Bab 42

Humor Series 10658

Chapter 42

KAMI berjalan di koridor. Banyak benar biliknya. Tidak sampai hati aku apabila teringat yang Tengku Ariana tinggal di sini. Siapa sangka dia bakal jadi pesakit di hospital ini. Ketentuan Allah, mungkin ini takdir dia.

Tanganku digenggam kemas oleh Danial Haziq, My Cikgu. Aku tak boleh tahan senyum apabila mengingati saat mula-mula aku jumpa dia dahulu. Punyalah aku menyampah. Poyo, suka menyibuk dan acah-acah macam dah kenal aku lama.

Tapi, sekarang orang yang poyo ini jugalah yang aku sayang. Orang yang suka menyibuk ini juga yang prihatin dengan aku. Orang yang acah-acah macam kenal aku lama yang aku akan menempuh kehidupan bersama.

Terkejut bukan kepalang apabila melihat dia yang duduk di hadapan tok kadi. Mulut aku tak boleh tutup, melopong tengok dia sampai tak sedar akad sudah dilafazkan. Melihat video yang pernah dirakam, sekali lafaznya.

Aku masih tertanya, agak aneh apabila kena berkahwin dengan orang yang tak pernah aku tahu kewujudannya. Satu keluarga berpakat menyimpan rahsia. Aku yakin pilihan ibu dengan ayah yang terbaik.

Sudah menjadi tanggungjawab mereka mencari seseorang untuk aku. Cara mereka mencari pasti baik dan aku tak pernah meraguinya. Bukan aku tak kisah apabila kena 'rela' berkahwin dengan orang yang aku tak pernah kenal.

Tapi, mungkin itu jalan aku berjumpa jodoh aku. Di saat aku menunduk di majlis akad nikah itu, aku terfikir. Betul ke dia boleh jaga aku macam ibu dengan ayah jaga aku? Boleh ke dia terima lebih kurang aku?

Bukankah lelaki ada potensi untuk buka 4 masjid? Bagaimana kalau aku dimadukan? Bagaimana dia lebih pilih orang lain dan tinggalkan aku kelak? Barulah saat itu aku terfikir.

"Fikir apa tu sayang?" Suara lunak itu memadam segala lamunan. Aku memeluk lengannya dan mendongak kepala. Aku tiadalah rendah mana, bawah bahu dia itu pun sudah cukup tinggi.

"Macam mana ayah boleh kenal abang?" Soalku. Posisi kami yang masih berjalan menuju ke suatu bilik menyukarkan aku untuk bercakap dengan baik.

"Ayah sayang?" Soalnya kembali. Aku mengangguk-angguk kecil.

"Ingat masa mama abang kata nak booking sayang awal-awal? Masa itu, dalam countdown nak datang rumah sayang, merisik sayanglah. Sayang tak tahu, ya sebab abang yang suruh rahsiakan. Abang tak beri semua keluarga sayang beri tahu sayang, siapa lelaki tu." Dia tersenyum.

Aku mengangguk-angguk. "Dalam masa menunggu majlis akad nikah, masa itulah abang rajin datang butik. Sebelum ni, abang kurang datang ke sana. Pergi sana, cuma nak tempah coat baru saja. Abang kurangkan aktiviti di universiti untuk sayang kenal abang, abang kenal sayang."

"Ayah tak mudah terima orang asing. Lagikan pula nak jadi menantu dia. But, see you are my husband now. Ah, you know what I mean right?" Aku mengetuk kepala dengan tangan. Susun ayat pun tak boleh.

Dia tertawa gembira. "It's quite difficult to be your husband tahu. Mama abang kata, ayah sayang dah macam detective conan. Ayah sayang siasat siapa abang kat luar. Siap pergi U lagi tahu. Banyak juga research yang ayah sayang buat. At last, I passed! Barulah ayah sayang terima pinangan keluarga abang," dia tersenyum dan membuatkan mata dia sepet.

Alahai, mengapalah dia comel sangat? Selepas itu, wajah aku ketara berubah. "Abang tahu kan nisbah perempuan lebih banyak dari lelaki? Abang.." dia memegang kepala aku, diusapnya. Terkedu aku seketika. Dia buat di public!

"Abang takkan tinggalkan sayang,"

"I doesn't said that," walaupun memang itu yang akan aku katakan. Hati manusia mudah berubah. Inikan pula seseorang itu akan melalui kehidupan bersama-sama dengan kita. Nampak senang, tapi tidak.

"Abang sayangkan sayang sepenuh hati abang. Sayang orang pertama buat hati abang tak keruan. Memang semua sayang. Tak ada sebab untuk abang lepaskan sayang pergi setelah susah payah abang mendapatkan cinta sayang," dia berjalan memandang ke hadapan.

Tak sedikit pun menoleh ke arah aku. Aku agak tergamam dengan apa yang aku baru dengar. Perlahan-lahan bibir ini mengukir senyuman. Bila aku perasan dia mula menoleh ke arah aku, aku mula berbalas pandang. Ceh, macam drama dalam TV betul!

"Abang bertepuk sebelah tangan ke?" Tiba-tiba dia bertanya. Segera aku menggeleng. "I do love you. Sebab pilihan Allah tak pernah salah. Abang lebih indah dari mimpi saya, wahai masa depan saya." Aku tersenyum hingga mata menjadi sepet. Lengannya terus aku peluk.

Cikgu tergelak perlahan dan mengusap kepala aku seperti yang dia buat tadi. Dan sekarang aku tak pernah rasa segan silu untuk berdepan dengan apa yang dia bakal buat. Aku sangat cintakan dia, Ya Allah. Aku cinta dia kerana-Mu.

Kami pun berhenti di sebuah bilik apabila jururawat yang dari tadi memimpin perjalanan kami berhenti berjalan. Dia membuka pintu bilik itu dengan kunci yang dia ada. Dia mempersilakan kami untuk masuk.

"Saya tunggu di luar ya. Jika ada apa-apa masalah, sila laporkan sahaja kepada saya." Jururawat muda itu tersenyum kepada kami. Kami sekadar mengangguk dan mula masuk ke dalam bilik itu.

Di bilik itulah, Tengku Ariana ditempatkan. Pada tengah hari itu, Cikgu terasa tak sedap hati dan langsung pulang ke rumah meninggalkan segala pekerjaannya. Betullah nalurinya. Rupanya, itu cuma pistol yang tiada peluru.

Namun, pistolnya memang betul. Ariana ditangkap ketika itu juga apabila Cikgu bertindak menelefon polis. Dia tidak boleh ditahan di penjara kerana cubaan untuk membunuh kerana mentalnya. Ariana disahkan mempunyai penyakit mental.

Tengku Zamir, ayahanda kepada Tengku Ariana sendiri yang mengakui kenyataan itu serta meminta maaf atas segala tingkah anaknya yang tidak sepatutnya. Dan aku dapat rasakan penyakit yang dialami oleh Tengku Ariana lebih kronik berbanding milik Fariz.

"Ariana.. aku ni, Aina." Aku cuba berkomunikasi dengan Ariana. Cikgu menggenggam tangan kananku seakan memberi semangat. Walau aku sendiri tidak suka Ariana, entah mengapa hati ini juga diruntun pilu apabila melihat keadaannya begini.

Dia memandang aku teduh. Pertama kali dalam seumur hidup pandangan itu dapat aku rasakan. Maklumlah selama ini hanya pandangan ingin membalas dendam sahaja yang aku dapat. Aku mengukir senyuman agar tidak kelihatan terlalu kekok.

"Kau Aina eh? Weh, sorry ah. Aku tak ingat ah apa aku buat dengan kau dulu tapi aku minta maaf la. Kita kawan boleh tak?" Katanya. Aku mengangguk tersenyum menahan tangis. Dia melonjak keriangan apabila aku menganggukkan kepala. Mungkin dia berfikir aku tidak mahu menjadi kawannya.

"Weh, aku bosan kat sini. Tak ada kawan. Tak ada orang pun lawat aku. Kau selalu-selalulah datang. Kata kawan, kan? Kita boleh main-main," katanya lagi. Aku sekadar mengangguk.

"Aku akan selalu lawat kau dan akan bawa kau ramai lagi kawan." Dia tersenyum lagi apabila mendengar kata-kata itu keluar dari mulut aku. Tiada siapa yang mahu melawat wanita yang dahulunya terkenal di media sosial ini, dia keseorangan.

Aku tak minta banyak. Kalau Ariana boleh sembuh pun sudah dianggap keajaiban besar. Fariz. Di mana dia sekarang? Sudah berjumpa separuh hatikah? Penyakitnya sudah sembuh ke? Aku hanya mampu mengeluh perlahan.

AKU tersenyum geli hati. Mataku saat ini ditutup dengan kain. Entah ke manalah agaknya Cikgu nak bawa aku kali ini. Tidak puas dengan kejutannya. "Bila nak sampai ni? Dari rumah ke kereta sampai ke sini asyik tutup mata je,"

Aku terdengar ketawa kecilnya. Sangat comel sebenarnya. Daa, suka hati akulah nak puji suami sendiri. "Sabar sikit sayang. Dekat nak sampai ni," aku tersenyum lalu mengangguk.

Tiba-tiba kalau dari tadi asyik berjalan, kini aku berhenti dan tiada lagi pegangan di tangan aku. Dahiku berkerut. Di mana Cikgu? Dia tinggalkan aku ke?

"Open your eyes!" Jerit seseorang yang macam aku kenal suaranya. Segera aku membuka kain tersebut dan membuka mata. "Congratulations!" Mereka menjerit dan belon-belon pun berterbangan. Bunyi pecutan juga kedengaran.

"What is this?" Soalku sambil tersenyum gembira. Barisan gigi aku tampilkan seraya memegang belon-belon kecil di atas rumput. Aku berada di taman dan hanya Allah sahaja tahu betapa cantiknya alam semula jadi ini.

"Sayang! Tahniah kerana bakal menjadi seorang ibu lepas ni. Aku doakan kau bahagia dunia akhirat," Arisya memeluk aku erat. Aku membalas pelukannya seraya mengelus belakangnya perlahan.

"Terima kasih. Weh, baru dua minggu kut. Aku tak sempat beri tahu semua lagi. Siapa bagi tahu ni?" Keningku diangkat-angkat.

Arisya tersengih lalu menunjuk ke arah Cikgu. Aku mencekak pinggang. Hei, ingat baru nak buat kejutan. Rupanya, aku yang dikejutkan. Cikgu berlari ke arah kawan-kawan lelakinya. Maksudnya, kawan lelaki aku juga.

Aku berjalan didampingi Arisya. Tiba-tiba, Suzy pula datang menerpa dengan penampilannya yang baharu. Yeah, Suzy sudah bertudung sejak dia baru balik dari umrah. She is so gorgeous! Aku terus memeluk tubuhnya.

"Suzy! Rindu kau sangat! Weh, rindu gila." Aku menepuk-nepuk belakangnya. Suzy berbuat-buat batuk. Suzy, dia tak suka orang peluk dia. Dengan maksud yang lain, dia tak tahu cara untuk 'salam-peluk' yang menjadi kebiasaan kaum wanita.

"Aku pun rindu kau juga! Rindu serindu-rindunya!" Balasnya bersungguh apabila pelukan telah dilepaskan. Arisya di sisi hanya tersenyum melihat tingkah kami berdua.

"Yeay, kau nak jadi mak dah! Yeay!" Jerit Suzy gembira. Aku menampar bahunya. Apalah dia ni. "Terima kasih korang. This is so sweet as sugar! Tak sangka rasa jadi macam princess hari ni,"

"Tak ada hallah. Husband kau juga yang rancang benda ni. Dia inform semua kawan-kawan fasal benda ni," Arisya berkata. Aku mengangguk-angguk. Patutlah tersengih-sengih dia masa nak datang sini.

Seterusnya, Haikal dan Rafie datang mendekati kami bertiga. "Congrats, Mother-to-be. Jangan mengidam bukan-bukan sudahlah," Haikal memasukkan kedua tangannya ke dalam saku seluar. Aku tak boleh nafikan Haikal semakin kacak sekarang.

"Weh, kau nak jadi ibu dah! Dah tua kawan aku ni," Rafie menampar bahu aku kuat lalu tersengih. Mashaa Allah. Ini lagi satu. Ada juga kena campak Sungai Klang nanti.

"Tua-tua aku, aku masih comel bak bayi baru lahir." Aku menjelir lidah. Rafie mula membuat muka menyampah. Arisya tergelak lalu memukul lengan Rafie mesra. Aku terasa aneh dengar perlakuan itu namun aku biarkan sahaja.

"Aina, I will get married with Haikal!" Suzy menggenggam tangan aku erat. Aku melopong terkejut. "Seriously?! Ya Allah, syukur! Jadi isteri boss nampaknya. Tahniah, korang. Aku doakan korang panjang jodohnya," aku tersenyum bahagia.

Suzy dan Haikal mengangguk-angguk. "Yalah, dah orang tu pernah rejected aku, itu cari kawan dia ni." Haikal berkata. Aku mencebikkan muka. Suzy menampar lengan Haikal perlahan. Sesekali mereka saling berpandangan dan ketawa ria. Aww, manisnya pasangan ni.

Tiba-tiba, Rafie berdehem kuat. "Aku pun nak kahwin juga," bilangnya bangga. "Wah, ramai nak kahwin ni. Dengan siapa weh? Aku kenal tak? Dia cantik ke? Aku lagi cantik ke, dia lagi cantik?"

Rafie membuat muka menyampah sekali lagi. "Mestilah dia lagi cantik. Kau ni pun. Kau mana ada cantik," kutuk Rafie. Kurang ajar dia ni. Suka hati aje cakap aku tak cantik. "Aku," Arisya tersenyum.

"Aku apa?" Soalku, aneh dengan pernyataan tergantung itu.

"Akulah yang nak kahwin dengan dia tu," jawab Arisya. Aku menjerit tak percaya lagi. Ya Allah! Banyak betul kejutan aku dapat hari ni. "Cun! Bagai pinang dibelah dua. Aku restu hubungan korang," aku membuat empat segi dengan tangan dan mengenyitkan mata apabila melihat mereka melalui bentuk yang aku buat.

"Eleh, restu tak restu. Aku kahwin juga dengan Arisya. Itulah dah tua, merepek aje kerja dia." Sempat lagi Rafie mengutuk aku lagi. Hailah, sabar aje aku dengan dia ni.

Selepas itu, aku mula duduk di atas meja yang disediakan. Aku melihat suasana taman itu. Sungguh cantik nan indah. Ada juga kawan sepejabat yang datang mengucap tahniah kepada aku. Aku hanya dapat membalas terima kasih.

"Assalamualaikum," suara lembut itu menyapa gegendang telinga. Aku menoleh ke kanan. Siapa ni? Aku kenal ke? Serta-merta dahi aku berkerut. "Waalaikumsalam. Siapa ya? Saya kenal ke?" Tanyaku.

Dia tersenyum dan mengambil tempat di hadapan aku. "Awak tak kenal saya. Tapi, awak kenal suami saya." Lagi tambah pelik. Siapa pula suami dia ni? "Siapa suami awak?" "Akulah," seorang lagi menerpa kami berdua dan duduk di sebelah perempuan di hadapan aku.

"What? Eh bila kahwin! Kata nak jemput apa semua. Ini tak pun," aku memuncungkan bibir. Amirul ketawa besar. "Kami kahwin di Sabah. Dia tinggal sana, tapi dia Melayulah. Bukan Sabah," aku mengangguk-angguk.

"Namanya siapa?"

"Kirana, Kirana Qistina." Dia tersenyum sambil menghulur tangan. Aku menyambutnya. "Aina," aku tersenyum. "Tahu," dia menjawab. Aku menggaru kepala, agak janggal.

"Selamat pengantin baru. Moga berbahagia hingga ke anak cucu. Jangan risau, dah banyak hubungan aku restu. Korang pun aku restu juga," aku tersengih. "Eee senget! Yalah, tahniah lepas ni nak jadi mak budak. Jangan kuat berleter ya mak," nasihat Amirul.

Aku hanya mencebikkan muka. Aku bangun menemui keluarga aku pula. Keluarga aku sudah pun tahu tentang bayi di dalam kandungan aku. Ibulah orang paling gembira. Yalah, tak sangka dapat cucu sekali gus. Anak along dan anak aku.

Aku menyenggol bahu Angah. "Bila nak kahwin ni, Ngah?"

"Esok," jawabnya. Aku mencebikkan muka. "Eleh, tak ada calon cakap. Aku boleh carikan," gurauku. "Tak payah. Dah ada okey. Ibu dengan ayah nak pergi merisik minggu depan," Angah menjeling aku.

Aku memukul-mukul badan dia. "Daebak! Okey, aku ikut ibu nanti. Nak tengok juga kakak ipar macam mana," aku menaik-turunkan keningku dan membuatkan angah terasa lagi menyampah.

"Tahniah, Aina. May Allah bless you and your family," suara yang sudah lama tak aku dengar kini muncul. "Fariz," dia tersenyum di saat aku menyebut namanya.

"Baiklah, I'm still single so don't asked me whatever about marriage thing," aku tergelak apabila Fariz sudah bercakap berkenaan itu. "Aku selalu doakan supaya kau jumpa jodoh kau. Jangan risau, banyakkanlah berdoa." Aku tersenyum.

Dia sekadar mengangguk. Aku berjalan keliling taman itu dan melihat ada lelaki berseorangan. Ceh, tengok dari belakang pun dah tahu siapa. My Cikgu!

"Terima kasih, Mr. Cikgu." Aku mengucup pipinya sekilas. Dia tersenyum dan memegang kedua tangan aku. "Sama-sama, Mrs. Sayang." Ada sinar bahagia di wajahnya. Dan aku juga bahagia bersamanya.

"It's really hard to imagine my future without you in it," ucap Cikgu.

"I really really love you, Danial Haziq. Abang, terima kasih sangat-sangat." Aku tersenyum. Tidakku sangka air mata jatuh membasahi pipi. Dia mengusap pipi aku lalu membawaku ke pelukannya.

Inilah kisah hidup aku. Penuh warna-warni bak pelangi. Ya Allah, kerana Kau aku dikurniakan perasaan ini. Jangan hilangkan perasaan ini sampailah aku mati. Biarlah perasaan ini terkubur bersama jasad aku nanti.

Kerana kau, cahaya hidup aku. Danial Haziq, pensyarah inilah penyinar hidup aku sekarang. Aku tak pernah kata, aku akan kekal dengan dia. Aku pernah berkata, aku mahu kekal dengan dia.

Sebab pilihan Allah tak pernah silap. Mungkin perasaan cinta dan sayang ini bakal hilang bila-bila sahaja. Tetapi, jika takdir aku tetap dengan dia, dia tetap akan sentiasa di samping aku. He complete my life.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience