Bab 29

Humor Series 10658

Chapter 29

SOFA yang empuk ini akhirnya dapat juga aku rasai. Lembut tak terkata. Setelah itu, kedua belah kaki perlahan-lahan aku naikkan atas sofa, dan mula berbaring. Mulalah hembusan panjang terlepas dan melelapkan mata.

Aku rasa tak sampai dua minit aku pejam, tiba-tiba satu tamparan hebat terasa di peha. Terbangun terus aku. Kerutan dahi usah dicakap, beribu-ribu. Pembuatnya hanya tersengih-sengih. Ni rindu penampar aku ke apa?

"Hoi! Amboi, sedapnya baring-baring. Kau tak solat Maghrib lagi, kan? Pergi cepat. Kita ada meeting nanti," Abang Afif mula mengambil alat kawalan jauh televisyen, dan mula menghidupkan barang segi empat sama itu.

Kerutan dahi makin bertambah. "Meeting apa?"

"Meeting keluarga," selamba dia menjawab. Aku menaikkan kedua belah alis, tanda tak mengerti. "Cepat jelah. Nanti kena sound dengan ayah, baru tahu."

Dengar saja nama ayah disebut, terus bangkit aku dari sofa dan meluru ke arah bilik yang berada di tingkat atas. Usai mandi, aku meluangkan waktu untuk Tuhan sekalian alam, Ya Rahman.

Langkah yang diatur berhati-hati, rasa macam lambat sangat. Terfikir. Mesyuarat apa ya? Tiba-tiba pula tu. Mahu dikata ada masalah keluarga, macam harmoni aje keluarga aku ni. Masalah duit, lagilah. Cukup-cukup sahaja.

Mataku menangkap kelibat Along dan Kak Sa'diah. Eh? Terus melebar senyumanku. Ibu, ayah dan Abang Afif sudah pun duduk di sofa. Aku terus pergi ke arah along dan Kak Sa'diah untuk bersalam. Lalu, mengambil tempat di sebelah ibu.

Diam. Aku sekadar memandang meja kopi di hadapan mata. Setelah itu, kedengaran ayah berdeham kuat. Okey, nak mula dah.

"Baiklah. Memandangkan semua dah ada, baiklah kita teruskan saja. Along, welcome back. Nurul Sa'diah, selamat datang ke keluarga kami. Kita dah satu keluarga, panggil saya ayah, dan ini ibu."

Aku menepuk tangan lalu tersenyum riang. Yeay! Dah diiktiraf. Wajah ibu dan ayah aku tatap, suka saja mereka. Pandanganku teralih pada Abang Afif pula a.k.a Angah. Mukanya mencuka. Tak ada riak gembira. Langsung.

"Terima kasih ayah kerana terima kami kembali." Ujar along. Hanya dibalas anggukan dari ayah juga ibu. Aku hanya tersenyum lebar.

"Aina," pandanganku pada along dan Kak Sa'diah terus teralih pada ayah. Ayah memanggil aku ke tadi? Aku mengerutkan dahi. Ada apa pula dengan aku?

"Ada rombongan datang merisik kamu. Kamu nak terima ke tidak?"

Mulutku melopong. Aku meniup tapak tangan dan lekapkan di telinga. Mana tahu ada gangguan ke fungsi telinga aku ni. Kini semua memandang aku. Eh, muka aku blur tau sekarang. Janganlah pandang, malu.

"Aina, terima ke tidak?" Ibu pula bertindak memegang tanganku. Terus aku memandang ibu. Eh, betul la apa yang aku dengar tadi? Ya Allah!

"Siapa pula yang datang? Alahai. Tiba-tiba je. Tak ada siapa pun bagi tahu nak datang meminang kat Aina. Siapa pula ni?" Ujarku. Agak kebudak-budakan sedikit. Kepala aku garu sedikit.

"Kawan ibulah. Ibu lupalah pula nama lelaki tu. Tapi, dia kenal Aina. Aina pun kenal dia. Macam mana? Nak tak?" Ibu bertanya sekali lagi. Lagi buat aku bingung. Boleh pula lupa nama lelaki tu.

"Ayah dengan Abang Afif tahu tak siapa lelaki tu?"

Serentak mereka menjungkit bahu. Lagi! Kedua-dua belah tangan kini menggaru kepala. Macam nak belah-belah ajelah. Belah tembikai! Tak pernah aku jumpa kes lupa nama lelaki datang merisik.

"Senang cerita jelah Aina oi. Ibu dengan ayah dah terima pun pinangan tu. Saja-saja sebenarnya tanya kau. Kau boleh?" Abang Afif bersuara. Rahang aku bagai nak jatuh. DAH TERIMA?

Ei ini lagi aku panas. Tak ada angin, ribut, petir semua, tiba-tiba terima aje pinangan orang. "Kalau Aina cakap tak boleh, boleh ke?"

"Kalau tak boleh, kami buat sampai boleh." Along tersenyum setelah bersuara. Oh, tahu? Kak Sa'diah pula dari tadi tak henti senyum. Kenapa?

"Along tahu ke siapa dia tu?" Aku memandang along garang. Along tersengih lalu menggelengkan kepala. Apa ni? Apa yang terjadi ni?

"Bolehlah Aina... anak ibu sayang. Dia baik tau. Ibu pun dah lama berkenan dengan dia. Daripada kamu harapkan Si Amirul tu, bukan dapat pun. Keluarga mereka tak suka kita," ibu mencelah. Ini yang aku tak boleh. Sangat tak boleh.

Intonasi ibu menyayat hati. Kadang-kadang benda yang aku benci tahap gila-gila, boleh hancur bila ibu bersuara. Macam dulu aku tolak tak nak makan sayur. Ibu guna suara gemersik dia, jatuh aku. Sekarang, sayur dah jadi favourite.

"Tapi..."

Aku mengeluh. Boleh tak nak bantah? Tapi, kau tahu tak apa perasaan ibu aku nanti? Dia syurga aku tahu. Syurga aku terletak bawah telapak kaki dia. Sekali aku hancurkan hati dia, tak cium syurga aku nanti.

"Solat istikharah. Kalau betul la hati Aina tu tolak betul-betul, ayah bagi tahulah pihak sana. Kami tak naklah paksa. Karang tak bahagia, ayah juga susah hati. Kamu tu seorang je anak perempuan ayah,"

Aww! Ayah so sweet. Aku menganggukkan kepala. Entah kenapa, satu keluhan aku lepaskan. Aku bukan dalam cerita kahwin paksa. Tidak sama sekali. Dengar tak apa kata ayah? Dia tak paksa, tak suruh pun.

Malah, dia dah terima pinangan tu tapi still tanya aku terima ke tidak. Istikharah. Ya, solat istikharah. Ya Allah, siapalah lelaki tu. Serius ni, rasa macam mustahil sangat-sangat tak ada satu pun manusia dalam rumah ni yang tak tahu siapa lelaki yang pinang aku.

Even his name! Oh my Allah. Please ease my heart to still calm and not break my parents heart. Aku mohon, Ya Rabb.

SUDAH dua hari masa berlalu. Namun, aku masih belum temui jawapannya. Pinangan sudah diterima. Jawapan yang aku cari, ikhlaskah aku menerima dia sebagai imam aku nanti? Bolehkah dia menerima kurang dan lebih aku?

Aku menongkat dagu. Sesekali, jam di pergelangan tangan aku tilik. Aku cepat sangat ke datang? Aku memanjangkan leher untuk mencari gerangan orang yang ditunggu. Air suam di cawan aku hirup.

"Assalamualaikum! Maaf lambat. Traffic jam," katanya. Aku memuncungkan bibir. Maksudnya bukan akulah yang cepat. Dia yang lambat.

"Waalaikumsalam! Itulah lain kali cepat sikit keluar dari pejabat. Tak adalah aku tertunggu-tunggu,"

Aku mendengus geram. Yang dia ni sedap tersengih-sengih. Arisya pun duduk berhadapan aku. Seperti biasa, beg tangannya diletakkan di riba. Aku hanya memerhati gerak-gerinya.

"Hah tak nak cakap aku rindu kau ke, sayang kau ke, tak ada ke? Kau ni tak sweet langsung la," Arisya menampar tangan aku perlahan. Aku hanya mencebik menyampah.

"Tak adanya. Aku tak rindu kau. Langsung tak,"

"Ihh pembohongnya. Mustahil. Orang yang berjauhan dengan aku, confirm rindu! Tak nak mengaku. Malulah tu," Arisya tersengih lagi.

"Ergh tolonglah. Tak ada masa! Lebih baik aku teruskan buat kerja kat butik tu. Berlambak tahu! Daripada layan kau," aku membuat aksi geli-geliman. Arisya mendengus geram dan mencubit lengan aku. Peh ini lagi berbisa daripada sengatan kala jengking ni.

Lengan yang dicubit, aku elus lembut. Over tau dia ni. Sakit hati aku.

"Weh kau pergi mana hah? Lama tak jumpa aku! Tukar kerja tak beri tahu aku. Semua tak beri tahu. Call pun tidak! Jahat," Arisya mula mengambil mood merajuk dia. Sya, rajuk kau aku tak makan langsung.

"Maaf, maaf. Bukan berniat. Cuma, aku agak sibuk kebelakangan ni. Sesi memindah-mindah ni bukan senang. Banyak kerjanya. Maafkanlah aku ya?" Aku membuat muka comel lalu mengelip-ngelipkan mata beberapa kali.

"Okey okey maaf diterima. Tapi tolonglah buang tabiat suka kelip mata banyak kali tu. Dari dulu sejak masuk sekolah menengah lagi aku tak suka. Menyampah tahu, menyampah?"

Dia lagi jahat! Mengata aku depan-depan. Bercakap menyampah segala. Kalau tak ingat dah lama aku harungi segala suka dan duka bersama dia, dah lama aku minta break. Eh?!

"Suka hati akulah. Hah kau sekarang macam mana? Okey kerja?" Soalku. Tiba-tiba pelayan pula sampai. Okey, lama sangat berborak sampai tak sedar kami ni macam menumpang tempat duduk.

Setelah pesanan diambil, Arisya mengangguk-angguk. "Okeylah. Aku ada ikut usrah kat satu masjid ni, kawan sekerja aku ajak. Ada ustaz ni tau. Maklumlah, kan ada batas jemaah perempuan dan lelaki. Suara dia... gemersik beralun-alun mendayu-dayu sampai telinga aku. Jadi, aku tunggu lama sikitlah. Ingat lepas solat witir, nak terus blah.

Nampak ustaz tu nak balik. Peh, kacak jangan cakap. Kalah Syukri Yahya. Ada macam ala-ala hindustan tu. Putih melepak. Bulu mata melentik. Peh, cair aku kalah air batu kena sunlight."

Bersemangat dia bercerita. Hoi, kalah Syukri Yahya? Hui lebih ni! Setelah itu dia tersenyum-senyum. Aku sekadar memandang kerek.

"Namanya siapa? Umur dia berapa?"

"Aqil. 32 tahun macam tulah. Dia duda tak ada anak," selepas itu dia tersengih pula.

"Kau suka duda? Dah tak ada orang lain dah ke?"

"Lah, kalau ada jodoh nak buat macam mana? Hei duda hot okey. Lagi pun, dia tak ada anak. Okeylah tu," Arisya membuat wajah selamba.

Aku hanya menggeleng-gelengkan kepala. Apa ceritalah dia ni. Sampai ke duda pun dia nak. Nasib baik ustaz. Pelayan pun membawa makanan yang kami pesan. Jadi, al-maklumlah, dah dua-dua lapar. Makan dululah ceritanya.

Sedap makan-makan, tiba-tiba ada satu kad muncul tepi kami. Betul-betul tepi air ais. Aku dan Arisya berpandangan sesama sendiri sebelum perlahan-lahan menoleh ke kiri. Terkejut mak!

"Tu kad kahwin I. Jemputlah datang. Yalah I baik. Walaupun you ni boleh dikatakan kekasih hati Amirul dulu, I tetap hormat you. Jadi, datang ya. Jangan tak datang pula," katanya.

Aku mengambil kad kahwin yang menggunakan tema wayang ini. Tengku Ariana binti Tengku Muhaimin dan Amirul Iqbaal bin Ahmad. Tanpa aku sedari, satu keluhan terlepas dari mulut. Okey, hati kau kena sado!

Aku menguntum senyuman. Peh, plastiknya. "Tahniah. Inshaa Allah kalau saya ada masa, saya akan datang." Balasku. Lalu aku memberi kad kahwin itu kepada Arisya setelah lama dia memerhati aku. Aku menyuruhnya untuk control.

Ariana terangguk-angguk lalu tersenyum kemenangan. Ambillah. Aku tak kisah pun. Inshaa Allah, aku cuba lupakan dia. Memanglah tak besar mana cinta aku pada Amirul, cuma bohonglah kalau aku kata perasaan aku pada dia lenyap seratus peratus.

"Itulah. I pun tunggu tau undangan you. Tak adalah Amirul tu asyik nak bercakap fasal you je. Penatlah I. Tolong ya? Dia kan nak jadi suami I. So, I harap you dapatlah buat sesuatu agar dia tak terus kejar you lagi."

Aku tersenyum. "Jangan risau. Saya pun inshaa Allah akan melangsungkan perkahwinan juga. Jadi, saya memang tak akan ada hubungan dengan your husband-to-be tu,"

Arisya menyepak kakiku di bawah. Peh, sakit oh! Kaki dia dah siap packing kayu besbol ke apa? Biar senang sepak orang? Aku menjegilkan mata agar dia duduk diam buat seketika.

"Really? Oh my. Itu sangat berita baik bagi I. Okeylah itu aje. Alang-alang nampak you, jadi I bagilah. So, I pergi dulu. Tolong ya. Jangan jadi perampas. I tak suka." Dia berlalu pergi setelah melambaikan tangan ala-ala gedik.

Aku mengelus dada perlahan. Sabar. Ya Allah, berikanlah tahap kesabaran yang tinggi buatku. Aku memandang Arisya yang menayangkan kad kahwin itu. Lalu, aku menjungkit bahu dan buat wajah selamba. Aku kembali menyuap nasi ke dalam mulut.

"Dah boleh terang kut?"

Aku membuat mulut sekejap. "Amirul nak kahwin. Yeah, tu je. Apa lagi kau nak tahu?"

Muka Arisya masih tak puas hati. Sejujurnya, kalau aku jadi dia pun aku tak puas hati.

"Yalah. Tapi kenapa minah tu kata jangan jadi perampas kat kau. Amirul still kacau kau eh?" Arisya buat muka nak-tahu-sangat dia. Come on! Takkan aku nak cerita fasal mamat yang ugh sangat tu?

"Actually, yes. I admit it. Tapi aku dah cakap aku tak akan ikut campur hal dia. Dia yang kata lebih-lebih nak batalkan pertunanganlah, cinta kat aku lagilah, apalah. Seriously, aku tak layan. So yeah. Minah tu cakap macam tu sebab dia tahu tunang dia tu suka aku," terangku. Cukup, kan?

Aku meneruskan menyuap nasi. Tapi, agak perlahan kerana selera aku mati serta-merta. Jadi, disebabkan aku tak nak tambah dosa, aku kena habiskan makanan yang dibeli. Membazir itu amalan syaitan nirrajim tu.

"Okey, faham. Tapi hah yang part tu hah! About kau nak kahwin. Seriously?!"

Aku tersengih. Hm nak ke tidak ya beri tahu? Aku tak buat keputusan lagi. Jadi, masih nak beritahu ke tidak? Aku buntu gila.

"Err... yang itu aku saja cakap. Biar dia tahu aku tak hadap sangat bakal suami dia tu. Em yalah. Aku tunggu kau kahwin dulu!" Aku menepuk lengan dia, kuat. Wah, aku suka!

Arisya mencebik. Sakit agaknya. Jadi, aku hanya tersengih-sengih. "Tunggulah si duda tu pinang aku baru aku kahwin. Kalau tak, kau pun akan sama macam aku. Anak dara terlajak!"

Aku mengerut dahi. Apa ke benda entah dia cakap. "Apa pula anak dara terlajak? Anak dara tua ada la! Yang terlajak, bujang aje. Bujang terlajak. Faham?"

Arisya buat muka tak-nak-dengar dia. Menyampah pula aku. Tanganku menggapai kad kahwin itu. Memang ada sekelumit rasa sedih dalam hati.

Tapi, yakinlah. Allah is the best planner. Allah boleh jauhkan kita dari orang yang kita suka dengan sekelip mata. Tapi, Allah boleh dekatkan orang yang sesuai dengan kita juga dengan sekelip mata.

Tiba-tiba teringat mesyuarat keluarga tempoh hari. Aku terima ke? Banyak kebaikannya. Sangat banyak. Lagi pun, kahwin tu sunnah nabi. Lagi-lagi kahwin awal. Erk! Aku dikira sebagai kahwin awal kan?

MATAKU menghadap siling kosong itu. Hanya kipas saja yang sibuk berputar. Keluhan berat aku lepaskan. Ya Allah, mengeluh tak baik! Maafkan aku, Ya Allah.

Kad kahwin di atas meja sebelah katil aku ambil. Mereka sudah nak kahwin. Maksudnya, Amirul mungkin sudah terima Ariana sebagai isterinya. Aku akan terlepas dari dia. Inshaa Allah.

Mengapa hal ini berdekatan? Amirul lepaskan aku. Ada orang datang meminang. Petanda apa ni? Ibu mengharap aku terima. Patutkah aku terima? Tak, bukan masalah tu. Boleh ke aku hidup dengan orang yang aku langsung tak cinta?

Ya, cinta memang boleh berputik lepas kahwin. Tapi, itu pun kalau dua-dua memberi dan saling merasa. Tak boleh juga la kan kalau aku seorang yang sibuk meraih cinta si dia. Manalah tahu dia tu masuk meminang sebab disuruh mak dia ke.

Yalah, ibu dengan mak si lelaki tu kan kawan baik. Tak mustahil kut. Ya Allah! Kenapa rasa macam nasib aku sama macam Amirul. Tapi, aku lain sikitlah. Aku kalau nak tolak pun tak apa. Tapi, sanggup ke aku?

Aku bangun dari perbaringan dan duduk di birai katil. Tudung masih belum lepas dari kepala. Malas la pula nak cabut-cabut jarum peniti ni. Nanti sajalah. Aku membuat senaman kepala. Ke kiri, dikira lapan kali.

Ke kanan, lapan kali. Kali ke-lima aku ternampak lagi jiran aku tu. Eee dia ni tak pandai tutup tingkap ke? Suka sangat aku skodeng ke apa? Dia sekejap ada, sekejap hilang dari pandangan. Takbiratul Ikhram. Oh dia solat.

Tanpa dijemput, senyuman terukir di bibir. Memanglah wajahnya aku tak dapat lihat. Tapi, untungnya jadi isteri dia nanti. If dia single lagi la sekarang. Gila tak untung? Rajin solat tu yang penting! Ia memang ciri yang aku idamkan dari kecil.

Rajin solat ke bakal imam aku nanti? Boleh ke dia bimbing aku? Boleh ke dia cinta aku kerana Allah? Betul ke aku boleh terima dia? Ya Allah, jawablah segala persoalan yang datang menjengah masuk dalam kotak fikiran ini.

Andai benar dia jodohku, redhailah hubungan kami nanti. Ya Rabb.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience