Bab 36

Humor Series 10658

Chapter 36

"AMIRAH, aku tunggu jawapan kau."

"Walau apa yang terjadi, kau kena tahu. Yang aku takkan sayang orang lain macam aku sayang kau."

"Mummy dah mula suka kat kau. Green light may be. She starts to know more about you. Can you give her a little bit chance?"

"Aku tahu aku salah sebab buat macam ni pada isteri orang. Tapi, I cannot live without you. You must stay with me. Beside me. Not anyone, including him."

Aku mengusut-ngusutkan rambut yang memang sedia kusut. Ya Allah, dugaan apa lagi ni? Tiba-tiba aku rasa macam tombol pintu macam berbunyi dan berpusing, cepat aku sarung tudung ekspres aku. Cepat juga aku sorokkan telefon pintarku.

"Erm dah habis solat dah? Cepatnya," kataku dengan suara lembut. Senyuman tipis terukir di bibir. Dia turut membalas.

"Dah. Awak buat apa tadi? Saya ganggu eh?"

"Eh tak ada la. Mana ada. Tak ganggu langsung," balasku pantas. Dia tersenyum dan duduk di hadapan aku. Kaki yang tak berapa nak bersila, aku betulkan.

"Boleh saya ada satu permintaan untuk awak?"

Aku pelik sekejap. Permintaan apa pula dia ni. "Apa dia?"

"Boleh tak dengan saya tak payah pakai tudung? Tak rimas ke dalam rumah sendiri pun nak bertudung juga? Jangan risaulah. Saya boleh tengok," katanya sambil menarik-narik tudung aku. Dah sampai nak terbuka, baru aku tepuk tangan dia.

"Hah tengok dah sentuh pula tangan awak. Ish awak ni. Aduhai," muncungku sedikit sambil mengelap tangan.

"Eh dia ni. Sayangku seorang, awak boleh buka tudung, sentuh saya, apa pun boleh. Saya mahram awak sebab saya ni suami awak. Susah sangat ke nak faham?"

Kini, aku menggaru-garu kepala. "Maaflah. Saya tak tahu bila saya sedia nak terima apa yang Allah dah takdirkan untuk saya. Saya tahu awak suami saya. Saya minta maaf kalau awak terpaksa tunggu," aku menundukkan kepala.

"Saya sedia tunggu awak. Saya faham awak. Jadi, awak kenalah jinak-jinakkan hati awak tu dengan saya. Terimalah saya," katanya macam aku ni kena terima gula-gula sugus dari dia. Senang dia cakap.

"What if you leave me? Leave when you realise that I'm not the right one for you."

"How can I do if you are my only one that belongs my heart. Trust me, I will never leave you. You're my wife and forever be mine. The question is you. Will you open your heart for me?"

Aku diam. Masih menundukkan pandangan. Aku tak tahu nak jawab apa. Jadi, jalan yang terbaik ialah diam. Yalah, lebih baik diam kalau itu lebih baik dari berkata. Dia memegang tangan aku. Sejuk serta merta.

"Never mind. Soon you will answer my question with very honest part of you. I will wait. Now, come." Dia menarik pula tangan aku. Hm, terus terbangun masalahnya. Eh kuat gilalah dia ni.

"Eh pergi mana?"

Dia tersenyum namun masih menggenggam tangan aku. Dia tarik aku keluar dari bilik dan kami menuju ke tingkat bawah. Ah, pensyarah course apa dia ni? Rumah gila besar kut.

Tiba-tiba saja kami sudah sampai di dapur. Lawak, nak buat apa kat dapur? "What's your plan actually, my sweety Cikgu?" Aku tersenyum dan segera melepaskan genggamannya secara perlahan-lahan.

"Memasaklah sayang," dia pergi ke arah peti sejuk dan kabinet di atas. Dia keluarkan semua rempah ratus, ayam, ikan apa semua. Pinggan, mangkuk dan segalanyalah. Eh, seriuslah betul ke ni nak masak?

"Awak.. pandai masak?"

"Hei, jangan tengok saya sebelah mata tau. Gini-gini pun saya terer masak. Dulu ada hati nak jadi chef tapi terpikat dengan suasana guru. Jadi, saya jadilah pensyarah." Dia tersenyum bangga.

"Fuh. Ya ke ni? Kenapa saya macam tak percaya ya?" Tangan aku silangkan ke dada dan menatap wajah selamba milik Cikgu dengan wajah meremehkan.

"Tak percaya? Oh tak percaya pula. Okey, awak tunggu kat meja makan depan sana. In one hour, awak akan terima hidangan dari Chef Danial Haziq. Tunggu ya. Dah pergi sana," dia menolak-nolak tubuh aku agar keluar dari kawasan dapur.

"Amboi, menghalau. Betul ni tak nak saya tolong?" Soalku. Manalah tahu kut-kut dia mengaku kalah yang dia tak pandai masak dan perlu pertolongan aku. Alah, setakat ayam gulai dah ada dalam tangan akulah.

"Buat kali ini, tak perlu. Khas saya buatkan untuk awak. Awak hanya tunggu dan menikmati. Dah pergi cepat," dia tolak aku lagi. Okey, dah dua kali ya anak-anak sekalian. Okey, aku pergi.

30 minit sudah pun berlalu. Apa dia kata tadi? 1 jam ya? Okey kita tunggu. "Hello there, are you need some help from Chef Aina?"

"No need. Its under my controlled," pekiknya. Aku mengangguk-angguk.

5 minit. Aku dah gembira ni. Perut lapar, orang pula tolong masakkan. Aduhai, senangnya hati. Aku menyediakan pinggan untuk kami berdua makan malam.

"Pembersembahkan masakan dari Chef Danial. Jemput rasa ya,"

Dia mengeluarkan tiga pinggan yang mempunyai tiga lauk. Aku sudah tersengih-sengih. Jadi aku rasalah. "Ya Allah, sedapnya! Awak masuk perencah apa ni sampai sedap sangat ni?" Baru rasa satu masakan tahu. Ada lagi dua ni.

Dia tersenyum-senyum kembang. Kena pujilah, mestilah kembang kan. "Perencah... kasih sayang," dengar aje jawapan dia, aku buat muka bengkek. Aku tanya serius dia jawab entah apa-apa.

"What? Betullah. Kalau saya masakkan untuk orang lain, tak akan sesedap itu. Sebab saya bagi awaklah, makanannya jadi super sedap." Dia menaik-naikkan kening dia. Daa, okey tak kisah pun. Dia nak bergurau kan.

"Nah makan!" Aku suap mulut dia dengan masakan ke-dua. Muka dia terkejut sebab tiba-tiba disergah macam tu kan. Ah, comelnya! Mulut dia yang tak boleh blah tu. Menampakkan dia terlalu comel.

Akhirnya, kami ketawa bersama. Dia suap aku, aku suap dia. Kami macam dah biasa. Santai, relaks dan aku rasa damai dengan dia. Entah kenapa aku rasa dia macam lagi menceriakan hidup aku. Aku tak tahu ini sampai bila, tapi aku rasa macam nak sangat masa tak terus berjalan.

"AINA," panggil seseorang dan suara dia cukup seram untuk diperkatakan. Cepat aku memandang ke belakang. Tiba-tiba tangan aku jadi sejuk. Sejuk terlampau. Jantung aku bagai berdegup dengan laju.

"Ya.. ya," gagapku menjawab. Senyuman yang terukir di bibir dia tak sikit pun buat aku rasa tenteram. Aku rasa macam nak menyorok belakang rak-rak yang penuh dengan baju-baju labuh tu!

"Lama tak jumpa kau. Sihat? Tak sangka punyalah banyak tempat kat Malaysia ni, di sini juga aku jumpa kau. Ingat aku lagi kan?" Dia tanya dengan nada yang masih seram. Ditambah dengan senyuman dia lagi.

"Sihat. I.. ingat, aku tak lupa kau pun. Nak buat macam mana, takdir jumpa kat sini." Jawabku dengan suara yang agak bergetar.

"Takdir? Yalah, takdir. Takdir juga yang buatkan kau menjauh dari aku. Kenapa Aina, kenapa?" Fariz kini bersuara merayu. Tanganku yang memang sangat kelihatan getarnya aku diamkan. Untung saja butik ini masih ada ramai orang di dalamnya.

Kalau tidak, aku mengaku kalah. Lebih baik aku pengsan daripada kena menghadap Fariz. "Mana ada aku jauhkan diri. Kau yang tiba-tiba menghilang," aku berlagak selamba.

"Kau takut pada aku ke Aina?" Tanyanya luar dari topik perbualan. Boleh aku jujur ke ni?

"Kenapa kena takut?" Sekali lagi, suara tenang aku lontarkan.

"Kau pernah janji nak spend time hanya kita berdua. Tapi sekarang apa? Kau dah kahwin. Aku dah cakap kan aku yang akan kahwin dengan kau!" Suaranya kini bertambah kuat. Nasib baik sesiapa tidak mendengar. Buktinya, tiada siapa yang menoleh ke punca suara.

"Aku... aku tak pernah cakap pun nak kahwin dengan kau. Sudahlah Fariz. Kau better pergi jumpa doktor. Kau sakit,” tiba-tiba dia pegang pergelangan tangan kanan aku kuat. Segera juga tanganku yang lagi satu menepuk-nepuk tangannya. Aku memandang kiri dan kanan, tiada siapa yang perasan. Aku kena habiskan pertemuan tak dijangka ni.

"Lepaslah! Lepas!" Tangan sebelah kanan itu aku rentap dari tangannya dan terlepas jua. "Dari mana kau tahu aku kat sini hah?" Getusku. Orang berbaik, dia buat hal. Jadi, buat apa kan aku nak berlembut dengan dia ni.

"Naluri," jawabnya enteng.

"Dah, kau pergi balik sekarang. Dan jangan kacau aku lagi! Aku bagi amaran pada kau. Kau kacau aku, aku report police!" Telunjuk jari aku tudingkan padanya.

Dia tersenyum sinis. "Aku tak kacau malah aku ambil berat tentang kau. Walau apa pun yang terjadi, kau milik aku sahaja. Tunggulah nanti," bertemankan wajahnya yang sangat sinis dia keluar dari butik.

Dada aku turun naik menarik hembus nafas. Dahi aku berpeluh walaupun butik ini sentiasa didinginkan dengan kehadiran penghawa dingin.

"Aina!" Aku menoleh ke kiri. Tangannya aku pegang sambil mengheretnya ke locker pekerja untuk mengambil beg tangan aku. Apabila melihat Kak Ros yang sedang berborak dengan pekerja lain, terus aku jerit.

"Kak, saya keluar kejap! Emergency case," terus kakiku melangkah keluar daripada butik dengan genggaman yang belum lepas dari orang yang menegurku tadi.

"HM ya aku tak tipu. Tak ada faedahnya pun aku tipu kau," kini kami sedang berjalan-jalan di dalam pusat membeli-belah. Untung saja Arisya datang sini guna kereta. Yalah biasanya naik teksi, katanya malas nak memandu.

"Weh kau tak takut ke?"

"Takutlah! Gila tak? Tapi, aku nak buat macam mana. Aku dah beri amaran. Siap ancam dia kut aku akan report police kalau dia masih kacau aku. Agak-agak dia takut tak?" Aku membetulkan galasan beg tangan di bahu.

"Kalau aku jadi dia, mana datang takutnya. Memang tidaklah jawabnya," Arisya menjawab penuh kejujuran. Ya, itu juga yang aku rasa. Ya Allah, apa aku nak buat ni? Lindungilah hamba-Mu ini.

"Jadi apa yang perlu aku buat?" Dengan wajah berkerut dan takut aku memandang wajah Arisya. Dia diam. Mungkin berfikir tentang masalah yang aku hadapi. Aku tak boleh simpan seorang masalah. Dan Arisyalah tempat aku melampiaskan semua perasaan aku.

Alhamdulillah, Allah beri aku seorang sahabat yang betul-betul boleh aku percaya. Walaupun kami bukan kenal sejak lahir, tapi sampai sekarang aku dan dia bersahabat. Percaya, saling berbagi dan bergaduh jangan lebih dari tiga hari. Itulah prinsip kami berkawan.

"Sebelum kau report police, boleh tak kau report suami kau dulu?" Tanyanya. Aku pula yang terdiam. Report kat suami? Oh yalah aku dah ada suami. Astaghfirullahalazim, datang mana pelupa aku ni.

Tapi, apa yang perlu aku cakap? Terang sampai Z? Malu! "Err tak naklah. Aku takut dia fikir bukan-bukan. Hubungan aku dengan dia baru nak bercambah. Aku baru mula nak sayang dia, kalau dia dapat tahu hal ni.. ah tak naklah yang penting,"

"Habis tu kau nak diamkan saja? Masalah Amirul, Fariz semua tu. At least, suami kau tahu apa yang terjadi pada kau. Tugas dia nak melindungi kau pun,"

Kami berjalan menuju ke sebuah cafe yang terdekat. Barang belanja Arisya dia letakkan di sebelah tempat duduknya. Know what? My best friend going to be married! Next 2 months. But, she choose to keep her future husband from me. In other meaning, dia berahsia dengan aku.

"Tak beranilah, Sya. Amirul pun satu. Kenapa dia tak faham keadaan aku? Aku tak ada perasaan apa-apa pun pada dia lagi. Setitik pun dah tak ada. Semua dah hilang tanpa aku sedari. Dan mungkin aku dah mula... ada hati dengan Cikgu tu," Arisya menampar meja dengan kedua tangannya. Ya Allah! Aku menoleh ke kanan dan kiri. Buat malulah dia ni. Suka buat aku jadi muka tembok. Terpaksa tebalkan muka.

"Like seriously? Alhamdulillah! Kawan aku dah sedia sekarang. Tak lama lagi, bolehlah aku dapat anak saudara." Dia menaik-turunkan keningnya. Pantas aku mencubit lengan dia. Dia jerit, dan sekali lagi meja yang berada di tengah-tengah cafe ini menjadi tontonan awam.

AKU membuka pintu rumah yang ditekan loceng. Ah siapa pula yang datang ni?

"Dani. I hope you will enjoy your new life. I'm happy for you. Also I hope you will forgive my fault and whatever happens I still love you. -NK"

Coklat cadbury yang aku pegang jatuh dari pegangan. Dani. Danial Haziq, Cikgu. NK. Siapa NK? Dugaan apa lagi, Ya Rabb.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience