Bab 1

Humor Series 10658

Chapter 1

SAHABAT. Satu kata yang selama ini aku cari apa makna yang tersembunyi di sebalik kata itu. Bohonglah aku kata aku tak pernah ada sahabat. Perempuan atau lelaki, sama sahaja. Cuma yang membezakan, jantina. Sahabat sejati memang susah sangat nak jumpa. Tapi, kalau sahabat sejati aku itu ditakdirkan ialah lelaki, salah ke aku jatuh cinta?

Aku tahu itu salah. Jadi, sangat mustahil untuk aku jatuh cinta pada sahabat aku sendiri yang berjantina lelaki. Aku terlalu bodoh ke sampai boleh jatuh cinta dengan sahabat sendiri? Salah aku ke? Salah aku ke kalau suka suka dia? Logik ke kalau tiap hari jumpa tapi perasaan lebih dari sekadar kawan tu tak wujud?

Satu persoalan yang aku nak sangat tahu apa jawapannya. Kenapa dia tinggalkan aku tanpa permisi kepada aku dahulu? Dia bagi aku harapan, dia bagi aku ada perasaan macam ni. Tapi, entahlah. Mungkin perasaan tu dah lenyap seperti mana lenyapnya dia dari hidup aku. Boleh aku minta aku tak nak jumpa dia lagi? Boleh aku cakap, aku nak putus 'sahabat' dengan dia? Kalau boleh, aku nak.

8 tahun dahulu…

Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa melalui ruang kantin sekolah. Ramai sudah pelajar beransur, ramai juga yang dah kena halau dengan polis sekolah. Namun, aku masih di sini menunggu seorang putera raja selesai menjamu selera. Aku perasan juga pengawas sekeliling ni asyik jeling aje.

"Wei!" Jeritku. Termasuk ini, dah lima kali aku panggil tapi masih tak bersahut. Geram betul. Dia fikir aku tunggul hiasan ke kat sini?

Kalau ikut hati, dah lama aku tinggal. Kelas pun sekejap lagi nak mula. Tapi, disebabkan hati aku ni suci murni penuh bunga mawar, aku buang ego semata-mata nak pujuk budak tak cukup matang ni. Memang suka tengok cikgu mengamuk dulu ke?

"Assalamualaikum pak cik. Saya cakap, tolonglah jawab. Saya tak nak jadi patung cendana kat sini," senyuman kecil aku beri.

"Apa?" Akhirnya, keluar juga suara dia. Tak tahu ke aku penat menunggu? Mulut dia mungkin sebuah lombong emas. Nanti dibuka, habis jatuh. Dia rugi. Huh.

"Kau marah aku lagi ke?" Aku melembutkan ton suara. Karang suara macam ajak gaduh, lagi panjang masalah ni.

Benda kecil aje sebenarnya. Baru sekejap tadi aku dengan dia bergaduh. Aku menyindir aje. Aku cakap dia ada scandal dengan Mustafa. Disebabkan gambar mereka berdua berpelukan sambil menghadap tingkap sekolah. Ala-ala titanic gitu.

Yang lebih mengejutkan gambar tersebut dah tersebar dekat Fac, Twitter, Instagram bagai. Habis kena perli dengan budak-budak sekolah. Salah aku ke? Aiman tu buat hal, aku ikut ejek dia marah pula. Mengapa pada Aiman tidak?

"Ya kut," senang katalah kan aku menyampah betul dengan mamat ni. Seriuslah, macam mana aku boleh berkawan dengan lelaki yang sensitif macam ni?

"Baik. Tak nak cakap sudah. Aku dah minta maaf tu, maafkan jelah. Tak payah nak buat drama segala," aku menarik muka.

"Alah! Kau ni tak sweet langsung la. Aku merajuk, kau pujuk la betul-betul. Ini tidak, sempat lagi nak mengata aku." Amirul bermasam muka. Aku sekadar mendiamkan diri. Biar dia rasa sikit macam mana tak kena layan.

"Amirah..." panggilnya.

"Tolonglah panggil aku Aina je. Amirah.. Amirah. Peminat kau ada nama Amirah juga, kan?" Aku mendecit geram. Peminat? Kalau bukan disebabkan aku ni tak nak putus persahabatan yang terjalin lama, memang taklah aku nak tahan peminat tak bertauliah Amirul ni.

"Suka hati akulah," balas Amirul masih makan nasi ayamnya. Makan pun lembap. Aku pun dah siap. Rehat nak habis, masih terkial-kial. Suka sangat berkawan dengan siput, inilah jadinya.

"Amirul Iqbaal, nama aku tu. Panggil ajelah macam orang biasa panggil aku."

"Alolo, comelnya. Tahu pula nama panjang aku. Ala, comelnya dia." Amirul menggerak-gerakkan kepalanya. Alah yang macam Bobo parody dalam buat muzik video Sayang tu. Menyampah!

Satu lagi fakta fasal Amirul ialah aku sering panggil dia budak topi. Yalah, budak tak makan saman ni selalu kena bebel dengan guru disiplin yang dilarang pakai topi. Tapi, biasa pekak telinga je. Orang suruh pakai songkok dia mengada nak pakai topi. Padan muka, kena denda lari satu padang lima pusingan.

"Hish, sudahlah! Sekarang aku nak masuk kelas. Dah pukul berapa dah ni. Habis rosak reputasi aku kalau lambat masuk kelas. Disebabkan kau pula tu, oh please." Mulutku masih terkumat-kamit tanpa suara. Masih membebel seraya itu aku bangun dari tempat duduk.

"Tahulah dia tu Sains 1. Aku ni Sains 2. Yalah, yalah. Dia saja pandai," ceh! Dan-dan touching pula budak tak cukup umur ni. Well, nak buat macam mana. Aku dengan dia, aku lahir dua bulan lebih cepat.

"Benda yang cikgu ajar sama je kut. Mengada kau sekarang kan?" Aku menarik muka.

"Dahlah. Balik sekolah, jumpa aku dulu." Aku terus berganjak pergi dari hadapan Amirul. Malas benar aku dengan pak cik, mak cik pengawas ni. Menghalau aje mereka tahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience