Bab 8

Humor Series 10658

Chapter 8

KERUSI beroda itu aku tarik lembut lalu menghempaskan seluruh beratku keatasnya. Hm, kuat kerusi ni. Aku membelek malas dokumen yang terletak sempurna diatas meja aku. Bila aku nak cuti kalau kerja berlambak atas meja? Tambah satu projek lagi dengan mamat tu.

"Oi, apahal kau pagi-pagi ni tak semangat langsung ni?" Tegur Aisyah. Secretary baru Haikal. Elok, sopan santun budak umur setahun lebih muda dari aku ni. Tapi, hm. Penyakit suka bergossip dia, dah peringkat 4. Tak boleh disembuhkan. Oh ya aku letak jawatan sebagai secretary Haikal disebabkan takut orang fikir yang bukan-bukan. Maklumlah, orang sekarang tahu cari kesalahan orang lain saja.

Aku memandang Aisyah sejenak lalu tersenyum tawar dan menggelengkan kepala sejurus itu. Entah kenapa aku macam ada rasa tak kena hari ni.

Shawl? Okey je. Tak ada pun cari gaduh dengan aku. Outfit? Simple macam selalu. Taklah over mana. Muka? Aku rasa tak adalah macam muka baru bangun tidur. Mungkin letih kut main kejar-kejar dengan Suzy semalam. Tapi... aku memandang Suzy pantas. Ceria gila! Macam tak ada apa yang berlaku. Mungkin aku je yang emotional sangat hari ni.

Setelah beberapa minit aku mengelamun seketika, keluarlah Haikal daripada bilik persendirian dia. Mukanya kelihatan sangat kusut. Ada masalah ke? Sedar tidak sedar, dia sudah ada di depan meja aku.

"What's wrong?" Aku memerhati mukanya, sebaliknya begitu.

"Masuk bilik aku sekarang." Dia berkata lalu pergi dari meja aku. Okey, aku yakin ada something wrong. Disebabkan aku terlalu asyik dengan lamunan aku, Haikal bersuara lagi. Mungkin sekarang sedikit kuat disebabkan bilik dia dengan tempat aku agak jauh.

"Now Aina!"

Dengan kelam kabut aku segera mengambil buku nota yang sering aku bawa jika ada sesuatu perkara yang perlu aku catat. Aku memandang Suzy sekilas. Dia mengangkat bahu tanda tidak mengerti mengapa Haikal hari ini.

Aku mengetuk pintu bilik sebanyak dua kali dan terus saja masuk. Seperti kebiasaan aku lakukan jika hendak masuk ke bilik Haikal.

Aku menghempas punggungku perlahan diatas kerusi empuk itu. Aku memandang wajah Haikal yang masih kusut. Dia menutup dokumen yang tidak terkira bilangan kertasnya. Aku pasti itu projek yang sangat berjuta nilainya. Manakan tidak, Haikal pernah cerita yang tanah yang ingin dia beli susah untuk mendapatkannya. Tuannya mahu jual tetapi sekarang tidak mahu pula. Setelah itu dia menghubungi Haikal kembali dan bersedia untuk menjual. Tetapi berbalik arah kembali. Pening Haikal dibuatnya!

"Kita ada masalah besar, Aina!" Ujar Haikal sebagai permulaan. Aku mengerutkan dahi seribu. Haha ini sangat over sampai seribu kerutan. Tapi, pointnya aku sangat pelik!

"Apakah?"

"Tanah yang company kita dengan Sufian Cooperation kerjasama nak buat sebuah hotel tu, hampir batal! Tuan tanah bercadang untuk membatalkan kontrak perjualan. Ya, walaupun belum hitam putih ia tetap perjanjian! Encik Amirul kata disebabkan ada individu yang mahu sabotaj projek ni dan hasut Encik Bakar, tuan tanah."

Aku mengangguk tanda mengerti. Aku menggaru-garu kepala spontan. Turut runsing mengapa hal ini terjadi. Siapa pula yang gatal pergi sabotaj?

"Jadi, apa cara kau nak atasi ini semua?" Aku memandang Haikal serius, begitu juga Haikal. Aku pasti dia sudah merencanakan sesuatu agar projek itu terus berjalan. Bukanlah Haikal jikalau tidak dapat projek yang dia idamkan.

"Aku dan pihak syarikat Encik Amirul dah bersetuju untuk kau dan dia yang buat apa saja yang tuan itu suruh. Ini kerana tuannya akan jual kepada kita balik jika orang yang bertanggungjawab keatas projek itu memenuhi segala perintahnya. Jangan risau, dia kata tiada yang berunsur yang diharamkan oleh syarak." Jelas Haikal. Serentak itu aku menelan air liurku. Aku? Dengan Amirul terpaksa memuaskan hati tuan tanah agar dia mahu jual balik? Okay, fine aku tak kisah. Tapi, kenapa harus berdua? Aku boleh handle seorang!

"Okay, no problem. But, can I ask something?"

"What?"

"Kenapa Encik Amirul yang turun tangan, kenapa bukan anak buah dia?" Aku memandang wajah tampan milik Haikal. Setampan mana pun dia, entah mengapa aku tak pernah ada perasaan lebih kepada dia. Tetapi, itu merupakan hal yang baik kerana ia tidak akan mengganggu hubungan aku dengannya.

"Walaupun Encik Amirul pemilik syarikat, tetapi ayahnya tetap ada kuasa keatas syarikat itu. Jadi, dia suruhlah anaknya sendiri yang turun tangan." Tenang Haikal menjawab. Dia mendapat tahu hal itu daripada setiausaha Amirul ketika dia berkunjung ke syarikat partnernya itu.

Aku mengangguk faham lalu meminta diri untuk keluar. Sebelum sampai ke pintu, aku berpandang semula ke belakang.

"Can I have his number?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience