Bab 17

Humor Series 10658

Chapter 17

HUJAN membawa berkat. Setiap perkara pasti ada jalan penyelesaiannya, ada hikmahnya. Begitu juga hujan. Mendung, hujan petir menyambar bumi. Pelangi sebagai pengganti. Betapa besar kuasa Yang Maha Esa. Rasa syukur aku panjatkan. Sekarang hujan renyai. Basah biarlah basah, asalkan aku dapat juga sampai kebun.

Aku memetik sebiji buah rambutan yang merah saga. Rerambut yang bagai menutupi warna garang itu, tidak sedikit pun membawa impak kepada rambutan itu. Sedap, sangat sedap. Kalau jual, entah berapa keuntungan yang bakal diperoleh. Aku memandang ke kanan, Rafie tersengih-sengih membalas pandang.

Lalu, dia mula mengorak langkah ke tempat aku berada. Rafie tampak lebih kacak berpakaian santai. Maklumlah, sebelum ni aku jumpa dia sedang pakai jubah. Ya, hati aku bergetar hebat. Inikah kawan sepermainan aku dahulu? Tidak sangka, budak yang blur dan pipi macam pau dulu tu sekarang berubah menjadi jejaka idaman. Aku terpaksa akui itu.

"Sedap kan? Ambillah banyak sikit. Boleh untuk Opah dengan Atuk sekali. Tengok kawan kau tu.." Jari telunjuk tangan kanan Rafie menunjuk ke pondok yang berhampiran tempat aku berada. Ah, Arisya! Aku menepuk dahi spontan.

"Berselera betul dia makan. Dah berapa ikat entah dia lahap. Kuat betul makan." Sambung Rafie lagi. Aku menggeleng kepala. Aku memandang Rafie bagai meminta maaf.

"Haih, sorrylah. Dia memang macam tu, kuat makan. Halalkan saja la ya. Hm okey juga. Nanti aku bawa dua ikat bawa balik rumah eh," jari telunjuk aku arahkan ke satu bakul berisi buah rambutan yang memang merah cantik. Buah rambutan tersebut telah diikat mengikut sukatan yang ditetapkan.

Mungkin Rafie sudah mengupah orang untuk menjual buah rambutan itu di simpang kampung. Katanya, banyak juga laku jika dijual di situ. Maklumlah, berdekatan dengan jalan raya. Aku memandang tangan, sudah tiga biji rambutan sudah aku habiskan. Nak ambil lagi, rasa segan menyelubungi diri. Yalah, aku masih nipis lagi kulit muka. Arisya mungkin dah tebal kalah kayu jati.

Rafie kelihatan mengangguk-angguk beberapa kali setiap aku bercakap. "Eh, ambillah lagi. Tak apa, mak aku tak kisah. Lagi dia suruh ambil satu bakul lagi! Excited betul anak kesayangan dia balik rumah," sambung Rafie berbaur cemburu.

Sejak kecil lagi aku sudah rapat dengan keluarga Rafie. Dah boleh kata keluarga sendiri. Luar dalam keluarga tu aku kenal. Wanita yang dipanggil mak oleh Rafie atau lebih dikenali sebagai Mak Sal itu, kalau boleh dikatakan dah macam mak aku juga. Setiap aku balik ke kampung pasti tak akan lupa singgah rumah dia untuk makan atau pun menjenguk Kak Lia.

Sekarang, aku rasa macam ada tangan duk lambai-lambai depan mata aku. Segera aku sedar dari lamunan. Seronok pula bercerita perihal keluarga Rafie.

"Eh eh dia ni. Sempat berangan anak raja mana lah ni. Dah sampai rumah aku dah pun. Jom masuk," jemput Rafie supaya aku dan Arisya yang masih di sisi untuk masuk ke dalam rumahnya. Aku hanya menayang gigi yang tersusun rapi, Inshaa Allah.

Yeah, Rafie memang keluarga berada. Keluarga dia merupakan keluarga terkaya di kampung ini. Kalau dibandingkan dengan rumah aku dan dia, memang ketara. Maklumlah, rumah dia semua batu. Aku, mix. Ada batu, kayu dan papan. Itu pun nasib baik siling sudah dibetulkan, sebelum ni hanya terbiar kosong di atas. Aku memang tak la nak tidur luar kalau balik kampung. Macam menempah penyapu terbang daripada opah. Nak kena, cubalah. Aku terlihat Kak Lia yang sedang menonton televisyen, segera aku pergi ke arah Kak Lia.

"Kak Lia!" Jeritku lalu menepuk bahunya dari belakang. Wah, rancangan aku berjaya tatkala Kak Lia terkejut bak beruk. Kehkeh. Ditepuknya pula bahu aku sebagai balas. Balas dendam mungkin. Mana taknya, kuat tu.

Kak Lia tergeleng-geleng melihat gelagat aku. "Kau ni nak kejut akak pun janganlah macam tu. Karang jatuh jantung ni, tak ke susah nanti. Alahai budak ni," aku hanya tersengih.

Arisya sudah mendahului bersalaman dengan Mak Sal. Maksudnya, Mak Sal dah tahu aku di sini... tak boleh la nak kenakan Mak Sal juga. Haih.

"Assalamualaikum, Mak Sal." Aku menghulurkan tangan untuk bersalam lalu menayang senyuman meleret. Mak Sal yang sedang menyedok nasi lemak ke pinggan terbantut dek kacauan aku. Mak Sal tersenyum lalu menyambut salam aku.

"Waalaikumsalam, ha duduklah Aina. Mak Sal pun ada buatkan nasi lemak ni ha untuk kamu pun." Mak Sal masih tersenyum walaupun tangannya masih ligat meletakkan telur, kacang dan ikan bilis ke dalam pinggan.

"Ha! Amboi, amboi. Dengan calon mak mertua bukan main sopan santunnya. Pijak semut pun agak-agaknya tak mati, tak pengsan. Siap kongsi gula lagi. Haih budak-budak sekarang." Omel Kak Lia.

Aku segera menepuk bahu Kak Lia. Dia lagi 'amboi, amboi'! "Ceh, hiperbola tak tinggal langsung kalau bercakap. Mana ada. Ada-ada je akak ni." Aku memulangkan gelaran yang dipanggil Kak Lia. Calon mak mertua. Wah, berat gurauan Kak Lia tu.

Aku memerhati sekeliling, ke mana Rafie? Eh kenapa pula aku cari dia? Ini pun rumah dia, aku tanya-tanya pula. Tiba-tiba langsir bergerak sendiri, walaupun angin tidaklah sekuat mana. Seperti ada lembaga di sebalik langsir itu.

Eh, kenapa ada budak didukungnya tu? Oh itu Rafie, dan budak tu? Okey, familiar.

"Danish, ni ada tetamu datang. Pergi salam dulu baru basuh tangan dan..." Mesra sekali Rafie bersama budak lelaki itu. Lah, kata tak ada anak. Ini anak siapa? Rafie ambil anak angkat ke?

"Makan!" Budak lelaki itu terus menjawab, masih terserlah keriangan di wajahnya.

Lalu dia seperti menuju ke arah aku. Dia menghulurkan tangan kanannya, menunggu aku menyambut salamnya. Segera aku menyambut dan lantas tersenyum. Dia turut membalas. Like what I said, this child look so familiar.

"Saya yakin, saya pasti dapat jumpa kakak cantik balik. Saya Danish. Ingat?" Dia menguntum senyuman, manakala aku terpinga-pinga tatkala budak lelaki itu berbicara. Wah, tajamnya daya ingatan dia.

"Danish kenal kakak ni ke? Kat mana?" Soal Kak Lia. Oh, budak lelaki ni pasti anak Kak Lia.

Danish.. Danish.. nota.. langgar.. Hah! Aku ingat, ada budak lelaki terlanggar aku masa aku dan Suzy pergi jogging. Dia pun ada bagi nota kecil yang katanya kalau jodoh, pasti aku jumpa dia lagi. Oh, kiranya aku jodoh dengan budak ni ah? Eh, gila!

Bukan, bukan itu maksud dia. Mungkin dia dapat instinct yang aku akan jumpa dia lagi. Sejak bila pula keluarga Mak Sal ada nujum pak belalang entah..

"Hari tu kan uncle Rafie ada bawa Danish pergi taman. Danish lari-lari kejar kapal terbang dekat atas awan, lepas itu terlanggar dengan kakak cantik ni. Danish ada bagi surat! Betul tak kak?" Dia memandang aku meminta kepastian. Segera aku mengangguk mengiyakan.

Kak Lia kelihatan terangguk-angguk selepas mendengar penjelasan anak tunggalnya. Aku menjeling Rafie, dia turut tersenyum. Entah apa yang disenyumkan, aku tidak mahu mengambil tahu.

"Eh, buat apa lagi tu? Dah jom makan. Sejuk karang nasi ni." Pelawa Mak Sal yang sudah siap menghidangkan nasi lemak buatannya. Hm, memang tak sah la kalau datang rumah Mak Sal tapi tak jamah apa-apa. Tak mimpi indah nanti!

Kami pun duduk di meja makan yang berbentuk empat segi sama itu. Mak Sal duduk di hadapan sekali. Aku duduk di sebelah kanan Mak Sal dan diikuti Arisya.

"Eh, ayam ada ni. Ambil aje berapa ketul nak. Aina, Arisya ambil. Rafie kawan kamu datang tak jemput pun. Haih, budak seorang ni." Bebel Mak Sal. Rafie hanya tersengih mendengar omelan ibunya. Aku tersenyum seraya mengangguk cepat. Tak perlu dijemput, aku tetap akan ambil.

Setelah selesai makan dan siap mengemas, kami berehat sebentar. Danish sudah keluar bermain bersama rakan sebesarnya. Main campak selipar, galah panjang dan teng-teng. Hm, rindu betul aku dengan zaman kanak-kanak.

"Aina, aku balik rumah sekejap eh. Ada hal," bisik Arisya perlahan. Aku mengangguk sebagai balasan. Dia pun meminta diri untuk pergi.

Aku melihat kaca televisyen yang sedang menyiarkan ulangan filem Tekken di saluran astro 411. Omg, hero dia handsome gila! Tak salah aku itu... Jon Foo! Yeah, betul betul. Alahai, tunang aku buat apa lah tu sampai berdarah-darah.

"Amboi, tak kelip mata nampak? Duk tengok orang ketul-ketul badan ke?" Suara sumbang mengacau aku sedang berangan tentang Jon Foo yang memegang watak Jin Kazama dalam filem Tekken. Aku berpaling ke kanan, Rafie tersenyum sinis. Wah, cari gaduh lagi dia ni.

Aku tidak memedulikan apa yang dikatakan Rafie, lalu melihat kembali kaca televisyen. Lebih baik aku layan tunang aku daripada menambah sakit hati bercakap dengan Rafie.

"Eh, Kak Lia! Pasai pa duk tukaq channel tu! Aina tengah tengok la.." Rungutku kepada Kak Lia yang menukar rancangan televisyen kepada saluran 132. Sembang teh tarik yang dihoskan oleh AC Mizal bagai sangat jelak di mata aku saat ini.

Kak Lia memandang aku yang dibatasi dengan sofa. "Pergilah layan calon husband kau tu. Dia dari semalam bagai nak runtuh rumah ni sebab kau balik sini. Macam nak beri tahu satu kampung pun ada."

Kata-kata Kak Lia menarik perhatian aku. Aku memandang Rafie, tetapi dia pula bagai melarikan anak mata dari menghadap aku. Eh eh dia ni, nak main-main mata pula. Ingat aku tergoda la?

"Kau suka eh aku balik sini?" Ucapku perlahan lalu menaik-turunkan kening. Senyuman menggoda dipasang di bibir. Terus cuak muka Rafie. Muka sudahlah putih, dah cuak ni macam darah tak lalu pula dekat muka dia.

"Err.. kalau ya kenapa, kalau tak pun kenapa?" Soal Rafie. Amboi, soalan dibalas soalan nampak. Aku masih tersenyum. Aku memandang sekeliling, Kak Lia masih khusyuk menonton televisyen manakala Mak Sal masih belum di dapur. Line clear.

"Eleh cakap sajalah kau suka aku balik kampung. Nak tipu pula," aku mengambil ikan bilis di dalam balang. Hm, sedap. Rafie memandang aku sambil buat muka toya. Nampak sangat tak puas hati.

"Buat apa aku nak tipu? Dah bila kau nak balik ni? Lama-lama duduk rumah orang tak baik."

Aku memandang Rafie geram. Namun, peduli apa aku. Tuan rumah pun belum halau aku lagi, dia pula nak bising. "Eh, tahun-tahun sebelum ni kau pergi mana? Lama juga aku tak nampak kau. Muka pun dah berubah, kau diet eh?"

Aku menilik satu badan Rafie. Eh, betullah. Dia nampak lain sampai-sampai aku tak kenal dia. Rafie? Ya, dulu aku panggil dia Apie, kahkah jauh beza betul. Lantaklah, dulu-dulu aku pelat la kut. Dan dia dulu pun boleh tahan berisi juga. Tapi, sekarang macam.. boleh la dikatakan ada muscle sikit.

Lebih berkarisma la boleh dikatakan keseluruhan. Rafie tersenyum sebelum menjawab, "Aku urus company bapa aku kat Bandung. Adalah bertahun aku duduk sana. Balik sini pun bukan selalu. Hello, diet tak diet aku tetap kacak okey."

Tiba-tiba tekak terasa loya, muntah hijau juga aku. Ingat dekat rumah orang tu aku batalkan niat. Aku pun pelik juga dengan keluarga Rafie ni. Company dah berlambak kat Malaysia, sekarang baru buka cawangan dekat Bandung. Tapi, masih nak duduk kat kampung. Sayang sangat dekat kampung ni kut.

Aku mengangguk. Aku melihat jam, huish dah tengah hari dah ni. "Erm, okeylah. Aku balik dulu." Aku bangun dan pergi ke arah Kak Lia, menyalam tangannya.

"Eh, cepatnya balik. Lama tak cuti ni? Akak ingat nak pergi air terjun hujung kampung ni, nak ikut tak?" Bibir aku terus merekah membentuk senyuman. Wah, air terjun!

"Boleh tahan lama la. Okay set! Bila nak pergi?"

"Dua hari lagi kut. Tak apalah, nanti akak suruh Rafie inform kau nanti." Aku hanya mengangguk mengiyakan. Orang dah jemput, tak akanlah nak tolak. Peluang baik ni.

Setelah bersalaman dengan Mak Sal, aku pun meminta diri untuk balik ditemani Rafie. Acah-acah respect tetamu. Nak tunjuk baik lettew.

"Dah, tak payah masuk. Pergi balik rumah sana. Shuh shuh." Siap gaya tangan lagi aku halau dia. Karang dia masuk lagi panjang masalahnya. Dahlah Opah dengan Atuk tak ada di rumah.

Rafie mencebikkan muka namun tetap ikut arahan aku. Setelah pintu dikunci, aku melihat Arisya sedang menonton televisyen. Khusyuknya sampai aku masuk tak sedar. Aku pun menyergahnya, tapi tak berjaya sebab suam-suam kuku aje dia terkejut.

"Bapa kau kata apa?" Aku mencapai biskut kering setelah melabuhkan punggung di atas sofa. Join Arisya menonton rancangan televisyen. Hm Suamiku Encik Sotong. Not bad. Ada Amar Baharin.

"Hah? Oh, tak ada apalah. Dia tanya aku okey ke kat sini. Dia kirim salam kat kau," balas Arisya tapi perhatiannya masih melekat di kaca televisyen. Melihat pelakon kegemarannya, Sharnaz Ahmad.

Aku mengangguk, maksudnya tiadalah masalah apa pun. Tidak beberapa lama kemudian, aku rasa handphone aku vibrate di poket seluar. Segera aku mengangkat, eh Amirul?

"Assalamualaikum."

Salamnya sampai di halwa telinga aku. Aku segera menjawab salamnya.

"Kau sihat tak kat sana?"

Aku bangun dari sofa dan pergi ke bilik. Ceh, acah-acah nak privasi. Aku duduk di birai katil dan meletakkan bantal di atas riba.

"Sihat, alhamdulillah. Kenapa telefon?"

Lama. Senyap sunyi namun aku tahu Amirul masih ada di talian kerana aku dengar desah nafasnya. Haish, dah buat cerita novel Fixi pula dia ni. Aku baru menyempat baca satu novel, Kacau. Tapi, tak perlu la kut nak buat real dengan aku.

"Awak kat mana?" Gurauku meniru lagu yang popular saat ini yang dimainkan oleh penyanyi dari Singapura. Taufik Batisah. Well, ada sikit ter-in love dekat wajah kacak dia. Tapi, muka dia ada iras-iras Nabil la pula.

Aku terdengar Amirul ketawa kecil. Namun tak lama cuma seketika.

"Saya masih di sini. Amirah.. hm okeylah aku letak phone dulu. Ada hal. Karang ada masa aku call balik. Bye, assalamualaikum." Telefon dimatikan sebelum aku menjawab salam yang diucapkan.

"Waalaikumsalam.." perlahan, tahu dia tak mendengar tapi menjawab salam itu wajib. Aku memandang telefon. Betullah dia matikan. Jadi, apa tujuan dia call sebenarnya? Aduhai, mamat ni! Buat cuak jer!

***

DAUN pintu diketuk dari luar. Aduh, kacau daun betul! Baru aku nak tengok televisyen, masa sekarang jugalah ada orang nak ganggu. Yalah, tadi sibuk tolong Opah di dapur. Buat rendang ayam banyak tahap gaban. Yang gempaknya, air tangan aku tu penting.

Aku menghayun langkah malas ke daun pintu. Membuka dengan perlahan, eh eh dia lagi? Eh, sekejap. Danish! Haih, makin cute pula dia aku tengok sekarang. Dia melambai tangan kepada aku sambil tersenyum bahagia. Dia dipegang tangan oleh Rafie. How sweet! See, Rafie sepatutnya dah layak pun jadi seorang ayah. Dia aje yang jual mahal.

"Assalamualaikum. Tak payah tenung lama sangat. Tahulah aku kacak berbaju melayu ni," masuk lif, tekan sendiri. Itulah sifat Rafie yang memang tak ubah dari kecil sampailah sekarang. Kalau berubah pun, memang ajaib.

Aku membuka muka toya sebelum menjawab salamnya. "Kau tak kacak punlah. Aku tengok Danish ni hah. Dia lagi kacak pakai baju melayu daripada engkau tau! Danish meh sini dengan kakak meh."

Seperti biasa tanpa menggunakan mantera mahupun mandrem, aku berjaya membuatkan Danish beralih arah kepada aku dan itu membuatkan muka menjengkelkan terpampang di wajah Rafie. Eleh, cemburu la tu sebab Danish lagi suka aku daripada dia.

"Eh apa pasal kau tak siap lagi ni? Aduh, nak tunggu kau bersiap bukan sekejap. Berabad juga menunggu ni. Dah dah cepat siap sana." Rafie kembali mengambil Danish yang baru nak memegang tangan aku. Eh dia ni, sibuk pula.

"Bersiap pergi mana cik abang oi? Hello, aku bukan type ge-girl yang bersiap berjam-jam okey. Jaga sikit mulut tu." Ujarku bangga. Huish, siapalah tak bangga. Kadang, rasa pelik ada juga bertamu di hati. Pakai shawl berlilit, padahal tak tutup pun bahagian yang patut ditutup tu. Lepas itu, muka ditepek pula dengan pelbagai jenis warna make up. Ingat muka macam buku warna ke?

Rafie menepuk dahi. Em dah kenapa pula? "Kita kan nak pergi kenduri Makcik Senah! Kau buat-buat lupa ke apa ni? Opah tak beri tahu ke?"

Aku membuat muka pelik. Makcik Senah mana pula ni? Aku kenal ke? Opah pula dibabitkan. Tiba-tiba Opah menegur. Hm, panjang umur opah.

"Ya Allah, Aina! Kenapa tak siap lagi ni? Kita lambat nanti. Aduhai, budak ni. Kita kan nak pergi kenduri Makcik Senah." Lagi satu. Aku yang lupa ke atau memang mereka berdua nak prank aku? Tapi tak mungkinlah.. Opah dah siap pakai baju kurung hah. Pakai tudung Fareeda lagi.

Aku masih membuat muka tapi kini membuat muka meminta penjelasan. Sekarang opah pula menepuk dahi. Yeah, good then. Semua nak tepuk dahi. Jadi, aku perlu ikut ke ni?

"Opah lupa nak bagi tahu kamu la, Aina! Makcik Senah tu buat kenduri, anak dia kahwin sebab itulah opah minta kamu dengan Arisya berhempas-pulas buat rendang ayam tu. Makcik Senah yang order tu. Sudah pergi siap. Arisya pun dah siap agaknya tu. Opah baru juga beri tahu dia tu." Jelas Opah.

Aku hanya mengangguk mengiyakan dan meminta diri untuk ke bilik. Tak nak tahu. Aku nak mandi dengan tenang juga. Sebelum melangkah pergi, aku terdengar juga Opah menjemput Rafie dan Danish masuk dalam rumah.

"Dah siap la tu! Tak bagi tahu aku nak pergi kenduri. Sampai hati kau kan." Manja-manja kucing aje sebenarnya dengan Arisya ni. Tapi, muka mestilah kena sesuai. Aku pun menyambar tuala yang tersangkut sebelum mendengar penjelasan seterusnya daripada Arisya. Saja buat dia rasa bersalah.

Setengah jam kemudian, aku siap memasang jarum peniti pada selendang aku. Aku memakai baju kurung moden berwarna krim dan memakai selendang versi half moon berwarna krim juga plus ada corak reben kecil berwarna kuning. Setelah siap, aku pergi ke ruang tamu.

Aku memandang setiap seorang daripada mereka. Dah kenapa pula tengok aku macam nak telan hidup-hidup ni? Hish, Opah pun join pula tu!

"Ke.. kenapa pandang macam tu? Kenapa? Tak sesuai eh? Hm tak apalah," aku memujuk hati yang lara jikalau benar pakaian yang aku pakai itu memang tak sesuai di badan aku. Maklumlah, kita ni bukan cantik macam Siti NurHaliza. Macam kena beli produk Terlajak Laris la nampaknya. Eh?!

"Kau apa hal cantik sangat ni? Anak Makcik Senah nak kahwin ke kau yang nak kahwin ni? Karang terjatuh hati pula husband anak dia tu kat kau, baru tahu!" Akhirnya Arisya memecahkan kesunyian antara mereka. Yang peliknya Danish pun turut join tu. Haish, dah komplot nak kerjakan aku ke ni?

"Yalah akak. Kesian la uncle Rafie nanti, melepas. Menangis dia, Danish juga nak kena pujuk." Mulut comel Danish pun turut berbicara. Aku tersenyum kelat. Melepas apanya.

"Eh, Danish panggil dia kakak, tapi Danish panggil uncle Rafie, uncle. Hish tak acinya. Nampak macam uncle tua pula," omel Rafie. Namun, hanya dibalas sengihan daripada Danish.

"Coy! Apa entah kau cakap Arisya. Takkan pula aku yang kahwin. Dah jom. Lambat kan?" Kalau aku tak sudahkan, memang tak akan habis borak ni.

Kami pun bergerak ke rumah Makcik Senah. Hm, sebenarnya aku pun tak tahu Makcik Senah yang mana. Setahu aku ada satu aje Makcik Senah kat kampung ni, itu pun yang selalu jual kuih dekat hujung kampung ni. Yalah kut anak dia yang kahwin.

Kami berjalan kaki ke rumah Makcik Senah. Opah berada di barisan hadapan mengetuai rombongan Mak Kiah, katanya! Maklumlah, duduk kampung pakai kereta cuma ke bandar je. Baik berjalan kaki, dapat udara segar sikit. Aku menoleh ke kanan. Dah kenapa si Rafie ni duk jeling-jeling aku ni?

"Kau pun nak cakap aku yang kahwin macam Arisya juga ke?" Kataku masih menggunakan nada selamba. Sling bag yang hampir jatuh dari bahu, segera aku betulkan.

Terdapat sengihan terukir di bibir Rafie. Nampak segaklah juga dia mengenakan baju melayu di badannya. Jarang dah sekarang aku tengok belia pakai baju melayu. Nak tengok, tunggu hari raya. Itu pun first raya aje. Sekarang semua pakai t-shirt biasa. Apalah, tak ada semangat kebudayaan langsung.

"Hish, bukanlah! Tapi, betul. Kau nak mengurat teruna mana ni pakai lawa-lawa? Kalau kau tambah pakai make up seribu warna ni, ish confirm ramai makcik-makcik beratur nak minta jadi menantu. Ingat artislah kononnya."

Aku terkekeh-kekeh ketawa. Ingat artislah kononnya. Eleh, kalau aku jadi artis pun ingat tak dapat cari makan ke? David Teo tu confirm ambil punyalah!

"Aku memang jenis tak pakai make up la. Pakai compact powder aje. Okey juga. Dapat survey untuk dijadikan teman sehidup semati. Aku pun single apa." Gurau. Aku tak ada desperate sangat nak kahwin.

Rafie memandang aku dengan muka tak puas hati. Ceh, kisah pula aku. Setelah beberapa minit, sampai pun kami di kenduri Makcik Senah. Belum ramai orang pun lagi. Maklumlah, ayam rendang baru sampai kan. Kami disambut dengan hormatnya. Lalu red carpet uols! Kau ada?

"Hah Opah, sampai pun. Lama Senah tunggu opah. Hah Rafie, Danish pun ada. Meh la masuk. Dua bunga lagi ni siapa pula Opah?" Mesra sapaan Makcik Senah. Betullah Makcik Senah penjual kuih tu. Ceh, ingat lagi aku. Dah berbelas tahun juga tu aku tak jumpa Makcik Senah.

"Cucu aku la. Ini Aina, yang ini kawan dia. Arisya. Takkanlah kau tak ingat kut. Dulu-dulu main dengan Rafie tu. Budak yang selalu kacau kau kat gerai tu la," Opah kembali membuka buku lama. Jumpa orang, asyik kaitkan dengan Rafie aje. Bosan.

"Oh, Aina! Ya Allah, besar dah budak ni. Dulu tengok kecil je. Dah boleh kahwin ni." Aku menghulurkan tangan untuk bersalam seraya tersenyum kelat. Dah berapa orang dah kata macam tu.

Kami pun duduk di tempat yang disediakan. Heboh la juga aku tengok di belakang tabir. Makcik-makcik masih rewang agaknya. Opah meminta diri untuk membantu apa yang patut. Masih kuat la Opah ni. Tapi, sampai sana terus duduk. Jadi penyambut tetamu la ni kiranya.

"Kau bila lagi Aina?" Tiba-tiba Arisya pula bersuara.

"Bila apa?" Tanyaku kembali. Danish dah pergi ke pangkuan ibu tersayang. Rafie pula masih di sini menilik handphonenya. People nowadays. Memang takkan lepas dengan gadget punya.

"Kahwin!" Serentak tu juga aku menampar kuat lengan Arisya. Dia membuat muka seraya tangan dia mengusap-usap tempat yang aku tampar. Tahu pun. Suara dahlah kuat. Tertoleh-toleh juga orang kat sini.

Aku memerhati Rafie. Dia tersenyum kecil disebalik meneliti phone dia. I know what on your mind..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience