Bab 39

Humor Series 10658

Chapter 39

ALAT kawalan jauh televisyen di atas meja kopi di hadapan mata segera aku capai. Menukar ke saluran yang lain. Astro, bermacam cerita disajikan. Tapi, kadang rasa menyampah juga ada.

Ada satu hari tu, semua saluran tak ada yang aku berkenan. Sama ada aku memang tak ada angin nak tengok TV atau pun memang pihak astro yang tidak menyajikan cerita ikut selera aku. Aku bersandar ke sofa yang aku duduk. Empuk. Hari ini butik buka setengah hari sahaja kerana menghormati penghulu hari iaitu Jumaat. Setiap hari ahad juga cuti umum.

Tiba-tiba satu lembaga melintasi pandangan aku dan hilang juga alat kawalan jauh televisyen itu dari tangan aku. Aku pandang ke sisi, ah jahat betul! Main ambil saja! Serta-merta juga aku memegang atas kepala. Alhamdulillah, masih bertudung. Tanpa sedar, tanganku merayap ke dada seolah-olah lega akan hal tersebut. Aku perasan dia jeling. "Apa jeling-jeling huh? Bagilah balik remote tu baru saya nak survey cerita apa yang best,"

Dia diam dan aku tahu dia tidak memakai sejenis kapas untuk menutup telinga dia dari mendengar. Tak pakai earphones juga. Jadi, alasan apa dia nak pakai kalau aku tanya, 'pekak ke?'. No no. Dalam hati, aku akan menggeleng.

Dosa cakap macam tu pada suami. Kuang ajar namanya, biadab. Tak baik kakak-kakak sekalian. Jadi, aku cuba untuk diam sekejap. Diam sahaja. Mata masih menumpukan kepada saluran TV yang aku tukar tadi.

Aku menoleh ke arahnya. Dia pegang remote tapi tak tukar? Apa dia buat ni? "Awak nak tengok ke tak?" Tanyaku, geram yang berada dalam hati semakin menggunung.

"Kalau tak tengok cerita ni dan tak nak tukar cerita lain, can you give me that remote?" Tanyaku dan mencuba mengawal emosi. Dia memang mencabar kesabaran aku rupanya. Baru tadi cuba untuk berdiam diri.

Setelah itu, aku mendengus. Nak rampas pun tak boleh. Cara dia genggam alat kawalan jauh tu pun dah ketat yang amat. Malaslah aku nak gaduh sebab TV sahaja. Macam budak-budak. Jadi, aku mengambil keputusan untuk bangun dari sofa.

Masa berlalu sangat pantas. Lepas sahaja aku bangun dan melangkah satu tapak, tangan aku ditarik dan aku sekarang berada di atas riba Cikgu. Ya Allah! Dekatnya position! Dia memandang, aku berbalas pandang.

Kalau orang tak tahulah ni, memang dah kena lapor kat JAIS dah ni. Tiba-tiba, pipi aku kena kucup. Pap! Dia tersengih dan mengeratkan pelukan di pinggangku. Aku terkedu, tergamam, terkaku semua. Tak dapat dipastikan rasa apa yang aku sekarang ada.

"Hey!" Aku menepuk-nepuk dia kuat sambil melepaskan diri dari pelukannya. Barulah aku tersedar beberapa saat yang lalu. Mimpi apa aku semalam? Itulah satu-satunya kucupan yang aku terima daripada orang asing.

Asing? Heh, dia suami kaulah. Asing apanya? Minda aku berkata. Tapi, hati aku macam berdebar-debar. Kadang, rasa suka itu datang. Ah, emosi tak menentu! Itulah kelemahan aku dari dulu sampailah sekarang.

Sebab itu aku tak pernah berangan nak jadi seorang psychology, menganalisis diri pun tak pakar. Apatah lagi, orang lain. Ampunlah! Itu bukan jiwa aku. Cikgu tersenyum kecil. Boleh tak aku nak senyuman kecil itu menghiasi hari-hari aku?

Dapatkah? "What on your mind, my dear? I'm ready be your imam, so I also ready to hear whatever a story you want to share. I'm a good listening anyway," dia mencubit pipi aku pula. Heh, memang pipi ini saja ya yang jadi mangsa?

"Kenapa cium saya sesuka hati awak? Sebarang keizinan dari saya pun tak minta," aku mendengus kecil.

"Eh perlu ke saya minta? It's our deal, right? Our first night remember?" Katanya.

Aku diam. Our first night? Malam pertama kita? Okey. Aku rasa aku dapat apa yang dia cuba sampaikan. "Tapi saya langsung tak peluk awak," tegasku. Mana boleh dia suka hati cium aku padahal aku tak pernah sekali pun peluk dia.

"Mungkin awak tak sedar, tapi ada satu malam tu awak peluk saya tahu. Masa tu hujan, mungkin awak sejuk jadi awak peluklah saya. Dah nama pun sejuk, saya layan ajelah."

Ya Allah! Mengapa aku tak sedar pun? Hujan? Kalau hujan, aku memanglah rasa. Yang tang aku peluk dia tu. Boleh percaya ke?

"Jaminan awak tak tipu saya apa?"

Dia menjungkit bahu. "Suka hatilah. Percaya tak percaya, benda tu dah terjadi. Saya dah dapat pun apa yang dijanjikan. Jadi tak ada masalah bagi saya,"

Aku mendengus kecil. "Tak adilnya," kataku. Dia hanya tersengih. Semakin lama, sengihan itu hilang. Mata kami saling bertaut. Dia tak sepet tapi tidaklah sebulat bola. Sederhana.

"Awak pernah jumpa saya sebelum pertemuan kita kat butik?" Tanyanya tiba-tiba. Lantas, dahi aku berkerut seribu. Soalan macam apa ini?

"Tak?" Entah itu persoalan atau pernyataan biarlah dia sendiri yang menentukan. Aku masih berada di ribanya. Pegangannya pada pinggang aku juga cukup kuat. Mustahil aku akan jatuh dengan begitu sahaja melainkan dia yang melepaskan.

"Are you sure?" Dia memandang aku, menggoda. Aku menggeleng kepala laju.

"Dulu, saya duduk perumahan sebelah. Masa tu ada kenduri kahwin kat jalan rumah awak tu. Satu keluarga saya dijemput, awak pun sama. Satu hari, saya ada nampak seorang perempuan tengah tunjuk arah saya. Sebelahnya lagi berdiri tegak."

"Bila saya angkat kepala, yang berdiri tegak tu terus jatuhkan tangan kawan dia dan pusing belakang. Ingat?"

Aku diam. Cuba mengambil satu-persatu cebisan kenangan dahulu untuk dikaji kembali. Setelah itu, aku pandang muka dia balik. "Ya! Zaheerah, dia muda 3 tahun dari saya masa tu. Dia ada tunjuk satu budak lelaki ni. Segak. Bersongkok, bersampin macam dia pula yang nak kahwin."

Aku diam balik apabila senyuman dia makin melebar. "Sekejap. Budak lelaki tu, awak! Awak budak lelaki tu! Mashaa Allah! Seriously itu awak? Awak jangan main-main," aku memberi amaran sambil tersenyum menampakkan gigi.

Eh kenapa aku macam gembira semacam? "Betul. Buat apalah nak tipu. Orang tu pakai baju kurung moden warna hitam tapi bunga-bunga kecil yang menghiasi sangat padan pada dia. Bertudung,"

"Orang tu pakai baju warna krim," kataku sepotong ayat.

Dia tergelak besar. Aku juga menyertainya. Ya Allah, betullah kata orang. Bumi ini kecil sahaja, berbentuk sphere pula. Tiada titik penghujung, ke mana pergi ke situ juga kembali.

Budak lelaki itulah yang aku kata kacak tu. Tapi, Si Zaheerah ni pula pandai sangat. Dia pergi tunjuk pula. Malu usah dikata, macam nak sorok muka masa itu juga. Lagi-lagi masa dia pandang, terus kami berdua berpusing ke belakang seolah-olah tiada apa yang terjadi.

"Kenapa awak usha saya masa tu?" Tanyanya, gaya macam curious sangat.

Tiba-tiba senyuman simpul aku ukir. "Awak kacak masa tu. Sampai jiran saya terpikat. Tapi, entah dia tu. Main tunjuk aje. Tak pandai nak cover langsung," kataku sekaligus mengutuk Zaheerah yang sekarang sudah menjadi seorang akauntan muda.

"Kalau awak nak tahu, masa itu jugalah saya jatuh suka pada awak! Mungkin awak tak perasan, lepas awak pusing belakang saya asyik pandang awak selepas itu. Senyum-senyum sorang-sorang. Tak sangka, orang itulah kini mendampingi hidup saya."

Aku mengangguk. Aku pun tak sangka. Banyak sangat kebetulan dalam hidup aku, drama. Sampai aku dah tak tahu mana satunya yang ada main point. Aku tersenyum kecil apabila dia meneruskan bercerita.

3 bulan sudah berlalu selepas peristiwa di kedai baju itu. Rupanya along dan angah yang merencanakan itu semua. Bagaimana boleh? Yalah, mereka sudahlah berbaik hari yang sama.

Sebenarnya mereka suruh Cikgu datang ke situ. Rancangan dibuat pada saat itu juga. Ya Allah! Kenapalah aku langsung tak perasan? Patutlah along dengan angah asyik dengan phone sewaktu di panggung wayang.

Tapi, belum lagi sampai sekarang aku membuka tudung depan dia. Entahlah, mungkin aku belum bersedia untuk buka tentang diri aku semuanya. Ya, aku mengaku aku sayang dia. Cinta dia. Tidak tahu mengapa, ada rasa takut dalam diri. Takut ditinggalkan.

Tak ada siapa yang tahu hujung cerita kita macam mana. Hidup kau, hidup aku. Semua orang akan mengecapi bahagia, tapi bila itu yang kita harus tunggu. Adakah aku sedang merasai perasaan itu?

AKU berjalan di jalan raya menuju ke kereta. Aku bukan seorang yang menatap gadget ketika berjalan. Ajal maut bila-bila sahaja. Sebab itu, kita harus menjaga keselamatan selagi boleh. Di saat aku nak melintas, ada satu kereta pula nak redah.

Masa bagai pantas berlalu, tahu-tahu saja aku sudah ada di sebuah gudang lama apabila penutup mataku dibuka. Adakah aku diberi ubat tidur? Kepala aku. Ya Allah, sakitnya hanya Engkau sahaja yang tahu.

Tanganku pula berikat, kakiku juga. Ya Allah, siapa punya kerja ni? Aku nak menjerit pun payah. Tapi, aku mencuba juga. Gudang ini luas, gelap dan hanya diterangkan dengan satu tingkap yang berada di hadapan aku.

Aku menggoncang-goncangkan badan. Tak guna! Kuatnya tali ni. Aku menjerit lagi. Nak cari apa-apa yang tajam memang tak ada langsung. Gudang lama ini begitu bersih sehingga aku sahaja yang berada di sini bersandarkan satu tiang buruk.

Entah daripada mana, satu lagi cahaya datang. Dari pintu. Oh, baru aku tahu kedudukan pintu di situ. Dari jarak aku di sini, pintu dan dinding sekata malah warnanya juga sama. Amat mengelirukan. Orang yang masuk itu datang ke arah aku.

Terkejut bukan kepalang aku jadinya. Fariz?!

"Assalamualaikum, Nurul Aina Amirah. Selamat pagi tuan puteri. Macam mana? Lena tidur malam tadi? Lama awak pengsan, padahal sikit je saya letak ubat tidur jenis cecair tu."

Aku diam. Memang itu saja yang aku boleh buat. Nak cakap macam mana? Mulut aku pun ditutup. Pagi? Maksudnya, dalam satu malam jugalah aku ada kat sini? Cikgu macam mana? Mesti dia risau!

"Alah, lupa pula. Tak boleh nak cakap eh? Nak Abang Fariz bukakan tak?" Ucapnya lembut. Aku menyumpah dalam hati. Abang Fariz? Jijik untuk aku menyebutnya. Dia datang dekat dengan aku. Hembusan nafas panasnya dapat aku rasa, pelekat pun dibuka.

"Fariz! Lepaskan akulah! Kau dah gila ke main culik-culik orang ni? Tak takut polis ke?" Sergahku cepat. Kalau kaki tak ikat, tangan tak bermaya macam ni, dah lama agaknya aku tembak mamat ni.

Tak payah tembaklah, setakat bagi pukulan maut aku pun dah cukup. Perempuan pun boleh bela diri sendiri. Setakat silat basic yang atuk pernah ajar semasa aku tinggal kat kampung, aku boleh bagilah.

"Aku tak gila kau faham tak?!" Dia menengking aku. Jantung aku berdegup pantas. Ya Allah, selamatkanlah diri aku.

"Kalau kau mengaku kau tak gila, then please let me go. I must go home immediately!" Getusku. Suara gagap amat terserlah. Rasa takut kini mencengkam jiwa.

"Tak boleh! Kau tu bodoh sangat. Aku dah kata aku nak kahwin dengan kau, yang kau terima jantan tu kenapa? Sekarang aku dah dapatkan kau jangan ingat aku senang-senang akan lepaskan kau,"

"Hoi pandai! Aku tak pernah janji apa-apa punlah dengan kau. Jantan tu pun suami aku! Danial Haziq nama dia. Kenapa, tak suka?" Cabarku.

Dia menggenggam tangannya. Menahan geram mungkin. "Bodoh bodoh bodoh! Kau sama aje dengan betina tu! Tak ada beza. Bila aku cakap hitam, kau kena ikut hitam! Apa susah sangat nak ikut?"

Betina tu? Perempuan tu? Perempuan mana? Aku mencuba lagi mengimbau peristiwa yang pernah aku jalani.

"Tiara, perempuan pertama yang berkasih dengan Fariz suatu masa dahulu. Tapi, apabila dia perasan ada sesuatu yang tak kena tentang Fariz dia cuba mencari tahu. Dia doktor pula tu. Memang senanglah dia dapat tau. Dia dapat tahu yang Fariz sakit. Terus dia putus dengan Fariz. Dan sekarang Fariz kembali menunggu kamu, Aina."

Kata-kata ibu Fariz menjengah ke dalam fikiran. Tiara. Tiara yang dimaksudkan oleh Fariz. Daripada terus menunduk, aku mendongak memandang dia. Fariz tersenyum sinis.

"Aku bukan Tiara,"

Kata-kata aku membuatkan dia berhenti dari tersenyum. Dia memandang aku marah. "Tiara tu bodoh! Ingat kerja dia doktor, aku hadap sangat ke? Aku usahawan berjayalah. Aku boleh hidup tanpa dia! Kau! Kau macam dia. Sama bodoh!"

Pantang betul aku dengar perkataan bodoh ni. Hei, menyirap pula aku dengan dia ni. Tiba-tiba seorang lagi masuk daripada pintu yang sama. Bunyi kasutnya sudah dapat aku agak dia perempuan. Siapalah pula ni?

"Hi Aina," sapanya.

Aku diam. Oh mereka berkerjasama? Oh memanglah. Dua-dua pun otak mereng! "Hoi perempuan! Lepaskan akulah! Aku nak balik!" Teriakku. Lantaklah telinga dia orang jadi pekak ke apa.

"My.. My.. My. Kesiannya dia. Baru aje lepas baik dengan suami. Eh, kena culik pula. Mengikut perancangan, lepas ni kalau ada rezeki kau akan kena bunuh. Doalah tak hujan. Senang sikit aku dengan Fariz campak dalam gaung,"

Hai ini gila sungguh ni. Senang dia cakap dengan aku strategi dia. Sabar, Aina. Kau boleh handle. "Oh ya, aku dah bagi tahu dah suami kau. Kau ni kena culik. Tapi, aku taklah bodoh sangat. Setakat SPM ada jugalah satu yang lulus. Apa-apa pun, semua laki kau dah tahu."

Tengku Ariana tersenyum sarkastik. Ha-ha. Baru tahu yang kau ni bodoh ke? "Berapa angka kau minta?" Tanyaku. Mencuba untuk berbaik.

"Aku nak nyawa kau, bukan duit kau!" Sergahnya. Keningku ternaik sedikit. "Okay relax, cool." Kataku pula.

Fariz memandang aku. Pandangannya redup pula kali ni. Berbeza dengan pandangan Tengku Ariana kepada aku. Pandangan nak membunuh, menerkam. Aku membalas pandangan Fariz. Dia gelabah, aku tersenyum.

"Ku Ana, boleh tak tinggalkan aku dengan Fariz sekejap? Dalam 5 minit macam tu kau masuklah balik," aku menyelesakan posisi. Haih rimasnya. Berkerut dahi si Tengku ni. Nampak sangat tak puas hati. Dia mengalihkan pandangan kepada Fariz, melihat lelaki itu mengangguk dia terpaksa akur. Tengku Ariana berjalan ke daun pintu dengan langkah perlahan.

Tertutup sahaja pintu itu, aku memberi perhatian kepada Fariz pula. Dia duduk di hadapan aku. Namun dari pandangan aku, aku hanya lihat dia dari posisi sisi. Aku berdeham kecil. Cuba menarik perhatiannya.

"Hm?"

"Kau nak tahu tak yang sebenarnya kau ni baik?"

Dia berkerut. Mungkin tidak faham tujuan apa aku bercakap seperti itu. Aku tersenyum tipis. "Pertama kali aku tengok kau kat tadika, aku yakin kau baik. That's why aku kacau kau. Sebab aku tahu kau baik, kau takkan balas apa aku buat."

"What's your point actually?" Tanyanya, masih tidak memahami. Sengaja aku bagi kata-kata samar. Biar dia terus bertanya, maksudnya perhatian dia kini hanya untuk aku.

"Kau percaya Tuhan tu ada kan? Siapa Tuhan kau? Allah. Tuhan aku dengan kau, Allah. Tuhan sekalian alam. Allah tak pernah tinggalkan hamba-Nya. Percayalah, apa yang berlaku masa kau kecil itu yang tertulis. Sebagai hamba kita kena menerima."

Fariz menundukkan kepala. "Bila aku keluar dari tempat ni, aku nak kau jumpa doktor pakar. Kau jangan salah, tak semestinya yang datang jumpa doktor dia sakit. Buat pemeriksaan. Kau kena pergi sama ada aku hidup atau mati lepas ni,"

"Aku tak nak kau mati,"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience