Bab 11

Humor Series 10658

Chapter 11

Kring kring! Kring kring!

Aku segera mematikan jam penggera di sisi aku. Huh, kacau daun betul benda alah ni! Aku nak tidur lagi lah...

Tiba-tiba telefon aku pula yang berbunyi. Hesy, memang semua benda nak kacau aku mengulit mimpi indah ke apa? Aku dengan terpaksanya angkat telefon itu dengan mata yang masih terpisat-pisat.

Ada mesej. Aku pun membukanya.

Morning sunshine! Bangun bangun bangun. Have a great day, Amirah! - Amirul

Aku tersengih. Macam tahu-tahu saja aku belum bangun. Aku meregangkan badan. Kruk kruk~ . Huh, berbunyi!

Aku capai tuala dan masuk ke dalam bilik mandi.

Suzy yang dari tadi asyik memegang telefon pintarnya itu. Aku disini bagai tunggul. Langsung tak dipedulikan. Aku membuat mimik muka sedih pun dia tak pandang. Huh, khusyuk sangat!

"Oi, mesej dengan boyfie ke sampai aku dibuat macam tunggul?" Perliku lalu menjeling memandang Suzy. Suzy memandang aku lalu mengukir senyuman. Senyuman gatal.

Suzy menggeleng-gelengkan kepalanya menafikan pernyataan yang aku beri. Eleh, nak temberang aku lah tu!

"Yalah tu. Boring lah. Jogging jom Suzy?" Aku menongkat dagu menanti jawapan Suzy. Hari masih lagi mengizinkan untuk jogging.

"Kau apa hal ni tiba-tiba ajak pergi jogging?" Dia meletakkan belakang tangannya ke atas dahi aku. Aku diam.

"Kau demam ke? Tak panas pun," Suzy memandang aku dengan muka tak bersalahnya. Muka datar aku beri. Hayya, spesies macam ni pun ada ke?

"Sedap kau je kata aku demam! Aku sihat, sihat walafiat lagi. Suka hati je," Aku mencapai roti kosong dan strawberry jam. Ngap. Ngap. Ngap. Ngap. Habis dua keping.

Suzy tersengih. Heh, nasib baiklah gigi tu terletak elok.

"Jom! Dalam masa 15 minit bersiap, siapa lambat dia kena belanja KFC. Macam mana?"

Aku ternganga. Haih, budak ni. "Jogging bukan nak sihatkan badan ke? Yang pergi order KFC dah kenapa?"

Suzy tersengih lagi. Andai saja aku ada mop ke, penyapu ke, dah lama aku sumbat kat muka budak ni.

"Tak apalah... Aku kira, kita start! Satu... Dua... Tiga...!" Suzy dengan lintang pungkang naik ke atas untuk masuk dalam bilik dia bersiap. Aku menggeleng-geleng perlahan. Budak ni kalau bertemu dengan anak saudara aku semua, habis pecahlah rumah ni.

Aku pun bersiap. Tak adalah tergesa-gesa sangat. Setakat KFC, bila-bila je lah aku boleh belanja. Tapi, kalau hari-hari boleh muflis juga aku!

Baju WOLF 88, seluar sukan aku sarung ke badan. Jam yang biasa aku pakai juga aku sarung ke pergelangan tangan kiri. Tudung warna krim putih aku belit untuk menutupi kepala aku.

Aku turun ke bawah, sebelum itu aku pandang bilik Suzy. Aik, senyap?

Aku turun dan mendapati... Huh, dia dah bersiap. Siap pakai kasut sukan warna merah jambu dia tu.

"Belanja eh..." Dia tersengih untuk ke berapa entah kalinya. Kalaulah aku seorang doktor gigi, dah lama aku cungkil gigi dia tu. Geram!

Kini kami di Setia Alam. Ramai. Ramai yang jogging maksud aku. Tak kiralah lapisan usia, muda tua budak-budak. Mesti ada sebagai penghias tempat lapang ni. Ada yang memang betul mengamalkan gaya hidup sihat atau pun niat hendak kurus sahaja.

Termasuk ni, dah 3 kali pusing. Suzy ni dari tadi minta berhenti. Tapi, aku cegah. Kalau berhenti tak dapat KFC. Dengan hati yang tak ikhlas dia menerima. Dah nama pun Suzy. Dia akan buat apa saja asalkan dapat makanan favourite dia.

"Bila nak berhenti ni? Kaki aku dah macam roti canai belum masak ni,"

Aku tergelak. Ada pula macam roti canai belum masak. Sedap rasa dia je buat frasa macam tu.

"Inshaa Allah, lagi 3 jam."

Terus dia berhenti. Suzy memandang aku... macam aku pembunuh misteri dan dia mangsa seterusnya. Aku membuat muka kau-kenapa kepada Suzy.

"Kau gila apa lagi 3 jam? Lembut terus lah kaki aku nanti! Kalah peserta gimnastik tu," Suzy membebel. Nasib baiklah suara dia tak begitu nyaring atau kuat. Kalau tidak mesti aku dianggap kena bebel sebab nakal.

Aku mengangkat kening. Eleh, baru 3 jam lutut dah longgar. Kalaulah aku minta 13 jam ke, barulah bising. Hadeh~

"30 minit?"

Suzy tersenyum lebar sampai ke telinga. Hilang terus asap-asap atas kepala dia tadi. Semua diusir apabila aku bercakap tadi. Kami pun meneruskan jogging yang tergendala sebentar tadi. Untung saja, orang belakang tidak ikut berhenti kerana Suzy betul-betul berhenti tengah jalan. Tak sayang nyawa betul budak ni.

Sedang kami asyik berlari campur berjalan, tiba-tiba ada seorang kanak-kanak lelaki kecil melanggar aku. Dia jatuh, namun segera bangkit tetapi yang hairannya dia tidak menunjukkan reaksi untuk menangis.

Suzy memandang aku pelik. Kami berbalas pandangan dengan perasaan awkward. Aku memberanikan diri untuk menegur budak itu memandangkan dia sibuk mengusir habuk dari pakaiannya.

"Erm adik tak apa-apa ke? Sakit tak jatuh tadi?"

Dia memandang aku, lalu tersenyum. Ini budak dah kenapa? Bisu kah? Atau ini cara-cara penculikkan zaman sekarang dengan menggunakan kanak-kanak sebagai umpan? Eh, tapi mana mungkin aku dan Suzy bakal diculik kalau tempatnya public macam ni. Sangat tidak menguntungkan.

"Kakak ni minta maaf ya kalau sakit. Tapi, adik juga mesti hati-hati tau,"

Suzy terpaksa menunduk untuk menyamakan tingginya dengan budak itu seperti apa yang aku buat tadi. Budak ni agak-agak 5 hingga 6 tahun umurnya. Ataupun mungkin lebih muda kerana mukanya amatlah baby face.

Dia tersenyum.

"Tak apa. Saya yang salah. Saya yang langgar kakak cantik ni. Saya minta maaf ya kak?" Dengan petahnya budak lelaki itu bercakap. Siap bodek aku lagi tu! Entah ikhlas, entah tidak tu.

Aku tersengih sebelum menjawab. Aku menunduk untuk bercakap dengannya.

"Ya, akak maafkan. Lain kali, hati-hati ya. Nasib baik jatuh tu tak luka yang parah," Melalui telinga yang aku dengar dari percakapan aku tadi, macam makcik-makcik maafkan anak jiran diaorang.

Budak lelaki itu tersenyum. Lalu, dia mengeluarkan satu kertas nota kecil berwarna merah jambu lalu menulis sesuatu. Daripada apa yang aku lihat dia selalu bawa beg kecil tu mungkin. Untuk memuatkan nota kecil dan sebatang pen.

Lalu, dia mencapai tangan kanan aku. Dia letakkan nota kecil itu dan menutup tangan aku. Aku memandangnya hairan. Haih, belum pernah lagi aku lihat budak macam ni. Secara teorinya aku memuji apa yang dia buat. Bijak, sopan santun.

"Saya pergi dulu ya kak. Assalamualaikum." Dia tersenyum memandang aku dan Suzy. Lalu, dia pergi sambil berlari.. Cepat, tak sempat sepasang mata aku ni nak mengejar.

Aku memandang Suzy. Dia pun begitu. Kami dengan serentak memandang ke hadapan tempat budak itu berlari-lari pergi dari kami. Lalu, memandang sesama sendiri lagi. Hadapan. Sesama sendiri. Hadapan.

"Okey, cukup. Patah juga tulang tengkuk aku nanti asyik bergerak tak ada tujuan," Suzy tersengih. Situasi tadi memang drama yang amat. Malu aku kalau orang nampak. Tapi, untungnya tiada~ Yeah.

"Bukalah," aku pun penasaran dengan apa yang budak lelaki itu tulis. Jadi aku pun membuat keputusan untuk membuka genggaman aku yang berisi nota kecil.

Assalamualaikum. Nama saya Danish. Kalau ada jodoh kita jumpa lagi kak ;)

"Comelnya!" Alamak, aku terjerit kuat pula. Aku memandang sekeliling. Alhamdulillah, tak ada siapa yang perasan. Kalau tak, aku menanggung malu lah nampaknya.

"Wah wah. Pandai betul budak-budak sekarang berpuitis," Suzy memanjang-manjangkan lehernya untuk melihat nota kecil itu. Segera aku simpan.

"Kalau ada jodoh kita jumpa lagi, itu ajela. Puitis apanya," Aku menuju ke kerusi yang disediakan. Semasa masih kosong, baik ambil cepat. Nanti kena sambar dek orang!

"Entah-entah ini petunjuk kot," Samar-samar aku dengar suara Suzy bercakap. Yalah, lumayan dekat dan jauh jarak aku dengan dia ni.

"Repeat?"

"Yalah, mungkin ada sesuatu disebalik yang berlaku ni. Petujuk? Hm.." Suzy mendekat lalu duduk di sebelah aku dan memandang aku lalu tersenyum. Senyum yang banyak sekali makna disebalik.

"Ada-ada je lah kau ni. Dah, jom. Kata nak makan KFC?" Aku menghentikan topik tentang budak kecil itu. Kalau diperpanjangkan, entah pergi ke mana lah nanti dia.

Suzy pula kalau sudah dengar nama makanan favourite dia apalagi, macam ada permata dalam mata dia. Bersinar-sinar.

Kami pun memasuki kereta. Kereta akulah siapa lagi. Air-cond aku buka supaya sejuk terasa. Penat juga ber-jogging ni. Maklumlah, orang dah jarang sangat-sangat buat. Macam gini lah jadinya. Baru beberapa kilometer dah mengeluh letih lah, apalah.

"Tapi, kan. Budak tu macam ada aura tau. Cara percakapan dia.. Susah aku nak tafsirkan," Ugh Suzy masih dengan topik budak tadi. Haih, masih belum habis ke Suzy?

"Suzy, it just a note from a boy. Child. Jadi, yang kau nak peningkan sangat ni kenapa? Eee, geram aku dengan kau ni!" Aku mencubit pipinya kuat.

Suzy hanya membalas dengan muncung sedepa. Hah padan muka. Habis merah dah pipi gebu kau tu. Itulah, cakap yang bukan-bukan lagi. Kan dah dapat.

"Sakitlah...." Rintih Suzy sambil mengusap-usap pipinya yang aku cubit tadi. Mukanya memang minta simpati. Walaupun begitu, mukanya tetap dia mahu buat secomel mungkin. Haih, budak ni.

"Kalau kau tak buat pasal, aku pun-"

Tiba-tiba saja ada sebuah kereta yang macam tidak terkendali bergerak macam orang mabuk. Cepat saja tangan aku capai break. Ya Allah! Untung saja aku masih hidup sampai sekarang. Syukran Jazilan, Ya Allah.. Suzy disebelah kaku. Mungkin masih terkejut. Nasib baiklah tiada apa yang berlaku kepada kami. Tangan aku pantas menekan break. Kalau tidak, pokoklah tempat kami berlanggar tadi.

"Kau okey, Suzy?"

Suzy memandang muka aku dengan wajah yang tak dapat aku tafsirkan. Okey, dia masih terkejut Aina.

"Okey..." Ucapnya perlahan. Bibirnya tidak lekang menyebut syukur dan istighfar dengan banyak.

Tiba-tiba kaca pintu aku diketuk. Aku memandang Suzy. Haih, masih. Shock sangat ke? Aku tak dapat mengecam orang yang mengetuk, disebabkan kacanya hitam. Aku membuat keputusan untuk membuka kaca itu diselangi lafaz basmalah.

"Ya?"

Lelaki. Putih bersih dan ada sejemput janggut kemas menghiasi dagu dia. Elok berjubah putih. Ustaz ke? Haih, tak akan nak tangkap basah aku dengan Suzy kot? Lawak laah!

"Saya yang bawa kereta yang hampir melanggar kereta Cik. Cik tak apa-apa?"

Mukanya sangat rasa serba salah. Oh, kereta mabuk tadi ke? Eh! Tak akanlah ustaz macam gini mabuk kot? Ini sangat memusykilkan. Betul lah kata pepatah inggeris, "don't judge a book by it's cover." Haa pepatah inggeris kau!

"Err saya tak apa-apa. Okey je. Nasib baik sempat break tadi. Kalau tak, hospital je kita jumpa nanti."

Dia tergelak kecil. Aku buat lawak ke? Rasanya tak tau, serius tak. Manusia ni memang pelik ke apa?

"Kawan cik?"

Aku memandang Suzy. Haih, kacau ah budak ni. Aku baru cakap tak apa-apa. Dia pula bagi respon sangat 'apa-apa'. Aku menyiku tangannya. Dia dengan kelam kabut tersedar. Lama sangat ni, Suzy.

"Argh, ya! Oi, apa dah terjadi? Wei, aku hidup lagi ke tak? Cubit aku wei, mana tau aku koma ke," Suzy mengeluarkan dialog roket dia. Main zup zap zup zap je. Bukan setakat cubit aku bagi, tamparan sulong aku pun boleh. Tapi, disebabkan ada tetamu terpaksalah aku tahan hajat murni aku ni.

Jadi, aku pun cubit lengannya tapi masih lagi dengan keadaan ayu. Hoh, ayu kauu. Yalah, nanti mamat ni mengutuk aku pula dalam hati. Tambah dosa je.

"Oi, mak kau! Aww, sakit ah! Kalau ya pun nak cubit, suam-suam kuku tak boleh ke?" Dia mencebikkan sedikit mukanya. Haih, kau tak payah buat muka sangatlah. Tak nampak ke ada tetamu sekarang? Even jumpa kat kereta je.

"Diam ah, tengok siapa datang," Aku memalingkan muka kepada lelaki yang masih setia berdiri di sisi kereta. Mukanya penuh kedamaian walaupun aku tahu kat luar panas terik. Aku mengukir senyuman supaya tidak nampak terlalu janggal. Takut dia ingat aku dengan Suzy mengumpat dia ke apa.

Suzy memanjangkan leher melihat ke luar kaca mengatasi badan aku. Lalu dia tersengih. Malu lah tu.

"Ehh hai," Suzy masih dengan sengihannya.

Lelaki itu sekadar meanggukkan kepalanya lalu tersenyum. Aduhai, apa pasal sopan sangat ni?

"See, dia tak apa-apa. Hehe," Aku menggaru-garu. Aku tak tahu kenapa aku pula yang macam serba salah. Patutnya dia kan? Yalah, bawa kereta macam orang mabuk je.

"Saya minta maaf ya. Careless. Anak saya main-main dalam kereta sampai tak focus bawa kereta. Sekali lagi saya minta maaf."

Okey, sekarang dia memang buat muka serba salah. Oh anak? Oh..

"Tak apa. Kami maafkan. Chill. Tak ada yang teruk pun,"

Dia tersenyum lega hati. Nasib baik tak apa-apa. Kalau tak huh lokap lah bang oi. Dia pun meminta diri untuk pergi. Tak lupa salam diucapkan. Aku dan Suzy pun menjawab lalu tersenyum. Suzy ni pula tergedik-gedik nak lambai.

"Aina, dia dah kahwin ah. Ada anak pula tu. Melepas," Dia mengeluh. Eleh, tak payah nak mengeluh sangat lah. Melepas apa benda. Jumpa pun baru sekali. Nak feeling lebih-lebih.

"Alah, sian dia. Melepas ya? Alalala," Aku membuat lagak seperti ibu memujuk anaknya. Tapi, bohong besar yang amatlah kan kalau anak aku besar Suzy ni.

"Diam ah. Continue. Drive," Dia menyilangkan tangannya ke dada. Merajuk. Haih, tua bangka gini kau nak merajuk. Sedih tahu sedih? Fikir aku nak pujuk?

Aku hanya mengikut katanya. Tapi, terfikir juga pasal lelaki tadi. Haih, apa pasal lah pula aku teringat ni. Apa pasal lah aku macam kecewa ni. Apa pasal lah aku macam.. Haih, hati.. hati.. Sakit ke kau?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience