Bab 21

Humor Series 10658

Chapter 21

MASA bekerja masih berbaki 3 jam dari sekarang. Aku pula masih menyemak dokumen tentang tapak yang dibina sebuah hotel berhampiran laut. Hotel tersebut akan mula beroperasi dalam masa terdekat ini. Hotel itu hasil kerjasama Permata Holdings milik Haikal dan Sufian Cooperation milik keluarga Amirul.

Aku mengeluh perlahan. Amirul masih setia menegur seperti tiada apa yang berlaku. Namun, aku tahu bahawa dengan tindak-tanduknya saja dapat melihatkan dia mahu menagih simpati aku.

Next week kita jumpa bincang pasal hotel tu okey.

Mesej dari Amirul aku tatap lama. Projek kali ini memerlukan kerjasama antara aku dan Amirul juga. Ah, mengapa di setiap semua pekerja di Permata Holdings, aku juga yang dipilih?

Mesej tersebut aku biarkan tidak berjawab. Tanpa beri tahu tempat dan masa, aku tahu di mana dan bila.

Aku menyusun langkah lesu menuju ke syarikat yang tegak membangun. Kalau dilihat dari luar, pasti tidak tahu berapa tingkat ada di dalamnya. Aku mula mendekati pintu berkaca automatik itu. Namun, perjalananku pula dihalang oleh seseorang yang agak tinggi daripada aku.

"Maaf Encik. Saya.." aku mendengus kesal.

"Kau nak apa lagi?"

Amirul tersenyum senang. Aku bergerak ke tepi sedikit berjalan melepasi Amirul. Derapan kasut dapat aku dengari dari bahagian belakang. Buat apa dia ikut aku ni?

Aku berhenti, dia turut berhenti. Aku memusingkan badan dan pandangan aku tumpukan pada Amirul.

"Jangan ganggu aku boleh?"

"Aku tak ganggu kau. Aku memang ada hal dengan Haikal. Nampak kau, jadi aku tegur. Kenapa kau jadi macam ni sekarang?"

Aku mendengus geram. Alasan semata-mata. Aku berpusing kembali ke hadapan dan meneruskan langkah. Punat lif menaik aku tekan. Dapat aku rasakan Amirul berada di sisi.

"Kau tahu kenapa Amirul. Jadi, berhenti ganggu aku."

Pintu lif terbuka. Pekerja di dalam keluar dan kami berdua pula masuk. Ah, tiada yang mahu masuk sekali ke? Suzy pun satu. Nak sarapan kat luar pula. Menyesal pula tolak ajakan dia tadi. Kalau tidak, tak jumpa aku dengan dia ni. Punat nombor bersegi empat yang tersedia aku tekan.

"Aku cuma tunang orang. Bukan suami orang." Amirul bersuara tenang.

"Sama. Tetap aku tak boleh terima kau. Kawan tetap kawan. Kalau kau bersikap terus macam ni, tak payah jumpa aku lebih baik la." Aku memperbetulkan sling bag yang aku sandang. Pandangan masih aku talakan ke hadapan. Tak kuasa aku nak pandang Amirul.

"Aku akan cari cara supaya aku boleh putus tunang dengan Ariana. Aku tahu kau pun ada perasaan yang sama macam aku. Kau tak boleh nafikan, Nurul Aina Amirah."

Aku menumbuk stereng kereta kuat. Sakit di tangan tak sebanding dengan sakit di kepala. Sejak malam itu, Amirul tidak pernah lupa mahu datang ke tempat aku bekerja. Ada saja alasan dia. Ada meeting dengan Haikallah, nak buat tinjauanlah, ajak aku lunch sama pun ada.

"Dipukulnya stereng tu kenapa? Cepatlah hidupkan enjin," arah Suzy dan aku mengikutinya.

Sampai sahaja di depan pintu rumah, seperti biasa Suzy akan turun dan membuka pagar. Namun yang anehnya, ada sejambak bunga mawar merah hati berada di pelukan Suzy.

Setelah menutup enjin, aku segera mendapatkan Suzy yang sibuk mencium aroma dari bunga itu. Aku hempaskan punggung di atas sofa bersebelahan dengan Suzy.

"Ceh, ada peminat datang hantar bunga ke? Ala ala comelnya," aku merampas bunga tersebut daripada Suzy. Dia macam terpukau betul dengan bauan bunga itu sampai tidak sedar aku di sisi.

"Peminat kau yalah," Suzy mencebikkan muka. Aku memandang mukanya minta penjelasan. Lalu, mata aku talakan kepada bunga yang aku pegang. Ada kad.

For Nurul Aina Amirah. Hope you like it.

Tiada nama pengirim. Aku mencium bunga itu. Sedapnya bukan main. Aku memandang Suzy yang mahu mencapai remote control.

"Eh, jangan sentuh tu dulu. Naik atas, mandi dan solat Asar. Baru boleh sentuh benda alah tu," tegahku dan berhasil di saat Suzy membatu dan kembali ke posisi asal. Memang sudah menjadi tugasku mengingatkan Suzy. Kadang dia tak lupa, namun malas saja.

Suzy mengangguk faham. Dia bangkit dari duduknya namun segera aku tarik lengannya untuk duduk kembali. "Lah, tadi suruh solat Asar. Sekarang, tarik aku duduk pula."

"Hish, sabarlah. Kau rasa ini daripada siapa?"

"Manalah aku tahu. Peminat kau kut," Suzy membuat andaian. Tetapi, andaian dia memang kebanyakannya tak boleh dipakai. Termasuk yang ini.

"Serius la Suzy. Peminat apanya, aku bukan artis pun. Erm, tak kisah la. Eh, jom pergi SCM malam ni nak?" Aku masih membelai satu persatu bunga mawar itu. Wangian yang terhasil memang tidak terkata harumnya, maklumlah bunganya real. Bukan palsu.

"Okey juga. Lagipun esok holiday, kan. Eh apa kata esok aje kita pergi? Malam ni kita pergi makan luar! Aku belanja!" Suzy tersenyum bangga. Kening dia terangkat-angkat di saat dia berbicara. Aku membalas dengan pandangan muka toya, menyampah.

"Eh aku nak belanja ni tahu. Nak ke tak nak?"

"Hm yalah. Pukul 8 kita keluar. Sekarang naik atas, mandi dan solat Asar. Dah jom!" Aku meletakkan bunga tersebut atas meja dan segera memaut lengan Suzy. Aku angkut dia naik ke atas. Dia liat sungguh kalau disuruh solat. Solat ya solat, tapi selalu nak habis waktu.

CERMIN di hadapan mata aku tilik, lebih tepat menilik wajah aku sendiri. Baju santai menjadi pilihan. Tudung satin aku balut menutupi kepala. Setelah berpuas hati aku keluar dari bilik dan tidak lupa untuk menguncinya. Sling bag kegemaran aku, aku pasangkan di bahu. Perfect.

Aku menuju ke bilik Suzy yang terletak bersebelahan dengan bilik aku. Daun pintunya aku ketuk perlahan.

"Dah siap ke mak cik? Lamanya bersiap," aku menunggu di luar. Langsung tidak berniat mahu membuka pintu biliknya. Mana tahu dia sedang pakai baju ke apa, naya aje aku dapat free show.

"Sekejap! Kau turun aje la bawah dulu."

"Okey!" Aku mengatur langkah menuruni tangga. Nak dikata rumah aku ni besar, tidak. Tapi, boleh la. Suzy yang banyak menanggung berkaitan tentang rumah ni. Maklumlah, anak chef terkenal dia ni. Sebab itulah menurun ke dia, suka sangat buat kek.

Aku membuka pintu rak, memilih kasut yang sesuai. Setelah itu, aku memakainya. Kunci kereta di atas meja aku capai. Pintu dibuka dan sekali lagi. Ada hadiah di depan pintu rumah aku. Damn, macam mana aku boleh lupa untuk tutup pagar petang tadi?

Aku mengambilnya. Yes, tertera nama aku lagi di depan hadiah yang berbentuk leper dan bersegi empat sama itu. Perlahan-lahan aku membukanya. Wah, cadbury perisa oreo! Wah, tak pernah pula aku tengok jenis coklat cadbury macam ni.

"Oi! Wah, cadbury! Peminat kau lagi ya? Baiknya dia. Tahu aje kau suka coklat tu." Suzy tiba-tiba menyergah dari belakang. Dek terkejut aku mencubit lengan dia. Ups, salah kau ke kau sekarang? Suzy mencebikkan muka.

"Err kau nak? Ambil la. Tak kisah. Dah jom. Tutup pintu rumah."

"Eh kau punya ni! Serius tak nak? Rezeki jangan ditolak ya tak? Okey, tunggu luar aku tutup pagar terus."

Aku masuk ke dalam tempat pemandu. Aku memusing ke belakang. Tiada sesiapa. Perlahan-lahan aku menghidupkan enjin, keluar dari perkarangan rumah. Setelah Suzy masuk, kereta pun bergerak mengikut kawalan aku.

"Suzy," panggilku. Cermin kereta aku buka. Lebih enak rasanya kalau hirup udara segar malam macam ini.

"Hm,"

"Kau tak rasa pelik?" Aku menekan brek secara perlahan. Lampu merah.

"Kenapa harus pelik?" Suzy memandang aku aneh. Aku turut memandangnya lalu mengeluh perlahan.

"Yalah, tiba-tiba aje ada orang bagi macam-macam. Bukan pelik sahaja, seram pun ada." Aku memandang kembali cadbury oreo yang berada di dashboard, Suzy meletakkannya.

"Biasa aje. Dulu pun ada orang bagi kau. Tak ingat?"

"Oh ya? Aku lupa la tu. Tapi, aku nak tahu siapa yang bagi."

"Relaks. Dia nak warming up dulu. Dah sedia, mungkin dia akan face to face dengan kau. Sabar."

Aku menganggukkan kepala sejurus menggerakkan kereta kembali. Anehnya, siapa saja yang tahu aku tinggal di mana? Aku pun tak ada la banyak sangat kawan. Kawan sekerja tu banyaklah, tapi segelintir aje tahu tempat tinggal aku.

Sampai sahaja di Restoran Singgah Selalu, kami pun masuk ke dalam dan terus duduk di tempat yang disediakan. Kebanyakannya tempat 4 seats aje banyak. Tempat 2 seats dah ramai ambil. Semuanya mungkin pasangan kekasih.

Setelah pesanan diambil, aku meliarkan mata melihat suasana restoran. Agak jauh daripada rumah. Suzy ni tahu saja tempat baharu. Aku menoleh ke pintu masuk restoran. Ah, sudah..

Pasangan itu menayang senyuman dan sepertinya dia berjalan ke arah tempat aku dan Suzy. Suzy yang turut perasan akan hal tersebut memandang aku bagai minta penjelasan.

"Dia orang nak datang sini ke?" Soal Suzy sambil matanya mengarah ke pasangan yang masih berjalan ke arah kami.

"Mana aku tahu."

Pasangan itu kini sudah tiba di tempat duduk kami. Mereka masih menayang senyuman dan serasa aku itu memang sangat jelak. Mengapa perlu tegur? Tak perlulah nak drama baik sangat.

"Hai Aina.." tutur si perempuan. Tangannya memaut mesra lengan si lelaki. Si lelaki pula langsung tidak membantah malah wajahnya sangat merelakan.

Aku memamerkan senyuman pahit tanpa gula melaka. Suzy pula tersenyum kelat. Masih tidak mengerti mengapa pasangan tersebut menghampiri kami. Benak fikiran aku juga turut memikirkan alasan apa yang perlu dikarang supaya pasangan tak dijemput ini tak duduk sekali. Err muka tak malu betul mereka ni.

"Boleh kami duduk?" Bicara si lelaki pula. Ah, sudah. Orang tak jemput, tak usahlah menawarkan diri.

"Tempat lain banyak kan.. Kami perlu privasi," ujarku penuh berhemah. Berharap mereka dapat pergi dengan segera. Senyuman pahit masih tak lepas dari bibir.

Kedua pasangan itu memerhati sekeliling. Pada pandangan kasar, memang banyak sangat tempat yang masih kosong. Tempat 2 seats pun dah ada yang kosong. Tapi, aku rasa mesti dalam pandangan dia orang hanya tempat duduk aku dan Suzy saja kosong. Ah, semak betul.

"Err tapi kita orang nak duduk dengan kau orang. Boleh la, ya?" Si perempuan masih tak mahu mengalah. Aku menjeling Suzy, dia mengangguk perlahan. Nak cakap banyak pun tak guna. Mereka memang mahu duduk sekali. Apa sajalah yang boleh aku buat.

Suzy bangun dan duduk di sebelah aku. Pasangan itu tersenyum dan duduk di hadapan kami. Aduhai, tak kenyang aku makan malam ni. Nak berbual dengan Suzy pun mesti rasa janggal.

Setelah pasangan tersebut mengambil pesanan, kini mereka memandang kami lunak. Lebih tepatnya memandang aku tepat, macam mata dia orang garfu yang boleh cucuk-cucuk bola mata aku ni.

"Come on. Relax. Say something la," ujar Tengku Ariana a.k.a tunang Amirul.

Aku tersenyum kelat. Tak ada maknanya aku nak berbual kalau begini keadaannya.

"You dengan Amirul, kan yang akan kerjasama pasal hotel tu?"

Aku mengangguk kecil sebagai jawapan kepada si perempuan. Suzy pula sudah kembali ke dunia dia sendiri. Gadjet semestinya. Nampak gayanya memang aku seorang la yang kena layan love birds ni. Eh, tapi Amirul kata dia terpaksa kan? Ah, whatever.

"Sayang, janganlah cakap pasal kerja sekarang. Tak best,"

"Okay, my bad. Sayang janji tak buat lagi, ya sayang."

Izinkan aku muntah hijau sekarang boleh? Kalau ya pun nak bermadu kasih, tak usahlah buat depan aku. Aku membuat muka menyampah yang sangat tidak ketara. Well, aku pintar mengawal riak wajah.

"Bila nak kahwin ni?" Ujarku supaya mereka tidak terus buat drama romantik depan mata aku.

"Oh, maybe secepatnya. Maklumlah, tak baik melambatkan hal mulia. Nanti datang tau, I akan bagi kad." Ariana berkata bangga, mulutnya tak lekang senyuman bahagia. Amirul pun. Jadi, mengapa Amirul terus merayu supaya aku terima dia? Sedangkan aku tengok sekarang memang dia bahagia dengan tunang dia.

"Wei, aku pergi sekejap eh. Ada orang call." Bisik Suzy perlahan dan pergi meninggalkan aku setelah aku mengangguk setuju.

Diam. Kami bertiga membisu. Terus aje Suzy pergi, aku melarikan pandangan supaya tidak perlu menatap love birds depan aku ni. Nak keluarkan phone, apa sajalah yang ada. Lagipun, mana best main phone time macam ni. Tak cool langsung.

"Babe, I pergi toilet dulu ya. Tak lama. Sekejap tau." Amirul memaniskan suaranya tika bercakap dengan Ariana. Ariana hanya mengangguk lalu tersenyum riang. Sungguh, muka dia macam kanak-kanak gembira selepas dapat gula-gula sugus.

Sebelum Amirul pergi, aku sempat tangkap pandangan mata dia. Aku tak tahu maksudnya apa, tetapi sangat menggerunkan. Oh mungkin aku saja rasa, sebab aku dengan dia sekarang dah macam orang asing. Istilah kawan baik dah tak ada dalam kamus untuk hubungan ni.

"Kau pandang dia buat apa? Dia tunang aku!" Ariana bersuara. Pandangan aku alihkan pula kepada Ariana. Alamak, tinggal aku dengan puntianak ni pula. Suzy, lama benar kau bertelefon tu. Kalau ya pun boyfie kau telefon, tak usahlah lama sangat.

"Aku pun tahu dia tunang kau. Tak perlu la nak kasi tahu satu restoran ni pula," aku menjuih bibir. Dari dulu aku memang tak sebulu dengan dia.

"Kau dengar ya. Aku tahu apa hubungan kau dengan Amirul. Aku tahu Amirul suka kat kau. Aku tahu segalanya. Tapi, kau tetap tak boleh rampas dia dari aku! Dia hak aku, kau faham?!"

Aku tersenyum sinis. Err, itu ancaman ke atau hanya sebaris ayat dialog yang selalu budak sekolah menengah buat karangan? Aku memandang Ariana dalam.

"Aku tak hadap pun tunang kau tu. Kau nak, ambil. Jadi, tak payahlah ganggu aku lagi. Aku doakan kau berbahagia sampai ke jinjang pelamin, ya? Ya, aku tahu aku sweet. Orang tak minta doakan pun aku doakan. Aku tahu aku baik."

Ariana mendengus geram. So what? Setelah beberapa minit berdiam diri, akhirnya pelayan pun sampai membawa makanan. Serentak itu juga Suzy pun sampai. Maksudnya, Ariana tak akan teruskan berkelahi.

Ariana diam memandang makanannya yang tiba di mejanya. Suzy memandang aku. Aku hanya menjungkit bahu tanda tidak tahu menahu. Tidak lama selepas itu, Amirul datang. Baru lelaki itu mahu duduk, Ariana bangun.

"Jom kita balik." Ariana mengambil beg tangan miliknya lalu disandang. Aku dan Suzy diam hanya menyaksikan drama tak berapa laku ini.

"Hah? Makanan baru sampai la sayang?" Amirul menegah. Lalu, Ariana buat muka yang aku rasa hanya Amirul saja yang faham. Akhirnya Amirul meletakkan wang not bernilai 100 di atas meja dan mereka pun berlalu pergi. Langsung tiada kata-kata pamitan, malah langsung angkat kaki. Sopan benar pasangan ni.

"Dah kita makan aje."

Suzy mengangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience