Bab 5

Humor Series 10658

Chapter 5

"ADUH, letihnya!" Jeritku. Tak apalah. Bukan selalu aku jerit malam-malam buta gini. Dah lama tak balik rumah banglo dua tingkat ni. Rumah sewa tu, rumah teres je. Tak macam rumah ini. Jahat ke aku? Jahat ke aku kepada sahabat sendiri? Maksud aku, bekas sahabat... aku terus meraup wajahku.

Ah, lebih baik aku tidur sekarang. Daripada fikir yang tak tentu. Sebelum tidur sempat aku berdoa, doa sebelum tidurlah semestinya. Dan doa agar Allah mengampunkan segala dosa aku dan ibubapa aku. Dan meminta agar Amirul itu tidak pernah aku kenal sebelum ini.

Amirul Iqbaal yang membawa hati yang ada perasaan sayang. Lebih dari sekadar sahabat. Aku tahu, aku seorang yang perasan. Aku tahu, aku seorang yang bertepuk sebelah tangan. Namun, aku perempuan. Walau tak ada perasaan apa-apa kat aku sekalipun, janganlah sampai aku tak berhak tahu pasal engkau! Kau pergi aku tak tahu. Kau pindah aku tak tahu. Dan tiba-tiba sekarang kau muncul depan aku dengan muka yang langsung tak ada perasaan bersalah? Arghh! Aku benci kau, Amirul Iqbaal! Benci!!

Akhirnya aku tertidur. Sama. Pasti esok aku akan terus membenci dia.

Esok paginya, aku berkumpul dengan keluarga aku. Aku hanya mempunyai seorang abang dan sepasang ibu bapa. Walaupun, keluarga kami kecil. Namun, aku tetap bahagia dapat lahir di keluarga seperti ini. Ya Allah, terima kasih.

"Morning Ibu! Amacam? Dah sihat?" Kataku yang melompat turun dari tangga menyergah ibuku yang sedang menyiapkan sarapan untuk keluarga. Anak dara apalah aku ni. Tak tolong ibu langsung. Dengan lantas aku mencium pipi kanan milik ibuku. Memandangkan aku anak bongsu, anak perempuan, jangan salahkan aku kalau aku manja. Eleh, relax sudah. Abang aku tu bukan kisah pun.

"Budak gedik dah maaii." Jerit seseorang lalu duduk dimeja makan dihadapan aku. Siapa lagi kalau bukan Afif, abang 'kesayangan' aku ni. Amboi, sesedap rasa je dia panggil aku gedik?

"Siapa gedik? Abang Afiflah budak gedik!" Balasku lalu menjelir lidah dan mencubit tangannya yang kebetulan dia letak atas meja. Memang peluang sangatlah nak cubit dia sepuas hati.

"Sakitlah! Kaulah gedik. Eeee!" Jerit Abang Afif sebiji perempuan. Seriously. Haha.

"Padan muka. Itulah kata orang gedik lagi. Haa ambil ni! Ambil! Ambil!" Aku mencubit tangannya berkali-kali

"Eh, sudah-sudah. Tak baik bergaduh depan rezeki." Alamak, jangan sampai ibu teruskan. Terus berceramah.

"Bukan gaduh betul pun, bu. Gaduh manja. Bila lagi nak bermanja-manja dengan abang sendiri?" Aku menjeling Abang Afif dengan pandangan maut. Dia hanya memandang dengan muka tidak bersalah.

"Aku abang kau ke?" Ugh apa punya soalan.

"Bukan. Abang Afif tu 'kakak' Aina. Kan ibu?" Aku tersenyum geram.

Ibu hanya diam dan mengangguk apabila aku mengisyaratkan supaya berbuat begitu.

"Ibuuuu," rengek Abang Afif lalu memuncungkan bibirnya. Fikir comel apa? Nasib baiklah kau abang aku. Abang kandung pula. Dapatlah mewarisi sikit wajah comel aku.

"See? Now who's gedik ha?" Aku menjelir lidah lagi walaupun sudah dilarang ibu tadi. Oh, jahatnya anakmu ini. Drama.

"Itu bukan gedik. Itu anak yang sayang dengan mak dia. Tak macam kau. Manja lebih." Abang Afif nak Aina cungkil biji mata tu ke? Suka sangat nak menjeling!

"Yes, saya manja. Tapi, sayalah juga orang yang paling sayang ibu!" Balasku tidak mahu kalah.

"Ibu tampar dua-dua nak? Ibu kan sayang," ibu mengangkat tangan. Okey, ini seram.

"Eh, ibu sayang? Kalau ibu sayang. Turunkanlah tangan tu. Aina kan sayang ibu," balasku lalu memeluk lengan ibuku.

"Semakin turun tangan ibu, semakin naik sayang ibu. Trust me!" Eleh takut lettew!

"Belajar mana tu bang?"

"Sains,"

"Ada ke? Kenapa Aina tak belajar?"

"Mana aku tau. Tanyalah cikgu kau. Aku pula kau tanya," Aku hanya memuncungkan bibir tanda geram. Menjengkelkan betul.

"Haa, menung apa pula tu. Ingat kekasih lama la tu! Hayooo! Mengaku cepat!" Abang Afif memang tak akan puas sakat aku.

"Ibu, anak ibu ni memang dah rindu sangat ke dengan Aina? Sampai minta lempang berkali-kali sebab 'rindu' sangat," aku tersenyum kepada ibu namun menjeling tajam pada Abang Afif. Well, two in one gitu.

"Ha'ah ibu. Anak perempuan ibu yang manja ditambah pula gedik ni pun tengah menanggung rindu. Rindu kekasih lama!" Balas Abang Afif lalu menjelir lidah kepadaku. Amboi, lebih ni bang!

"Ibu, tengok Abang Afif tu." Rengekku lalu memeluk lengan ibu manja. Maklumlah bukan senang aku nak bermanja dengan ibu memandangkan tempat kerja aku jauh dengan rumah. Lainlah dengan Abang Afif tu, kerja bawah syarikat kawan ayah. Abang Afif dapat pun sebab dia berkelayakan. Ayah dah tak mahu kerja disitu. Berhenti dan disambung oleh anaknya. Then, ayah buat keputusan jadi pegawai kerajaan sahaja. Nampak pelik, tapi aku okey aje. Dan sekarang sudah bersara dah.

"Ibu dah lama tengok aku la. Lagi lama tengok aku sebab aku lahir dulu!" Balas Abang Afif lalu menjelir lidah kepadaku. Sempat juga dia mencubit lenganku tiga kali. Aduh, kalah semut gigit. Aku hanya memuncungkan bibir dan berdiam diri. Ya, aku kalah.

"Sudah-sudah. Makan dulu. Hari ni kan hari Ahad. Jadi, kamu berdua cuti kan? Ibu nak kamu berdua ikut ibu jalan-jalan hari ni! Tanpa bantahan," ibu berkata selamba.

"Tapi, ibu..." belum sempat Abang Afif menjawab, ibu langsung memotong.

"Ibu kata tanpa bantahan. No excuses. Undrestand my son?" Kata ibu lalu duduk di sebelah aku. Kepala meja semestinya ayah yang duduk. Namun, ayah kemana?

"Hm, okay." Balas Abang Afif kecewa. Abang Afif memang tidak suka berbelanja. Baju semua ibu yang tolong belikan. Kalau tak pun, dia pakai sahaja baju yang disediakan di almari. Katanya, 'shopping hanya untuk kaum hawa sahaja.' Terbukti salah. Lelaki pun banyak berbelanja! Dia seorang sahaja lelaki yang pelik.

Aku yang melihat wajah sedih Abang Afif menyelitkan ibu jari aku diatas meja biar sedikit kelihatan. Thumbs up aku berikan bererti 'padan muka'. Yes, sekarang aku menang. Aku tak ada hal shopping bagai ni. Aku memang kaki berjalan namun bukan kaki shopping. Duit tak ada, apa nak beli?

"Ibu, mana ayah?" Tanyaku. Yalah, kita kenalah makan sama-sama.

"Kenapa? Rindu ayah ke?" Ayah! Kuat lagi. Mesti lepas jogging ni.

"Rindu! Rindu sangat," aku terus memeluk ayah. Abang Afif yang melihat membuat aksi ingin muntah. Eleh, jealouslah tu.

"Sudah sudah. Makan dulu." Thanks ibu. Kalau tidak, ada juga baling-baling pinggan nanti.

"IBU, lama lagi ke? Penatlah," Abang Afif membawa barang belanja lebih banyak daripada aku. Ibu? Ibu jalan lenggang-kangkung je. Sebab itulah dia ajak aku dengan Abang Afif ikut sama.

"Banyak lagilah nak beli. Ibu dahlah lama tak datang sini. Satu set gelas tu pun belum ibu beli. Dah jom!" Balas ibu. Aku hanya mengekeh geli. Abang Afif sudah kepenatan memandangkan dia bawa barang yang berat-berat. Ish ish kesian abang aku.

"Sini bagi Aina yang itu," aku menunjuk beg yang sederhana besar.

"Buat apa?" Budak ni suka sangat tanya benda yang tak patut disoalkan.

"Nak buang dalam tong sampah. Nak tolong angkatlah! Aduhai," geram betul. Karang aku tarik balik niat suci serta ikhlas aku nanti, baru tahu.

"Oh, hehe. Nah," Abang Afif segera beri beg itu pada aku.

15 minit sudah berlalu, namun ibu masih kuat berjalan memerhati kedai-kedai disekeliling. Memandangkan banyak sales pula.

"Ibu, apa kata kita pergi KFC dulu? Minum-minum ke. Haus ni," aku mengelap peluh yang sudah jatuh. Pergh, ibu ni dasyatlah. Dah tua-tua gini pun masih kuat berjalan.

"Betul bu. Afif fikir nak duduk je sekarang ni.." sokong Abang Afif pula. Lembik juga abang aku ni.

"Okeylah," ada sound tak ikhlas di situ. Mesti ibu tak puas hati lagi, nak redah lagilah tu. Kami pun mencari restoran KFC yang terdekat.

"Haa, pergi order sana." Cepat aku menyuruh.

"Kaulah sana order. Aku pula,"

"Kau." Aku mendekatkan wajahku ke wajahnya.

"Kau." Abang Afif pula melakukan hal yang sama denganku.

"Eh, tak payah nak bergaduh. Afif, pergi order. Beli je lunch set 3. Dah sana," ibu memang back up aku. Aku hanya tersenyum menang. Akhir-akhir ini aku selalu menang lawan dia. Petanda baik ni. Abang Afif hanya menggangguk dan menjeling maut kepada aku. Uuu, takutnya! Haha.

Setelah 15 minit menunggu, akhirnya pesanan pun sampai. Nasib baik, kurang orang time Abang Afif pergi. Kalau tidak, mahu setengah jam menunggu.

Kami pun makan dengan berselera. Selepas 40 minit berlalu, makan yang disediakan sudah habis. Aku pun meminta diri untuk membasuh tangan.

"Aduh, kenyangnya." Aku membuka kepala pili. Namun, dengan tidak sengaja aku membukannya dengan kuat dan menyebabkan air yang dikeluarkan banyak dan laju. Habis terkena gadis di sebelah aku. Bajunya yang aku sangka mahal ataupun baju pinjam atau sewa itu habis basah separuh. Dengan cepat dia mengelap bajunya dengan mulutnya yang terkumat-kamit. Menyumpah aku semestinya.

"You ni baru first time datang KFC ya? Buka benda tu pun tak betul!" Tengkingnya. Amboi, aku dah minta maaf kan tadi?

"Saya dah minta maaf tadi, kan? Kurang ke? Nak saya bersujud pula sambil peluk kaki awak tu ke?" Aku pun mengelap tanganku yang basah dengan tisu yang disediakan disitu.

"You ingat dengan maaf you tu boleh keringkan dress I yang mahal ni?! Apa kata boyfriend I nanti?" Ceh, marah kononnya. Eleh, relax sudah. Air biasa je kot. Lainlah kalau aku simbah dia dengan air sirap.

"Ada juga orang nak kat budak macam ni..." perlahan yang mungkin aku mengeluarkan suara.

"Excuse me, you cakap apa tadi?" Berkerut-kerut terus dahinya. Oh, aku dapat bayangkan umur dia 20 tahun akan datang.

"Err tak ada apa-apa. Sekali lagi saya minta maaf ya. Dan lagi satu, hormat dengan yang lebih tua ya. Asalamualaikum," dengan pantas aku meninggalkan perempuan itu. Dia memuncungkan bibir dan menghentak kaki sekuat hati. Kalau masuk kawad, inshaa-Allah menang.

"Aduh, Aina jumpa orang gila tadi." Well, aku memang suka mengadu.

Ibu dan Abang Afif memandang sesama sendiri dan kemudiannya memandang aku dengan dahi berkerut meminta jawapan.

"Tadi, dengan tidak sengaja Aina terbuka kuat kepala pili tadi. Tapi, tak sangka pula terkena seorang perempuan ni. Dalam lingkungan bawah Aina la rasanya. Aina dah minta maaf, tapi dia pula mengamuk. Teruslah Aina cabut lari!"

"Perempuan? Cantik tak? Cun tak? Kaya tak?" Ugh, menyesal cerita masa Abang Afif ada.

"Gatal." Balasku lalu meletakkan kedua tanganku ke dada secara menyilang.

"Jawab jelah." Balas Abang Afif dengan muka annoying dia tu.

"Bolehlah cantik, tapi masih lagi Aina juara! Kaya.. I don't know. Cause boleh je kan dia pinjam baju kawan dia ke, sewa ke. Haha. And one more thing, she's already have a boyfriend! Abang lewat!" Balasku.

"Alaah..." acah-acah kecewa oh dia ni.

"Tak apa. Nanti ibu carikan. Nak muda ke tua?" Tanya ibu.

"Tua je bu. Biar rasa sikit macam mana nak hargai perempuan. Kalau muda, senanglah dia nak terajang." Balasku.

"Eh, kau diam. Aku yang nak kahwin. Bukan kau. Kau tunggu je Si Amirul tu datang meminang. Settle." Balas Abang Afif lalu menyedut air milo aisnya. Aku pula terus memijak kakinya. Dia mengaduh kesakitan. Padan muka!

"Sudah sudah. Ibu ada lagi nak beli ni. Dah jom gerak," ibu lagi yang jadi penyelamat. Mata aku yang liarkan dan ternampak pula sosok wajah perempuan tadi. Dengan cepat aku menarik kolar baju Abang Afif untuk mendekatkan dia dengan aku.

"Abang, itulah dia. Gedik semacam kan?" Aku memberi pendapat seikhlas mungkin.

"Eee, cantiknya." Abang Afif malah memuji perempuan itu. Sekali lagi aku memijak kakinya. Dan untuk kedua kalinya dia mengaduh kesakitan. Aku yang bengang kat budak tu, dia pula pergi puji. Aku masih juara cantik dari dia okey.

"Sudah jom!" Teriak ibu.

Kebetulan kami melewati meja budak gedik itu. Aku hanya menjelingnya menyampah dan ya dia kini berada dengan seorang lelaki. Boyfriend dia la tu. Aku pun dengan tidak sengaja melihat muka lelaki itu. Amirul Iqbaal?!! Noooo!! Mahu sahaja aku menjerit ketika itu juga. Namun, aku segera meninggalkan mereka dan berjalan cepat meninggalkan ibu dan abangku. Oh tidak. Kenapa dia?!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience