Bab 40

Humor Series 10658

Chapter 40

HAIH bosannya. Dari malam semalam yang aku baru sedar aku diculik, dah timbul balik bulannya. Aku meliarkan bola mata. Nasib baiklah ada lampu pendaflour kat tengah-tengah ni.

Tiba-tiba pintu terbuka. Naik gugurlah jantung aku kalau tiap-tiap malam macam ni. Pintu di mana pun aku kadang-kadang lupa. Gudang terlalu besar dan tombol pintu pun macam dah kelihatan kecil.

"Partner kau lagi seorang mana?" Tanyaku.

"Dah balik,"

Aku mengangguk. "Kau tak balik pula? Hm nak jaga aku eh?" Gurauku. Maklumlah, dahlah bersendirian dalam gudang ni sehari semalam. Tak ada kawan. At least, bagi aku mp3 pun okeylah. Aku boleh dengar lagu kut.

Untung sajalah dia masih bagi kebenaran untuk aku solat. Ingatkan gudang ni dalam hutan. Rupanya mungkin berada di hujung kampung rasanya. Kampung apa pun aku tak tahulah. Ada pula kampung yang ada gudang macam ni kat kota moden ni ya.

Fariz memandang aku sayu. "Fariz, aku guraulah. Don't take it too serious," kataku.

"Kalau boleh aku nak buat. Tapi aku tahu, kau bukan hak aku. Dan aku sendiri tak mampu," Fariz berkata sambil duduk memeluk lutut di hadapan aku. Wajahnya yang sangat datar menampakkan dia seorang heartless.

"Kenapa kau tak mampu?" Sengaja aku bertanya.

"Ini badan akulah. Aku tahu apa yang terjadi pada aku sendiri. Yes, I'm sick. Aku degil sebab aku tak ikut cakap mak aku untuk buat rawatan susulan. Dan hasilnya macam sekarang. Aku sekejap jadi gila, marah orang tak tentu pasal."

Aku terkejut sendiri. Dia mengaku dia sakit. Dia pun cakap yang dia sekejap gila, tapi sekarang apa? Mengelirukan. Mungkin sekarang dia agak normal untuk berbicara rasional.

"Kau tak cintakan aku pun kan sebenarnya? Tanya hati kau. Jujurlah. Kau cuma nak balas dendam sebab Tiara buat kau macam tu. Sebab itu kau buat aku pula. Aku bukan Tiara, Fariz."

"Mungkin. Mungkin aku masih ada rasa sakit hati pada perempuan tu. Balas dendam, absolutely yes. Aku minta maaf. Aku tak patut jadikan kau mangsa. Orang gila macam aku siapa yang nak, kan?" Dia berkata lembut.

Aku menampal senyuman tipis. "Kau tak gilalah. Mana ada orang gila mengaku dia gila? Jadi, kau taklah. Sebab tu aku suruh pergi buat check up. Boleh buat rawatan. Dan setiap orang ada jodoh masing-masing. Kau tunggu sajalah,"

Fariz memandang aku sekejap dan mengangguk kecil. "Pandai kau berkata-kata sekarang, kan?"

"Wah, tak tahu kau ni. Aku peminat tegar novel tau. Cerita-cerita Melayu kat TV. Mestilah ada sikit-sikit yang terikut," aku ketawa kecil. Lalu, membetulkan posisi. Lenguh dah tangan aku ni asyik ada kat belakang saja.

"Novel, drama Melayu. Huh. Penulis cerita ibarat Tuhan kat situ. Dia yang tentukan segala-galanya. Pertemuan yang tak ada logik akal juga boleh dia masukkan. Penonton dan pembaca hanya ikut telunjuk, tak ada reaksi langsung."

"Tapi, kau kena tahu. Dah nama pun penulis, dialah tentukan semua. Dan kalau tak ada di dunia sebenar, tak wujudlah semua drama Melayu tu. Itu semua kan based on real life. Tak boleh salahkan diorang juga," aku mempertahankan.

Fariz mengangguk-angguk lagi. Sudah puas agaknya melawan perdebatan aku. "Aina, Tengku Ariana tak suka kau." Tiba-tiba saja dia cakap. Aku hanya diam. "Dari dulu dia dendam dengn kau sejak dia tahu kau ex-girlfriend Amirul,"

Aku mendecit perlahan. Rasa sangat geli pula mendengar perkataan itu. Aku bukan budak sekolah lagi untuk bercakap fasal ex ni. Aku dah dewasa dan alam perkahwinan sudah pun aku lalui. Sudah? Mungkin yang lebih tepat, sedang.

"Itu sejarah. Jadi aku rasa macam dia tak ada sebab yang kukuh untuk terus berdendam dengan aku. Lagipun, aku dah ada Danial. Amirul sendiri yang ceraikan dia aku pula salah," aku menjuih bibir, tidak puas hati.

Fariz tersenyum kecil. Aku pula yang malu apabila dilihat sedemikian rupa. Lalu, aku berdeham kecil. "Hm, berapa lama lagi aku kena kurung ni?"

"Tak lama,"

DEGUPAN jantung laju membuatkan aku tak senang duduk. Rambut yang berserabai dalam tudung, asyik mahu terkeluar sahaja. Sekejap-sekejap aku menoleh ke belakang. Mencari kalau-kalau ada yang mengikuti.

"Pak cik, boleh cepat sikit tak? Lupa sarapan ke?" Aku bertanya kepada pakcik yang aku agak sedikit muda dari ayah aku.

"Haish sabarlah. Kamu kenapa? Macam kena kejar hantu. Rompak bank ke?"

Aku memandang pak cik sebelah ni kerek. Boleh dia kata aku rompak bank? Rupa aku ada muka penjenayah ke? Tidak, kan? Aku mengatur nafas. Nampaknya memang tak ada kereta yang mengikuti.

"Mana adalah. Saya baru lepas kena culik. Tengah larikan dirilah ni. Sebab itulah saya suruh pak cik cepat. Kalau dia datang, bawa pistol, bom ke apa semua. Nak jadi korban?" Aku menakutkan orang tua itu.

Terkejut dia. Aku tergelak kecil. Terus dia bawa laju sedikit daripada yang tadi. Bagus. Aku bersandar pada tempat duduk dengan hati yang berusaha untuk kurang berdegup kencang.

Tanganku mengelap peluh yang membasahi wajah. Penghawa dingin yang menampar lembut tubuh ini terasa nyaman sekali. Macam baru pertama kali mendapat nikmat angin sejuk.

Sambil itu, senyuman tipis aku tonjolkan. Ya Allah, terima kasih. Fariz, walau kau tahu apa akibatnya bila kau lepaskan aku tapi kau tetap lakukan. Aku harap kau baik-baik saja lepas ni. Mendapat separuh lagi jiwa kau yang hilang.

Semoga kau sembuh dari sebarang penyakit yang menimpa diri kau. Cikgu, maafkan saya. Saya degil tak ikut cakap awak. Kalaulah saya dengar cakap awak hari tu untuk naik kereta awak pergi kerja, tak adalah jadi macam ni.

Jujur, aku rindu sangat pada dia. Kalau boleh, jumpa terus aku nak peluk. Fariz beri balik telefon aku yang dirampas Tengku Ariana. Tengku? Depan dia aku tak akan pernah panggil dia tengku.

Nak telefon dia, kredit pula habis. Semua terjadi apabila aku dalam keadaan macam ni. Tak apalah, aku nak balik dah pun. Nasib baiklah, bateri tak habis lagi.

Tiba-tiba, cermin pecah belah aku. Kena baling dengan batu! Nasib baik aku lindung muka dengan tangan. Berdegup cepat lagi jantung aku. Muka aku dengan pak cik teksi ni dah cuak habis. Ya Allah!

"Pak cik. Pak cik jalan je. Jangan pedulikan mereka ni. Kalau boleh, pecut aje. Tak ada polis, langgar aje lampu merah." Kataku. Sambil itu, aku menoleh ke tingkap yang kosong. Angin kuat menyukarkan aku untuk melihat.

Ariana! Dia pandu kereta tu. Dia yang baling batu dekat teksi ni. Ya Allah, buatnya aku kena batu tu. Tak ke benjol kepala aku nanti. Cermin pecah, ngeri betullah! Dia berusaha menyaingi teksi yang dipandu oleh pak cik.

"Woi perempuan! Berhentilah! Aku cakap berhenti!" Dia menjerit. Dengar jugalah aku. Jalan raya ni lenggang sangat ke sampai boleh dia nak berkomunikasi dengan aku sekarang?

"Kamu kata kalau pak cik cepat, kita tak kena kacau. Ini apa ni? Siapa pula yang terjerit-jerit tu," pak cik itu bercakap dengan nada risau. Laju jugalah dia bawa apabila Ariana tu campak batu.

"Maaflah pak cik. Salah saya sebab libatkan pak cik dalam hal ni. Tapi, pak cik laju aje. Jangan fikir sekeliling. Yang lain saya urus,"

Aku menggigit bibir. Ya Allah, macam mana ni? Dia berusaha nak jalan saing teksi untuk tahan teksi ni. Tapi, pak cik teksi ni dapat mengelak. Tak senang duduk aku dibuatnya.

"Fariz, tolonglah aku. Perempuan gila ni dapat cari aku," gumamku perlahan. Pak! Aku tergerak ke hadapan sedikit. Nasib baiklah, pakai tali pinggang keledar. Haiya! Dia dapat juga tahan teksi ni. Pantas betul.

Pak cik duk bisik-bisik panggil aku. Aku kaku diam di atas tempat duduk. Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini. Aku pejamkan mata. "Nak oi. Macam mana ni? Dia nak bunuh kita berdua ke?" Bisik si pak cik teksi.

Bang! Ariana memukul bumbung kereta. Kuat. Tak sangka, perkasa juga dia rupanya. Aku membuka mata perlahan-lahan. Jantung aku kembali berdegup kencang. Peluh mula membasahi ruang wajah.

"Aina... nak lari mana lagi? Siapa nak tolong kau? Jalan ni jarang orang lalu tau. Susahlah nak minta pertolongan. Tapi, mempermudahkan hal aku." Dia tersenyum. Seram!

Tak cukup dengan itu, dia memandang pak cik teksi pula. Matanya dijegilkan. Aku pula yang pejam mata. Dekat benar ni aku dengan dia. Mata dia yang bulat tu lagilah aku takut nak tenung.

"Pak cik nak blah, blahlah dulu. Perempuan ni biar saya settle. Tapi ada satu syarat. Nak atau tak nak terpulanglah. Tapi, kalau tak nak alamatnya pak cik tak balik dengan nyawalah. Mayat aje saya hantar kat rumah pak cik. Nak ke?"

Pak cik menggeleng pantas. Aku menjeling pak cik itu. Kesian pak cik. Orang yang tak bersalah pun kena juga. "Aaa.. apa syaratnya?" Ujarnya gugup.

"Jangan repot polis. Senang, kan? Tapi ramai juga susah ikut. Pak cik okey kan?" Ariana tersenyum sarkastik. Pak cik teksi mengangguk pantas. Ditambah lagi apabila Ariana sudah mula mengeluarkan senjatanya, pisau.

"Ariana. Dah la tu. Biar aku hidup tenang. Tak gunalah kau buat aku macam ni. Bukannya kau dapat bersatu dengan Amirul balik. Talak tiga dah, kan?" Aku mencuba bersuara.

Pandangan Ariana kini ditalakan kepada aku pula. Mata dia sengaja jegilkan. "Diamlah perempuan! Salah kau juga siapa suruh lari? Fariz? Bodoh betul jantan tu. Senang kena ayat dengan perempuan. Tahulah ada hati dengan kau dulu. Menyusahkan,"

Aku kembali teringat akan Fariz. "Kau.. kau buat apa kat Fariz? Dia okey kan? Kau tak apa-apakan dia kan?" Tanyaku. Dia tersenyum lebar lalu bermain-main dengan pisaunya. Lalu, dia membuka pintu kereta belah aku.

"Keluar sekejap," pintanya. Tak cukup dia pinta, dia hunus pisau ke aku pula. Segera aku keluar dari perut kereta. Dia kembali menutup pintu kuat.

"Pak cik dah boleh pergi sekarang. Terima kasih khidmat tak guna pak cik tu," dia bercakap kepada pak cik teksi itu tetapi tangannya memegang aku erat.

Pak cik teksi hanya mampu mengangguk-angguk dan pergi terus. Tambang pun belum aku bayar. Kerosakan cermin teksi tu pun belum runding lagi. Takut punya fasal, pak cik tu pergi saja.

Kini, pandangan dia kembali kepada aku. Aku tersenyum ragu. Sambil itu, aku cuba melepaskan pegangan tangan dia. Punyalah kuat! Sakit tangan aku.

"Aku tanya kau tadi, Fariz okey ke?" Ulangku lagi.

"Kenapa kalau tak okey pun? Kau nak menangis meratap sebab semuanya salah kau? Macam tu?" Dia tersenyum sarkastik lagi. Sungguh menjengkelkan.

"Tak adalah. Fariz okey tak?" Gesaku pula. Susah sangat nak jawab. Kalaulah dia di'apa-apa'kan, serius aku rasa bersalah seumur hidup. Sebab aku, dia jadi macam tu.

"Dah, masuk." Dia mengheret aku untuk masuk ke dalam keretanya. Aku cuba mengkakukan diri. Tak nak masuk! Aku tak nak masuk!

"Okey, macam ni. Aku tak tahu apa salah aku. Tapi, tolonglah lepaskan aku. Kita bincanglah secara baik-baik. Tak guna pun kan kau culik aku?"

Ariana menghentikan usahanya untuk menarik aku masuk ke dalam kereta. Aku cuba melengah-lengahkan masa. Kalau-kalau ada kereta yang lalu. Masalahnya dari tadi tak ada! Fed up betul aku jadinya.

"Culik kau buat apa? Aku nak terus bunuh kaulah," selama anak badak punya sedara dia cakap. Sakitnya hati ini.

"Whatever but please we can talk about it okay. Stay calm and I will do whatever you want. Please, Tengku Ariana." Pujukku. Pula dah aku panggil dia tengku. Aku rasa macam nak menangis tahu.

"Nope!" Dia menggeleng-gelengkan kepalanya. "Lantak apa kau nak cakap. Lantak apa lepas ni nak jadi. Aku tak kisah. Aku akan masuk jail ke. Apa ke, I just don't care anymore."

Aku menarik nafas dalam. Tiba-tiba aku rasa macam kereta nak lalu, bukan setakat satu, dua lagi. Peluang aku! Aku mencuba lagi melepaskan diri. Tapi dia pantas memegang tangan aku erat dan hulurkan pisau di belakang aku.

"Kau diam. Act like nothing happen. Or you gonna regret," katanya. Aku diam. Tanpa aku duga, kedua-dua kereta itu berhenti tempat kami. Oh my! Aku macam nak menjerit kesukaan. Padan muka kau, Ariana. Siapa bodoh sekarang?

Tiba-tiba dia tarik aku dan pisau dia letak di leher. Okey. Cikgu. Cikgu yang keluar. Ya Allah, macam mana aku boleh tak perasan yang itu kereta Cikgu? Dan aku rasa dua orang anggota polis yang tidak memakai seragam.

Mungkin supaya tidak mahu dikenali. "Aina. Maafkan saya. Just stay calm, baby. I'm here for you," dia memujuk aku dengan jarak jauh.

"Woi, diam! Apa baby-baby? Siapa pula la suruh kau orang ada kat sini. Berundur. Kalau tidak, dia aku bunuh." Dia memperkemas eratan leher aku.

Aina, tenang. Allah, Allah, Allah. Bantulah hamba ini. Aku mohon. Aku mengucap dalam hati. Moga ini tidak menjadi hari terakhir aku hidup di dunia. Selamatkanlah aku, Ya Allah.

"Tengku Ariana, lepaskan dia. Anda sudah ditahan! Lepaskan mangsa," kata salah seorang dari polis itu.

Dia ketawa terkekek-kekek. Tiba-tiba saja dia tolak aku dari tahanannya dan aku jatuh menyembah bumi. Disebabkan aku tak bersedia, aku tak mampu untuk mengawal tubuh aku sendiri.

Sakit. Badan aku sakit kena jalan tar yang panas lagi kasar. Hidung aku. Muka aku. Aduh. "Aina! Aina, bangun. Banyaknya darah," Cikgu memeluk tubuhku. Sementara itu aku dapat melihat kedua anggota polis itu mengejar Ariana.

Dengan keadaan separuh sedar, aku dapat rasa diri aku dikendong. Aku lihat wajah risau dia. Aku lihat wajah tak nak kehilangan aku. Aku lihat kasihnya tumpah kepada aku. Aku jahat sebab tak pernah bersyukur ada pasangan macam ni.

Selepas itu, dunia aku gelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience