Bab 12

Humor Series 10658

Chapter 12

Aku memandang meja yang yang dipenuhi fail-fail itu. Satu, dua, tiga, empat. Banyaknyaaa! Bila aku nak holiday ni!!

Aku menghempas fail yang pertama sedikit kuat.

"Oit! Agak-agaklah nak hempas-hempas pun. Tengok tempat ah," Tegur Suzy. Dia sedikit terkejut kerana perbuatan aku tadi. Aku tersengih.

"Sorry,"

Tiba-tiba aku mendapat satu mesej. Aku pun membukanya.

Jangan lupa lusa ni kita kena jumpa Encik Bakar untuk meeting seterusnya. Keep in touch supaya senang aku nak bincang apa-apa. - Amirul

Aku menekan pun menekan,

Okay.

Aku menekan button send. Haih, bosan gila conversation macam gini. Tegang. Cakap pasal kerja je? Ajaklah aku makan ke, tengok wayang sama-sama ke, ataupun pergi main buaian sama-sama. Ini tidak.. Aku mengeluh perlahan.

Apa kata kita tengok movie sama-sama nak tak? Kau bawa ah kawan kau, aku bawa kawan aku. See you on 6 p.m. at Restaurant Bulan.

Aku tersenyum. Macam tau-tau saja apa yang aku fikir. Entah-entah dia boleh baca fikiran orang tak? Aduh, susahlah macam ni kalau aku nak kutuk dia pun kena fikir dua kali.

Aku tidak membalasnya. Saja buat suspend gitu. Aku ajak Suzy dengan Arisya lah. Meriah sikit. Hah, bawa Haikal sekali! Hah, gempak habis! Aku menaik-turunkan kening seperti orang jahat merancang sesuatu yang kejam.

"Aina, kau sihat ke tidak ni? Kalau tak boleh handle rehat kejap ah. Seram sejuk doh tengok kau macam ni," Suzy memandang aku seperti ketakutan.

Hadeh ini celup British. Aku baru buat aksi macam itu dia dah bagi respon macam ni. Agak-agaknya lah kan macam mana kalau aku ni betul-betul pembunuh bersiri ke penculik organ tubuh ke, mesti dia menangis melalak agaknya.

Aku membalas dengan pandangan bengkek. Suzy yang seperti faham-faham apa yang aku maksudkan terus mengangkat jari telunjuk dan jari hantunya lalu diletakkan di tepi pipi. Aduhai, untung comel. Kalau tidak, berhentilah. Jangan buat aku mimpi buruk malam nanti.

"Tengok movie nak? Ajak Arisya dengan Haikal sekali! Nak tak, nak tak?" Aku menongkat dagu menanti jawapan Suzy. Dia masih dengan jarinya kini berada di dagunya. Habit.

Lalu, dia tersenyum seraya mengangguk gembira. Tinggal minta persetujuan Haikal dengan Arisya sahaja. Huuii macam nak buat reunion pula. Padahal, tengok movie saja.

Aku pun menuju ke bilik Haikal, tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu. Dalam maksud istilah, aku main serang je. Ehh!

"Yes Aina? Anything?" Haikal memandang aku lalu melemparkan senyuman.

Yang disebelah pula buat muka terkejut selepas itu tersenyum jahat. Senyuman macam watak antagonist di sinetron Indonesia. Aku datang salah waktu ke?

"No.. Nothing. Maaf ganggu," Aku terus undur diri dan segera menutup pintu bilik Haikal.

Aku kembali menuju ke meja sambil menghentak-hentakkan kaki. Sampai-sampai, Suzy pun turut terganggu. Habis aku kena ceramah sebabak.

Katanya, tak baik ganggu orang.

Nanti Allah tak berkat kerja kita.

Nanti, orang rasa terganggu dan mungkin tak nak maafkan kita.

Aku memasang muka menyampah. Yalah Suzy. Janji kau happy sudah.

Aku duduk di atas kerusi, melanjutkan kerja yang sempat tergendala. Namun, fikiran aku.. menerawang.

"Perempuan tu kan dengan Amirul masa dekat KFC hari tu? Yang secara tak sengaja aku pancutkan air tu? Buat apa dia kat sini?!" Aku memukul-mukul meja yang putih bersih itu dengan pembaris plastik aku.

Kasihan kau wahai meja. Jadi mangsa aku pula.

"Serius ah! Kau sihat ke tak ni? Aku risau tahu tak tengok kau macam orang sawan tiba-tiba ni," Ujar Suzy menunjukkan muka gelisahnya.

Kelakar sebenarnya lihat muka gelisah Suzy. Nak saja aku tergelak. Tetapi, macam ada yang menghalang kerongkong aku nak lepaskan tawa.

"Aku tak ada apa-apalah.."

Dah 1 jam. Perempuan tu masih tak keluar dari bilik Haikal. Diaorang buat apa? Entah-entah dia apa-apakan Haikal tak? Mana tahu dia desperate ke. Fikiran aku dah berfikir yang macam-macam.

Segera lafaz istighfar aku ucapkan. Tak baik husnuzon. Setelah 15 minit, akhirnya keluar juga dia. Memandangkan meja aku dekat dengan bilik Haikal, aku dapat mendengar apa yang mereka ucapkan. Even sayup-sayup.

"Thankyou Cik Ariana sudi datang nak bincang pasal hal yang.. ya even benda kecil tapi susah payah nak datang. Thanks again,"

"No hal lah. Saja I datang, papa I pun dah lama suruh but baru sekarang ada masa."

Mereka berbual-bual sambil berjalan. Ketika sedang melepasi meja aku, dapat aku tangkap jelingan tajam dari Ariana. Eh, apa masalah perempuan tu? Sakit mata apa?

"Datang lagi ya!" Ucap Haikal lalu melambaikan tangan. Dia hanya menghantar perempuan itu sampai pintu sahaja. Good, tak payah lebih sangat. Menyampah aku tengok.

"Who's that Haikal?" Pandangan ugh nak kata marah, still aku buat muka comel. Senang kata muka menyampah.

"Ariana. Tengku Ariana. Oh ya, why masuk bilik tadi?" Haikal berdiri sekejap di tepi meja aku. Tangan kirinya dia masukkan ke dalam poket seluar.

Wah, sejak bila dia jadi kacak macam ni? Ke aku baru sedar dia kacak sebenarnya? Aina, wake up. Tak baik renung anak teruna orang lama-lama. Zina mata, Aina..

"Woi!" Aku terkejut. Spontan aku menampar lengan Haikal yang singgah dekat meja. Nasib baik dia pakai baju lengan panjang. Entah kenapa gatal pula tangan nak menampar.

Aku merengus geram. Kalaulah aku ada sakit jantung, aku mati pula tu. Akan aku hantui Haikal seumur hidup aku.

"Tulah, berangan je kerja. Aku tanya kenapa masuk bilik aku tadi? Aduhai budak ni," Haikal menggeleng-gelengkan kepalanya.

Dia memandang aku macam aku budak kecil yang tak sengaja pecahkan pasu bunga. Hah, nasib kan dianggap macam tu oleh boss sendiri.

"Tengok wayang nak? Dengan Amirul, syarikat yang kita nak kerjasama tu," Aku mengusulkan.

Haikal seperti berfikir. "Okay, what time?"

"Habis kerja? 6 sharp kat Restaurant Bulan." Aku menguatkan sedikit dan memandang Suzy. Suzy turut memandang aku lalu mengangguk mengiyakan.

"Okay. I will." Haikal pun berlalu. Aku pun melanjutkan membuat kerja. Inshaa Allah boleh siap dua fail ni.

"Arisya, out jom? Aku ambil kau lagi 30 minit dekat depan rumah," Aku memilih baju dress labuh untuk dipadankan dengan shawl berwarna pink pastel.

"Hah? Kurang ajar benor hang ni eh. Nak ajak aku suka sangat last minute! Cubalah bagi tahu 2 jam sebelum event start ke," Arisya membebel dengan suara yang aku rasa dia sengaja kuatkan. Nampak sangat nak biar telinga aku berdesing, menanah dengar suara nyaring dia.

Aku menjauhkan sedikit telefon dari cuping telinga. Ada lagi rupanya. Ingat dah habis. Hehehe, nak buat macam mana aku dah memang suka sangat buat macam tu. Pada dia sahaja.

"Woi, dengar tak apa aku cakap?" Soal Arisya. Aku menguntum senyuman sebelum menjawab.

"Tak.." Senyuman masih belum lepas dari bibir aku.

"Kau ni kan! Hish! Tak apalah, aku akan marah kau, maki hamun bila kau sampai rumah aku nanti. Siaplah. Okeylah bye!" Rungut Arisya. Sesudah itu dia memberi salam.

Aku menjawab salamnya sebelum menggeleng-geleng perlahan.

Aku menghidupkan enjin kereta. Suzy sudah mengunci pagar rumah dan terus masuk ke dalam kereta. Haikal semestinya naik kereta dia.

"Kita ambil Arisya dulu eh," Suzy hanya mengangguk mengiyakan. Setelah itu tenggelam dengan telefon pintarnya. Sejak kebelakangan ni, Suzy asyik melekat saja dengan handphone dia tu. Aku nak usik pun dia tak bagi.

Aku meneruskan perjalanan. Aku membuka radio untuk menghilangkan kebosanan.

Pin pin! Pin pin!

Arisya segera keluar dengan kelam kabut. Aku tergelak di dalam kereta. Tak habis-habis dengan sifat dia sejak sekolah menengah lagi. Kalut.

"Wei, agak-agaklah nak pin pun. Terganggu jiran tetangga aku nanti," Tegur Arisya.

Aku hanya tersengih dan berkata sorry.

Aku meneruskan perjalanan menuju ke Restaurant Bulan. Radio masih menemani aku. Tanpa aku sangka ada sebuah motor besar dengan selamba dek langgar lampu isyarat. Dia menyusur laju. Eh tapi kejap. Apa pasal menuju ke arah kereta aku? Eh apa pasal makin laju? Ehh!

Dengan sepantas kilat aku menekan brek. Hah ambik. Berhenti tengah jalan. Tapi tidaklah tengah sangat. Hampir ke pinggir jalan raya. Untung saja sempat tekan brek. Eh, mana motor besar tadi?

Astaghfirullah... Kena langgar pokok! Aku terus turun dari kereta dan menghampiri jejaka malang itu. Aduh kesian. Aku buka helmet dikepalanya agar dia senang nak bernafas. Suzy aku suruh menelefon ambulans. Manakala, Arisya tergedek-gedek mengejar aku dari belakang.

Aku membuka helmetnya perlahan-perlahan. Haih, susah pula. Aku cuba lagi. Akhirnya.. Eh? Ehh? Ehh! Dia?!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience