Bab 37

Humor Series 10658

Chapter 37

PENYEDUT minuman di dalam gelas berisi air teh ais itu aku kacau sampai berbuih airnya. Kacau sehingga ais yang tadinya berbentuk kini berubah menjadi cecair dan sebati dengan air yang aku tempah.

Kejadian semasa aku jumpa nota tu sangat buat aku runsing. Hati aku rasa macam nak memberontak. Nak jumpa Cikgu depan-depan, suruh dia explain benda yang patut aku tahu. Cubit dia sampai merah.

Masa itu jugalah aku hubungi Arisya. Bukan bagi sokongan atau dorongan apa semua. Boleh dia gelak dan kata aku cemburu. Daa, muka aku ada macam muka orang cemburu ke? Muka orang cemburu bukan pipi dia merah ke bila ditanya?

Dan dengan bangganya aku berkata, aku tidak. Jam di pergelangan tangan aku tatap sebentar dan memandang ke hadapan kembali. "Boleh aku pergi sekarang?"

"Cepatnya. Kau masih tak jawab soalan aku?"

Damn lah! Aku ingat dia dah lupa. Aku garu kepala kembali. "Senang cerita, aku turut berduka cerita bila dengar kau dah bercerai dengan Ariana. Tapi, cerita tak habis lagi. Aku bukan dalam cerita novel bila hero kena kahwin lain dan aku setia menunggu."

"I am not, Amirul Iqbaal. Aku dah berkahwin dan aku bahagia dengan perkahwinan aku. You supposed to let me happy if you truly... ah aku tak akan sebut perkataan tu. Jadi, aku akan doakan kau supaya dapat jodoh baru yang sesuai dengan kau."

"I am not kind of man that easy to forget what I love. But... Seriously, if you've change your mind please pick me up."

Aku membuat muka jengkel. "Daa, aku tak akan ubah fikiran."

"Kalau, kan?" Dia jawab balik.

Aku bangun dari kerusi. Dia pun sama. Aku sangat suka akhirnya setelah sekian lama masalah ini selesai juga. Baguslah Amirul dah sedar apa yang dia buat selama ni salah. Mungkin aku kejam bila kata aku gembira dia cerai dengan Ariana.

Tapi, lebih baik begitu daripada hal yang lebih buruk terjadi. Sebagai contoh, Datin Asmaniza sendiri yang menjadi mangsa.

"Eh nak pergi mana tu?"

"Baliklah. Aku pandu kereta datang sini okey," jawabku dan aku rasa tak menepati jawapan yang dia mahu.

"Ini siapa yang nak bayar?" Soalnya. Dah agak.

"Gentleman la sikit. Takkan aku yang bayar? Aku pesan teh ais je. Tak sampai dua ringgit kan?" Jawabku dengan suara yeah menjengkelkan.

"Jadilah bini aku dulu baru aku tunjuk gentleman ke tidak aku ni," jawabnya main lepas. Aku luku juga budak Si Amirul ni karang.

"Amirul," tegurku.

"Okay, fine. Jumpa lagi. Kalau aku jumpa, aku bagi kad ya? Aku nak kau jadi pengapit!"

Aku mengangguk-angguk dan menyedut teh ais yang masih berbaki dengan gelagat tergesa-gesa. Aku dah lambat nak masuk kerja. Segera aku masuk ke menuju ke tempat parkir kereta. Nota.

"KAU AKAN RASA APA YANG AKU RASA."

Surat ugutan. Berkerut dahi aku sekejap. Sudahlah dengan terik panas matahari ni. Boleh pula letak surat macam ni kat kereta aku. Kertas bersaiz A4 dan tulisan berwarna hitam serta berhuruf besar.

Aku terus masuk ke dalam kereta dan malas aku nak fikir surat macam ni. Pedal minyak ditekan dan kereta yang aku pandu mula bergerak membelah jalan raya. Sambil itu, aku membuka radio bagi memecah kesunyian.

Tiba-tiba telefon aku berbunyi. Earphone sebelah aku masukkan dalam telinga. Khaisara. "Hello, assalamualaikum. Kenapa telefon?"

"Just nak bagi tahu yang aku dengan ibu nak datang rumah kau. Kau habis kerja pukul berapa?"

Datang rumah? Berkerut terus dahi aku. Pulak nak datang rumah. Mak Ngah ni pun satu. Kenapa tiba-tiba nak datang rumah ni? "After Isyak maybe. Call akulah bila dah on the way."

"Okay cun. Aku letak dulu. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam."

Kereta aku parkirkan di tempat yang disediakan. Selepas menutup pintu kereta, aku mengambil beg tangan lalu keluar dari perut kereta. Kunci kereta aku tekan punatnya menandakan kereta sudah selamat dikunci.

Haih peliknya mereka ni. Tak pernah-pernah nak datang rumah aku. Datang rumah Ibu dengan Ayah pun jarang sekali. Keluarga Mak Ngah dengan keluarga aku tidaklah rapat mana. Sering kali aku dengar khabar angin dari mulut saudara aku yang lain, keluarga Mak Ngah kurang gemar dengan keluarga aku.

Something like 'perselisihan faham antara keluarga'. Kind of lah. Aku malas nak masuk campur. Entah apa yang keluarga mereka tu tak suka dengan keluarga aku. Sejak dulu lagi. Ke sebab aku datang balik ke keluarga tu?

Masuk sahaja aku ke dalam pintu utama butik, langsung kakiku ke bilik yang menempatkan locker pekerja. Lalu, kembali ke depan untuk menjalankan tugas. Pin nama aku lekatkan di bahagian kiri dada.

"Hoi!" Tertolak ke kiri aku sedikit. Nak kena ni. Aku menoleh ke kanan. Sedap dia aje tolak-tolak orang. Kalau aku jatuh tadi, mana aku nak letak muka ni? Aku tolak bahunya kembali.

"Adui, sakitlah. Ish dia ni suka hati aje nak tolak-tolak bahu orang. Ingat tak sakit ke?" Oceh Wardina. Lepas habis dia membebel, aku cubit pula lengannya. Puas hati.

"Sakit woi sakit!" Pekiknya. Nasib baik tak kuat mana. Aku hanya tersenyum kerek dan terus berjalan pergi ke arah baju-baju untuk dikemaskinikan. Terabur.

"Cikgu kau tu sihat?"

Aku pandang Wardina aneh. Motif tanya laki aku? Ceh, cemburulah konon. "Sihat. Kau kenapa tanya-tanya fasal dia pula. Tahulah aku jaga dia kalau dia tak sihat,"

Wardina tergelak besar. "Jealous la tu! Ya Allah, moga-moga betullah kau ni cemburu. Cemburu tanda sayang. Maksudnya, kau dah jatuh sayang dengan suami kau sendiri. Langkah yang positif, kan?"

"I am not," jawabku acuh tak acuh.

"Kau ni keras sangatlah. Cubalah bagi dia peluang. Mana tahu dia memang ikhlas cinta kat kau. Ops, bukan mana tahu. Memang dia ikhlas pun!" Wardina memandang aku garang.

"Aku masih tak puas hati. Kau pun tengoklah. Dia selalu datang butik, jumpa aku semua. Tapi tak pernah sekali pun dia kata sesuatu yang mengarah kepada apa yang terjadi sekarang. Geram aku masih bersisa,"

"Mungkin dia ada sebab dia sendiri. Sebab itulah aku kata, bagi dia peluang. Bila kau dah berbaik, senang nak bersoal jawab. Aku sentiasa doakan kau orang happy ever after,"

Aku mendecit. Happy ever after, susah tahu. Aku pernah mendengar kata-kata yang buat aku takut sangat nak mengaku aku ni isteri orang. Perkahwinan ini macam berperang. Tak semua orang dapat rasa bahagia.

"KENAPA tiba-tiba mereka nak datang? Awak ada buat salah apa-apa ke?" Cikgu ni memang minta aku cubit sampai ungu ke?

"Mana ada. Saya tak tahulah. Tiba-tiba nak datang, jadi saya suruhlah awak cepat balik." Aku menjungkit bahu sambil menyiapkan satu hidangan yang memang aku buat tak istimewa.

"Saya ingat awak jatuh tergolek ke, Tiger buat hal ke, ini tidak. Buat terkejut aje," dia menghempas badannya di atas sofa yang empuk. Sambil itu dia membuka tali lehernya.

"Amboi, melebihnya dia ni. Dah naik atas, buat apa yang patut. Bersihkan diri. Selepas itu, tolong saya masak." Aku mencekak pinggang di hadapannya.

Dia tersengih. "Saya... boleh saya cakap saya nak keluar jumpa kawan?"

Aku membesarkan mata. "Tak boleh!"

Dia angkat tangan tanda mengalah. Segera dia naik atas. Aku tersenyum kecil. Hah tahu takut. Kerja di dapur yang terbengkalai membuatkan aku berlari anak. Cepat! Karang dia telefon kata on the way, matilah aku.

Aku senyum apabila Mak Ngah dan Khaisara masuk ke dalam rumah. Mereka perhati rumah aku dulu sebelum senyum kecil. "Jemputlah duduk. Haziq ada kat atas. Ada hal sekejap,"

Mak Ngah pandang aku setelah puas dia meneroka isi rumah aku. "Kau panggil laki kau, Haziq? Biadabnya,"

Berkerut dahi aku terus. Segera aku berdeham kuat. Ya Allah, tabahkanlah hati aku. "Mak Ngah tunggu sekejap, saya buatkan air minum."

Aku segera ke dapur. Membuat air teh hangat. Biadab? Dia siapa nak panggil aku biadab? Dan ada aku kata aku panggil dia Haziq? Khaisara pula duk cover. Weh, duduk pun atas sofa kut. Kenapa dia rasa macam bersimpuh atas lantai?

Tiba-tiba ada tangan melingkar di pinggang. Akibat terkejut, terus dipukul dengan sudu. Aku tersengih apabila melihat dia mengusap kepalanya. Sakit ya?

"Itulah jangan ganggu bila orang sedang buat kerja. Dah pergi depan layan tetamu," aku meneruskan meletakkan cawan di atas dulang.

Cikgu menggeleng kepala. "Saya tunggu awaklah. Nak saya bawakan apa? Meh saya bawa, dengan berbesar hatinya," dia tersenyum bangga.

Aku mendecit perlahan. "Besar manalah hati awak tu. Ada besar peti ais tak?" Aku membawa dulang yang berisi air manakala Cikgu sudah memegang piring yang berisi kek lapis sarawak. Seriously, dari Sarawak ya. Kawan aku bagi.

Kami pergi ke depan dan entah kenapa macam sepakat tunjuk senyum yang sangatlah palsu. "Minumlah ya," jemputku setelah menuang air dan duduk di sisi suami tercinta. Ceh, cinta sangat.

"Danial sihat?" Mak Ngah memandang Cikgu. Cikgu yang terpinga-pinga hanya menganggukkan kepala. Aku dah berkerut dahi tapi cuba jadi normal balik.

"Nah. Saya masak lauk kesukaan awak. Jangan lupa makan ya," kini Khaisara pula yang berkelakuan pelik. Dia memberi mangkuk tingkat yang aku tak perasan dia bawa tadi. Lalu, ditolaknya ke hadapan Cikgu.

Cikgu ni pun satu duk angguk-angguk dah kenapa? Aku berdeham sekuat mungkin. Menjernihkan suasana. "Mak Ngah datang kenapa?" Soalku.

Mak Ngah memandang aku dengan pandangan menggerunkan. Aku salah tanya ke? "Kamu tahu Danial siapa, Aina?" Soalan Mak Ngah lagi buat aku bingung. Soalan jenis apa ini? Aku pandang pula ke Khaisara, seakan meminta penjelasan.

Tapi, senyuman sinis yang aku dapat. "Suami sayalah Mak Ngah. Siapa lagi?" Jawabku dan memang bukan jawapan yang Mak Ngah mahulah kan.

"Dia bekas tunang Khaisara. Hampir menjadi suami kepada Khaisara,"

Ya, aku tergamam. Tiba-tiba pinggang aku terasa dilingkari. Aku tak menghalang atau memberhentikan. Aku kaku. "Itu dulu kan mak cik. Cerita lama. Sekarang saya dah ada Aina. Inshaa Allah bidadari hati saya dunia dan akhirat. Doakanlah kami bahagia,"

Aku memandang Cikgu setelah usai dia berkata. Aku tak tahu kenapa, tiba-tiba saja mata aku berkaca. Seakan-akan empangan aku nak runtuh. Setitik. Ya Allah, mengapa aku lemah sangat?

AKU mengiring ke kiri, membelakangi Cikgu. Ya, salah membelakangi suami. Aku tahu itu tapi aku tak boleh pandang muka dia sekarang. Hati aku akan jadi hancur buat sekelip mata.

"Awak, saya minta maaf." Sudah berkali-kali dia mengucap kata maaf. Entah untuk apa. Tapi, setiap dia kata tidak pernah aku balas. Hati aku tiba-tiba menjadi keras.

"Ya, saya jahat sebab tak jujur dengan awak. Dia kisah lama. Awak masa depan saya. Maafkanlah saya,"

Aku diam lagi. Lidah aku kelu nak berkata apa. Kenapa kena Khaisara juga? Dia dah jumpa Khaisara kut sebelum ni. Kenapa tak pernah cerita dekat aku? Kenapa aku kena tahu cerita ni dari perempuan tu?

"Pertemuan kita dekat butik bukan kebetulan, itu percaturan Allah. Awak jodoh saya,"

Aku mengiring kembali menghadap dia. Di dalam kegelapan malam yang hanya bertemankan lampu tidur yang agak malap aku melihat dia. Mengapa hati ini terasa sakit saat aku tahu dia pernah berniat nak kahwin dengan perempuan lain?

"Awak akan tinggalkan saya demi Khaisara. She's your first love. Saya tahu betapa susahnya untuk lupa cinta pertama. Saya faham awak,"

Dia menggeleng sekuat hati. Ya Allah jangan biar air mata ini jatuh lagi. "Saya takkan buat macam tu. I just want you to stay beside me. You're complete my life,"

"From the beginning you know that I have nothing feeling to you as much as yours. You deserve better, Danial Haziq." Setitik. Air mata aku mengalir juga. Mata dia membuatkan aku terasa sesuatu. Yang membuatkan jantung aku bergetar.

"Saya minta izin untuk tinggal rumah kawan saya. Our family doesn't need to know all of this. I'm sorry too, but one fine day you will know that.. saya bukan separuh jiwa awak yang hilang."

Diam. Dia diam tak berkata apa. Ya Allah. Hanya kau yang tahu hati aku macam mana. Walau aku sendiri tak memahami. Lancarkanlah apa yang berlaku. Tenangkanlah hati aku. Aku membelakanginya kembali. Air mata yang merembes keluar aku hanya biarkan.

"I wasn't planning on loving you, but I'm happy that I did. Uhibbuki fillah, Aina Amirah."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience