Bab 10

Humor Series 10658

Chapter 10

Aku segera menekan minyak. Sekarang sudah pukul 9:55 pagi! Lagi 5 minit untuk mendarat jam 10. Kalau tak ada traffic jam tadi mungkin dah lama aku sampai cafe tu!

Aku parking kereta aku di tempat yang sediakan. Hm, not bad. Aku sampai tepat pada masanya. Fuyyo, sejak bila aku jadi orang yang menepati masa ni?

Aku masuk ke dalam cafe yang telah dijanjikan. Mata aku meliar mencari seseorang. Oh hujung sana. Aku tersenyum sebelum menuju ke meja itu.

"Assalamualaikum." Ucapku seraya melabuhkan punggung di hadapan lelaki ini. Dia tersenyum sebelum menjawab salam. Aku turut tersenyum, nanti kalau tak senyum dia fikir apa pula kan.

"Okey, dah sarapan? Kalau belum saya boleh temankan awak sarapan kejap and then kita pergi tapak pembinaan," Cepat sahaja dia merancang. Mungkin sudah lama dia rancang?

Aku menggeleng. "Tak perlu. Jom kita gerak sekarang," Aku memberi kata putus. Dia mengangguk tanpa banyak kata. Lalu, kami pun keluar dari cafe itu. Aku berlalu ke kereta yang tidak jauh aku parking dari cafe itu. Amirul mengikut. Aik, apa pasal ni?

Oh rupa-rupanya kereta Viva sebelah aku ni milik dia. Tak sangka sungguh.

"So, kita pergi satu kereta kan? Jom naik kereta saya,"

Aku sedikit ternganga. Ah, ingatkan dia dah lupa pasal hal tu! Ish, perlu ke satu kereta nak gerak?

"Tak boleh ke kita.. naik kereta sendiri-sendiri?"

Dia tersenyum lalu menghampiri aku. Tapi, tak adalah terkejut sangat sampai, "Naik kereta saya sekarang, Amirah," Bisiknya dekat dengan telinga aku. Aku mengeliat kegelian. Erk!

Aku membuat muka bengkek namun dia sesuka hati ketawa depan aku. Ya, even perlahan tapi tetap masuk dalam rongga telinga aku ni.

Jadi, aku pun hanya mengikut. Dibukanya pintu untuk aku. Okey, aku tahu kalau perempuan-perempuan di luar sana suka boy diorang bukakan pintu. But, aku tak. Buat apa susah-susahkan diri padahal aku dah ada depan pintu just tinggal tarik je.

Aku pun masuk. Kalau duduk kat situ je karang dikatakan patung cendana pula. Dia mula start enjin dan kereta mula berjalan perlahan. Semakin lama semakin laju tapi tetap tidak menyalahi undang-undang.

Aku dan Haikal sudah pernah pergi ke tapak pembinaan tu. Kalau diikutkan 30 minit baru sampai. 30 minit itulah mungkin aku takkan cakap sepatah haram pun dalam kereta berhawa dingin tu. Cuaca tidaklah panas mana tapi entah kenapa aku yang membahang dalam perut kereta.

"Sihat?"

Aku mengangguk tanpa memandang wajah dia. Aku pasti dia pandang wajah aku sekilas untuk dapatkan jawapan.

"Abang Afif macam mana? Dah lama tak dengar pasal dia,"

Eleh, dia yang menghilangkan diri kata dah lama tak dengar berita lah apa bagai. Memang tak akan dengar beritalah kalau kau dah menghilang tanpa jejak!

"Dia okay,"

Serentak itu suasana menjadi sepi. Bagus. Mungkin Amirul tahu aku tak nak dia berkata lagi. Kereta yang dibawa hanyalah bertemankan suara DJ radio yang dari tadi tak henti berceloteh menghibur pendengar. Diselang-selikan dengan lagu yang menjadi kegilaan orang sekarang.

Tiba-tiba terkeluar lagu Sahabat dari Najwa Latif. Heish, malas pula aku dengar lagu macam ni. Orang sebelah ni bukan... Aku mengeluh perlahan.

Kau ada dikala ku suka

Dikala ku duka

setiap tangisan dan juga ketawa

Kau ada dikala ku perlu

setia menemaniku

Pegang erat tanganku bila aku jatuh

Kau lah yang selalu

Selalu menemaniku

Mendengar kisah pahit manis

Hidup ku

Kau lah yang di situ

Setia menunggu ku

Kau lah yang satu

Menjadi sahabatku

Ku tahu ku kan selalu ada

Pada dirimu

Dan ku harap kau juga rasa begitu

Kau lah yang selalu

Selalu menemaniku

Mendengar kisah pahit manis

Hidup ku

Kau lah yang di situ

Setia menunggu ku

Kau lah yang satu

Menjadi sahabatku

Kau lah yang selalu

Selalu menemaniku

Mendengar kisah pahit manis

Hidup ku

Kau lah yang di situ

Setia menunggu ku

Kau lah yang satu

Menjadi sahabatku

Sahabatku.

Tanpa sedar mulut aku juga turut terkumat-kamit mengikut lirik yang dinyanyikan. Dia dengung, aku dengung. Dia tarik nafas, aku tarik nafas.

"Suka lagu ni?"

Aku memandang Amirul yang sedang khusyuk memandu. Aku memandang ke depan semula apabila dia mahu memandang aku balik.

"Tak,"

Jujur sangatlah aku kata kan. Memang aku suka lagu ni. Penyanyi dia Najwa Latif kot. Cara dia bertudung memang menjadi inspirasi aku.

Dia mengangguk-angguk tanda berpuas hati. Okey aku harap dia takkan bersuara lagi sampailah tiba di tapak pembinaan.

"Ingat, senyum ikhlas jangan buat Encik Bakar rasa was-was nak bekerjasama dengan kita,"

Aku hanya berdehem mengiyakan. Eleh, macam aku senyum selama ni fake sangat.

Akhirnya sampai juga ke tapak pembinaan. Luas tapaknya dan sesuai sangat bina hotel disini memandangkan tempatnya sangat strategik. Dengan menghadap gunung-ganang yang mengijau pasti ramai yang berlumba-lumba untuk mendapatkan tapak tu.

Encik Bakar belum nampak disitu. Maklumlah, kami berjanji pukul 11. Sekarang baru pukul 10:40. Ada lagi 20 minit untuk kami menyiapkan diri.

Hari semakin panas. Aduh aku lupa pula nak bawa topi. Cermin mata hitam pun okey juga. Terpaksalah aku tunggu disini sambil berjemur.

Tiba-tiba topi berwarna biru berjenama Nike dihulur di depan mata aku. Ada tangan yang memegang jadi mustahil lah topi tu terapung sendiri.

Aku memandang gerangan tangan yang memegang itu. Amirul. Yalah siapa lagi ada kat sini selain dia.

Aku mengambil apabila dia membuat isyarat mata suruh aku berbuat begitu. Dia turut memakai topi yang sama cuma dia berwarna putih bersih. Macam baru sekali dipakai. Topi yang aku pakai kini pun berbau wangi.

Dari dulu sampai sekarang tak ubah perangai. Masih obses dengan topi.

Kami bersandar pada kereta Viva kepunyaan Amirul.

Tiba-tiba datanglah sebuah kereta mewah. Mungkin milik Encik Bakar. Tapi yang keluar bukan seperti yang dijangka. Siapa pakcik ini?

"Maaf anak berdua tunggu lama ke?" Tanya pakcik itu. Wajahnya yang berkedut sedikit demi sedikit terpampang nyata di bahagian dahinya. Namun masih kuat memandu walau sudah dimamah usia.

"Eh, tidaklah. Encik Bakar mana pakcik?" Tanya Amirul. Aku hanya memerhati gelagat dua orang yang bergelar lelaki di depanku ini.

"Encik Bakar ada. Dia sedang menunggu di sesuatu tempat. Mohon anak berdua ikut pakcik ya?"

Aku mengerutkan dahi. Eh, mahu kemana pula? Bukankah Encik Bakar sendiri yang mahu berjumpa disini?

Mahu tidak mahu kami tetap mengikut apa yang dikehendaki pakcik Zainul itu yang dikenali sebagai driver Encik Bakar. Hey orang kaya... orang kaya.

Amirul mengikut kereta yang dipandu oleh pakcik Zainul. Tidaklah jauh dari tapak pembinaan yang tadi. Hati aku masih berasa gementar. Apalah Encik Bakar mahu aku dan Amirul ni buat.

Kami sudah sampai ke destinasi apabila pakcik Zainul memberhentikan keretanya depan-depan sebuah bakery.

Setelah parking kereta, pakcik Zainul menyuruh kami berdua masuk. Masuk sahaja memang tidak dinafikan bakery itu memang meriah. Colourful. Perhiasan-perhiasan yang disitu tersusun cantik memang menarik pengunjung untuk singgah.

Kami disuruh masuk ke dalam satu ruangan. Ruangan membuat kek. Ah, jangan cakap aku... buat kek?!

Kami masuk dengan hati yang gelisah. Kami? Ugh mungkin aku saja. Rupa-rupanya Encik Bakar sudah ada disini. Aku senyum seikhlas yang mungkin seperti apa yang dikehendaki Amirul.

"Assalamualaikum," Encik Bakar memberi salam. Dia tersenyum memandang kami berdua. Dapat aku rasakan dia seorang yang peramah.

Kami pun menjawab salam yang diberi lalu mengukir senyuman ikhlas.

"Kamu berdua couple ya? Macam pinang dibelah dua," Encik Bakar tergelak kecil. Aduhai, cukuplah cakap aku dengan orang sebelah ni macam tu..

"Taklah. Kami partner kerja. Jadi, apa yang kami patut buat... di sini?" Aku segera mengalihkan topik. Aku tahu Amirul nak menjawab tapi cepat saja aku cantas!

Amirul membuat muka geram. Aku hanya berlagak selamba. Huh, padan muka. Takut juga aku nanti dia cakap yang bukan-bukan.

"Bahan-bahan dan property sudah disediakan. Awak boleh mula sekarang. Dari jam 12 hingga pukul 3. Sekarang baru pukul 11:45. Jadi, kamu berdua boleh discuss nak buat apa."

Encik Bakar menerangkan dengan jelas. Memang dapat diperhatikan ada beberapa bahan nak buat kek. Memang jelas sangatlah nak buat kek ni..

Encik Bakar tersenyum sebelum meminta diri untuk keluar meninggalkan aku dengan Amirul berduaan dalam ruangan itu. Katanya, dia akan kembali pada pukul 3 seperti yang dijanjikan.

Aku mendengus kasar. Ah, kenapa perlu kek?! Sudahlah aku tak gemar makan kek, buat lagilah aku tak tahu. Yang rajin buat tu Suzy, bukan aku. Baik Suzy saja yang wakilkan syarikat.

Amirul berjalan mendekati meja yang terletak pelbagai bahan untuk membuat kek. Kek cawan pun boleh buat. Tak kisah asalkan kek. Apalah pelik sangat Encik Bakar ni nak suruh kita orang buat kek.

Aku pun berjalan mendekati meja. Terlihat ada coco powder, buah cherry, telur, dark chocolate dan banyak lagi. Hayyo, apa nak buat ni. Aku memandang Amirul yang kebetulan sedang memandang aku sekilas.

"So, apa kita nak buat?"

Amirul diam. Aku sudahlah tak tahu nak buat apa. Menurut kata Haikal, Encik Bakar ada bagi 3 peringkat. Kalau aku dan Amirul boleh memuaskan hati Encik Bakar dalam peringkat pertama, kami boleh pergi ke peringkat seterusnya. Kalau kalah, automatically tapak pembinaan bukan rezeki syarikat kami.

Tiba-tiba Amirul berjalan menghampiri aku, lalu berbisik lagi. Terkejut beruklah aku! Tapi, aku tersengih apabila tahu apa yang dia nak buat. Aku bersetuju untuk buat kek itu memandangkan resepinya senang, dan memang sedap. Bahan-bahannya pun tidak ada yang kurang sedikit pun dari apa yang ada.

"Perlu ke sampai berbisik? Kita berdua sajalah ada dekat sini,"

Amirul hanya tersengih memandang aku. Huh, sengal!

Kami pun memulakan. Aku memanaskan oven dengan suhu 180°c. Amirul pula menyusun mini cup sebanyak 24. Cukuplah rasanya. Fokus betul dia buat padahal susun je. Ya, kami sudah membuat keputusan untuk membuat cupcake. Yeah, mesti comel!

Lalu, kami memanaskan minyak jagung. Oh maksud aku Amirul sahaja. Aku sekadar memerhati apa yang dia buat. Lagaknya macam pro je! Macam dah biasa buat-buat manisan macam ni.

Selepas itu aku masukkan coco powder dan coklat ke dalam minyak jagung tadi. Jadi, apa lagi, kacaulah! Kacau sampai jadi cair. Sedang aku duk kacau-kacau, tak aku sangka ada.. lipas! Apalagi, menjerit melalak lah aku!

Amirul terkejut lalu dengan pantas dia menyambar penyapu lalu usir lipas itu yang berdekatan dengan kaki aku.

"Tak ada dah,"

Aku menarik nafas lega. Yalah tercungap-cungap aku dari tadi. Aku duduk di sofa yang disediakan. Lembut. Ah, sempat lagi rasa nikmat duduk!

"Thanks," Amirul hanya membalas dengan senyumannya. Dia juga menyuruh aku supaya tidak usah membantunya membuat cupcake tapi aku berdegil nak buat sama. Even aku tak pandai tapi tak nak lah kan dianggap lemah hanya disebabkan lipas kecil tu! Cehh!

Selepas siap semua adunan, dimasukkan pula ke dalam cup yang telah disusun oleh Amirul tadi. Sekejap aku yang tuang, sekejap dia yang tuang. Kadang-kadang sampai berebut, nasib baik tak tumpah.

Tak sangka hilang semua kekok aku. Aku rasa macam.. 5 tahun yang lalu. Ah, cerita lama.

Selepas itu, aku masukkan semua itu kedalam oven. Katanya kena bakar selama 25 minit. Jadi kami membuat krim. Time inilah yang aku suka! Hias-hias! Buah ceri pun sudah disediakan. Lagi bestlah nampaknya.

"Sihat?" Aku memandang Amirul dengan seribu kerutan tanda pelik.

"Rasanya kau dah tanya soalan tu?"

Kini aku membahasakan diri aku 'aku' dan dia 'kau'. Tak payahlah ingat belakang balik. Aku dah tawar hati pun dengan dia... Mungkin..

"Oh yaa, lupa! So, bila nak kahwin?" Aku menampar bahu Amirul dengan kuat. Hah, padan muka! Cakap macam aku ni anak dara tua yang tak laku-laku.

"Hey, aku baru 22 tahunlah! Ingat aku dah tua sangat apa sampai desperate sangat nak kawin,"

Dia hanya membalas dengan ketawa comelnya. Okey, jangan fikir bukan-bukan. Haikal pun aku kata ketawa dia comel, Suzy pun. Semua orang ketawa disebabkan aku semua comel okey.

Setelah 25 minit menunggu, akhirnya! Dah siap pun cupcake nya. Cantik warnanya. Hehehe bangga pula dapat buat cupcake ni even dengan bantuan Amirul. But, ada air tangan aku juga kan.

Yeah, masa nak menghias uolss! Excited!

Jadi kami bercadang untuk membuat huruf, THANKS ENCIK BAKAR. Memandangkan ada balance, kami buatlah bentuk hati sebanyak 4 cup dan selebihnya cream bertemankan cherry diatas. Hoh, confirm cantik!

Masa sudah menunjukkan jam 2:15 petang. Sempat sangat nak buat decoration. Bukan buat seorang-seorang. Berdua haa. Setelah siap decorated, kami letakkannya diatas pinggan, 12:12.

Hiaskan pula dengan cerry, strawberry dan seumpama dengannya biar tambah menarik. Jeng jeng jeng jadilah 'Cupcake blackforest ala Chef Aina dan Amirul'!

Kami berdua tersenyum puas. Jam sudah menunjukkan pukul 3 petang tepat. Dari jam aku lah. Mungkin sebentar lagi Encik Bakar akan datang menjenguk.

Hm, datang pun. Mukanya berseri-seri pasti tak sabar nak rasa buatan aku! Amirul sekalilah. Okey aku sendiri pun tak sabar sebenarnya. First time aku buat cupcake.

Dia mengambil satu cupcake yang terhidang. Ada juga wanita yang memakai macam chef bukan macam kami. Chef tidak bertauliah.

Okey, sekarang aku pula takut.. Apakah jawapannya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience