Bab 3

Humor Series 10658

Chapter 3

SETELAH beberapa minit akhirnya sampai juga kami di lobi. Kelihatan Haikal yang sedang menunggu. Dia berdiri dan bersandar di dinding dengan kakinya yang sengaja disilangkan. Em dia nak goda siapa ni?

"Haa, sampai pun korang. Berkurun tahu tak aku tunggu." Ceh berkurun! Ayat nak power aje. Dengan gaya dia macam tu, macam mat romeo dah aku tengok.

"Berkurun sangat," Suzy menjeling tajam. Haikal hanya tersenyum sumbing.

"Kenapa tak reply massage aku?" Oh, sekarang dia bercakap dengan aku.

"Perlu ke? Aku nak datang pun kan? Buat apa reply," aku membetulkan selendang yang sedang aku pakai. Senget pula benda ni. Sudahlah susah nak belit.

"Kedekut."

"Biarlah."

"Kedekut."

"Suka hati akulah."

"Ehem, ehem. Kalau nak bersweet-sweet bukan di sini ya. Aku dah mula loya tengok kau orang," Suzy tersenyum selepas itu. Alah, mesti Suzy jealous ni.

"Hello, tak ada masa aku nak bersweet dengan dia ni. Banyak lagi kerja yang boleh aku buat."

"Kalau ya pun okey," Haikal mengenyitkan sebelah matanya ke arah aku. Aku penatlah nak ulang benda sama. Iman aku tak akan berterabur punya kalau dia ni buat apa-apa pun. Tak jatuh hati pun dengan muka tampan dia tu. Suzy kata tampan.

"Aku tahulah aku bukan siapa-siapa. Tapi, hargailah aku sedikit. Aku dipinggirkan sekarang tahu," nak tergelak aku tengok muka dia. Punyalah panjang dia muncungkan bibir merah jambu dia tu. Aku tarik, padan muka! Tak bercakaplah kau lagi wahai Suzy.

"Diam ah. Kau ambil la Haikal ni. Aku tak nak pun,"

Suzy hanya tersengih. Tersengih macam tak percaya cakap aku. Haikal mana Haikal? Apa pasal dia senyap aje? Takut aku makan ke?

"Kalau ada apa-apa pun aku okey je. Kau pun sokong kan Suzy?" Haikal menaik turunkan kening lebatnya itu sambil memandang Suzy. Suzy pula memandang aku sekilas sebelum mengukir satu senyuman yang tak dapat aku tafsir.

"Aku okey je!" Amboi, semangatnya! Haih, budak dua orang ni. Saja nak sakat aku. Aku kahwinkan baru tahu. Biar aku jadi tok kadi. Aku okey je!

"Sudah. Semakin diteruskan, semakin melalutlah jawabnya kau orang ni. Dah, dah jom!"

"Eleh, dalam hati suka. Sudahlah baik aku jalan dulu. Aku tunggu kat kereta kau tahu, Aina!" Suzy berlalu menuju kereta aku. Suzy memang duduk satu rumah dengan aku. Rumah sewa. Jadi, pergi pun sekali la. Naik kereta aku. Tahu diri ini sangatlah baik hatinya. Tahu.

"Aku pun!" Berdua dengan Haikal, hm seram okey.

Kami pun pergi ke restoran yang agak tradisional. Memandangkan aku punya kereta dia orang tumpang, jadi suka hati aku la nak makan di mana. Restoran ni memang best. Memang tak akan menyesal aku bawa mereka ke sini. Abang Afif yang ajak aku datang ke sini dulu. Layanan yang cukup tip top kami dapat kat sini. Suasana yang kehijauan memang meredupkan lagi mata memandang. Boleh tenang tengok pokok-pokok hijau kat taman tu. Anyway sekarang kita orang dah sampai ke meja. Mesti tak perasankan? Itulah menghayati sangat apa yang aku cakap. Padan muka.

"Bestlah tempat ni. Mana kau dapat?" Suzy masih meliarkan pandangan matanya.

"Abang aku kasi tau. Dialah yang bawa aku datang sini," aku tersenyum. Sedikit bangga apabila mereka menyukai pilihan aku. Mereka berdua cuma ber-oh ria. Dah macam kembar aku tengok. Tapi, satu persamaan pun aku tak jumpa. Kembar tak seiras la ni.

Setelah memesan menu, aku pergi ke tempat menjual majalah. Ya, memang disediakan. Ada majalah, surat khabar dan juga komik untuk dibeli. Disaat aku hendak mengambil satu majalah ni, ada juga tangan yang sedang memegang majalah itu secara serentak dengan aku. Aku yang sedari tadi hanya menunduk, terus mengangkat kepala ingin melihat siapakah gerangan empunya tangan itu.

Berkulit sawo matang. Sekilas pandang juga sudah tahu dia lelaki. Disebabkan aku tak kenal, aku lepaskan saja majalahnya. Eleh, banyak lagi majalah yang aku boleh pilih. Tanpa memandang lelaki di sebelah, aku meneruskan memilih majalah yang ada. Terdapat juga buku-buku novel terpakai di sini. Walaupun novel terpakai, tetapi masih cantik dan memang tiada masalah untuk dibaca.

Aku rasa, aku macam kena tenung. Aku malaslah nak pandang balik. Ke aku perlu pergi saja dari tempat majalah ni? Lain macam rasanya lelaki ni tenung aku. Tanpa memandang lagi aku berkata, "Encik ada masalah ke?"

Soalanku tidak berjawab. Haih ini yang buat geram ni. Aku cakap punyalah baik, dia tak jawab pula. Kalau nak cakap dia sudah pun pergi, aku nampak lagi kasut dia sebelah aku ni.

Disebabkan aku pun malas nak ambil tahu, dengan tiada majalah yang menarik hati aku pun bercadang nak angkat kaki. Tapi, majalah yang aku baca tadi yang aku suka! Terpaksalah kurelakan jiwa.

Aku berpusing ke belakang dan melangkah meninggalkan tempat penjualan majalah itu. Tak sampai dua langkah, nama aku diseru. Terus aku berhenti. Nama aku, nama yang hanya seorang sahaja yang memanggil aku dengan nama itu.

Aku berpusing ke belakang. Aku tergamam buat seketika. Kenapa harus aku juga yang kena hadapi situasi ini?

"Amirah," nama aku diseru lagi. Tanpa bercakap apa, aku terus melangkah meninggalkan lelaki itu.

Sudahlah. Kau dah pergi, kenapa kau kena kembali? Aku dah penat. Aku tak nak kenal kau lagi. Aku nak hapus semua memori aku dengan kau. Aku nak buang semua janji-janji yang pernah kau taburkan. Aku penat.

"Weh, rumah kau kat mana hah? Jauh sangat ke, rahsia sangat ke sampai aku tak boleh tahu." Pertanyaannya membuatkan aku tertawa kecil. Apa sajalah dia ni.

"Biarlah tak ada seorang pun tahu rumah aku. Aku menjaga keselamatan. Manalah tahu, esok hari kau bercadang nak rompak rumah aku. Kita tak boleh jadi dah terbatuk baru nak terngadah,"

Dia mencebikkan muka. Aku tergelak lagi. Tanganku masih menulis kerja yang diberikan oleh guru. Sementara cikgu tak datang ni, banyak aku dapat manfaatkan masa yang terluang. Buat semua kerja rumah hari ni. Balik rumah boleh relaks.

"Tak ada maknanya aku nak rompak rumah kau. Haih kau ni. Nanti kalau kita dah dapat keputusan SPM tak adalah aku tercari-cari kau nanti. Kau tak tahu rumah aku, aku pun tak tahu rumah aku. Kan susah?"

Aku memberhentikan menulis. Mengacau betul dia ni. "Kau memang tak ada kerja ke? Tahu tak sebelah ni tempat siapa? Tempat kawan aku. Kawan aku pula kau halau semata-mata kau nak duduk sini,"

Dia menjuih bibir. "Pandai sekarang tukar-tukar topik. Kita ni ada masalah negara. Teamwork la sikit," lagilah aku menyampah.

"Tahu satu perkara?" Dia berkerut di saat aku menyoalnya.

"Kalau dah jodoh, tak lari ke mana. Kalau tak ada jodoh, kalau kita dekat sekali pun tak akan ada keserasian pun. Kau rileks sudahlah,"

"Aku takkan tinggalkan kau dan suatu hari nanti kau yang akan jadi pengantin aku. Memang dah berkali aku cakap, tapi aku sengaja nak kau ingat. Relationship kawan sekarang akan berubah bila kita dah besar nanti."

Apa yang kau cakap semua kau tak tunaikan. Kau sekadar cakap. Hasilnya entah ke mana. Sekarang kau muncul, nak tegur aku? Sudahlah. Aku penatlah hadapi keadaan macam ni. Aku memandang tepat ke muka Amirul, mukanya memang tak berubah namun memang tak boleh aku nafikan. Dia makan kacak.

“Amirah, kenal aku kan? Amirul,”

Banyak orang suka kenenkan aku dengan Amirul. Satu sebab kami macam belangkas walaupun sekadar kawan. Satu lagi sebab nama kami hampir sama. Katanya jodoh. Bila ingat kembali, kelakar sungguh mereka. Jodoh tiada siapa yang tahu. Dan mungkin jodoh aku dan Amirul tidak pernah ada.

“Aina. Aku Aina,”

Amirul menimbulkan senyum sengetnya yang menjadi pujaan gadis di sekolah dulu. Termasuklah aku. Bohonglah kalau aku kata tak terpikat. Aku berdeham pula apabila situasi kami terlalu janggal. Amirul seperti tersedar dan segera meminta maaf. Aku pula tersenyum nipis.

“Aku gerak dulu,”

Aku tahu dia mahu menghalang dan nama aku sudah diserunya kembali. Tetapi, tak mahu aku berpaling ke belakang kembali. Biarlah pertemuan itu terakhir dan berakhir di sini. Kalau hati aku lebih tenang dia tak ada, kenapa dia kena kembali? Aku tak minta.

“Jom weh. Makan tempat lain. Aku ada tempat lagi bagus,” ujarku dengan mengawal suaraku.

Suzy dan Haikal mengikut saja. Banyak mereka tanya, sepatah dua aku jawab. Hilang terus angin aku. Mungkin sudah tertulis aku dan Amirul hanya sekadar teman biasa. Sahabat sejati? Mungkin nanti aku akan jumpa jawapannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience