Bab 38

Humor Series 10658

Chapter 38

BAJU-BAJU bagi lelaki sudah aku rekodkan semua dalam data. Aku tersenyum kecil. Tak sangka Kak Sa'diah memiliki fikiran yang sama dengan Cikgu.

"Biasanya lelaki suka baju yang simple, ringan dan nipis."

Sudah ada di pasaran butik dan memang kelihatan lebih bergaya. Ianya tidaklah bercorak banyak namun cukup membuatkan seorang lelaki itu lebih tampak ringkas dan kemas.

Aku mencuba mencapai satu baju yang berada dalam plastik di atas rak. Paling atas pula tu. Aku menanggalkan kasut tumit tinggi namun mencapai kerusi kecil. Huh, tetap tak dapat. Siapa yang pandai-pandai letak setinggi gunung ni?

"Dah tahu pendek, panggillah orang yang panjang ni. Dah turun. Karang jatuh, terkehel kaki tu lagi susah."

Satu suara yang datangnya dari meja bulat di hujung sudut kedengaran. Dia menuju ke arah aku dengan tangannya dimasukkan ke dalam saku seluar. Entah panas apa, baju kemeja yang berlengan panjang itu dia lipat sampai ke siku.

Haih, ingat dia kacak ke? Ya Allah, dia memang kacak! Dalam imaginasi aku hanya mampu memandang ke atas dengan hati yang tak rela. Setelah itu, dia melipat tangannya ke dada.

"Nak saya angkat awak dari situ atau awak turun sendiri?"

Dengar saja amaran itu langsung aku turun dari kerusi kecil itu. Ish, jahat betul. Dah tak serupa perempuan pula aku tadi. Harap saja kain bukan main panjang dari pinggang, tapi cara aku loncat terus hilang keayuan semua.

Tidak memerlukan kerusi kecil tadi, dia pergi ke arah rak itu dan semestinya untuk mengambil satu baju antara semua baju. Hanya perlu menjengket sedikit dan dia dah dapat capai. Lalu, dia berikan pada aku.

"Baju ni cantik. Saya yakin ramai yang akan beli,"

Komennya. Aku mengambil dan mencebikkan muka. "Sudah-sudahlah jadi image consultant. Saya tak minta pun," aku berlalu pergi ke arah meja bulat yang diduduki Cikgu tadi.

Duduk sahaja aku di kerusi itu, aku mengangkat muka. Ya Allah! Terkejut. Dia ketawa kecil namun ia sangatlah keterlaluan. Nasib baik muka comel. "Kenapa tak pergi U hari ni?" Soalku.

"Saya pergilah. Tapi, tengah hari nanti baru kelas mula. Jadi, daripada saya lepak dekat cafeteria baik saya datang sini. Isteri saya juga ada," dia tersenyum.

Isteri saya. Ya, aku isteri dia. Aku bukan jenis orang yang cepat tersentuh dan rasa sesuatu perkara itu sangat manis. Tapi, masa dia cakap isteri saya, aku rasa berbunga. Aku dapat rasa ketulusan dia.

"Aina!" Terperanjat aku jadinya. Aku sekeh juga dia ni.

"Apa dia?" Getusku. Aku duduk di kerusi yang ada di dalam bilik stor ini. Sama di kerusi yang aku duduk semasa hari itu. Ianya sebelum masalah menimpa.

"Kau buat apa termenung ni? Fikir siapa?" Rafiq mengambil tempat di hadapan aku.

Aku mengeluh perlahan. Muka aku memang muka banyak masalah ke? Senangnya orang tahu aku ni sedang krisis. "Aku nak tanya kau sesuatu boleh?"

Berkerut kejap dahi Rafiq. Selepas itu dia mengangguk. "Orang lelaki ni macam mana?" Soalku. Sekali lagi Rafiq berkerut dan ini nampaknya lebih banyak. Haih soalan aku pelik dan aneh ke?

"Dari segi apa tu?"

"Okey aku tanya ya. Agak-agak boleh ke seseorang lelaki ni boleh lupa cinta pertama dia yang memang dia berharap dapat bersama senang-senang? Dengan alasan dia dah bersama dengan orang lain which is bukan cinta pertama dia tu,"

Rafiq mengangguk-angguk sambil tersenyum kecil. "Complicated persoalan kau ni. KBAT sangat," guraunya.

"Hish jawab saja boleh tak?" gesaku.

"Okey okey. Kau kena faham. Aku rasa tak kiralah perempuan atau lelaki, kalau Allah dah buka hati dia untuk terima orang lain hadir dalam hidup dia, dia memang akan terima. Kun fayakun. Dengan sekelip mata, Allah boleh ubah hati manusia."

"Yalah tapi takkanlah tak ada pun sekelumit rasa sayang tu? Cinta pertama, Rafiq. Cinta pertama ni susah nak tinggalkan, lupakan." Aku masih belum puas.

"Memanglah ada. Mustahil tak ada. Hati pun mudah bergelora. Senang kena pengaruh. Tapi kalau dia boleh redha dengan perancangan Allah, semua benda boleh jadi. Manalah tahu dia pun ada inisiatif nak kenal, sayang orang baru tu."

"Manalah tahu dia pun ada inisiatif nak kenal, sayang orang baru tu." Allah. Betul ke? Cikgu ada niat nak sayang aku? Susah aku nak percaya. Mungkin dia baik dengan aku selama ni pun sebab dia asalnya dah baik.

Bukan sebab dia sayang aku. Bukan sebab dia cinta aku. Tengoklah layanan aku pada dia. Aku tahu dia macam nak ber-sweet dengan aku, tapi aku tak balas. Aku tak balas sweet dia.

"Aina, Aina. Actions speak louder than words. Lelaki ni ada ego tersendiri. Mungkin dia tak cakap, tapi perlakuan dia dah cukup beritahu apa yang terbuku di hati."

Rafiq tersenyum selepas itu seolah-olah tahu apa yang berada di benak fikiran aku. Aku mengangguk kecil. Bukan hati perempuan saja sukar untuk difahami, hati lelaki juga begitu. Hati perempuan. Hati aku.

Aku sendiri tak faham hati aku sendiri. Betul ke aku dah jatuh sayang pada dia? Bila?

"ANGAH! Rindu angah. Lama kita tak jumpa," ujarku dengan suara yang amat gedik. Angah atau Abang Afif hanya mencebikkan muka. Memang tak nak balas dakapan aku ke apa?

"Dah ada laki pun perangai macam budak-budak lagi. Grow up la kawan. Awak tu dah tua," selamba badak dia berjalan meninggalkan aku setelah penat aku berlari anak menghampiri dia. Tak guna punya abang.

Aku mengejar dia kembali dan berjalan di sisinya. Ceh, dia ingat dia cool sangat ke masukkan tangan dalam poket seluar? "Eleh, kahwin ajelah. Bukan dah ada anak serupa team sepak bola. Awak tu bila pula nak ada isteri? Menunggu Kak Sara lagi ke?"

Angah menjeling aku sekilas. Alah, ingat aku takut. "Kalau ada jodoh tak ke mana. Tunggulah satu hari nanti, selepas dia balik dari Istanbul terus aku lamar dia. Tak payah tunggu apa, kau carikan tok kadi je."

Amboi, panggil tok kadi terus kahwin. Senang hidup. "Entah-entah dia ada someone. Melepaslah," kataku rambang.

"Woi! Agaklah. Jangan cakap macam tu. Karang betul, aku tembak kau Aina."

"Itulah siapa suruh tak booking dia awal-awal? Lepas dia dah hijrah ke negara orang barulah terhegeh-hegeh. Perempuan cepat terasa dengan perbuatan seseorang. You better watch out or you will regret it."

Kami pun sudah sampai di food court. Selepas memesan makanan, seperti biasa Angah akan belanja apabila aku dan dia keluar bersama. Selain buat kepada Kak Sara seperti itu, aku juga perempuan utama yang merasa hal ini.

"Alah kau diam jelah. Kau tahu apa fasal perempuan pun? Kau tahu ke tidak apa perasaan kau dekat suami kau sendiri, hm?" Tanyanya dan soalan ini sangat buat aku rasa tak boleh bernafas. Rasa nak baling dia dengan bola keranjang.

"Itu tak masuklah. Itu lain. Topik lain boleh tak?" Aku mula rasa jengkel. Angah pula ketawa kecil sendiri. "Jangan jadi manusia yang bila dah hilang sesuatu baru nak sedar sayang itu ada. Saat tu, dah tak guna."

Aku diam. Senyuman Angah menghilangkan rasa tak semena-mena aku. Pap. Tempat duduk yang berada di tengah meja diduduki seseorang. Aku tersenyum dan menjawab salam yang diberi.

"Lama dah ke ada kat sini? Along tak lambat kan?" Soalnya sambil memandang aku dan Angah silih berganti. Aku hanya tersenyum lalu menjawab bagi menidakkan pernyataan yang diberi.

Diam. Angin meniup sepoi-sepoi bahasa. Maklumlah, di luar kami makan. Tak adalah aku sesak sangat menyedut serta menghembus penghawa dingin itu. Udara original tetap menjadi pilihan.

"Angah ambil half day kerja, kan? Boss okey tak?" Pandangan along ditalakan kepada angah yang diam mengacau air menggunakan penyedut minuman. Baru saja pesanan kami sampai dan along pula yang mengambil pesanan.

"Okey," balas angah dan ia sangat dingin.

"Are you still mad? Come on la boy. Benda dah lama kut. Takkan kau masih nak dendam dengan aku?"

"Dendam apa? Penagih macam kau aku nak maafkan? Memang tak dapatlah. Kau hampir bunuh mak bapak kau sendiri. Maaflah, aku tak sanggup ambil risiko. Dia orang even Aina kau boleh tipu. Aku taklah,"

Aku diam hanya menyaksikan mereka saling meluah apa yang tersirat di hati. Inilah tujuan aku mempertemukan mereka. Sampai bila Angah nak mengaku yang dia tak ada abang?

"Aku serius dah berubah. Kau nak aku buktikan apa lagi? Aku tahu aku salah. Aku dah mengaku salah aku pun dan mak ayah maafkan. Yang kau ni. Kenapa tak boleh terima aku balik?"

Angah terkekeh gelak memperlekehkan. Aku hanya mampu mendengar dan buat-buat sibuk makan nasi yang telah dipesan. Konon sedap sangatlah nasi depan mata ni.

"Kau lebih baik diam ajelah. Aku masih kat sini pun sebab Aina yang minta. Kalau tak, dah lama aku blah. Menyampah, meluat aku tengok kau lama-lama."

Tanpa aku duga, Along mengetuk kepala Angah tiga kali. Aku tersenyum kecil. Along akan sentiasa ketuk kepala adik dia sebanyak tiga kali kalau dia dah geram sangat. Dia tak akan memaki, mencemuh apa semua.

Cukuplah dengan ketukan tiga kali itu. "Weh sakitlah! Tangan kau tu makin lama, makin keras. Sedap aje ketuk kepala orang," rungut Angah sambil menggosok tempat di mana kepalanya diketuk.

"Padan muka. Aku abang kau tahu? Kau kemalangan tak cukup darah, aku orang pertama ditanya doktor untuk derma. Kau ni aku WWE karang,"

Kerana tak dapat menahan ketawa, akhirnya meledak juga ketawa aku. Tak boleh tahanlah! Tadi bukan main adu mulut. Selepas aku membuka mata, aku dipandang dua pasang mata. "Alah, malulah kita. Pandang-pandang pula. Kita dah kahwinlah abang-abang sekalian,"

Aku diketuk kepala kiri kanan daripada Along dan juga Angah. Aduh, sakitnya! Nak aku nyanyi lagu sakitnya tuh di sini ke macam mana? Karang malu pula sampai tak nak mengaku aku adik.

"Kaulah ni ajar tak baik kat Aina. Kan dah separuh gila budak ni," selamba along berkata. "Hei!" Tegurku. Sedap mengutuk depan-depan ni ya.

Angah pula yang ketawa. Ah, finally. Setelah bertahun-tahun lamanya, akhirnya mereka akur juga. Setiap orang melakukan kesalahan, tapi tak semua yang mengakui kesalahan mereka. Di saat ada yang mahu mengalah, hargailah.

"Kau pergi beli tiket sana. Aku dengan Aina pergi beli popcorn dengan air," angah memegang pergelangan tangan aku macam aku budak kecil yang berada di tengah orang ramai. Hei, aku dah besar okey.

Along mengangguk-angguk dan kami berpecah menuju ke barisan masing-masing. "Kita beli 2 set ajelah. Tak payah banyak-banyak, dah makan pun kan tadi." Kata angah. Aku hanya mengikut.

"Kau percaya tak yang jodoh kau sebenarnya dah lama Allah tunjukkan dari dulu?" Tiba-tiba angah tanya. Aku dah pelik dan hanya mengikut. Menggeleng kepala.

"Ayah dengan ibu bukan saja-saja suruh kau kahwin dengan Danial. Instinct orang tua ni kuat. Restu dan redha ibu dan ayah menjamin kebahagiaan. Tapi, mereka masih bagi kau peluang untuk kau menolak."

Aku diam. Masih menunggu apa sebenarnya point yang dia nak cakapkan. "Tapi bila kau sendiri dah terima dengan hati yang rela, mungkin ada sebabnya. Hati kau dah benar-benar bersedia untuk diambil dan dijaga. Percayalah, ibu dan ayah bukan saja-saja. Ini semua ketentuan Allah,"

"Salah ke aku ada rasa sayang dengan suami sendiri?" Tiba-tiba terpacul soalan itu dari mulut aku. Mulut aku weh. Bukan mulut mak cik sebelah ni yang duk kinja-kinja tengok pelayan counter ni handsome.

"Tanya hati. Ia lebih tahu,"

Aku berjalan mengikut saja ke mana angah pergi. Berfikir. Mengapa harus aku yang kena merasa bercinta selepas kahwin? Aku tahu ia indah. Tapi, entah kenapa dari dulu lagi aku berharap jodoh yang akan bersama aku nanti seorang yang aku kenal.

Seorang yang aku tahu budi baiknya. Seorang yang tahu aku sepenuhnya. Tapi aku tak pernah menyesali apa yang berlaku kepada aku sekarang. Malah aku bersyukur. Jikalau aku ditakdirkan bersama orang yang aku inginkan, cinta suci antara aku dan dia mungkin kurang manisnya.

"Cerita tu awesome! Terbaik gila-gilalah. Patutlah dapat first place kat carta. Puas hati," komenku dengan nada yang sangat gembira. Maklumlah, dah lama pula aku tak tengok movie dekat wayang.

Angah memandang aku jengkel. "Tak payah gedik sangatlah. Itu hanya cerita sahaja. Menjerit-jerit dalam panggung. Buat malu je," angah mencubit pipi aku. Terus, aku mengusap pipi.

"Dah. Dah, tak payah gaduh. Jom beli baju nak? Aku belanjalah. Tapi, seorang satulah. Karang, kau orang ambil banyak pula macamlah aku tak tahu." Tiba-tiba along bersuara dan membuahkan senyuman lebar dari kami.

Terus kami peluk lengan along dan bawa ke kedai baju. Baju untuk angah dahulu. Kedai itu memang khas untuk baju lelaki sahaja. Aku pula rasa segan nak masuk sebab pelanggan pun tak ada yang perempuan.

Pekerja pun sama. "Masuklah cepat. Dia orang mengurat kau ke nanti, tak apa kau ada dua bodyguard boleh protect." Angah menarik tangan aku apabila aku ragu-ragu untuk masuk ke dalam.

Dan betul sangkaan angah yang memang ada lelaki yang mendekati aku. Masa ni pulalah dua-dua orang ni yang katanya nak jadi bodyguard pergi bilik persalinan. Aku dah duk menyumpah dalam hati. Ya Allah, sabarkanlah hati aku ni.

"Cik adik tunggu siapa?"

Aku diam. Malas aku nak layan. Aku membelakangi dia dan aku tak nak tengok muka lelaki itu. Bila dah penat, blahlah tu. Haih ada juga manusia macam ni. Mengurat dalam shopping mall? Tak standardnya!

"Alahai dia ni. Orang tanya, tak layan pula. Dah ada boyfriend ke?"

Terus aku angkat tangan. Memang ada cincin di jari manis aku. Dah, puas hati? Nak saja aku cakap, tapi hanya tersekat di kerongkong.

"Dah kahwin rupanya. Bahagia ke ni? Saya sanggup kahwin dengan awak. Saya janji akan bahagiakan awak dan cinta awak sunguh-sungguh,"

Ya Allah, ayat dia! Macam baca skrip! Dia ingat dia dalam drama ke? Ayat mengurat pergh sebiji macam dalam TV. "I love my husband so much and please..." aku berpusing ke belakang.

"I love you too. I may not the one who loved you first but I will make sure that I the one who you love at last," Cikgu memegang kedua tangan aku. Aku terpaku.

"Aina, bagilah saya peluang untuk menebus kesalahan saya. Not that easy I will let go my love. Awak separuh nyawa saya. Biarkan saya jaga awak kalau awak kena usik. Let bygone be bygone. Kita mula chapter baru,"

Aku tersenyum kecil. "Saya tak berpelajaran macam Khaisara sampai belajar luar negara. Saya tak secantik Khaisara. Saya tak selembut Khaisara. Boleh ke awak terima saya?"

"Aina! Haish, janganlah cakap macam tu. Saya dengan Khaisara dah tak ada apa-apa. I think you know your cousin so well dan saya tak perlu cerita banyak. Yang penting sekarang, boleh tak Aina jadi isteri saya?"

"I'm done!" Marahku.

"I know. But, not simple as that. Boleh tak awak mengaku awak pun sayang saya?" Pintanya.

Aku diam. Ah, malunya! Aku tutup muka separuh. "Saya sayang awak," ucapku perlahan. Keramatnya tiga perkataan tu.

"I can't hear you...."

"Saya sayang awak, Danial Haziq!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience