Bab 7

Humor Series 10658

Chapter 7

"I don't think so. Kalau masih sayang cakap je lah. Aku dengan kau bukan baru kenal," Arisya memegang tangan kanan aku ibarat memberi semangat. Telenovela akan muncul selepas ini.

"Tak. Aku yakin tak. Eee, dahlah! Buat apa cakap pasal dia? Hish!" Aku menyedut minuman dihadapanku. Sejuk sikit kepala. Lagipun, buat apa aku nak peningkan kepala fikir pasal dia? Okey, aku akan buktikan yang aku 'okey' bila nak buat project sama dengan dia.

"Eleh, yang kau suruh aku datang sini bukan sebab nak cerita pasal mamat tu? Sekarang cakap tak payah pula," Arisya membuat muka. Yang tak tahan tu dia pandang muka aku macam aku ada hutang dengan dia.

"Erm... Erm.. Alah, takkan nak cerita pasal dia je. Boring!" Aku mengalihkan pandangan aku ketepi. Makin lama aku tatap muka minah depan aku ni, makin tajam mata dia memanah aku. Macam aku pembohong besar pula.

"Hm yalah yalah. Tapi serius tak kisah dah pasal Amirul? Kalau aku rembat kau izinkan tak?" Arisya tergelak besar setelah menyelesaikan percakapannya. Perlu ke gelak?

"Apa pasal nak minta izin aku? Nak rembat, rembat je lah." Aku mencuba tenang. Hakikat? Err aku pun tak pasti lagi.

"Yelah, kau kan ex dia. Takut kau tak restu ke?" Arisya merepek lagi. Dia ni dah rindu silat gayung aku agaknya! Aku menyedut minuman dihadapanku sampai habis. Entah kenapa, aku haus, panas. Macam nak telan dengan gelas sekali pun ada!

"Amboi, haus sangat ke?" Tanya Arisya lalu ketawa terbahak-bahak. Hati yang memang sedang membara, disimbah pula dengan minyak yang banyak. Alhasilnya, semakin marak. Itu perasaan aku sekarang kepada Arisya.

"A'ahh haus. Haus sangat. Dekat dalam kereta tak boleh minum," aku tersenyum geram memandang Arisya. Arisya ketawa lagi. Kami pun berbual tentang hal LAIN. Kenapa aku terfikir nak jumpa Arisya semata-mata nak mengadu pasal mamat tu saja? Err aku rasa otak aku memang kena refreshing. Benda tak penting, dipentingkan.

Nasi ayam didepan mata terlihat berselera. Hm, petang-petang makan nasi ayam. Hee dah lama tak menggemukkan diri. Arisya? Huh diet katanya. Minum jus oren je lah. Bila lagi nak rasa makanan-makanan macam gini?

"Aku rasa nak bercuti lah Sya. Kau join jom? Kita berdua pergi bercuti. Hm mesti best! Dah lama kan kita tak tidur satu katil!" Teruja aku bercakap tentang bercuti. Lagi best kalau Arisya ni ikut sama. Sebab Arisya je yang tahu aku macam mana. Aku boleh jadi diri aku sendiri bila dengan Arisya. Kadang-kadang dia lebih tau aku daripada aku sendiri. Jus epal didepanku aku minum. Disebabkan aku emosi tadi habis separuh jus epal aku. Nasib.

"Bercuti? Omg! Jom!" Jerit Arisya. Aku diam lalu memandang Arisya.

"Weh, aku tergedik tadi.." Tutur Arisya lalu menampar wajahnya perlahan. Aku tergelak melihat tingkah lakunya. Nasib baik punchline kau sampai!

Aku berfikir sebentar. Nak pergi mana ya? Pulau Langkawi? Bali? Ergh, tempat yang sangat cliche! Ahah! "Apa kata kita balik kampung aku? Nak tak?" Aku menaik turunkan kening.

"Sejak bila kau ada kampung?" Soalan yang kau bagi sangat menyakitkan hati aku Arisya!

"Kau jangan buat aku menangis kat sini boleh tak, Nur Arisya binti Zulkifli. Anak sulung dari 4 bersaudara!" Aku menampar kuat tanggan kirinya yang kebetulan terletak elok diatas meja. Huh, padan muka!

"Weh, sakitlah!" Arisya mengusap-usap tangannya.

"Ada nyamuk tadi. Nasib baik aku tepuk. Kalau tidak, dah ada pembunuhan berdarah kat tangan kau tu." Aku tersenyum penuh tersirat, tersurat bagai.

"Amboi, pembunuhan berdarah. Anyway, kampung kau kat mana?" Tanya Arisya dan soalannya seakan-akan meminta aku memukul lagi tangan dia.

"Kau amnesia ke apa? Terhantuk apa kau sebelum datang sini?" Aku meletakkan tanganku diatas dahinya. Hm, tak panas. Panas dalam, maybe?

"Eee, apa kau ni!" Arisya menolak tangan aku kuat. Huish, nasib baik dia tolak. Geli pula aku buat macam tu. Dah macam husband dia check check bagai.

"Taklah, mana tahu kau sakit ke demam ke. That's why aku buat macam tu," aku membuat muka kucing. Muka comel la maksud aku. Tapi, rasanya macam tak menjadi. Arisya balas dengan muka singa. Eee, takutnyer!

"Kau ni kan.." Arisya diam. Aku pelik tiba-tiba. Aku salah cakap ke? Tiba-tiba dia memukul lengan aku kuat. Mengaduh kuat lah aku, apalagi! Inilah jadinya kalau dia dah keluarkan kuasa veto dia! Sakit mak aiii.

Setelah puas menghabiskan masa bersama, ceh ayat tak boleh blah. Kami pun beredar. Sempat juga diingatkan untuk terus bercontact sesama sendiri, lebih-lebih lagi tentang vocation tu. Di hati dah melonjak gembira.

Akhirnya sampai pun di rumah. Sempat lagi ni nak solat Maghrib. Aku pun segera naik ke atas untuk membersihkan badan lalu menunaikan tanggungjawab aku sebagai seorang muslim.

"Ya Allah, Ya tuhanku. Jika dia memang bukan jodohku, berilah aku kekuatan untuk menerimanya. Sesungguhnya rancanganmu lebih baik. Hapuskanlah rasaku terhadapnya. Aku sudah penat. Penat ditipu."

Aku melipat telekung dan sejadah yang aku pakai. Solat seorang lagi. Suzy dah solat dulu. Maklumlah, aku lambat sikit balik rumah. Kalau tidak, mesti berjemaah.

Aku turun tangga dengan berhati-hati. Karang jatuh siapa nak tangkap? "Suzy!" Aku jerit biar satu rumah tahu. Mana tau, Suzy ada di tempat-tempat yang terpencil. Dengan aku menjerit kuat, akan terdengarlah walau berada di hujung rumah. Hm, aku dah buat practical pula. Biasanya theory jer.

Haih, mana pula budak ni? Aku mengerutkan keningku. TV terbuka aje. Aku tak sempat nak tegur dia masa balik rumah. Tapi, nampaklah juga dia tonton televisyen tadi. Sekarang, hilang. Tiba-tiba hidung aku mencium satu aroma. Macam bau hangus! Apakah?

Kaki aku melangkah ke bahagian dapur. Mana tau ada yang terbakar. Naya je. Kat mana aku nak duduk?

"Suzy!" Aku melihat Suzy yang mukanya sudah hitam, mungkin disebabkan asap yang keluar dari oven di depan mata dia. Hm, tak salah lagi. Suzy try buat tapi tak jadi.

"Best baking?" Aku menjenguk kek yang tak serupa kek. Kalau nak dikata kek chocolate atau brownies, ini hitam sangat. Apa mimpi nak baking cake ni? Buang tabiat apa buat kek malam-malam?

Suzy memandangku geram. Memang sengaja aku tanya soalan macam tu. Suzy berjalan ke arahku dengan lagak yang menyeramkan. Alamak, dia marah la! Aku mengangkat kedua tanganku lalu memasang kuda-kuda. Apalagi, lari la! Sudah berapa kali kami asyik pusing meja makan tu. Kalaulah dia ada mata, dah berapa banyak kali la dia pengsan sebab pening.

"Cukup cukup cukup. Aku pening lah!" Aku mengatur nafasku dengan baik. Haduh, nasib baik aku orang tak berpenyakit. Kalau tidak, mesti senang pengsan.

"Fikir aku tak? Kaulah ni! Bagilah support sikit. Aku gagal buat kek keju coklat. Sedih tau tak?!" Marah Suzy lalu mencubit lengan aku. Cubit tu tak apalah juga, ini tidak. Siap pulas! Sakit woi!

"Kau pun satu buat apa baked kek malam-malam. Pelik tahu pelik?" Kerusi didepan aku tarik lalu duduk. Tenangkan diri. Aku pening plus penat. Package.

"Aku saja try. Tak salah aku, tak ada yang aku terlepas buat apa yang ditulis kat situ. Tak sangka pula boleh jadi macam tu. Habis hitam muka aku!" Suzy turut duduk di meja makan. Lalu dia mengeluarkan samsung miliknya. Dia tunjukkan aku laman web yang dia kata itu. Huh, patutlah tak jadi. Darjah celciusnya salah! Mana tak meletup?

"Cuba kau perhatikan.. Kau renungkan.. Kau fikirkan.. Ada tak yang kurang dari apa yang disuruh?" Aku beri semula samsung miliknya. Dahinya berkerut mendengar apa yang aku katakan. Dia masih bingung rasanya. "Cepatlah," aku mendesak Suzy lagi. Lama aku tunggu, geram nanti aku.

Dia pun mencapai phone itu kembali. Dia buat apa yang aku suruh. Sekarang dia memandang aku lalu tersenyum macam kerang busuk. Minta aku tembak pun ada muka dia ni.

"Dah jumpa Suziana binti Halim?" Aku membalas senyumannya lebar. Biar koyak bibir aku pun tak apa!

"Dah. Hehehe.." Suzy pun bangun. Aku turut mengikuti pergerakannya. Haha! Fikir aku tak tahu rancangan kau? Kami pun mulalah berlari-lari di rumah teres itu. Memandangkan di rumahku syurgaku tu hanya kami berdua saja tinggal, apalagi menjerit-jeritlah! Inshaa Allah tak menganggu jiran tetangga.

Ruang tamu yang tadi pergh damai sejahtera, sekarang dah jadi macam kena rompak! Habis tunggang terbalik. Kusyen sofa tu tak habis-habis sekejap kempis sekejap normal disebabkan kena pijak. Cukuplah. Budak ni tak reti penat ke?!

Selepas ruang tamu kami kerjakan, sekarang nak naik atas pula. "Woi, berhentilah! Aku penat!" Jerit Suzy dari atas. Aku masih dibawah mengejar dia. Hm, bersuara pun.

"Tak boleh! Aku akan dapatkan kau! And then geletek kau sampai menangis-menangis merayu minta aku berhenti!" Jeritku seoalah-olah dia benar-benar jauh dari aku. Tapi, serius kuat sangat rasanya. Suzy pun tutup telinga.

"Aduh!" Aku dapat mendengar dia mengaduh menepuk dahinya. Secara tiba-tiba dia masuk ke dalam satu bilik.

"Woi, nak pergi mana tu?" Aku pun meneruskan pendakianku. Reflect aku berhenti. "Itu bukan bilik aku ke?" Aku berkata perlahan. "Eh iyalah! Bilik aku! Woi, Suzy! Keluar kau!!" Aku menjerit lalu terus menuju ke bilik aku. Aku merasa memegang tombol pintu, damn dia kunci.

"Woi, buka! Suzy siapa suruh kau masuk bilik aku ha?! Woi, keluarlah!" Aku mengetuk-ngetuk pintu bilik aku yang sempurna sifat dan fizikal. Lepas aku terajang nanti, aduh cacat terus.

"Suzy! Buka! Aku tak beri keizinan pun kau masuk! Ini dah kira mencabuli hak orang tau!" Aku pukul-pukul pintu yang tak bersalah itu. Aku dapat mendengar ketawanya dari luar. Terkekeh-kekeh. Best sangat kerjakan aku.

"Okey, aku buka. Tapi.. Jangan buat apa-apa pun kat aku. Jangan sentuh aku. Jangan.. Jangan buat apa-apalah senang cerita. Boleh?" Balas Suzy. Dapat aku yakini dia sedang tersengih-sengih sekarang. Aku ketuk lagi pintu itu.

"Okay. Fine! Keluarlah.." Aku merayu dan akhirnya terbuka juga pintu kamar beradu aku itu. Minah ni memang ajak perang betul.

Suzy keluar dengan berhati-hati. Takut la tu. Aku cuba-cubalah untuk menampar lengannya, namun dengan sepantas kilat tanggannya diubah menjadi bentuk pistol. Fikir dia main dengan budak tadika apa?

"Aku tak pukullah. Eh, ada benda aku nak discuss ni." Aku turun ke bawah menggunakan tangga. Gambar-gambar yang terlekat di dinding semasa perjalanan menuju ke bawah, membuatkan aku tersenyum sendirian. Ada gambar aku dan Suzy, sahabat kami, dan gambar family aku dan Suzy. Hm, indahnya saat itu. Andai aku dapat memutar kembali waktu..

"Hm ada apa?" Kami kini berada di atas sofa ruang tamu. Suzy menatapku untuk mendengar ceritaku. Volume TV aku kecilkan agar tidak mengganggu perbualan aku dan Suzy.

"Aku nak balik kampung dengan Arisya. Kau nak ikut sama tak?" Aku menunggu jawapan daripada Suzy. Berkerut-kerut dahi dia. Muka dia tidak langsung dapat diteka. Antara dia mahu ikut serta atau tidak.

"Tak naklah. Aku ada banyak kerjalah. Lagipun, aku malaslah nak pergi mana-mana. Nak rehat dekat rumah je," balas Suzy tersenyum. Kemudian, aku ber-oh ria.

"Oh kalau gitu kau duduk seorang-seorang la. Tak apa ke?" Aku mulai risau dengan keadaan Suzy semasa ketiadaan aku. Anak dara duduk seorang-seorang. Tak takut ke? KL ni bukan tempat yang selamat. Banyak kejadian tidak boleh dijangka.

Suzy mengangguk yakin. "So, kau minta cutilah dari Haikal? Berapa hari?" Sambung Suzy.

"Yup, seminggu ke dua minggu ke tiga minggu ke empat minggu ke," aku menaik turunkan kening tak berapa tebal milikku sambil memandang Suzy. Suzy tepuk lengan kiri aku berkali-kali dengan mata yang ditutup. Fikir comel?

"Ui! Sakitlah!" Suzy membalas kembali tepukannya namun lebih kuat lagi. Tak cukup dengan itu Suzy memijak kakiku. Woi, fikir tak sakit apa?

"Aku lagi sakit! Hish!"

"Engkaulah! Main-main lagi dengan aku. Jadi, berapa minggu?" Tanya Suzy serius. Cawan milo dihadapannya dia capai dan meneguknya perlahan. Aku berfikir dalam 2 minit macam tu, dan aku segera menepuk meja itu kuat. Apalagi, Suzy terkejutlah. Sikit lagi aku nak kena penangan dia.

"1 minggu cukuplah. Hehehe..." Aku mengetuk-ngetuk meja itu. Cukuplah tu kan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience