Bab 22

Humor Series 10658

Chapter 22

SOFA di hadapan menjadi target untuk aku berlabuh di atasnya. Remote control di atas meja aku ambil. Sambil menunggu Suzy bersiap, boleh la aku layan TV sekejap. Aku pandang pula bunga sejambak di atas meja. Masih tidak terusik dari semalam.

Sedar-sedar, tangan aku sudah mula merayap mendekati bunga itu. Diambil, aku pusingkan pula bunga itu. Aku cabut setangkai. Selebihnya aku letak di sisi. Bunga tersebut aku cium. Masih harum. Agak-agaknya siapa yang beri bunga ni? Kenapa nak bermisteri dengan aku?

Bunyi hon kereta kedengaran dari luar rumah. Dahiku sempat berkerut sebelum pergi ke daun pintu. Kereta.. kereta Fariz! Untung dah siap bertudung, tak adalah aku gopoh sangat. Selipar biasa aku sarung di kaki, dan meluru ke arah pagar. Tak perlu buka la eh?

Fariz turun dari keretanya, lengkap berpakaian santai. Eh, tak kerja ke? Oh lupa. Cuti kan. Fariz berjalan ke arah aku. Lebih tepatnya ke arah pagar yang ada aku.

"Assalamualaikum," Fariz senyum. Aku turut membalas senyuman yang diberi. Bunga yang aku pegang aku sorok ke belakang. Malas nak bersoal jawab kalau Fariz tanya macam-macam. Hakikatnya, aku langsung tak tahu apa fasal pemberinya.

"Waalaikumsalam. Ada apa datang rumah ni?"

"Nak ajak kau jalan. Jom?"

"Err sebenarnya aku nak pergi jalan dengan Suzy. Kalau tak kisah, ikutlah kita orang sekali. Nak?" Tawarku. Mulut kata ajak, hati? Ha ha. Tak payah la ikut, Fariz! Sibuk orang nak dating berdua.

Fariz diam. Mungkin berfikir rasanya. Dia tanggalkan kaca mata hitamnya lalu diselitkan di tengah T-shirt. Aku masih memandang dia. Tapi, tak ketara sangat. Kalau dia perasan aku tenung, habislah aku.

"Okey."

What? Okey? Gila apa? Kenapa nak ikut? Hish, orang perempuan yang keluar dia nak ikut pula. Aku saja-saja pelawa, faham-faham la yang aku tak mahu diganggu.

Aku mengangguk terpaksa. Nak tak nak, aku kena okeykan juga. Haih, kenapa la aku tak tipu yang aku sakit ke. Kan senang.

"Kau tunggu luar. Suzy sedang bersiap. Dah settle, aku roger. Hm naik kereta aku ke kau?"

"Aku."

Aku mengangguk lalu kembali masuk ke dalam rumah. TV ditutup dan kaki pantas sahaja naik ke atas menuju ke bilik Suzy. Sampai depan pintu bilik, pintu terkuak. Oh, great. Tepat sekali.

"Fariz nak ikut. Boleh?"

Suzy membuat muka, muka tak suka. Sudah aku duga.

"Oh please. Aku dah cakap okey. Ala nanti kita suruh la dia pergi mana-mana."

Suzy mengangguk dan mencebik dalam diam. Kami turun bersama-sama. Beg digalas dengan betul dan kasut pun sudah terpasang. Siap. Aku mengintai ke luar. Fariz masih berdiri di hujung pagar. Cermin mata hitam kembali melekat di matanya.

"Poyonya."

"Aku tahu. Dah jom. Tak perlu kutuk lebih sangat. Kawan aku juga tu."

Kami pun keluar dan Suzy yang bertugas mengunci pintu rumah. Pintu pagar dibuka dan dikunci kembali. Fariz menguntum senyuman.

"Hm okey.. masuklah." Jemput Fariz.

Aku dan Suzy pun masuk dan diikuti oleh Fariz. Kereta mula bergerak menyusuri jalan raya. Diam, semua diam. Aku membuang pandang ke luar tingkap. Malas mahu berfikir, cuma melihat apa yang ada di luar.

Sampai sahaja di SCM, kami terus masuk. Berjalan-jalan dahulu. Aku menjeling ke belakang, Fariz masih mengikuti. Ah, sibuk sibuk.

"Suzy, kita pergi sana jom? Katanya ada sale tau! Jom cepat. Nanti mamat tu ikut pula," ujarku perlahan seakan-akan tidak mahu siapa pun tahu apa yang aku katakan. Sebenarnya agak mustahil kalau difikirkan secara logik yang Fariz akan mendengar. Jarak dia dengan aku jauh tu.

Suzy mengangguk cepat dan kami mula mempercepatkan langkah. Hari ni ladies day, Fariz. Kau pula sibuk datang tanpa diundang. Tanggung sendirilah. Kini, kami sampai di tempatnya. Aku berpusing ke belakang. Helaan nafas aku lepaskan. Yes! Dia tak ikut.

"Wah, betullah. Banyak betul sale dibuat. Sampai 70 peratus pun ada! Walaweh, memang tak akan lepas la ni." Suzy dah mula rambang mata. Bukan Suzy saja sebenarnya, aku pun turut sama. Mana tidaknya, baju cantik-cantik ni. Ada potongan harga pula tu. Baju muslimah jangan cakap. Berlambak yang cantik, gempak dan trendy. Who said yang muslimah tak boleh bergaya?

"Kan aku dah kata. Erm kau pergi sana, aku pergi sini eh? Kita pisah. Alah, besar mana pun kedai ni aku tetap akan jumpa kau balik. Nanti jumpa kat luar. Okey?"

Setelah sama-sama bersetuju, kami pun berpecah. Aku buat keputusan untuk keluar sebentar. Kiri kanan aku pandang. Ke mana pula Fariz pergi? Em tak apalah. Nak balik nanti aku call dia.

Aku pergi ke tempat baju-baju muslimah. Cantik sungguh. Harga mahal, tapi sedang sale kan. Jadi, confirm jadi murah nanti. Satu persatu helaian baju aku belek di tempat gantungannya. Ada warna merah jambu, kelabu, kuning cerah dan macam-macam lagi. Corak yang terukir juga cantik dipandang.

Aku mengambil baju berwarna hitam berflora, floranya berwarna-warni. Sungguh cantik. Rekaan bajunya juga sangat menepati citarasa orang sekarang. Walaupun baju muslimah, tetap ada gaya. Di hujung ada manik-manik berwarna putih mutiara.

Aku membuat keputusan untuk mengambil. Lalu, aku pergi ke arah rak baju untuk puan-puan. Orang-orang macam mak aku. Oh semestinya aku nak belikan untuk mak aku yang tersayang. Rugilah kalau aku pergi sini, tapi tak beli untuk ibu.

Aku membelek pula baju-baju di situ. Wah, memang baju datin-datin ni. Baju kelawar pun ada. Fuhh, tak terbayang kalau ibu memakai. Di saat tangan aku mahu mengambil baju yang tergantung, tangan lain juga memegang. Aku mengalah, jadi aku lepaskan. Aku dongakkan kepala.

"Datin... Datin Asmaniza." Aku mengetap bibir. Lidah aku jadi kelu tika melihat wanita berumur di depan mata aku. Namun, gayanya macam masih anak dara. Memang tidak boleh dinafikan yang Datin Asmaniza masih tampak bergetah.

Datin Asmaniza menguntum senyuman sinis. Naik gerun juga. Aku melakar senyuman tawar. Mengapalah aku jumpa dia di sini? Baju yang dipegang, dia gantung kembali. Dia mendekati aku dengan perlahan. Lantai kedai ni senang berbunyi kalau dipijak. lebih-lebih lagi pada siapa yang berkasut tumit tinggi. Bunyi kasut Datin Asmaniza, bagai bunyi dram dipukul sekejap-sekejap.

"Aina..." serunya. Aku hanya terangguk-angguk seperti burung belatuk. Tak apalah, Katniss Everdeen ada burung ajuk-ajuk, aku ada burung belatuk. Janji aku dengan dia geng.

Datin Asmaniza mula mengelilingi tubuh aku. Aku hanya diam dan membatu. Muka aku buat selamba habis. Walaupun dalam hati dah tegang tahap tinggi KLCC. Allah, jangan datin ni buat masalah sudah. Ini tempat awam.

"Saya tahu." Tutur Datin Asmaniza kini berhenti menilik aku. Aku menghembus nafas lega. Err bukan sepenuhnya. Dia bagi ayat penyata pula. Kalau tak, aku boleh minta izin nak pergi dahulu. Haih, nasib betul.

"Tahu apa?"

"Semuanya. Saya yakin awak pun tahu yang anak saya dah bertunang, betul?" Dia melipat tangan ke dada. Aku terasa macam dihakimi pula. Macam ada dekat ruang perbicaraan dan sebentar lagi aku akan dihukum pancung. Adush! Sadisnya.

Aku hanya mengangguk kecil. Di saat aku mahu bersuara, tak terkeluar pula. Di saat mahu berganjak, tak bergerak pula kedua belah kaki ni. Jasad seperti menyerah diri pula pada datin ini. Dalam diam, aku melepaskan keluhan.

"Kalau tahu, boleh kan kalau beri kerjasama? Saya bahagia, awak bahagia. Kalau awak dengar cakap saya, kira settle. Tak payah nak ada paksaan segala," Datin Asmaniza masih bercakap hemah. Tapi, cukup berdesing apabila sampai di halwa pendengaran aku.

Aku menghela nafas tenang. Tak boleh gelabah, takut tersembur ayat yang tak sepatutnya keluar. Pangkat dia macam mak aku, jadi hormat aku kena sama macam aku hormat mak aku. Tapi, perlukah hormat orang yang tidak hormat pada kita?

"Ya, saya tahu. Saya tak ada apa hubungan pun dengan anak Datin. Saya tahu siapa saya," tuturku lebih merendah diri. Tak guna pun nak membongkak depan orang macam ini. Cukuplah dulu saja aku kena maki, tindas. Biarlah, aku pasrah. Aku yakin, bukan semua orang kaya macam dia.

"Good. Jadi, bolehlah awak batalkan apa jua kerjasama antara awak dengan anak saya? Antara syarikat, saya tak kisah. Maklumlah, tak manis kalau tunang orang masih ada hubungan dengan kekasih lama. Walaupun hanya hubungan kerja."

"Saya tak ada kuasa nak buat macam tu. Itu terserah kepada anak Datin sendiri. Erm, maafkan saya. Saya kena pergi." Aku mula membuka langkah, mahu pergi dengan secepatnya. Makin lama aku disitu, makin banyak asap yang akan keluar dari kedua belah telinga aku.

Tiba-tiba aku terdengar bunyi tepukan tangan. Aku memusing ke belakang. Datin Asmaniza tepuk tangan? Dah kenapa? Ada show artis mana sampai gembira sungguh Datin ni? Walaupun begitu, aku tetap meneruskan langkah.

"Sungguh bagus lakonan awak, Nurul Aina Amirah. Kau tu sama aje dengan bapa kau! Pembohong! Pengkhianat! Sebab itulah senang kena tipu. Baru kena jentik, dah rebah. Padanlah dengan mak kau tu. Satu keluarga tak guna."

Telinga aku berdesing saat mendengar ibu dan ayah aku disebut. Keluarga aku juga dibawa. Aku berpusing dan melangkah cepat menuju ke arah Datin Asmaniza. Dada aku turun naik menahan marah.

"Datin dengar ya, saya tak ada pun ganggu keluarga datin. Benda lepas tak usahlah dikenang kembali. Keluarga saya tak ada buat salah pun dengan Datin. Sebenarnya, patut keluarga Datin yang miskin. Makan harta haram!"

Pandangan aku terasa berpinar-pinar. Aku mengelap bibir, pecah di bahagian hujung. Kuat juga tangan Datin seorang ni. Aku hanya menayang senyuman sinis. Dia boleh cerita tentang aku, kalau dah sentuh keluarga aku, ingat aku nak berdiam diri? Memang tak dapat la!

"Sampai bila Datin nak takut dengan bayang-bayang sendiri? Sampai bila nak menipu keluarga Datin? Kesianlah pada Dato', berpuluh tahun ditipu. Dia sanggup buang kawan baik sendiri semata-mata percaya mulut busuk Datin. Sedarlah Datin, harta tak dibawa ke mana."

Aku melangkah pergi dan aku berjanji aku tak mahu lagi menoleh ke belakang. Walau ada gempa bumi sekalipun. Cukuplah, aku sudah penat dengan sandiwara orang kaya seperti dia. Aku tak hadap pun harta dia.

Baju yang aku pegang, aku genggam erat. Perlahan-lahan aku menghembus nafas. Tenang. Aku pergi ke arah Suzy yang masih sibuk mencari baju. Walaupun sudah ada tiga ke empat baju berada di pergelangan tangan dia. Aku mengawal riak wajah, tidak mahu Suzy perasan.

"Hoi, banyak beli baju?" Aku menguntum senyuman ikhlas. Yang sudah itu sudah. Mungkin sudah masanya aku memang kena ambil jarak yang besar antara aku dan Amirul. Orang tak sudi, buat apa terhegeh-hegeh.

"Hush, kau ni buat aku sakit jantunglah. Lain kali bagi salam. Tak adalah, aku beli buah kelapa aje. Maklumlah, ada orang demam kat rumah."

Amboi, Suzy. Aku tanya dia sepatah, berjela dia balas. Sudahlah tak tepat langsung dengan apa yang ditanya. Aku melanggar bahunya dengan sengaja. Lalu, berpura-pura menilik baju yang lain.

"Oi, di sini ada orang. Jalan pakai mata, faham? Eh, kau beli satu aje?! Kau ni tak memanfaatkan peluang yang ada tahu. Banyak sale dibuat, kau ambil satu aje." Suzy mengambil satu baju lalu dia padankan di badannya. Setelah melentok-lentok dan berpusing beberapa kali, dia tersenyum gembira. Baju tersebut dia letak ke pergelangan tangannya. Amboi, shopping betul dia ni.

"Haa betul kata kau. Dah siap? Jom ikut aku!" Aku memegang pergelangan tangan kanan Suzy dan mengheret dia mengikut rentak aku. Suzy yang terjerit-jerit suruh berhenti, tidak aku pedulikan. Nasib baik tempat yang Suzy kunjungi sepi sedikit, kurang oranglah maksudnya.

Setelah sampai di rak yang lain, aku melepaskan genggaman. Suzy memuncungkan bibir lalu mengusap-usap pergelangannya. Ceh, macamlah kuat sangat aku genggam. Biasa aje. Setelah itu, dia mencekak pinggang.

"Hah dah puas dera aku macam banduan? Sudah? Hish! Kalau ya pun nak aku teman, ajak baik-baik tak boleh? Sengal!" Suzy melenting. Dalam hati aku hanya menahan tawa. Suka hati kaulah Suzy.

"Sudahlah serang aku dengan mulut murai kau tu. Tolong aku cari baju untuk ibu aku. Kau kan pandai bab-bab stailista ni." Aku mengampu Suzy. Bukan aku tak mahu cari sendiri, tapi sudah lenyap mod aku mahu mencari. Tapi, aku tetap mahu belikan untuk ibu.

"Huh! Okey, untuk mak cik, aku okey. Saiz dia dengan kau hampir sama, kan?" Suzy memandang aku kembali setelah membelek baju. Aku hanya mengangguk sebagai tanda betul.

Satu persatu baju Suzy ambil dan padankan pada aku. Tapi, corak yang terukir memang sungguh tak sesuai pada aku. Bagi ibu, okey. Cantik, perfect.

"Weh, aku tarik balik apa yang aku kata. Dia tak baik langsung. Kalau aku jadi juri bebas, lebih baik kau dengan Amirul. Kalau dengan Tengku tu, tak sesuai langsung."

Aku tertawa kecil. Namun, hambar. Suzy, kau tak tahu apa-apa pun. Kau tak rasa apa aku rasa. Tapi, aku boleh settle sendiri. Masalah aku, biar aku seorang yang tanggung. Tak perlu orang tahu.

"Hish, orang kata betul dia gelak pula." Rungut Suzy. Aku hanya mengangguk-anggukan kepala tanda mengalah. Kalau lawan Suzy, mana nak menangnya.

Aku mengeluarkan telefon, mahu menghantar pesanan ringkas kepada Fariz. Selepas ini, cadangnya mahu tengok wayang. Aku melihat Suzy, wah sukanya dia pilih. Dah tiga baju dalam pegangan. Tapi, aku buat pilihan hanya satu Suzy. Satu.

Hoi, mana kau pergi hah? Hilang berdesup macam tu aje. Tak apalah, tunggu kita orang dekat depan wayang. Kita tengok movie!

Setelah selesai, kami pun membayar. Aku memusing ke belakang. Kosong. Tempat yang tadi aku mencari baju ibu, tiada orang disitu. Datin Asmaniza sudah membawa diri. Ibu, bukan niat Aina nak biadab. Tetapi, maruah keluarga tetap Aina kena jaga. Maafkan Aina, ibu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience