situ menikmati keindahan alam. Kaki yang dicelup dalam air macam menyuruh aku untuk terus masuk ke dalam air. Tapi, aku malas dan segan nak masuk. Jadi, tangan dengan kaki sajalah yang dapat merasa air.

"Aina, tengok aku loncat!" Rafie menjerit dari tempat yang tinggi. Ya Allah, memang tinggi.. dan dia nak loncat masuk dalam air aras dalam tu ke? Dia gila?

"Woi, bahayalah!" Teriakku juga. Yalah, jauh tu tempat aku dengan dia. Eh sekejap.. "Kenapa tak pakai baju penuh! Eee pakai singlet aje." Ayat tang akhir aku perlahankan dan seolah-olah merungut sendiri. Aduhai dia ni kan. Budak-budak ramai tahu tak?

Tapi, dia buat-buat tak dengar apa yang aku kata. Sayup-sayup aku dengar dia menghitung secara songsang. Dari tiga ke satu. Belum sempat aku nak menjerit, menghalang dia dari melompat, aku tengok badan dia mula berpusing-pusing beberapa kali dan menjunam jatuh ke dalam air. Satu per-sepuluh, aku bagi tujuh. Kahkah.

Satu minit. "Arisya, asal dia tak keluar lagi? Wei, dia okey tak?" Cemas aku dibuatnya. Kenapa dia tak timbul? Aku segera bangun dan mendapatkan Kak Lia dan Danish yang sedang enak makan bersama.

"Kak, Kak Lia! Rafie tak timbul-timbul! Macam mana kalau dia lemas ke apa ke?" Aku menggoncang-goncang lengan Kak Lia yang baru nak menyuap Danish. Danish yang terbuka mulutnya, mengikut-ikut gerak tangan ibunya. Ah, peduli apa aku. Pak cik kau dalam bahaya tahu tak?

Kak Lia meletakkan sudu kembali dan mencubit tangan aku. "Auuw! Sakitlah kak," aku memuncungkan bibir. Kejam betul kakak seorang ni. Tangan macam ketam, nak mencubit aje kerjanya.

"Kak, Rafie tak timbul-timbul kak.. Dulu dia tak reti berenang kan. Kak, selamatkanlah dia." Aku masih menggoncang-goncang tangan Kak Lia. Naik rimas juga Kak Lia rasanya. Ah, tak kisah. Nyawa Rafie dalam bahaya.

"Hoi! Siapa kata aku tak pandai berenang?" Satu suara garau menjengah masuk ke dalam gegendang telinga. Aku memalingkan wajah ke kanan, kelihatan Rafie sedang menutup badannya dengan tuala dan seluar pendek paras lututnya basah. Dia membilas rambutnya yang basah.

"Eh, kau bukan dalam air lagi ke?" Aku segera bangun dan mengatur langkah dengan berhati-hati menuju ke keberadaan Rafie. Aku libas bahu dia dengan tuala yang kebetulan ada di tangan. Hah, padan muka! Kalau boleh, aku ambil batu tu hempuk kepala kau!

"Apa kau ni.. sakitlah. Tangan kau tu bukan tangan perempuan. Lelaki pun tak ada tangan macam kau." Rungut Rafie sesuka hati. Eh, aku libas dia pakai tuala. Bukan tangan! Aku tangan betul-betul juga dia ni karang.

Aku mendengus kasar dan pergi kembali ke tempat yang aku duduk. Muncung tak tinggal dan aku masih buat suara-suara yang berbaur geram. Tapi, tidak specific perkataan. Okey, aku tahu pening. Jadi, tak perlu aku terangkan dengan lebih lanjut.

"Aku baru nak cakap yang dia sebenarnya tak ada apa-apa. Tapi, kau dah chaw dulu kacau Kak Lia. Jadi, not my fault right?" Aku mencubit paha dia sekuat hati pula setelah mendengar explanation dari Arisya. Ya Allah, malunya. It's means, Kak Lia pun tahu yang Rafie ada dekat belakang aku masa tu. Apa pula nanti Kak Lia fikir..

"Kenapa tak jerit panggil aku!! Kau kalau situasi tak tepat, bukan main mulut tak boleh control. Sekarang, masa yang darurat untuk kau jerit kau tak nak pula jerit! Cis, apa punya kawan." Aku melipat tangan ke dada. Damn! Malu la, serius.

Aku jeling-jeling ke arah Arisya. Dia tersengih-sengih memandang aku. Alahai, aku tak tahu mana nak letak muka. Tiba-tiba aku rasa macam bahu aku belah kanan, tempat Arisya duduk dicuit. "Tak payahlah cuit cuit. Aku tak makan pujuk rayu kau buat saat ini."

Sekarang, bahu aku pula ditampar dan aku nampak sendiri Arisya yang buat. Hah tak salah lagi! Saja nak buat aku sakit hati. Bencilah macam ni.

"Hah yang itu aku buat. Tak adanya aku nak main cuit cuit macam budak-budak minta perhatian. Tak ada. Itu hah kawan sehidup semati kau yang cuit," dengan selamba Arisya berkata dan dia juga menjuihkan bibir ke arah kiri aku. Ah, damn. Jangan cakap ada makhluk lain yang datang mengganggu waktu-waktu macam ni.

Perlahan-lahan aku berpaling ke sebelah kiri. Tak guna punya Rafie! Aku dah baca bermacam ayat pelindung dah supaya tak diapa-apakan. Tengok tengok dia. Menyedihkan.

"Kau risau ke kalau aku tak timbul? Aku lemas? MasyaAllah... terharu la serius." Muka kau langsung tak nampak unsur terharu tu. Jadi, tak payah nak membongak dengan aku sangatlah. Aku memalingkan pandangan ke hadapan. Kaki aku bertindak mengacau-ngacau air dengan lebih cepat. Yes, aku marah.

"Eh, mana?" Rafie bersuara. Oh, bukan pada aku. Tapi, Arisya. Aik, pulak dah?

"Blah la. Takkan aku nak jadi tunggul kayu tengok kauorang bermadu kasih?" Arisya menjawab.

"Tak payah, duduk. Berdua-duaan tak bagus."

Aku jeling pula ke arah Rafie. Duh, jadi minah jeling juga aku nanti. Dia melakar senyuman. Tak penting apa maksudnya. Aku tak nak tahu. Tawar sudah hati aku dengan mamat ni. Dia tak tahu ke betapa risaunya aku masa tu? Dah lama tahu aku tak jumpa dia.

Dulu dia sudahlah tak pandai berenang. Dah berapa kali lemas dalam air ni pun, tak boleh dikira pakai tangan. Aku juga yang jadi bidan terjun jadi heroin dia. Bukan nak batak, tapi budak-budak masa tu memang asyik suruh aku saja bila Apie ni lemas. Dah tahu tak pandai berenang, nak main juga dalam-dalam.

"Aina, aku tahulah kau risau. Tapi, aku dah besar okey. Aku dah pandai berenang pun. Kalau kau yang lemas, turn aku pula yang selamatkan." Dengan bangganya Rafie berkata. Ceh, tahulah dah pandai berenang.

"Aku tak pernah lupa cara berenang. Jadi, aku tak perlu bantuan kau la." Aku berkata dengan nada sarkastik. Peduli apa kau terasa pun. Kau dah pun buat aku emotional sekarang kan.

"Aina, listen to me boleh? Aku nak buat pengakuan.. yang sebenarnya dari kecil aku memang dah pandai berenang. Cuma aku saja tak tunjuk sebab nak kau yang selamatkan."

Wait. Wait a minute. Jadi, selama ni aku tertipu dengan dia? How could you! Sampainya hati. Aku cuba untuk maintain air muka. Tak mahulah melihatkan yang aku kecewa. Walaupun benda simple, tapi kalau sahabat baik sendiri bohong terkesan juga beb.

"Err.. kau tak marah ke?" Dia menarik-narik hujung lengan baju aku, ada lah juga terangkat-angkat tangan aku ni. Aku memandang dia kembali, menguntum senyuman tipis.

"No way. How could I do it to my best friend. Cuma, aku nak tahu satu perkara. Motifnya apa?" Aku memandangnya lunak. Cuba mencari jawapan di anak mata itu. Tapi, dia pandai sembunyi. Ceh. Macamlah aku pandai sangat baca kata hati melalui mata ni.

Dia tersenyum namun tidaklah seceria mana. "Aina, dari kecil aku kenal kau. Jadi, let me be honest. Aku suka kau sejak kecil lagi. Ya, kalau kau fikir budak-budak apa saja dia fikir kalau tentang suka orang ni, okey aku terima. Tapi, kau tak dapat nak marah aku kalau aku still suka, sayang.. dan cinta kau sampai sekarang."

Aku terkedu. Tergamam. Aku pandang tangan, eh dia tak pegang? Good then. Aku diam seperti menyuruh dia meneruskan apa yang dia mahu katakan.

"Bila ayah aku suruh urus company dekat Bandung, aku rasa macam tak adil. Aku tak jumpa kau lagi in other words. Tapi, apa aku boleh buat. Pasrah. Tapi lepas aku jumpa kau buat pertama kali masa kita hampir berlanggar, aku tahu aku masih ada peluang. Mungkin kau tak kenal aku siapa masa tu. Tapi, aku tak pernah silap mengenal orang yang aku suka."

Diam. Aku hanya boleh diam sambil menatap tangan yang sepertinya pun tak mahu bergerak.

"Jadi, boleh tak aku nak kau jadi suri hidup aku? For the rest of my life? Okey, aku sedar aku tak romantik macam novel-novel Melayu yang selalu kau baca. Tapi, I'm trying to be. Sudi tak wahai Nurul Aina Amirah binti Muhammad menjadi isteri saya?"

Damn! Lidah aku kelu tiba-tiba. Aku menarik nafas panjang. Agak-agaknya sekarang dah pukul berapa? Aku rasa macam aku dah lama sangatlah duduk dengan Rafie ni.

"Let me be honest too. Aku appreciate dengan apa yang kau luahkan tadi. Tapi.. aku tak boleh bagi jawapan sekarang. Lagipun, aku tak nak fikir pasal hal ni. Istilah bercinta dah tak ada dalam hidup aku. Kalau kita ada jodoh, datang pinang aku terus."

Kelihatan Rafie menghela nafas panjang seperti melepaskan beban yang dipikul. Dia menguntum senyuman setelah itu. Aku turut tersenyum walaupun agak sedikit tawar.

"Memang itu yang aku cadang. Terus nak pinang kau. Tapi.. aku takut kau tolak." In my mind right now, why la Si Rafie ni honnest sangat?

"Kau pun tahu kan bercinta, ber-couple ni haram di sisi Islam. Jadi, tak perlu la macam ni. Jodoh, Allah dah tentukan. Kalau memang magnet kita kuat, aku tak akan ke mana." Aku menayang senyum.

"Jadi, kau terima ke tidak?"

"Terima atau tidak, kau masih kawan aku. Bagi aku masa. Kalau aku sedia, biar aku sendiri yang datang rumah kau."

Aku tersenyum lalu mengangguk. Rafie tergelak sakan. Rafie, kau kawan aku. Takkanlah setakat kau ajak aku kahwin, aku dah masam muka dengan kau. Come on. Aku tak macam heroin dalam sesetengah cerita.

"OFFICE macam mana okey?" Aku berdiri sambil menghadap ke tingkap. Melihat bintang dan bulan yang saling melengkapi untuk menyinari gelap malam. Walaupun bintang banyak, namun bulan cuma satu, bintang tak pernah ada niat hendak pulaukan bulan. Bahkan mereka macam adam dan hawa penyuluh bagi setiap manusia. Cinta adam dan hawa.

"Baguslah tu. Lusa aku baliklah. Itulah aku suruh datang sini juga tak mahu. Rugi!" Aku tergelak kecil setelah mendengar 'alaaaa' yang cukup panjang dari Suzy. Cukup membuatkan dia rasa menyesal tak ikut sama.

"Tak ada. Aku bukan pergi holiday nak ada souvenir souvenir ni. Hah yalah. Take care, sweet dreams. Mimpi aku tahu. Hehe, assalamualaikum." Aku matikan talian.

Aku baring di sebelah Arisya. Maklumlah, katil ni boleh muatkan tiga orang kurang-kurang. Kedudukan kami dipisah oleh satu bantal peluk. Aku memandang Arisya silih berganti dengan siling.

"Kau dengar kan apa yang dia cakap?" Aku memulakan perbualan namun pandangan aku masih tertancap pada siling berwarna putih.

"Dengarlah makcik oi. Lilin dah terang, suluh dengan lampu lagi buat apa? Patutlah beria sangat Rafie suruh aku duduk balik. Nak purpose kau rupanya. Oj dan mesti dia nervous." Aku mencuit lengan Arisya spontan. Malu la aku. Propose? Oh itu ke yang dikatakan propose? Cuma mungkin Rafie menjaga tatatertib. Dia tak pegang tangan aku dan dia tak melutut seperti mana filem Melayu buat.

Aku mengukir senyum. Tapi, aku tetap rasa aku ni special di mata Rafie. Ah, cairlah pula. Hm, terima kasih.. Rafie.

"Eh berangan pula dia. Berangan cik abang ke? Amboi, baru dia purpose dah macam ni. Apatah lagi kalau dia merisik datang rumah terus. Tak tidur malam agaknya kau nanti." Arisya membuat kesimpulan sendiri.

"Kurang asam. Hish, mana ada la. Aku tak bagi jawapan pun lagi."

Arisya memandang aku, jadi aku membalas pandang. Dia membuat muka kenapa-tak-bagi-jawapan-lagi. Well, kami bff. Ceh.

"Aku tak tahu dengan perasaan aku. Kau pun tahu kan aku ni mudah ramah dengan orang? Mudah suka dengan orang? Aku suka dia. Aku suka dia macam aku suka lelaki lain.. Aku suka Rafie. Aku suka Amirul. Aku suka Haikal, boss aku juga. Jadi, aku masih tak tahu hati aku ni macam mana." Keluhan demi keluhan aku lepaskan.

Penat betul fikir pasal cinta ni. Patutlah ada lagu cinta gila. Cinta memang buatkan orang jadi gila. Malangnya, aku terpaksa masuk dalam golongan tu.

"Amirul kisah lama, Aina. Cinta monyet aje dulu tu. Kalau sekarang, hm tak tahulah. Eh, kau tak cakap pun kau suka boss kau?!" Marah Arisya. Eh dia ni. Dia nak tolong selesaikan masalah aku ke atau tambah masalah aku ni?

"Not that 'suka', tapi boleh jadi kemungkinan.." Aku menjawab tak pasti. Ah, senang cerita aku cakap semua tak pasti. Arisya pun turut mengeluh. Tak ada kata yang perlu diungkap. Biarlah, masa yang memberi jawapan.

HARI ini, di petang nan indah ini aku akan kembali ke Kuala Lumpur. Meneruskan kerja yang tergendala selama beberapa hari. Aku, Arisya dan juga opah sempat menyediakan udang sambal petai sebagai hidangan. Banyak, kata opah boleh bawa balik separuh. Tawaran yang menarik.

Setelah selesai makan. Aku dan Arisya membuat keputusan untuk berehat seketika. Tonton televisyen sajalah nampaknya. Opah dan atuk tidak habis-habis nasihat itu, ini kepada aku dan Arisya.

Kalau setakat aku saja kena bebel tak apa, ini Arisya pun difokuskan. Terkebil-kebil Arisya jadinya. Aku melihat jam. Sekejap lagi nak gerak. Bekalan dari Opah pun sudah siap tersedia. Tetapi, seperti ada yang masih kurang.

Aku mencium tangan Opah dan Atuk bersilih ganti. Opah tidak puas memeluk, mencium. Masih dengan nasihat tidak putus-putus, Opah mengalirkan air mata. Hailah, Opah janganlah buat Aina macam ni. Nanti, Aina pula yang meraung tak nak balik sana.

Beg sudah diletakkan dalam bonet kereta. Aku mengatur langkah perlahan menuju ke tempat driver. Jarak antara bonet dan tempat driver yang memang dekat, aku buat bagai beribu batu.

"Oi, cepatlah. Nanti malam sampai rumah, susah." Teriak Arisya. Alahai, sedihnya nak tinggalkan kampung penuh kenangan zaman kanak-kanak ribena dulu ni. Baru sahaja aku hendak membuka pintu, nama aku dipanggil. Danish!

"Laa, cepatnya akak balik. Danish dah cakap dengan kawan Danish dah nak ajak akak main teng-teng sama-sama," Danish memuncungkan mulut mugilnya.

Aku tersenyum dan mendukung Danish. Rafie, Kak Lia dan Mak Sal turut mengikuti langkah Danish. Pasti Danish berlari ke sini.

"Boleh, nanti bila akak datang sini balik kita mainlah teng-teng sama-sama." Aku memujuk Danish yang pada mulanya merajuk tapi kini sudah okey. Baguslah, kalau tidak berat hati aku tinggalkan budak lelaki ini.

Mak Sal memberi aku sebuah plastik yang boleh dikatakan sederhana besar. Wah, apa ini? Aku membuka sedikit. Rambutan! Aku meraih pula tangan Mak Sal lalu menciumnya dan sedikit berlaga pipi. Like what most of woman always did.

"Terima kasih, Mak Sal. Nanti bila Aina dah tak ada ni, janganlah lupa Aina pula. Nak rindu-rindu tu dialu-alukan sangat la." Gurauku. Mak Sal hanya menampar bahuku manja. Alala, comel.

"Eleh, entah-entah dia yang lupa kita. Nak rindu-rinduan pula," Kak Lia mencebikkan wajahnya ketika berbicara. Kak Lia memang selalu begitu. Suka menyakat.

Aku memandang Rafie pula. Erm, nothing to say? Dia tersenyum membalas pandang. Okey, aku rasa dah macam boleh potong kaki sebab senyuman dia terlampau manis!

"Dah sampai sana, jangan lupa kitaorang. Kalau aku ada masa aku pergi sana lawat kau. One more thing, I'm still waiting your answer. No matter when it is. Aku rela tunggu,"

Aku pula yang terkelu lidah. Akhirnya, aku sendiri yang bersikap gugup. Setelah siap bercekerama, kami pun beransur. Rafie, kalau betul kau jodoh aku, aku takkan dapat lari dari kau. Biarlah Allah sendiri yang tentukan. Rancangan Dia is the best from the best.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience