Bab 13

Humor Series 10658

Chapter 13

"ASSALAMUALAIKUM. Abang, orang kat hospital ni. Ada kemalangan. Minta ibu dengan ayah datang Hospital Tengku Ampuan Rahimah sekarang,"

"Ee, minta jelah. Tak payah banyak tanya boleh tak?"

"Haa, cepat tau. Pergi ke wad biasa RG 05."

"Waalaikumsalam." Aku memutuskan talian seusai menjawab salam.

Aku masuk kembali ke dalam bilik itu. Aku memandang hiba orang itu. Aku takut. Aku takut keluarga aku tak dapat nak terima dia. Ya, even dia dulu teruk yang amat. Dia still..

Pintu dibuka. Wajah Suzy dan Arisya terjojol dimuka pintu. Aku tersenyum hambar memerhati mereka memasuki dan mengambil tempat disebelah aku.

"Dah beri tahu Amirul, kita tak jadi datang?" Soalku. Mereka berdua hanya mengangguk mengiyakan. "Oh ya, kalau kauorang still nak ikut. Tak apalah. Aku boleh jaga orang ni seorang diri,"

"No no. Tak apa. Kitaorang teman kau disini. Bytheway, siapa ni? Kenapa kau macam.. ya maybe perasaan aku saja. Nampak risau gila dengan keadaan dia?"

Aku memandang wajah Suzy. Pandangannya dituju kearah pesakit yang sedang terbaring lemah diatas katil hospital. Habis luka. Untung saja tidak ada yang patah. Doktor beritahu mungkin dia akan sedar tak lama lagi, namun belum pasti bila.

"Erm tak. Taklah. Aku kan saksi dekat situ. Aku rasa bersalah jugalah. Even sedikit," Balasku. Aku memandang wajah pesakit itu. Putih bersih. Rambutnya disisir rapi namun sedikit kusut mungkin disebabkan jatuh motor tadi.

"Okeylah. Aku nak balik. Ada hal nak settle," Arisya bersuara. Aku hanya mengangguk.

"So, Suzy. Nak ikut balik sekali tak?" Arisya memandang Suzy. Suzy pula memandang aku. Aku tersenyum. Haih kawan-kawan aku ni. Emotional pula tiba-tiba. Mendadak sedih.

"No worries. Aku okey. Nak balik, baliklah dulu. Aku nak jaga pesakit ni," Aku memandang wajahnya lagi. Rasa bersalah akan semakin dalam jikalau aku meninggalkannya seorang diri di bilik serba putih ini. Dinding putih, sofa putih. Hospital sangat.

Suzy pun hanya mengangguk walaupun aku tahu hatinya berat. Begitu juga Arisya. Arisya sebenarnya ingin menemani aku, tetapi katanya ada hal keluarga. Terpaksalah didahulukan.

Mereka pun beransur keluar. Sekarang aku lebih selesa berada seorang diri pesakit tidak sedar diri ini. Aku menggenggam tangannya erat.

"Bangunlah..." Aku berkata perlahan. Tak semena-mena air mataku berlinang di tubir mata. Haih jangan merembes keluar sudah. Jangan. Nanti dia bangun, susah.

Aku mengelus lembut rambutnya. Rindu didalam hati usah dikata. Menggunung. Rindu akan makhluk Allah yang satu ini. Anak cucu cicit Nabi Adam ini. Rindu..

"Assalamualaikum," Pintu dibuka lagi. Aku menoleh ke belakang. Terlihat Abang Afif, Ibu dan Ayah. Ibu sangat ketara wajahnya. Risau teramat. Abang Afif cerita apa ni kat ibu sampai berpeluh-peluh ibu ni?

"Waalaikumsalam," Aku mencium tangan ibu dan ayah. Posisi ku masih sama tetapi aku berdiri saja. Keadaanku masih menutupi wajah lelaki itu.

"Afif kata ada kemalangan. Tapi tengok kamu ni okey je. Sihat je. Boleh berdiri pula tu. Siapa yang kemalangan sebenarnya?" Ibu memulakan bicaranya. Namun, Abang Afif pula mendekati katil.

Aku sudah menelan air liur. Ah, jangan perang disini sudah. Hospital ni bang, ingat.

"Eh, dia ni?!!" Teriak Abang Afif terkejut. Namun ada riak amarah diwajahnya.

Ibu dan ayah yang seperti curious apa yang terjadi, segera mendekati pesakit yang terlantar itu. Aku ditolak ketepi kerana menghalang jalan. Huh, sampai hati..

Ibu dan ayah sama seperti Abang Afif. Buat muka terkejut. Haish, tolong. Jangan buat apa-apa. Hospital ni..

ABANG Afif segera mengalihkan pandangan ke luar. Jelas kelihatan dia tidak mahu melihat mahupun merenung pesakit itu. Aku yakin, perasaan benci sudah tersemat kukuh di dalam hatinya.

Untung saja pesakit itu tidak bangun. Pasti dia.. rasa bersalah. Ibu pula duduk di kerusi berdiam diri. Tiba-tiba sahaja situasi ini kaku. Tak macam keluarga langsung. Ayah pula meminta diri untuk keluar. Panas katanya.

"Maafkanlah along, Abang Afif. Ibu.." pintaku lalu duduk di sebelah ibu. Tanganku meraih tangan kanan ibu. Dia tidak membantah, hanya membiarkan. Aku tahu air matanya mungkin akan mengalir bila-bila sahaja.

"Kau tak payah nak back up dia sangat. Dia bukan keluarga ni lagi," nyaring sekali suara Abang Afif di telinga aku. Aku memandang ibu. Ibu, mengapa ibu masih berdiam diri?

Tiba-tiba along atau nama sebenarnya Naufal mengerang kesakitan. Sakit kepala katanya. Aku segera ke katil. Nampaknya memang aku seorang saja yang peduli keadaan along saat ini. Hanya aku.

"Along, okey? Ini Aina, long.." lirih sekali suara yang aku lontarkan. Hiba aku melihat pemuda ini. Pemuda yang dulunya periang, ceria dan baik sekali terhadap aku.

Namun, semuanya berubah. Sangat drastik.

"Aduh, sakitnya kepala aku." Along memegang kepalanya. Aku mengusap kepalanya seolah-olah ada kuasa di tangan aku yang boleh menyembuhkan sakit kepalanya.

And yeah dia sudah tidak merasa sakit. Matanya dipaksa buka. Mungkin ingin melihat dimanakah dia, siapa disekelilingnya. Aku tersenyum.

"Kalau tak boleh buka, tak payahlah paksa." Dia masih enggan menerima nasihat aku. Akhirnya aku biarkan saja.

"Ibu!" Jeritnya. Ibu yang sibuk termenung, terkejut. Dia memandang hiba wajah along, anak sulongnya. Hati ibu mana tidak sedih kalau anaknya berkeadaan sebegitu.

Abang Afif memandang Along menyampah. Dah 7 tahun berlalu dan kali ini aku melihat Abang Afif bukan seperti orang yang aku kenal. Orang yang nakal, ceria nauzubillah. Tapi, di hadapan aku sekarang bukan Abang Afif yang dulu. Yang aku lihat cuma wajah bengis diwajahnya.

Along berusaha untuk bangun daripada perbaringannya. Aku menolong apabila melihat dia seperti payah sahaja. Dia memandang aku. Senyuman terukir di bibir pucatnya. Aku membalas. Apa pun yang terjadi, kau tetap darah daging aku.

"Ibu.. ibu sihat?" Along memandang ibu. Ibu masih tidak mahu melihat Along. Kepalanya hanya ditunduk kebawah.

"Ibu keluar dulu," ibu keluar serta-merta. Yang hanya tinggal kini aku, along dan Abang Afif.

Ya, aku pernah kata hanya aku dan Abang Afif sahaja adik beradik aku. Ya, aku mengaku aku pernah tak nak pun anggap yang along itu abang aku. Aku pernah anggap dia dah mati pun. Tapi, sejak kemalangan itu entah kenapa hati aku berubah.

"Aina, jom kita balik." Datar sahaja suara Abang Afif. Saat dia ingin membuka pintu, along bersuara.

"Afif.." serunya perlahan namun aku yakin Abang Afif dapat mendengarnya. Aku yakin kerana tiba-tiba sahaja langkahnya turut berhenti.

"Along.."

"Minta.."

"Maaf..."

Aku memandang wajah along yang pucat. Sudahlah putih, pucat pula. Tak boleh digambarkan warna apa sekarang kulit wajah dia.

"Diamlah kau! Along, along.... aku tak ada along! Along dah lama mati!" Jeritnya namun masih dalam volume yang rendah supaya tidak mengganggu ketenteraman pesakit lain.

Along tersenyum tawar. Faham. Along faham perasaan Abang Afif. Aku turut tersenyum hambar.

"Tak apalah.. Along faham... Along tahu, along salah..." ujar along tergagap-gagap tidak ubah seperti orang-orang tua bercakap.

"Aina, aku ajak ibu dan ayah balik teruslah. Ada apa-apa call je," Abang Afif terus keluar dari wad itu. Untung saja pintu hospital direka khas. Kalau tidak, pasti ia menjadi mangsa hentaman Abang Afif tadi.

Aku mengangguk kecil lalu memegang tangan along kembali. Aku pasti dia perlukan semangat keluarganya sekarang. Entah apalah jadi terhadap manusia ini selepas kejadian 7 tahun yang lalu. Aku menggeleng pantas. Tidak mahu menjadi bayangan masa lalu.

"Kenapa Aina? Aina pun... benci dengan along juga?" Perlahan sahaja suara yang di lontarkan. Air mata aku berlinang. Tunggu masa untuk jatuh saja.

"Janganlah nangis... hilang cantik adik along nanti..." along menyentuh kepalaku yang berlapik tudung. Air mataku hampir saja menitis.

"Ibu dan Abang Afif tak ada maksud pun nak buat along macam tu. Along jangan masukkan dalam hati ya," aku memaksa tersenyum.

"Along faham.." along membalas walaupun dengan suara serak basahnya.

Tiba-tiba masuk pula seorang wanita berniqab terus meluru ke arah along. Aku berganjak sedikit seolah-olah memberi peluang untuknya mendekati along walaupun aku tak tahu siapakah dia. Salah bilikkah?

Ah tak mungkin. Kelihatan along tersenyum sebaik sahaja wanita itu memegang tangan Along. Aku melihat drama sebabak ini. Siapakah wanita ini? Soalan itu hanya berendam sahaja dalam tab fikiran aku.

"Ah, yaa. Assalamualaikum anti. Maaf ana tak perasaan anti tadi," wanita itu kini menatap aku lalu menghulurkan tangan untuk berjabat. Segera aku menyambutnya lalu tersenyum.

Tak perasan? Aku besar gini dia tak perasan? Okeylah fine.

"Waalaikumsalam.." balasku juga. Agak gagap disitu. Rasa kerdil pula diri lihat wanita ini.

Wanita itu hanya tersenyum dan kembali menumpukan perhatiannya kepada along. Tapi, yang hairannya tak akanlah wanita berniqab seperti ini berani memegang tangan lelaki ajnabi iaitu abang aku? Aku berdiri seperti tunggul disini langsung tidak dihiraukan.

"Aina mari sini sekejap.." panggil along dengan suara lemahnya. Wanita berniqab itu tersenyum lalu memberikan peluang untuk aku

Aku pun menghampiri along yang terlantar di atas katil itu. Wajahnya walaupun pucat tapi masih berseri. Mungkin kehadiran wanita ini. Berbeza dengan wajah 7 tahun lepas. Wajah yang aku jumpa buat terakhir kalinya.

"Sebenarnya...."

AKU mengambil telefon pintar yang terletak elok diatas katil. Haish, siapa pulalah telefon malam buta ni. Dah pukul 11 ni hah.

Nama Amirul terpampang di skrin telefon. Segera aku angkat.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam. Dah tidur ke?"

"Yeap, dah tidur. Siap mimpi round ke-tiga dah."

"Tak lawak kay Mirah.. Okay now bagi tahu aku why tak datang date kita?"

Seriously, aku nak termuntah berkali-kali dengar apa yang dia cakap. Suka hati je cakap date kita. Aku membuat muka toya. Kalaulah mamat tu depan mata aku, mesti dah lama aku kena hempuk dengan buku.

"Yayaya sorry. Tapi, still going on kan tengok wayang tu? Haikal datang?"

Aku keluar ke beranda bilik. Malam gelap yang hanya bergantung cahaya bulan dan bintang. Angin bukan sepoi-sepoi bahasa lagi, tapi boleh menyebabkan menggigil satu badan.

"Hm ya still going on. But, hambar tahu. Haikal tak ada benda nak bual so just cakap pasal kerja. Aku bawa Aiman, kau tahu kan dia suka buat lawak. Tapi, time tu jugalah punchline dia tak sampai. Aku tak tahu nak describe macam mana lagi."

Sedar tak sedar, aku dah tergelak kuat. Dengar dia mengeluh lagi. Dengar cara dia bercakap. Seriously, memang boring gila situasi macam tu. Alhamdulillah aku tak ikut. Dalam hati, rama-rama aku dah berjoget pesta.

"Stop laughing, budak. Aku disini bagai nak bernanah mendengar kau bergembira di atas penderitaan orang lain tau tak. And malangnya aku orangnya."

Sisa tawa aku masih kedengaran. Nasib baik aku tak macam Arisya. Dia lagi teruk kalau ketawa. Habis kalau ada je pepejal yang boleh ditepuk. Dia tepuk sampai merah tangan dia. Yang peliknya dia langsung tak perasan.

"Okey okey. Sorrylah. Aku ada hal mustahak tadi. Next time kita buat lagi ya. "

"Yalah tu. Okeylah. Dah malam dah. Pergi tidur sana. Kanak-kanak memerlukan 8 jam sebagai masa tidur yang-"

Aku segera mencantas. "Oi! Ingat aku kanak-kanak apa?! Eee kau jangan buat aku naik darah tau malam-malam buta ni,"

Sekarang aku dengar hilaian ketawa dia pula. Okay fine. satu sama. Okey tak apa.

"Baiklah Miss Amirah. Goodnight, sleep well. Mimpi indah-indah. And jadikan aku sebagai salah satu antaranya. Assalamualaikum."

Tut.. Tut..

"Waa..laikumsalam.." aku melihat skrin telefon kembali. Dia dah tamatkan perbualan. How dare!

Aku mula membaringkan diri di atas katil. Mulalah bersenam atas katil. Bunyi kruk kruk dah biasa. Dah macam kerja-kerja angkat batu-bata untuk buat bangunan.

Aku mula memejamkan mata. Dalam kurang 5 minit, aku terjaga semula.

"Kenapa muka Amirul dengan lelaki tu bersilih ganti dekat fikiran aku ni? Serius ini sangat pelik." Kataku sendirian.

Aku segera memejamkan mata. Sedar tak sedar, aku sudah hanyut dibawa mimpi yang well bolehlah dikatakan indah.

"MORNING," Aku mengambil tempat duduk dihadapan Suzy yang enak menjamu selera. Roti kosong je pun disapu jem strawberry.

"Hm morning juga. Hah makan-makan. Ini aje aku mampu buat untuk breakfast."

Suzy memasukkan rotinya kedalam mulut. Amboi, berseleranya.

Aku hanya mengangguk lalu menjamah makanan yang sedia ada. Hm okeylah ni. Ada juga orang yang sediakan. Tiba-tiba aku dengar telefon aku berdering. Lagu Tepi Sikit. Hew hew.

Morning. Pukul 10 pagi kita jumpa tempat biasa. And macam biasa satu kereta eh.

Aku tersenyum. Aku tak tahulah dengan aku sekarang. Dulu bukan main kata bencilah, tak sukalah, sampai nangis segala. Sekarang aku pula macam orang angau.

Aku hanya membalas "okey" untuk mesejnya. Setelah itu the end. Habis perbualan.

"Eh jom. Nanti lewat pula masuk office."

Suzy mengangguk-angguk walaupun mulut dia penuh dengan makanan. Apa teruk sangatlah perangai budak ni.

Setelah parkir kereta, tiba-tiba aje ada kaki pakai high heels memenuhi bola mata aku. Berapa incilah ni ya. Tak takut jatuh ke?

"Hey girl. Tak sangka you kerja dekat sini. Ish ish mesti jadi kerani aje kan? Yalah tak mungkin Haikal nak ambil kerja orang macam you. Cuai, kabut. Kan?"

Haih menyirap betul aku dengan orang macam ni. Pintu kereta aku tutup. Oh perempuan ni ke. Eleh, setakat mekap satu inci kau tu tak akan buat aku tak kenal kaulah. Muka nampak tua adalah. Dah macam aku pula adik-adik kau.

"Sorry. Tapi, I tak kenal you. Jadi rasanya kalau muka tu dah tebal dengan mekap sampai kalah tembok rumah, cakaplah lagi. Silakan I beri peluang ni,"

Dia mendengus kasar. Hm tau pula nak marah. Aku yang kau sedap mengata ni tak ambil peduli pula. Hadeh, spesies manusia apalah kau ni.

"Hey! Jaga mulut you sikit eh. I report pada Haikal suruh berhentikan you kerja, baru tahu! Syarikat I dengan dia ada buat projek tau. Sekelip mata aje I boleh tarik balik,"

Oh mengancam? Alala comelnya ugutan dia.

"I rasa you dah cukup besar untuk bersikap dewasa. Jadi, tak payah nak bawa sangat sifat kebudak-budakan tu. Oh lupa. Masa kecil kurang bahagia kan? Sorry. I've got to go now. Bye bye minah mekap tebal."

Aku terus angkat kaki bersama Suzy. Suzy tak habis-habis ketawa mengekek. Di saat aku pusing kebelakang, budak tu hentak-hentakkan kaki dia sebiji budak-budak. Kan aku dah kata, kurang bahagia zaman kanak-kanak dia. That's why jadi macam tu.

"Kau kenal dia ke?" Suzy memaut lengan aku. Hm mula dah. Kalau suara dah lembut semacam ditambah pula dengan paut-paut tangan ni confirm nak korek rahsialah ni.

"Budak yang aku jumpa kat KFC tu. Alah, yang tak sengaja aku pancutkan air tu. Ingat tak?"

Suzy buat gaya berfikir dia. Sekali tengok, rasa macam nak tampar aje. Berlagak sangat. Lepastu, dia tersengih macam kerang busuk.

"Tak," dia tersengih lagi. See, aku dah kata dia memang pelupa sikit. Benda tak penting dia tak lupa, benda penting pula dia lupa. Em sekejap. Isu budak perempuan tu penting? Oh tak. Tak penting, so aku maafkan kau sebab tak ingat ya, Suzy.

Aku hanya menggeleng-gelengkan kepala. Button lif aku tekan. Tersembul muka Haikal duk masam mencuka. Haih, ada masalah apa pula budak ni?

"Aina! Suzy! Aina! Suzy! Aina! Suzy! Aina! Suzy!"

Kami berdua menutup telinga. Pergh, agak-agaklah mamat ni. Nak memekak pun tunggulah naik atas dulu ke. Ini tidak. Depan lif juga. Aku dan Suzy segera masuk ke dalam lif yang sememangnya hanya ada Haikal. Ugh budak ni. Habis pekerja lain tengok kecik besar kecik besar aje. Tapi, tak adalah nak mengata memandangkan itu boss diorang.

Aku mengetuk kepala Haikal dengan pen yang memang akan selalu berada di poket seluar aku. Sekali cukup. Nanti masuk mahkamah pula cederakan anak teruna orang kan susah pula nanti.

"Sakitlah," dia mengaduh dan mengusap kepala dia. Ececeh, benda sikit aje aku ketuk. Respon dia macam aku hentak kepala dia dengan batu.

"Kau memang nak malukan aku dengan Aina eh? Tak guna punya bos!"

Suzy melipat tangan ke dada. Mulut sengaja dia muncungkan. Maklumlah, Suzy ni kalau dengan orang ramai memang pemalu sikit. Tapi, kalau dengan orang yang dia kenal. Dialah yang paling bingit.

"Alah, salah kau orang juga. Kenapa tak datang semalam? Dia juga yang mula-mula suruh datang. Tup tup dia sendiri tak datang! Bosan kau tahu, tak ada penyeri! Lelaki je semua apa kelas,"

Ingat Maria yang dulu pengacara jalan-jalan cari makan. Sekarang dia ada buat iklan Ribena. Hm hm. Sebiji cara dia bercakap dengan Haikal. Um aku banyak sangat tengok TVlah sekarang.

"Sorrylah. Seriously, kita orang ada hal mustahak lagi mustahak. Super duper mustahak gitu. Jadi, hm tak jadilah. Tapi okeylah juga kan? Mengeratkan silaturrahim gitu."

Aku tergelak kecil. Berdasarkan apa yang Haikal cakap dengan Amirul cakap aku dah boleh buat kesimpulan. Kesimpulannya ialah aku, Suzy dan Arisya memang amat penting untuk menjayakan sesebuah perjumpaan! Haha terbangga pula. Kalau dengar pendapat Aiman hm lagilah. Confirm dia lagi banyak isinya. Aku bagi full mark kalau dia masuk ujian PT3 dalam kategori bertutur.

Pintu lif terbuka. Semua pekerja bagi salam dan tunduk hormat. Semestinya bukan untuk aku dan Suzylah kan. Hm sedih. Of course untuk Haikal.

"Okeylah. Fine aku maafkan. Tapi, sekurang-kurangnya informlah dulu. Biar aku tak payah pergi. Hish geram aku dengan kau orang ni! Macam nak cekik-cekik tahu."

Haikal duduk atas kerusi berpusing-pusing dia. Amboi, like a boss kau cara dia duduk. Hm berlagak sangat!

"Okey okey. Cekiklah kalau berani. Aku report mak bapak aku, saman kau baru padan muka!"

Aku dan Suzy bertepuk tangan gembira. Em okey. Aku mengaku kalau aku tengok 'aku dan Suzy' saat ini, akan aku katakan kau orang memang kembar!

Haikal muka dia lagi masam tambah cuka dengan banyak. Nasib baik, asam jawa tidak. Lepas tu, kena halau pula. Ish ish malangnya dapat bos macam ni.

"Suzy, pukul 10 aku kena blah tau. Ada projek nak selesaikan."

Aku membelek-belek fail yang berada di atas meja. Oh ada kesalahan ejaan rupanya. Baiklah, akan beta benarkan ia.

Suzy mengangguk faham. "Eh tapi jangan lupa datang office balik. Jemput aku ni hah!"

Aku memberi ibu jari bertanda 'okey!'. Mata aku kenyitkan. Suzy pula bagi respon macam geli sangat. Alah, macam tak biasa.

Aku masuk ke dalam kereta. Hm agak-agaknyalah kan apa pula Encik Bakar nak kasi kerja kali ni. Harap dapat menarik hati dia lagi. Alhamdulillah first round dia berpuas hati. Siap makan cupcake tu dengan berselera lagi. Ish ish.

Aku parking kereta aku. Selendang aku betulkan. Dah macam nak jumpa boyfriend pula! Padahal, atas urusan kerja aje pun.

Mata aku meliar mencari sosok tubuh Amirul. Hm mana dia ni? Tiba-tiba ada tangan melambai arah aku. Oh Amirul! Aku berjalan mendekati mejanya. Makin dekat, aku ternampak kepala tersangkut dengan kerusi tu. Eh, siapa ni?

"Sorry, aku lambat ke?"

Amirul hanya menggeleng-gelengkan kepalanya lalu menjemput aku duduk. Erm mana aku nak duduk? Sebelah dia? Sebelah manusia ni? Lagi aku tak kenal.

Manusia tadi pun mengangkat kepala dia dari terus hadap telefon bimbitnya.

Eh? Eh!! Dia?!

Dia pun terkejut sekali. Tapi, dia terkejut beruk, aku terkejut kucing. Hew hew.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience